“Dia Ni Ibu Tunggal, Masalahnya Dia Ni Tak Mengaku Nak Berkahwin Dengan Suami Aku” Cakap hanya rakan kerja

Foto sekadar hiasan 

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih admin sebab sudi post cerita aku. Salam semua, aku seorang ibu bekerjaya dan umur aku dah masuk five series. Aku lebih selesa guna ganti nama aku dalam coretan kali ini.

Hari ini aku nak bercerita tentang bidadari suamiku.

Siapa dia? Dia wujud dalam hidup kami dalam usia perkahwinan mencapai suku abad. Beberapa bulan sebelum itu aku dah tak boleh tidur, selalu sakit dan suami pun dingin dengan aku.

Kaum Hawa Allah bagi sixth sense yang istimewa, boleh mengesan sesuatu yang tidak kena pada pasangan dan anak anak.

Sehinggalah dia berterus terang dengan aku yang dia hendak berkahwin lagi seorang dengan rakan sekerja.

Tentulah aku terkejut sebab suami aku seorang yang pendiam dan memang tiada habit keluar rumah tidak tentu pasal.

Dia keluar ke masjid sekali sekala, beli makanan atau keperluan lain. Selebihnya dia duduk di dalam bilik kerjanya bersendirian, layan FB dan Youtube. Masuk tidur pun bila aku dah lena.

Selain dari kejutan bakal mendapat madu, suami aku turut maklumkan dia sudah mendaftarkan diri melanjutkan sarjana di open university.

Sedangkan masa itu semua anak kami di IPTA, macam mana dia boleh buat tanpa bincang dengan aku. Biasanya kami akan berbincang sebelum buat sesuatu keputusan yang besar.

Suami mendapat galakan dari rakan sekerjanya (bakal madu aku tu) yang aku panggil Y sahaja.

Y banyak beri panduan bagaimana hendak pilih subjek, berapa kredit dan university yang mana sesuai.

Daripada situlah mereka selalu bertukar mesej. Anak Y juga tidak pandai mengaji, suami aku juga ada tawarkan diri hendak mengajar anak Y. Y adalah ibu tunggal selepas bercerrai dengan suaminya.

Aku pun ada jumpa Y, dia nafikan nak berkahwin dengan suami aku. Katanya dia baik sebagai rakan sahaja, tiada niat dia nak berkahwin dengan suami aku.

Kali kedua jumpa pun dia beritahu aku memang mereka selalu jumpa di tempat kerja dan suami aku pun kerap mesej dia. Aku minta dia tunjukkan mesej suami aku pada dia, tetapi Y kata dia dah padam.

Aku juga ada tanya, apa suami aku bagi semasa hari jadinya.. Y kata tiada apa apa. Sebab aku ada nampak notification pada telefon suami aku tarikh hari jadi Y.

Aku minta Y blok suami aku jika dia betul betul jujur dengan aku. Suami aku tahu aku jumpa dengan Y dan dia pun ada bagitau dia dah putuskan hubungan dengan Y.

Hubungan kami suami isteri jenis terbuka. Kami boleh sembang apa sahaja dengan baik. Aku perasan, sejak itu suami aku yang tak pernah tahajud sudah mula konsisten bangun pukul 3 pagi untuk qiamullail. Aku sudah lama amalkan tahajud sebelum itu.

Suami aku bagitau walaupun dia tidak dapat berkahwin dengan Y, dia nak bersama dengan Y di syurga. Masa itu aku terima sahaja ayat itu tanpa perasaan.

Sehinggalah aku terjumpa perbualan suami aku dengan Y di dalam laptop. Mesej mesej sebelum mereka putus.

Rupanya boleh kata setiap hari suami aku mesej Y. Tidak kira siang atau malam. Ajak jumpa di tempat kerja, suami mencari cari Y kalau tak nampak seharian. Dengan ayat ayat cinta. Y pun layan sahaja.

Banyak hadiah suami aku berikan pada Y. Belikan hadiah hari jadi. Belikan baju. Sedangkan masa itu, nafkah aku pun dia tak bagi, apatah lagi nak celebrate hari jadi aku. Memang mereka menipu aku selama ini.

Dalam mesej terakhir itu, sebelum Y blok suami aku. Suami aku tulis, disebabkan Y dia bangun solat tahajud.

Untuk doakan Y dan anak anak dan supaya hubungan mereka berakhir dengan baik. Suami nak jumpa Y di syurga, dengan aku tak pernah pula dia berkata begitu.

Peristiwa ini memberi tekanan pada aku, sehingga memberi kesan pada kesihatan aku. Aku jadi d3pression, susah tidur, dapat gangguan syaiitan, rasa nak bnuh diri, senggugut, haid berpanjangan sampai istihadah, gastrik dan turun berat badan.

Dipendekkan cerita, aku survive dengan dengan izin Allah dan bantuan kawan kawan rapat. Suami memang tidak banyak membantu, dia pun frust sebab hubungan dengan Y tidak menjadi.

Dia pun dah berhenti belajar, susah nak siapkan assignment katanya. Pernah semasa belajar, laptop suami rosak.

Pernah juga laptop dan printer pun rosak serentak. Aku diam sahaja. Hati aku yang dia rosakkan dia tak peduli pun.

Memang ada kawan kawan nasihatkan bercerrai, tapi hati aku berat sangat nak bercerrai. Suami pun tak sanggup nak lepaskan aku. Dia bukan nak cerraikan aku, tetapi nak aku bermadu sahaja. Terima Y.

BFF aku pun ragu ragu, betulkah suami aku dah putuskan hubungan dengan Y? ya, memang sampai sekarang aku tak ambil tahu apa status hubungan mereka.

Betullah, biar sakit badan, boleh makan ubat. Tapi jika sakit hati dan sedih, apa ubatnya?

Makan masa juga untuk aku move on. Cuma bisikan hati bahawa kita ada Allah membuatkan aku kuat. Hadap juga muka suami.

Layan macam biasa walaupun aku bukan bidadari syurganya. Bukan orang yang dia doakan di dalam tahajud cintanya dan bukan orang yang dia tunggu nak berjumpa di syurga. Redha sahajalah wahai hati.

Aku berpegang pada apa sahaja yang Allah bagi adalah yang terbaik. Memang suami aku bukan yang terbaik, dia dah kecewakan dan tipu aku. Tetapi dialah yang Allah bagi pada aku, itulah yang terbaik untuk aku.

Peristiwa ini banyak mengubah aku. Aku lebih yakin dengan Allah. Aku ubati hati dengan Al-Quran. Aku tambahkan sedekah harian, hafal Quran dan lebih empati pada orang yang depression.

Aku banyak doakan orang dan hadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, suami, anak anak, ibubapa, adik beradik dan semua orang. Ya, aku jadi lebih tenang berbanding dulu.

Walaupun hubungan kami tidak seperti sebelum peristiwa ini terjadi. Suami berubah ke arah lebih baik seperti yang aku doakan.

Dia dah berikan nafkah yang agak banyak juga untuk aku, walaupun gaji aku lebih dari mencukupi.

Jadi sebahagian besar nafkah itu aku sedekahkan pada yang memerlukan atau aku buat wakaf.

Kami juga sempat menunaikan umrah berdua sebelum c0vid. Suami juga sudah istiqamah ke masjid setiap waktu.

Hidup yang sementara ini, memang lain orang lain ujiannya. Biasanya Allah akan uji dengan orang yang paling kita sayang dan benda yang paling berharga pada kita. Akhirnya sujud kembali pada Allah, itulah yang terbaik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat bagi sesama wanita. Aku doakan semua wanita yang membaca coretan ini agar kita dapat berjumpa di syurga sebagai bidadari. Bidadari yang lebih cantik dari bidadari berasal di syurga.

Rasulullah sudah berjanji bahawa wanita dunia akan menjadi Penghulu Bidadari di syurga. Yakinlah pada janji Allah yang Maha Kuasa. JanjiNya sentiasa benar.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:  ekisah.com