“Dulu Kami Nikah Senyap2, Mak Tiba2 Minta Buat Majlis” Anak dah 2 orang, terkejut mereka pengantin bawa anak. Makcik bawang mula rancak
PART 2
Sambungan Dari Cerita: “Aku Tengah Sarat, Suami Ajak Pindah Rumah Mak Angkat” Aku tebang pokok pelam, ayah angkat mula pendam
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan alhamdulillah.
Terlebih dahulu nak mohon maaf dengan penggunaan ayat “pown”.. Hihihi.. In sha Allah dan kali ni dan mungkin yang terakhir ni aku akan jaga penulisan. Terima kasih tau yang sudi baca sampai habis.
Yang suka dengan cerita aku. Semua komen aku baca. Tersenyum senyum dibuatnya. Hahaha.. Alhamdulillah. Aku pown tak tau menilai diri aku macamana. Mungkin sifat sedar diri menumpang kot.. Hehehe..
Yang komen kata, “kahwin awal. Tak ada majlis. Sepatutnya tak layak kahwin lagi. Kahwin dekat pejabat agama. Ermmm. Dah boleh agak dah..” yer. Tak mengapa. Aku paham mesti ada tanda tanya. Jahat sangat budak ni sampai family suami tak ada yang tau..
Kesilapan kami suami istri sebelum berkahwin adalah tak menegur kawan kawan yang buat kemungkaran. Kami diamkan saja. Tu kesilapan besar kami.
Lepas ni beringatlah kalau nampak kemungkaran tegurlah. Jangan biarkan. Kami dah dapat karmanya. Dan aku dah buang segala sejarah pahit kami sejauh jauhnya..
Berbalik kepada family tadi kalau mereka tahu tapi mengeruhkan lagi keadaan, bukan dapat membantu tapi menambah lagi bebanan. Kami elakkan.. Yer kami pilih jalan ni. Kami yang akan tempuhinya. Bukan selamanya tak tau..
Kami bagitau bila tiba waktunya. Dan masa tu semua sangat berlapang dada. Tak ada pergaduhan. Tak memburukkan lagi emosi orang tua. Benda dah lepas senang cerita..
Sebenarnya dalam keadaan aku menumpang di rumah keluarga angkat ni aku banyak belajar. Mungkin sejenis sifat aku yang suka memerhati..
Pada zahirnya nampak miskin, pengotor tapi bila dah kenal. Kayanya kasih sayang mereka. SubhanAllah.. Keakraban hubungan adik beradik tu memang aku tak sangkal walaupun semuanya pemalas bab kebersihan..
Lagi bila bapa angkat mood yang naik turun macam cuaca dekat malaysia ni juga. Aku tengok mak angkat tak ada pun memburukkan perangai suami dia depan anak anak. 10 kali tak betul bapak diaorang tak ada pun yang melawan.
Tapi anak anak boleh nilai sendiri siapa yang banyak berkorban dalam membesarkan diaorang. Mak angkat tak ajar untuk membenci si bapak angkat apatah lagi mengungkit dalam membesarkan anak anak… tabiknya aku..
Aku pernah tanya mak angkat kenapa sesabar ini. Mak angkat aku pandai kot. Sekolah orang putih. Dia punya speaking. Aku dengar. Pehh. Kalah bi aku tahap berterabur bersepaii. Hahaha.
Bapak dia kaya. Kalau tak kaya zaman dulu mana mampu sekolahkan anak sampai habis sekolah. Cukup sekadar pandai baca dan kira saja kalau tak betul betul. Yee tak.
Tapi bapaknya kahwin dua. Mak mak angkat meninggal awal. Harta semua bini no 2 balun sampai akhir hayat bapak mak angkat dah tak ada apa dah..
Dia kata sebab bertahan ialah anak anak. Itu sahaja harta yang dia ada. Kalau dia berpisah dengan bapak angkat banyak buruk dari baiknya… mental anak anak. Dah lah miskin, keluarga berpecah belah.
Dia kata tak apalah kalau dia kurang kasih sayang suami. Asal kasih sayang anak anak tak berkurang. Allah maha mengetahui segalanya. Hanya dia yang layak menilai dan menghukum..
Aku termenung mak angkat cakap macam tu. Muhasabah diri lagi. Masa tu aku tak nampak lagi hikmahnya sebab semua anak anak masih bersekolah. Banyak pakai duit.. Pinjam sana.. Pinjam sini. Dengan aku aku sekali mak angkat pinjam duit.
Lelah sangat. Aku yang memandang pun perit. Tapi mak angkat yang memikul hanya Allah saja yang tau. Bapak angkat memang lepas tangan terus..
Tapi aku nampak mak angkat happy saja hari hari. Lagi lagi bila cerita dia keluar dekat tv. Layan cerita tamil.. Kadang kadang siapa yang duduk sebelah dia nasiblah kena tepuk tampar dia. Mengekek ketawa sampai kadang boleh semput.
Lagi kalau part yang gaduh gaduh 1 kampung bawak senjata tu. Syokk giler dia. Sepatah haram kejadah bukan paham pun kalau tak ada subtitle.
Tapi tulah. Itu cara dia lampiaskan kegembiraan dia. Kami terhibur. Mujur masa tu kami tak terfikir nak rakam. Kalau rakam mesti jadi bahan setahun. Hahaha.
Mak2.. Anak anak risau mak semput saja kalau gelak tak ingat dunia. Nanti mesti ada anak suruh mengucap atau istigfar bila mak ketawa besar. Lucuu tengok. Tapi dia ngaku sendiri kalau tengok tv tak semput. Hahaha..
Pernah 1 ketika. Masa tu nak sambut syawal. Dalam bulan ramdhan lah kan.. Persiapan terakhir dalam lusa nak raya waktu tu. Seumur hidup diaorang tak pernah cuci dapur melainkan masa mula mula masuk rumah tu.
Sanggup kat dapur pakai selipar. Tapi sebab aku kemaruk nak sambut raya aku cuci 1 dapur dia.. Barang barang tak guna aku suruh buang, bakar. Masa tu macam macam khazanah keluar dari bawah dapur. Tengah syok korek. Katak keluar dari celah dapur. Berlari masing masing..
Oleh sebab aku yang beria nak basuh. Akulah yang selesaikan sampai habis. Licin hari tu aku kerjakan dapur mak angkat. Pernah mak angkat ngadu anak laki dia berleter macam perempuan. Dia kata rumah ni ada aku saja bersih. Tak ada aku macam kapal karam.
Sedar rupanya budak ni. Ketawa mengekek mak angkat cerita dekat aku. Happening keluarga diaorang ni. Tak ada nak meratapi nasib sepanjang aku campur dengan mereka. Itu yang buat aku rasa banyaknya kekurangan aku banding mereka..
Yer setahun pertama aku dan suami sangat miskin tegar. Pernah sampai aku dalam pantang anak sulung pun makan nasi berlauk pelam masak. Tahap sampai tak mampu nak beli lauk waktu itu. Menangisss. Serius aku menangiss. Tapi yakin benar Allah uji sebab aku mampu..
Lepas habis pantang aku dapat tawaran melanjutkn pelajaran secara PJJ di UITM dalam jurusan kewangan. Menangis masa terima surat tawaran tu. Aku cuba mohon baitulmal untuk yuran pertama dan alhamdulillah lulus. Bila fikirkan anak, fikirkan kewangan, boleh ke ni…
Suami izinkan aku pergi belajar. Memandangkan PJJ. Belajar hanya dihujung minggu. Anak aku tinggalkan pada mak angkat. Paling suka jaga anak aku, dua anak perempuan mak angkat. Sanggup bangun malam buat susu anak, tukar pampers.
Serius aku terharu. Suami ada waktu tu. Tapi diorang tetap nak jaga. Suami jaga anak siang saja waktu diaorang pergi kerja. Baikkan anak anak mak angkat aku..
Masa pergi nak mendaftar masuk u tu ingat lagi. Mak angkat yang teman… pinjam kereta kancil bapak mertua aku. Memang uzur sangat kereta tu…dekat hiway yang agak mendaki sikit jalannya. Tiba tiba kereta meragam.
Aduhhh. Dugaaan. Dia punya suspen waktu tu…. Cuak janganlah mati kat tengah jalan. Hahaha. Memang naya. Tapi tulah doa orang musafirkan tiada hijab… yakin saja. Hehehe..
Tapi aku dapat bawa kos tu 1 semester saja. Masa tu mungkin dah tak minat belajar. Dalam kepala otak aku dah tak fikir nak belajar lagi dah.
Suami kata mungkin sebab keadaan kitaorang waktu tu. Tapi bila sekarang. Walaupun dah mampu. Suami offer sambung belajar balik pown aku tak nak. Biarlah anak anak pula yang belajar sampai berjaya.. Aamiin..
Kereta kancil tu masih ada lagi sampai sekarang. Suami dah convert enjin turbo. Bagi racing berdesing2 ekzoz dia. Memang saja buat hal suami aku ni. Dia kata. Kereta kenangan susah, jatuh bangun kita. Ada sentimental value katanya.
Kami dah tak pakai kereta tu. Letak kat kampung bagi saja adik beradik yang nak guna..
Tu part aku belajar tak habis. Tapi lain pula suami..
Setelah suami habis belajar. Dia dapat kerja kontrak potong dan pasang elektrik. Alhamdulillah. Syukur. Kami dapat menyewa rumah yang lebih selesa. Bahagianya hanya Allah yang tahu. Masa tu hari hari kena target..
Sebab gaji ikot berapa banyak meter dapat potong dan pasang dalam sehari. Tak silap aku 1 meter RM2 company bagi.. Macam macam cerita bila balik kerja. Kena kejar dengan anjinglah. Potong rumah ah longlah. Dengan kemalangan masa cari alamatlah. Dugaan..
Sampai 1 tahap suami lepas subuh keluar rumah tolong mak dan ayah mertua menoreh. Siap menoreh kerja potong api, petang balik ready untuk mniaga satey tumpang warung kawan kawan yang berniaga malam.
Satay habis, balik jadi runner jual nasi lemak dekat area jambatan rumah kami. Waktu malam ramai kaki pacing mancing dekat jambatan tu.
Pernah jugalah bawa 20 bungkus nasi lemak. Laku 2 saja. Yang lain bagi jiran jiran. Padahal dah lewat malam tu.
Ketuk pintu rumah jiran bagi makanan, guna alasan balik kenduri dari kampung. Banyak makanan lebih. Alahaii. Tak nak jiran fikir lain punya pasal. Hihihi. Sehari 4 kerja suami buat..
Tugas aku dekat rumah cucuk satey dan buat nasi lemak.. Hari2 hari. Sampailah 1 waktu. Rezeki berpihak kepada suami dapat kerja tetap yang gajinya 3x ganda dengan usaha dia buat 4 kerja dalam sehari. Masa tu kami anggap rezeki anak ke 2..
Alhamdulillah. Inikah yang dikatakan Allah hadirkan pelangi selepas hujan.. Kami memang hadap saja segala tohmahan yang datang.. Kami rahsiakan perkahwinan kami sampai anak ke 2 berusia 4 bulan..
Bila suami dah ada kerja tetap mak aku mula suarakan dia nak buat majlis untuk kami. Kami yang pada waktu itu tak ada hati nak buat cakap dengan bapak aku buat kenduri biasa saja. Ehh tapi siapa aku nak arahkan macamtu. Dahlah kahwin senyap senyap. Pandai pula nak mengarah itu ini..
Yer. Aku dan suami turutkan. Kami buat majlis perkahwinan. Boleh bayangkan tak shuib bersanding dengan aruwah Siti Sarah bawa anak. Macam tulah kami. Masa tulah suami cerita hal sebenar pada ayah mertua dan adik beradik yang lain .
Alhamdulillah.. Allah permudahkan. Makcik bawang jangan ceritalah.. Memang ramai. Tapi sebab kewangan kami dah kukuh. Kejap saja membawangnya.
Materialistik diaorang ni… Cuba klau perkahwinan aku digembar gemburkan masa tak ada apa apa dulu. Boleh taulah kan jadi apa. Kalau nasi ditambah kuah, ditambah lauk… hehehehe..
Hari ni bila tengok mak angkat berjaya sekolahkan semua anak anak sampai habis sekolah, tak ada masalah social. Kerja bagus. Serius aku bangga dengan mak angkat aku..
Anak anak perempuan dia dah berkahwin.. Masing masing dah ada anak. Suami diaorang alhamdulillah pembersih semua. Mak angkat ada 7 orang anak. 2 perempuan yang aku cerita tu. Yang lain lelaki. Salah sorang ada restoran sendiri..
Bukan restoran nasi lemak wak kentut kat kulai tu yer.. Jangan salah pahamm. Hihihi. Yang lain semua buat kerja ukur tanah. Lebih kepada kerja berkumpulan, buat syarikat sendiri. Mantapp tak.. Boleh dikatakan semua berkerjaya..
Diaorang mampu besarkan rumah mak dan bapak angkat ni. Bawa mak angkat melancong, yang lelaki semua belum kahwin. Yang sebaya suami aku tu pon belum kahwin. Kena mandi bunga agaknya. Hahaha..
Alasan mereka nak bahagiakan mak dulu. Nak happykan mak. Nak senangkan mak. Tak ada pown cakap bapak angkatkan. Aduiii. Diaorang tak benci tapi memang apa apa mak angkatlah diaorang cari..
Allah balas semuanya lepas anak anak dah berkerjaya. Sebak aku..
Sedikit sebanyak ini sahajalah yang dapat aku kongsikan untuk kalian. Maaf kalau ada terkurang dimana mana. Aku taip cerita ni bila anak dah start tidur…Sekarang dah pukul 3 pagi campur mengantuk. Hihihi..
Mohon maaaf kalar carca marba yer. Maaf zahir batin..
Untuk mak angkat aku. Aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak. Allah izikan aku dan suami tumpang kasih sayang emak disaat tiada siapa menyokong kami masa tu. Mak banyak ajar kami untuk jadi lebih baik dari kami yang dulu..
Sampai hari ni. Walaupun aku dan suami dah berpindah ke negeri lain. Bila waktu bercuti balik kampung… kami balik 3 kampung.. Kampung suami, kampung aku dan kampung mak angkat. Aku ajar anak anak untuk tidak cakap apa apa pown bila ziarah ke rumah mak angkat..
Dan sampai sekarang walaupun dah ada cucu dari drah daging sendiri, Anak aku tetap dia sayang walaupun dah bujang. Anak aku pula dia tau yang dia ada 3 atok dan 3 nenek. Hebatnya percaturan Allah..
Apa yang datang dalam hidup ni terima saja…masalah tu cabaran.. Jangan difikir. Kelak sakittt. Tapi masalah untuk ditemmpuh. Diawalnya perit. Diakhirnya pasti maniss..
Kita hidup bukan untuk dunia…
Wassalam..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Teratai (Bukan nama sebenar) via IIUMC edisimedia