“Dulu kemas, wangi… suami tertipu” Lepas kahwin baru aku tahu yg isteri seorang pengotor

IBARAT satu bonus apabila seorang suami mendapat isteri yang cantik.

Malah, bagi lelaki bujang pula pasti ramai mengimpikan untuk memiliki permaisuri hati yang jelita.

Namun bagi seorang pemuda, dia menyedari terdapat kelemahan di sebalik kecantikan isterinya.

Menurut pemuda berkenaan, isterinya yang dikenali sekarang jauh berbeza jika dibandingkan sewaktu zaman bercinta.

“Bini aku ni memang nampak kemas, tertib dan cantik. Tapi dia ada kelemahan. Kelemahan dia pemalas. Sifat pemalas dia aku kenal betul apabila dah kahwin.

“Masa bercinta tak tahu sifat pemalas dia ni, sebab apa yang dipaparkan depan aku, dia cantik, wangi, kemas bersih.

“Tapi sebaliknya apabila aku dah mula menghalalkan dia dengan akad nikah, persepsi aku berubah,” kongsinya menerusi coretan di halaman IIUM Confessions.

Suami kesal dengan sikap isterinya yang pengotor. (gambar hiasan: Freepik / Aya Al-Hakim)

Menurut lelaki itu, isterinya bukan sahaja pemalas tetapi pengotor sehingga menimbulkan rasa jijik.

“Contoh selepas mandi, tuala buang je kat lantai. Tak pernah nak sidai, balik kerja diambilnya tuala yang lembap kat lantai tu.

“Aku geli. Kotor kot tuala kat lantai, lembap pula tu. Tapi hairan kulit dia tak ada kurap,” katanya.

Bukan sekadar itu, isterinya juga mempunyai sikap suka meninggalkan sesuatu barang merata-rata.

“Kalau dia minum air, cawan ke, gelas ke memang dia parking (letak) merata. Kat kaki sofa, meja makan, kabinet TV, merata cawan dia parking, tapi tak boleh nak letak kat singki. Jadi akulah tukang kutip.

“Cotton pads untuk tanggalkan mekap, bersepah kat dressing table. Pelik tak pernah nak buang dalam tong sampah kecil yang aku letak kat kaki dia.

“Pakaian dia, ada bakul pakaian kotor, dia tak pernah nak campak masuk dalam bakul tu. Tapi sidai kat kerusi, kepala katil atau bucu katil.

“Baju dah pakai, dengan peluh semua tu silalah letak tempat sepatutnya. Aku juga yang kutip. Tudung dia, pada aku dah pakai sekali basuh la. Dia akan pakai selagi boleh. Waduh, tudung banyak kot!” katanya yang berasa lemas dengan keadaan tersebut.

Lebih menjijikkan apabila tuala wanita yang sudah digunakan juga dibiarkan saja, tanpa dibuang ke dalam tong sampah.

“Paling aku tak dapat terima, panty liner ke pad berdarah ke selalu cicir kat bilik air. Ada yang aku jumpa dah kering darah tu, ya ampun!

“Puas dah aku ceramah, cakap elok-elok tapi tak jalan. Merajuk buat muka, kata kita tak sayang dia. Sekali dua aku tahan la, dah berkali-kali muak juga,” katanya.

Suami malang itu menegaskan dia bukan sahaja menegur, malah menasihati isterinya.

“Aku siap minta mak dia tolong nasihatkan perangai dia yang pada aku, aku tak boleh brain. Bukan tak terima dia seadanya, tapi aku penat ulang benda yang sama.

“Puas aku bersangka baik, dia letih balik kerja. Dia tak sempat buat itu semua sebab sibuk. Tapi sebenarnya lebih kepada sifat dia, aku yang lelaki ni pun tak malas macam tu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dia cuba untuk bertolak ansur dengan isterinya tetapi kesabarannya juga ada hadnya.

“Aku siap ajar dia, tunjuk step macam mana. Sampai pad berdarah dia, aku ajar cuci bersih, balut dengan surat khabar ke apa. Takkan benda ni aku kena selesaikan untuk dia forever?

“Aku ajak jumpa kaunselor ke, pakar psikiatri ke. Pada aku ni dah ‘wabak, penyakit’. Aku nak hidup lama kot dengan dia. Kalau dia sendiri tak nak berubah macam mana?

“Penatlah… muka cantik tapi pemalas nak urus diri sendiri. Aku letih,” katanya dengan nada kesal.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : mstar via e-kesah