“Ex Ff Bagi Gambar Kami Sebagai Hadiah Kahwin” Tak sangka ini tindakan suami aku bila kami buka hadiah
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum. Nama aku Mira. Aku berumur 26 tahun-1992. Cerita sangat panjang sebenarnya. Namun aku ringkaskan sedikit. Hari di mana aku convo di sebuah IPTA, Aku diberitahu telah dipinang oleh seorang ustaz dan ibu bapa aku langsung menerimanya.
Aku hanya mampu menurut kan kehendak mereka kerana bagi aku pilihan dan restu dari ibu bapa adalah penting dan terbaik. Kami di didik dengan didikan agama sejak dari kecil lagi. Bahkan telah khatam dan hafal beberapa juz.
Pernah juga buat part time untuk mengajar mengaji. Entah kenapa, hati ini rasa gelisah, dan aku meminta pendapat dari ustazah. Dia menyuruh aku agar sentiasa minta petunjuk dari solat wajib selain solat sunat istikharah yang aku tunaikan.
Waktu sangat pantas berlalu. Semua persiapan diuruskan oleh keluarga dan aku tidak dibenarkan membuat satu pun kerja dalam rumah. Termasuklah menyapu dan membersihkan katil aku sendiri.
Aku dihantar ke spa muslimah, salon muslimah (cuci rambut). Manicure pedicure dan everything yang perlu sebagai persiapan bergelar raja sehari.
Baju2 pengantin hanya aku sewa sahaja. Bukan tidak mampu beli, namun aku rasa adalah tidak penting menyimpan baju pengantin walaupun hanya sebagai kenangan.
Selesai akad nikah, barulah aku dapat melihat wajah suami aku. Rasa tiba tiba sahaja muncul dan rasa hiba itu ada. Aku peluk ayah dan ibu. Sungguh tak sangka.
Selesai semua, suami bisik ke telinga, ”Cantiknya isteri abang”. Aku tersenyum bahagia. Majlis kami tidak sebesar mana namun semua tetamu berpuas hati dengan segala perjalan majlis haritu.
Tiada karaoke, cuma kompang dan lagu lagu nasyid serta selawat bergema. Tazkirah selama sejam selepas asar. Semua berjalan lancar.
Pada malamnya, pakcik suami dikejarkan ke Hospital dan berada di wad kecemasan. So malam tu kami tidur di bangku hospital dengan inai yang merah di jari.
Suami pegang tangan dan peluk bahu aku, ”Abang minta maaf”. Aku hanya membalas, “Its okay abang”. Malam kedua, baru ada masa untuk kami berdua dan membuka hadiah perkahwinan yang diterima semasa majlis.
Bahagianya menerima hadiah. Satu persatu bungkusan hadiah dibuka. Tiba ke hadiah yang diberi oleh sahabat baik ku, kotak kecil. Namun kad di atasnya tertulis (from Azmin to Mira).
Aku sangat kenal dengan kotak tersebut. Aku memang sangat pasti hadiah tersebut dibawa oleh kawan baik aku sendiri. Kening suami berkerut. Masakan tidak. Semua hadiah tiada nama melainkan ucapan sahaja yang tertera.
Suami mula membuka, dan melihat beberapa keping gambar. Gambar semasa camping di University dahulu, sebenarnya gambar bekas kekasih mencium pipi aku, tapi yang tu secara spontan.
Waktu tu juga kami break up. Dan beberapa gambar yang aku rasa kawan aku edit, kerana dia sangat pakar dalam hal tu. Aku tak rela pun masa gambar tu dia snap.
Sehingga sekarang aku tak sangka kawan baik aku sendiri hancurkan masjid yang baru dibina. Suami aku sangat kecewa. Pipi aku pernah dicium tanpa aku rela, tapi aku tak pernah disentuh lagi.
Malam tu aku menangis merayu dan menjelaskan. Namun ego suami aku lebih tinggi. Dia sanggup lepaskan aku! Aku rasa trauma, deprssed, lalu badan pun susut dengan mendadaknya.
Beberapa bulan aku asingkan diri daripada keluarga. Namun keluarga dapat hidu akhirnya. Dan seperti dijangka mereka sangat kecewa dengan perkhabaran itu. Kerana bekas suami menceritakan yang lebih, yang aku tak buat.
And now, aku dah move on. I have my own money, my own car, keja di syarikat telekomunikasi. Bekas suami pun dah kahwin dengan kawan baik yang tak baik dan sekarang mereka pun dah ada anak 1.
Aku dapat berita anak tu bukan anak hasil dengan bekas suami. Tapi dia jadi pak sanggup. Tahniah dan terima kasih kerana menjadikan aku janda suci.
Dan aku mencari bakal suami yang mampu terima aku seadanya. Bagi lelaki yang masih bujang, tak pernah bercinta lagi, bukan suami orang, boleh membimbing.
Ego tak setinggi gunung everest, sila komen dan aku akan minta pendapat abang aku bagi sesiapa yang dia nak. Tq semua.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: krt via news.allmhi