“Gaji Tak Masuk Lagi, Suami Ditengking Oleh lstri Depan Orang Ramai” Sehinggalah terjadi kejadian yang tak terduga

Foto sekadar hiasan

SEKADAR PERKONGSIAN JE

KEJADIAN DI MYDIN AYER KEROH TADI.

Aku beratur di atm RHB, aku no 3 di Barisan ni.

Aku perhati pasangan depan tu dengan seorang budak perempuan. Mula2 angin jugak aku pasal lama Sgt ko kat mesin tu.

Tu bukan mesin spin MEGA888. Itu mesin atm jangan lama2. Orang lain pun nak cucuk duit gak.

Kerana lamanya si abam tu duk tekan2 mesin smpai akak depan aku tu blah trus sambil mengomel, pi atm Maybank belakang lah.

Kata kakak depan aku. Lepas kakak tu blah aku pun betul2 di blakang si abam ni. Aku x kata apa cuma beratur sambil layan baca fb.

Tiba2 aku dengar si perempuan tu tanya apsal Bi x keluar duit.

Si abam tu pun jawab, payment x masuk lagi ni. Si perempuan tu isterinya aku rasa sebab panggil si lelaki tu B pun kata.

“Apa ke bodoh ko ni ajak kita orang keluar duit xde”

Lelaki tu diam. Kerana aku betul2 belakang ya aku dgr jelas lah apa diorang cakap.

Pastu kakak tu tarik tangan suami nya ke tepi dgn kata kata aku maaf ye Che. Lama beratur.

Aku hanya jawab xpe xde hal. Dalam masa sama, aku padang muka laki dia memang sedih dan murung la.

Tengok pada mata dia aku tau dia sedih.Terus aku ingat zaman aku susah dulu.

Aku pun ke mesin tekan nombor untuk keluarkan duit.

Niat dihati nak cucuk 1k je tapi sekilas aku pandang ke tepi tgk mata si suami memang sedih sambil dgr si isteri berleter.

Anak nya pun nampak sedih je. Tengok mata aku tahu memang sedih. Muka x nmpak sbb pakai facemask.

Bila aku terkenang zaman aku susah dulu, pernah jadi gini di atm tapi masa tu aku x kawin lagi.

Cuma bawa awek je pastu nk cucuk duit xde. So, gaduh la aku dgn awek kat situ gak. Sama macam pasangan ni

So, aku ubah niat, aku cucuk 1500.pastu aku pun dgn slumber nya tegur si abam tu yang tgh duk dileter isterinya tepi atm tu sebelah kedai komputer.

Aku beri Salam lepas tu aku kata eh broo, macam kenal je. Padahal aku x kenal pun lebih lagi dia pakai facemask pula tu.

Lepas dia jawab Salam aku dia tanya sapa ya. Aku pun ambil peluang bagitau isterinya sekejap ya, cakap dgn abang ni jap. Pastu isterinya angguk.

Aku pun ajak laki dia sembang depan kedai sushi sebelah kedai komputer.

Skali lagi laki tu tanya aku siapa ya.pastu aku tnya abam tu ABANG BUAT WIRING KAN.

Aku guna ayat ni sebab tadi aku dgr dia cakap dgn bini dia payment wiring smalam x msuk lagi.

Abam tu pun jawab. Ya saya pastu tanya aku lagi skali sapa ya. Aku pun tarik skit facemask tunjuk muka kat dia.

Aku pun bagitau nama aku, aku tinggal kat mana, ofis kat mana.

Pstu dia bagitau dulu dia pernah pasang lampu kat rumah dalam Taman aku. Aku pun terus jawab molek Sgt.

Sebab saya memang nak pasang lampu di ofis saya. Sedang molek jumpa abg kat sini.

Dia kata OK boleh. Aku pun x ckp byk keluar duit 500 terus beri kat tangan dia dgn beri Bisnes Card aku skali. Aku kata nanti esk call aku.

Terkejut terus dia. Terus dia tarik turun kan facemask dia tunjuk muka dia kat aku.

Aku pun terus kata HAA BETUL LAH SAYA PERNAH TENGOK ABAANG BUAT KEJE KAT TAMAN SAYA.

Padahal sumpah aku x kenal dan x pernah jumpa pun dia.

Dia senyum tapi tgk muka dia memang nampak dia terkejut lagi sambil tengok duit kat tangan dia aku beri.

Aku jawab tu 500 dulu saya beri nanti siap pasan lampu sy tambah lagi 500.dia kata eeh byk ni bro.

Brapa Puluh biji lampu nak pasang. Upah pasang lampu dia ambil 40 ringgit je satu. Aku jawab x byk Sgt nanti dtg la ofis sy bro tengok la.

Dia terus jawab Ok2 bro esok aku sampai. Dengan senyum hepy dia panggil bini dan anak dia mari kat aku dgn dia.

Dia pun bgtau bini dia OK boleh kita beli barang. Bro ni bagi job siap bagi duit 500 ni.

Terus isterinya jawab alhamdulillah. Terima kasih byk2 isteri dia bgtau aku. Si laki tu pun 2,3 kali ucap Terima kasih.

Aku kata xde hal, nanti esk sebelum mari call aku. No hp aku kat Kad tu. Dia kata Ok2.

Lepas tu aku pun blah. Masuk je dlm kete aku pun fikir lampu mana aku nak pasang esok kat ofis. Sebab dah penuh lampu ofis aku.

So, aku mari idea esk aku beli mentol lampu sruh abam tu tukar esk. Niat aku hanya nak tolong dia bukan nak pasang lampu Sgt.

Sebab pernah berlaku situasi camtu kat aku dulu.

MORAL OF THE STORY,

Ingatlah saat kita susah dan bila senang jgn lupa bantu orang yang susah walaupun kita x kenal dia.

Insya Allah, akan diberi rezeki oleh Allah atas bantuan yang kite beri kat orang.

Tujuan aku share ni hanyalah untuk beri peringatan pada Umum, bukan niat nak menunjuk.

Sekadar menyampaikan pesanan Umum supaya kita Jangan lupa Zaman Kita Susah Dulu dan Jangan Sombong Ketika Senang.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: FB Ayie Sham via pop.airnws.com