“Hanya 4 Jam Seminggu, Aku Keluar Lokap Terus Nekad” Terpaksa aku larikan anak ke luar negara

 

PART 1

Foto sekadar hiasan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sebelum aku bermula, dengan rendah hati aku bersumpah dengan nama Allah yang Maha Mulia, tulisan yang ku bakal sajikan kepada anda semua adalah sebuah kebenaran.

Aku mempertaruhkan imanku dengan tulisan ini.

Nama aku Abu. Aku mempunyai seorang isteri yang ku namakan Miss Bulu (bukan nama sebenar). Pernikahan kami dikurniakan anak perempuan berumur 5 tahun pada tahun ini.

Aku telah disahkan menghidap Major D3pressive Dis0rder sejak 2016 iaitu setahun selepas pernikahanku.

Pada Februari 2020, aku telah disahkan menghidap Bip0lar Dis0rder sejak pertengahan 2018. Aku mula diberikan ser0quel 100mg dan bertambah menjadi 300mg dan aku kurangkan d0s sendiri menjadi 200mg sekarang.

Doktor telah mengesahkan aku telah melalui fasa mania dan d3presi yang panjang. Dalam laporan perubatanku ditulis pada waktu mania, aku berbelanja tak ingat dunia , mengalami “racing thought”, bercakap dengan sangat laju dan s3ksual libid0ku meningkat.

Pada pemerhatian ku sendiri, aku gagal membuat keputusan yang waras sebelum mengambil seroquel. Banyak keputusanku “short sighted” dan tak masuk akal. Sama ada di rumahtangga atau di syarikat.

Pada hujung Disember 2019, isteriku telah keluar dari rumah apabila aku kantoi bermesej dengan seorang perempuan. Aku akui kesalahanku gagal mengawal libid0 s3ksualku.

Isteriku telah mengatur sesi kaunseling di pejabat agama KL. Tapi disebabkan aku belum mendapat diagn0sis dan ubat yang betul, aku mengamuk di pejabat agama KL. Selepas itu, aku pula mengatur sesi kaunseling dengan seorang kaunselor di Shah Alam.

Malangnya kaunselor tersebut bukan kaunselor yang bertauliah (atas kesalahanku sendiri yang masih “short sighted”), kaunselor tersebut mencadangkan kami bercerrai.

Pada awal Februari 2020, aku telah meletup dan mengamuk di rumah kelaminku sendiri. Cermin mataku pecah dan sisa kaca botol kicap bertaburan dalam rumah.

Aku dalam keadaan marah terus pergi ke rumah mertuaku. Di sana terdapat isteriku, dan memberi pilihan sama ada ikut aku pulang ke rumah atau aku cerraikan.

Aku telah tercerraikan isteri secara tak sengaja kali ke tiga dalam keadaan aku tidak waras dan tidak dapat berfikir dengan betul.

Februari 2020, aku mula diberikan ser0quel dan aku mula menghadiri terapi di salah sebuah pusat psik0-terapi Melayu- Islam di Shah Alam.

Aku masih memujuk isteriku kembali kepada ku dengan menghantar resit resit rawatanku kepada beliau. Aku sempat hadir kurang lebih 8 sesi. Satu sesi berjumlah rm210.

Banyak yang aku pelajari, antaranya mula menyusun balik cara berfikir yang betul. Aku juga memberitahu kaunselor bahawa aku mula dapat mengawal kemarahanku, dengan cara memerhatikan diriku sendiri.

Kalau dulunya, kalau ada orang yang buat kurang ajar di atas jalanraya, aku tak takut untuk mengejar mereka dan mengajak mereka bergaduh.

Tapi bila berlaku lagi kejadian kurang ajar di jalan raya, aku sempat berfikir sejenak dalam tempoh masa 2 minit untuk aku dapat bertenang.

C0vid- 19 melanda dunia. Aku tetap pergi ke rumah mertuaku untuk meminta maaf kepada mertuaku dan isteriku.

Aku ceritakan lafaz cerrai dalam keadaan aku tidak waras dan tidak ingat. Aku hanya ingat ketidakwarasan aku hanya apabila diceritakan semula. Mertuaku tidak mahu memandang muka aku. Isteri aku juga begitu. Tapi aku tetap merayu memujuk dan meminta maaf.

Aku pergi kali kedua untuk meminta maaf dalam tempoh kurang lebih sebulan atau lebih. Kali ini mertua lelaki keluar ke ruang tamu dan menyepak barang di atas meja di hadapan aku dan mama aku.

Aku rasa terhina, tapi aku tetap bersabar dan terus memujuk isteri untuk kembali.

Awal Ramadan 2020, aku meminta kepada isteriku untuk membawa anakku pulang selama seminggu. Isteriku membenarkannya.

Anakku sangat seronok seminggu duduk dengan aku dan keluargaku. Aku simpan semua gambar keceriaannya dan videonya. Aku pulangkan anak bila sudah capai tempoh seminggu.

Ia Ramadan yang sangat indah. Ramadan pertama aku dapat berfikir dengan waras. Ia Ramadan yang aku berjaya khatamkan alQuran 5 kali. Ia Ramadan yang mensucikan d0sa d0sa lampau aku.

Aku bertaubat dan menangis sesungguhnya pada Ramadan itu. Apatah lagi wabak sedang melanda dunia, aku bertambah insaf mengenangkan nasib diri yang kurang amal selama ini.

Akhir Ramadan 2020, aku meminta anakku untuk beraya Aidilfitri denganku. Isteriku setuju kerana tahun sebelumnya aku tidak dapat beraya dengan anak dan juga isteriku. Tapi pada kali ini anak sudah tidak mesra dan tidak mahu bermain denganku.

Apa yang berada dalam fikiranku? Apa yang berada dalam fikiranku, apabila seawal sebulan pernikahan, aku dihasut untuk membenci adik ipar mertua yang tidak dia sukai.

Prinsip aku mudah, jika seseorang boleh mengaibkan orang lain depan aku, tak mustahil dia juga boleh mengaibkan aku depan orang lain.

Aku fikir anakku sudah dihasut untuk membenci aku dan keluarga aku. Aku minta kepada isteri untuk berjumpa di pejabat ku, dengan semua keluarganya hadir pada hari sepatutnya aku memulangkan anakku.

Tujuan ku mudah, aku ingin mengajak mereka bersumpah laknat bahawa mereka tidak menghasut anakku untuk membenci aku.

Pastinya peristiwa itu tidak terjadi.

Pada suatu hari, raya ke berapa aku tak ingat, isteriku telah datang ke rumah keluarga aku untuk mengambil anakku. Aku menghalau isteriku keluar. Kerana menurut perkiraan aku, kami harus bertemu di pejabat dulu sebelum aku setuju menyerahkan anakku.

Adik iparku terus meluru masuk membelasahku di dalam rumah ayahku. Aku tidak melawan dan tidak dapat melepaskan diri kerana saiznya yang dua kali ganda lebih besar dari aku. Adikku yang tidur di ruang tamu terjaga dan meleraikan aku yang dicekak.

Aku pergi ke balai polis Bangi untuk membuat laporan polis. Aku telah diberikan Pol 51 untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kajang kerana telah dipkul. Doktor mengesahkan aku cedera tulang belakang, dada dan bahu. Pada hari yang sama aku dipanggil untuk beri keterangan.

Pada hari yang sama, waktu malam aku mahu menidurkan anak aku, polis memanggil aku ke IPD Kajang. Sebelum aku ditahan, polis memanggil si pemukul untuk mengubah keterangan.

Aku ditahan dalam lokap dan majistret melanjutkan reman selama tiga hari. Aku berdoa kepada Allah. Dalam lokap aku juga menangis merayu kepada Allah dan cuba solat walaupun hanya dibenarkan pakai seluar pendek tanpa baju.

Pengalaman pertama aku masuk lokap, macam macam orang aku jumpa. Dari kesalahan merentas negeri sampailah bnuh orang. Paling aku kesalkan banyak budak Melayu sampai ke bapak budak kena tangkap sebab hisap ice (sy4bu).

Pada masa aku dalam lokap, isteri telah membawa polis untuk datang ke rumah keluarga untuk merampas anak aku. Walaupun tiada perintah mahkamah, disebabkan orang tua ku takut dan tidak faham undang undang, mereka menyerahkan anak aku secara paksa…

Akhirnya aku dituduh di mahkamah di bawah s3ksyen 160 dan 352. Majistret membacakan pertuduhan aku bergaduh di hadapan rumah ayahku sedangkan aku dipkul dalam rumah dan rumah diceroboh secara paksa dan tanpa izin oleh si pemukul.

Majistret juga membacakan pertuduhan aku melakukan kekerasan jnayah kepada isteri aku sedangkan demi Allah, aku tidak berbuat sedemikian.

Aku tak ada kabel. Demi Allah kalau aku berbohong, aku jatuh kafir. Aku redha sebab aku baca AlQuran. Yusuf juga pernah disumbat dalam penjara sedangkan Yusuf tak pernah buat salah apa apa.

Tak berapa lama kemudian, isteriku memfailkan pengesahan lafaz cerrai dan hak hadanah di mahkamah. Aku sekarang sangat sibuk, menguruskan syarikat seorang diri, berulang alik ke mahkamah sivil dan juga mahkamah syariah. Semua kes aku pakai peguam.

Peguam mahkamah sivil paling hampeh, sibuk suruh aku mengaku salah sedangkan 1) aku bayar dia untuk bela aku 2) aku tak buat salah kot, aku nak mengaku apa bendanya?

Walaupun aku sibuk, aku tak pernah ponteng sesi mahkamah. Hatta sesi yang peguam saja perlu hadir, pihak pihak tak perlu hadir pun aku pergi. Semua aku hadir dan di mahkamah aku sempat lagi memujuk isteri aku. Isteri aku hanya menjuihkan mulut dan berpaling dari aku. Aku faham dia marah.

Peguam mahkamah syariah aku pula dok mengapi apikan aku, “kalau aku jadi hang aku boh penampaq dah kat perempuan tu”. Hahaha aku gelak je la.. kalau dulu sebelum makan ubat, maybe aku marah. Aku dah berubah, aku dah boleh bertenang banyak selepas hampir setengah tahun makan ser0quel…

Proses untuk keputusan hadanah interim mengambil masa yang sangat lama. Selepas aku masuk lokap, hampir 6 bulan aku tak dapat jumpa anak aku. Aku cuba beberapa kali untuk pergi jumpa dan ambil anak, dihalang dan hanya dapat tengok 2 minit dari luar pagar selepas itu mereka masuk.

Bapa mertua siap tarik tangan anak aku bila aku cuba pegang anak. Betapa haramzadahnya, memetik SN Shahnon Ahmad. Aku wali sah anak aku kot, anak aku nak menikah esok kena cari aku.

Jadi 6 bulan aku tak dapat jumpa anak aku lepas aku masuk lokap, dan 6 bulan aku tak dapat jumpa anak aku sejak isteri keluar rumah. Hampir setahun tak dapat jumpa anak aku.

Akhirnya keputusan hadanah keluar pada November. Aku hanya diberikan hak lawatan 4 jam seminggu. 4 jam seminggu. 4 jam seminggu. 4 jam seminggu. Iaitu hari ahad pukul 2 sampai 6 petang.

Anak aku tinggal dengan isteri di Gombak. Aku nak pergi Gombak dari Bangi dah ambil masa sejam. Okay, aku gerak awal. Zohor masuk awal. Aku solat, terus aku gerak ke Gombak. Pukul 2 aku akan sampai di Gombak dan ambil anak aku.

Masa tu negara masih Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Betapa terlukanya hati aku, jumpa anak hanya boleh dalam kereta. Nak bawa jalan mall tak boleh sebab budak kecil tak boleh masuk. Nak bawa pergi taman riadah tak boleh juga sebab budak kecil tak boleh masuk.

Betapa aku terlukanya, anak aku juga kurus. Aku pergi kedai serbaneka beli coklat kesukaan dia dan air milo kotak. Aku belikan KFC dan aku suap dia dalam kereta. Aku pergi kedai mainan, aku belikan mainan. Kitorang main dalam kereta.

Kali keempat lawatan aku dah tak tahan. Aku rancang nak larikan anak aku ke luar negara.

Kau bayangkan, aku boleh kena tuduh kat mahkamah sivil benda aku tak buat. Takkan isteri aku dan keluarganya rasuah atau pengaruhi pihak tertinggi untuk bagi hak lawatan 4 jam je seminggu?

Sedangkan aku tak pernah gagal semua sesi mahkamah. Sulh, masuk dokumen, masuk hujah, dengar hujah balas, you name it bebeh.

Jika betul ada salah guna kuasa, aku tak maafkan salah guna kuasa kamu. Aku akan tuntut di akhirat esok. Ada orang cadangkan aku, buat laporan ke jabatan integriti la apa la.

Kau ingat kalau kau orang biasa, mereka nak layan? Dan aku yakin juga, kalau aku boleh kena aniaya, berapa ramai lagi yang boleh kena aniaya?

Oh ya, untuk makluman, isteri aku bukan dari keluarga berada. Cuma aku tahu, mertua aku berkawan dengan orang orang pencen bekas kerajaan walaupun keluarga diorang biasa biasa je.

Mertua aku ni kalau orang ramai tengok, pijak semut pun tak mati. Tapi kau tahu la, orang macam ni, dia takkan nampakkan diri dia dan keluarga dia salah. Walaupun dia buat salah, dia akan cari jalan supaya nampak betul. Untungnya diorang berkawan dengan pencen kerajaan yang besar besar.

Kaki surau, mengaji ustaz sunnah sana sini, tiba tiba anak kena tangkap pkul orang? Kau kalau ada peluang macam mertua aku kenal pencen kerajaan power, apa kau buat? Suruh iman kau tolong fikir untuk kau.

Balik kepada bab aku terpaksa larikan anak aku ke luar negara. Bersambung…

Bersambung: PART 2

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Abu (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia