“Hidup Di Hutan Sejak Kecil Lagi” TARZAN ini tak kenal kaum wanita
Bolehkah anda hidup tanpa telefon bimbit, WiFi atau akaun Netflix di zaman kini? Tarzan Vietnam ini pastinya mampu kerana beliau tinggal di hutan sejak berusia dua tahun dan tidak pernah mengetahui kewujudan kaum wanita.
Kenali Ho Van Lang yang tinggal bersama ayahnya, Ho Van Thanh selama 41 tahun di hutan tebal Tay Tra, Vietnam. Thanh membawa anaknya tinggal di hutan setelah isteri dan dua lagi anak lelakinya terbu.nuh dalam P3rang Vietnam pada tahun 1972.
Mereka dijumpai oleh penduduk tempatan pada tahun 2013 dan kini perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan tamadun moden. Terdahulu, dua beranak ini hidup dengan memburu haiwan, terutamanya tikus sebagai makanan utama dan tinggal di rumah pokok.
Selain itu, mereka memakai pakaian diperbuat daripada kulit pokok dan serpihan b0m bukan saja dijadikan sen.jata pembu.ruan malah aksesori.
Pada 2015, Alvaro Cerezo, pengarah Docastaway, sebuah syarikat pelancongan yang khusus dalam percutian di tempat terpencil dalam dunia berjumpa Lang untuk sebuah dokumentari. Pada asalnya Alvaro mahu bertanya mengenai teknik survival yang diguna mereka ketika tinggal di hutan.
Akan tetapi, mereka telah meluangkan masa bersama selama lima hari di dalam hutan di mana tempat Lang membesar. Menurut Alvaro, Lang langsung tidak tahu kewujudan kaum wanita kerana ayahnya tidak pernah bercerita mengenai perkara tersebut semasa di hutan.
Bukan itu saja, disebabkan hal tersebut, Alvaro berpendapat Lang mengalami masalah s3ksual. “Saya boleh katakan Lang tidak pernah mempunyai n4fsu sy4hwat walaupun sedikit. Naluri s3ksualnya seolah-olah tiada,” nyata Alvaro dipetik dari Docastaway.
Tambanya lagi, Lang mengalami masalah untuk mengenal pasti perbezaan di antara kaum lelaki dan kaum perempuan. Difahamkan, Lang tiada masalah semasa hidup di hutan namun kesihatan ayahnya semakin merosot. Beberapa tahun terakhir di hutan, Lang hidup dalam kerisauan dan berjaga sepanjang malam kerana takut bapanya hilang kesedaran.
Dikatakan, warga emas tersebut masih lagi dalam tr4uma dan percaya pep3rangan yang mer4gut nyawa keluarganya masih lagi sedang berlaku.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: https://tehtarikgelasbesar.com via celevillage