“Husna Pekerja Baru Ofis Aku, Dia Anggap Suamiku Pakwe Dia” Saat jenazah suami di depanku, husna masih call mencari suamiku

Foto sekadar hiasan. 

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Aku mula rapatkan diri aku dengan B untuk aku melupakan Syed. B sebaya aku. Namun dia seorang duda. Kira masa kami kenal, dia da setahun menduda.. kami mula sebagai kawan sekerja. Waktu ini, aku da bertukar kerja dari banking ke company telecommunications.

Maka B ni senior aku di office. Dan banyak perkara especially tentang produk, aku akan rujuk pada beliau. Memang aku perasan B cuba ngorat aku masa kami baru start keje..

Mulanya aku abaikan sebab masih dalam healing proses utk melupakan Syed. Tapi atas nasihat kawan2, dorang suruh aku bagi peluang pada B. Yelah, maybe B boleh buat aku lupakan Syed terus kan. Atleast B duda dan tiada anak dari 1st marriage. So, aku tak lah amik hak sape2 kan..?

B bawak aku jumpe family dia dan dia sendiri datang jumpe family aku. Keadaan itu buat aku yakin dengan dia.. Dan dalam tempoh tak sampai setahun kami kenal, keluarga B datang merisik aku.. dan kami pun bertunang..

Kata orang..bertunang itu banyak dugaan dia.. Drah manis kan.. Dan itulah yang terjadi pada kami..Silap aku kerana terlalu percaya pada B.

Sebab B xlah hensem macam Syed. Hihi…Dan kami satu department so aku yakin hampir semua staff dia opiz aku tau tentang hubungan kami..

Hinggalah muncul satu batch budak2 baru. B ditugaskan untuk jadi coach induction budak2 baru ini. Salah sorang dari mereka adalah HUSNA..Kewujudan Husna sebagai junior memang aku tahu. Infact, aku jugak salah sorang staff yang dilantik untuk menjadi mentor mereka.

Husna ni orangnya bertudung ikat belakang.. Percakapan lembut je dan always bg salam pada aku setiap kali aku melintas depan cubicle dia..One day, aku dapat friend request dari Husna di Facebook. Aku tengok mutual friends.. Nama tunang aku yang muncul.

Aku approved friend request Husna. Husna terus DM aku.. “tq kak accept friend request, Akak the best lah” Aku just reply icon senyum..

Aku dan B memang active berfacebook. Setiap apa activity yang kami buat akan kami post di facebook. Dan setiap kali aku post gambar aku dan B, Husna adalah antara insan pertama yang akan like gambar aku.. tapi kalau aku post gambar aku sendiri..takde plak dia like. But aku tak pandang serius hal ni.

Ada perubahan pada sikap B. Kadang-kadang dia sengaja buat kami bergduh hal remeh temeh. Bila bergduh, dia akan suruh aku pergi kerja sendiri. Sedangkan selalunya kami akan pegi kerja bersama. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku pun ada kereta sendiri.

Waktu lunch pun sama.. dia sengaja create alasan untuk aku tak follow dia pergi lunch. Kerap dia volunter tolong tapaukan aku makanan.

Tapi waktu ini aku masih tidak syak apa2.. sebab aku seorang yang agak komited dengan kerja. So, bagi aku maybe B taknak ganggu aku dan dia nak senangkan hidup aku. So aku rasa sweet sangt bila hari2 aku tak perlu keluar lunch sebab tunang aku da siap2 belikan aku makanan..

So, aku yang bukak ruang untuk B dan Husna rapat. Disaat aku siapkan kerja waktu lunch tu. Mereka selalu keluar berdua lunch bersama. And bila aku pergi and balik kerja sendiri. B akan jemput dan hantar Husna kerja. Sesungguhnya aku buta tak nampak semua tu.

Husna post something di Facebook.. video clip lagu dari Rossa-Ku Menunggu..

Aku like.. siap komen, “lagu ni best”

Husna reply komen aku. “Yes, best sangat especially part lirik dia..”

Aku reply “lol”… bdohnya aku.. mesti masa tu terkekek kekek Husna ketawakan kebodohan aku. (Korang gugel la lirik lagu ni and korang akan paham)

Department kami buat team outing. Aku nak pergi tapi B tak bagi..bermti-mtian B tak bagi.. macam-macam alasan dia bagi.

katanya banyak aktiviti campur lelaki perempuan, tak manis untuk aku. Sedangkan dia ikut je. Malah B salah sorang yang organize aktiviti.

Last2 aku mengalah. Lagipun parents aku tak bagi join. Yelah kang jiran keliling ingat aku pergi bercuti berdua dengan tunang. So aku redha je la tunang aku pergi bercuti.. have fun.. kata aku..

Rupanya Husna join skali trip tu. The best part, dia pergi sekali dengan B. Satu kete berdua. Alasan B, dorang kena handle benda yang sama. Then kete B digunakan untuk letak barang2. So xleh ramai penumpang. Kete Husna plak rosak dihari kejadian. So secara “kebetulan” je dia tumpang kete B.

Masa ni, barulah aku mula suspicious. Aku tengok Facebook kawan-kawan yang join trip tu. Semua gambar akan terlihat B dan Husna duduk rapat2 or berdua.

Siap ada gambar candid mereka berdua tengah berpegang tangan.. Aku da mula panas. Tapi bagi aku bukti itu masih belum cukup.

Hari pertama bekerja selepas dorang balik dari trip. Aku jumpe kawan2 B yang juga kawan2 aku. Aku suruh dorang terus terang betul ke B cuurang ngan aku.

Dalam ramai-ramai yang aku tanya, hanya sorang je yang mengaku. Itupun sebab dia kesian tengok aku dibodohkan depan2.

So, apa aku buat? Aku berpakat dengan Mr Bos(Bos aku memang kamcing giler dengan aku). Aku mintak dia buat meeting tergmpar dengan B dan Husna.

So sebab tergmpar, dorang berdua tinggalkan computer masing-masing macam tu je.. dan aku terus pergi on computer dorang and check facebook masing-masing.. canteekk..dua2 tak reti logout FB.

Aku bukak FB messanger, maka terkantoi la segalanya… dah bersayang-syang..rindu dndam..dan macam2 lagi…aku printscreen, dan aku print semua conversation tu..

By the way para pembaca sekalian, kejadian ni berlaku di waktu majlis kawen aku bakal berlansung lagi sebulan.. sebulan ye.. cuti da approve..kad da print out n da edar..

Ok sambung..petang tu gak aku jumpe 4 mata dengan pasngan ideal tu. Depan B aku mintak putus. Aku taknak kawen.. B merayu kat aku.. dia cakap dia silap langkah.. hubungan dorang masih baru.. dia boleh berubah..

Husna? Maybe sebab terkejut dengan sikap B yang tetiba memilih aku berbanding dia.. dia jadi sangat2 marah.. siap jerit aku takkan terima ko sampai maati. Dia terus blah macam tu je..

Aku da nekad, aku taknak teruskan.. aku ada bukti dia cvrang dengan aku.. tapi, bila pulang kerumah parents aku memujuk.

Majlis tinggal kurang sebulan.. inilah dugaan pertunangan.. B dah ngaku salah.. dah mintak maaf..B jumpa family aku mintak maaf..menangis-nagis minta diberi peluang kedua..

Husna pun da jamin taknak B.. siap post kat facebook aku benci insan bernama B. Budak baru nak up sangat. Atas sebab itu.. aku terima B kembali.. majlis pernikahan kami berlansung dengan meriah.. Syed? Aku tak jemput pun.. tapi aku tau dia tau aku kawen.. aku dapat rasa dia tahu..

Selepas 2 minggu aku cuti kawen.. aku masuk office dan orang pertama aku nampak ketika itu adalah Husna. Dia melarikan diri bila terpandang aku. Aku buat biasa je.

Sebulan selepas aku kahwin, B kembali berubah macam dulu. Aku pulak, sejak berkahwin macam ada sixth sense. Aku dapat agak ada sesuatu yang tak kena..

So aku jadi stalker teragung pada facebook Husna.. setiap kali dia post something, dia sendiri yang akan like.. dan dia sendiri yang akan komen post tu.. pelik kan? Tak pelik, sebab ayat tukang komen tu sama giler macam ayat yang laki aku selalu guna..

Second, baju.. okay.. sebagai isteri misali.. setiap hari aku akan sediakan baju untuk suami.. tapi, selalu suami aku mintak tukar baju lain.. dan bila sampai office, aku tengok Husna akan pakai baju warna yang sama dengan suami ku.. sehari dua maybe kebetulan.. tapi kalau dah seminggu sederet sama..kebetulan kah?

Lunch time memang aku takkan biar suami aku sorang2 lagi.. Tapi suami aku akan hiilang lama waktu pkl 2 dan pkl 4. Solat? Surau ada kat belakang aku je.. dan setiap kali dia hiilang, Husna pun turut MIA. Aik? Takkan la pergi toilet pun nak bersama kan?

So one day, B bangun pagi bagitahu dia tak sihat. Nak amik MC. Aku tawarkan diri nak bawak dia pergi klinik but dia cakap takpe..dia pergi sendiri. Lagipun klinik dekat. And tak okay untuk KPI kalau laki bini MC bersama.

Maka aku pun pergi office sendiri. Sampai2 aku nampak Husna pandang aku sengeh-sengeh. Aku nampak dia leka main handphone. Aku pandang dari jauh and aku nampak dia pergi ke arah bos aku berbincang. Dan dia tersenyum pergi ketempat dia dan berkemas-kemas untuk pulang.

Aku terus jumpa bos aku.. Buat-buat inform suami aku amik MC. Then aku tanyala nape Husna macam kelam kabut je balik. Bos aku cakap Husna EL sebab ada hal family. Pelik kan? Korang mesti dapat agak apa yang aku agak kan?

So, aku terus pergi ke tempat suami aku. Suami aku memang sejenis yang malas logout pc. Dan aku memang hafal password pc dia. Aku terus on Facebook B. Owh lupa, dia da block Husna dari Facebook atas permintaan aku.. depan aku gak dia block.

Then aku nampak notification dr google talk. Owh, laki aku lupe logout google talk dia. Yelah mana dia nak tau rini dia mc and bini dia jadi stalker kan? So aku pun on gtalk dia.

ada conversation dia dengan Husna yg still active.. means, waktu aku tengah membaca tu, masih ada msg baru masuk dari keduanya.. sebab maybe B tgh guna gtalk dari hp dia..

Antara ayat yang aku ingat..Husna: morning abgg… nampak makcik tu sorang je pagi ni.. abg mana? (Kojaq ko kan Husna, aku punyalah anggun ko panggil makcik je)

B: Abg demam..tak larat nak g keje.

Husna: la..abg tak sihat pun makcik tu buat tak pedulike? Kalau sayang wife abg..sayang akan jaga abg baik2..

B: huhuhuu…. (memang ini je dia balas)

Husna: abang..sayang bawak abg pergi klinik ye.. abang tunggu ye sayang mintak EL.

B:okay..tq sayang..

Husna: abang EL da approve. Tak sabar nak jumpe abang..

B: me too..hati2 drive ye..

Aku scroll ke atas.. baca gtalk mereka dari seawal yang aku mampu.. rupanya tak sampai sebulan aku bernikah, dia da memujuk rayu suami aku kembali.. kononnya tak boleh melupakan kisah cinta mereka. Suami aku?? Kucing mana pernah tolak ikan???

Aku pernah jadi Husna, tapi aku takdelah sampai pujuk Syed lepaskan Kak Tifa. But Husna yang aku berdepan ni. Dengan rasa tak malu suruh laki aku craikan aku lepas setahun nikah.

Dia bagi can setahun je.. okay.. setahun.Owh..ada msg baru masuk kat gtalk..Husna: Abang..sayang da sampai. Nak sayang park kete kat mana ni?

B: park depan rumah. Kejap yea abg tukar baju.

Allahu.. dia dah pernah sampai rumah kami? Pernah kah dia masuk rumah aku? Bilik aku? Sampai kesitu aku bayangkan..

Aku buat perkara yang sama aku pernah buat waktu dorang kantoi kali pertama dulu.. aku printscreen convesation dorang dan aku print 3salinan..

Aku jumpe boss aku.. aku mintak EL. Aku perluukan ruang untuk bernafas.. dalam kepala aku terbayang Kak Tifa.. kalau lah Kak Tifa ada depan mata waktu ni, aku nak sembah dia mintak maaf.. Baru la sekarang aku benar2 rasa..benar2 paham keadaan dia sewaktu aku menjadu Husna..

Aku off hp. Aku tahu B akan call aku setiap sejam kalau aku takde depan mata. Pelik kan? Dia yang cuurang dia plak yang rasa insecure..Aku berjalan-jalan tanpa hala tuju sampai petang… aku on hp tengok berlambak miskol dari B.

Dia tahu aku EL sebab dia call office aku and HR inform dia aku EL. Sms dia penuh dengan nada risau. Chet, Porah, Ko baru berasmaradana dengan gf nk risaukan bini plak.

Petang tu aku sampai rumah.. dan aku tunjjukkan paper yang aku print tadi pada B. B koyak depan aku dan untuk kali pertama aku ditampar oleh B. Dia kata aku biadap sebab EL tak info dia.

Aku diam. Bukan sebab takut.. tapi aku dah terlalu kecewa.. aku bagitahu B, aku buat 3 salinan bukti tu. Aku nak bawak bukti tu pada pejabat agama. Aku nak mohon dilepaskan. Aku da bagitahu sebelum kawen, aku akan undur diri kalau bukan aku yang dia pilih.

Tapi dia bermti-mtian memilih aku dari Husna. Sebab itu aku teruskan pernikahan ini. Dan bila tak sampai sebulan dia dah kembali melayan Husna, bermakna aku ini bukan lagi pilihan dia. Maybe, aku gagal jadi isteri yang dia nak. Itu yang aku fikir..

B terus pluk aku kuat2.. dia sekali lagi mintak maaf sebab kasari aku.. dia mintak maaf sebab layan Husna.. sekali lagi dia bersumpah akulah wanita terbaik untuk dia. Bukan Husna.

Dia mengaku banyak kali dia mintak Husna move on tinggalkan dia.. tapi Husna degil (yup, memang aku ada baca permintaan dia ni dalam gtalk).

Tapi macam aku kata tadi.. mana ada kucing yang tolak ikan??..Esoknya aku pergi kerja seorang lagi. B dapat MC 2hari sebab memang dia demam pun.. Sampai office aku terus jumpa Husna. Sabar aku ada batas.

Aku: kenapa ko still kacau laki aku? Ko pernah janji dulu kan takkan kacau dia lagi.

Husna: sebab aku sayang dia. Aku cinta dia. Dia milik aku.

Panggg, Aku tampar Husna depan semua orang. Bos dan beberapa orang staff cube sabarkan aku.. kebetulan ada nescafe panas kat tepi Husna.. maybe dia baru buat.

Aku amik nescafe tu dan aku simbah pada dia..tapi tak kena sangat sebab ada kawan yang tepis. Aku tarik nafas panjang…aku pandang Husna, aku pandang mata dia tepat2..

Aku: Husna.. budak2 office ni sume anggap awak perempuan takde maruah. Dari hari pertama awk masuk office ni, awak tahu status B dan saya. Tapi dengan rasa tak malu awk ganggu. Awk ni bukan perempuan..tapi betina.

Lepas cakap macam tu aku terus blah ke tempat aku. Husna? Buat muke selambe amik mug dia and buat balik air nescafe baru.

Tengah hari tu aku dipanggil bos, rupanya Husna report kat HR aku mengasari dia. Yup, dari segi profesionalism, memang aku salah buat macam tu. Husna mintak aku buat permohonan maaf terbuka.

Bos pulak cakap walaupun dari segi moral memang Husna Bi*** tapi secara undang-undang office memang dia tak boleh nak backup aku. Kesian bos aku, tak pasal-pasal jadi orang tengah.

Aku mintak izin bos aku untuk bersemuka dengan Husna before aku buat permohonan maaf terbuka tu. Aku bagi jaminan yang aku takkan jadi giler lagi macam tadi.

Bos aku okay dan dia setupkan aku dan Husna untuk berjumpa di dalam bilik meeting. Bilik meeting ni ade cermin, so orang dari luar boleh nampak orang kat dalam walaupun butir2 bicara kami takkan didengari. Pandai bos aku pilih tempat.

Aku: Betul ko sayang B?

Husna: Betul. Sayang sangat.

Aku: Kau nak bermadu dengan aku?

Husna:…… diam

Aku: Kau yakin B sayang ko and akan lepaskan aku?

Husna: YUP. B sayang aku.

Aku: ok..kite tanya B. ( aku angkat phone and call B. Aku buat loudspeaker)

B: Assalamualaikum istriku..B baru lepas makan ubat..

Manja je nada suamiku masa tu. Aku senyum sambil pandang tepat pada Husna. Husna mencemik.

Aku: B, saya ada dengan Husna. Husna kata B pilih Husna dari saya.. B nak tinggalkan saya n kahwin dengan Husna. Betul ke B? B jawablah. Saya redha kalau bukan saya yg B pilih. Saya boleh balik rumah family saya.. tegasku.

B: kan semalam B dah cakap..B cuma nak isteri B. B taknak orang lain. Husna itu kesilapan B..

Waktu ini muka Husna merah membara menahan marah. Terus keluar pelbagai kata makian pada B dan aku. Husna kata B penipu dan aku wanita bodoh yang ditipu hidup2.

Husna keluar dari bilik meeting dan terus balik. Esok nya dia tak datang kerja. Dan seminggu kemudian aku dapat tahu dia resign.

B dan aku hidup aman tenteram kembali.. Sehinggalah B dapat kerja di tempat lain yang gajinya lebih okay dari tempat kerja kami sekarang.Aku panjatkan syukur.

walaupun berbeza tempat kerja, tapi kami makin selalu ada masa bersama. Waktu cuti kami selalu buat aktiviti bersama. Aku mula lupa pada kejadian Husna.. aku mula jatuh cinta pada suamiku kembali..

Hinggalah satu hari aku ke pasaraya sorang diri. B masa tu teman mamanya ke kelas menjahit. Aku bertemu dengan kawan lama yang kenal aku dan B. Rupanya dia pun da bekerja satu bangunan dengan B tapi level lain. Aku namakan dia Syura.

Syura: aku respek kau.. kau boleh lagi percaya pada B dengan Husna after apa yang jadi..

Aku: Benda lama.. aku taknak ungkit.

Syura: yelah, tapi kalau aku, dengan perangai Husna tu, aku takkan rasa aman kalau dorang jadi officemate lagi.

Aku: officemate?

Syura: errr… kau tak tau ke? B cakap kau tau n kau okay..

Aku: Tau ape?

Dan Syura pun bagitahu aku segalanya.. Rupanya Husna resign dan kerja di tempat yang sama dengan suamiku sekarang. Dan Husna jugalah yang tolong suami aku masuk keje disitu.

Walaupun lain department, tapi mereka kerap lunch bersama. Syura turut mohon maaf pada aku kiranya apa yang dia cerita ini akan mengakibatkan sesuatu yang tak baik terjadi pada rumahtangga aku.

Aku jadi stalker terulung kembali. Yup, walaupun mereka tak pernah ambil gambar berdua, tapi mereka akan post sesuatu yang lebih kurang sama.. sebagai contoh gambar tempat makan yang sama..or menu yang sama di masa yang sama..

Sampai tahap aku call HR company tu untuk confirmkan betulke mereka ada staff bernama Husna. Dan HR iyakan.. (aku tipu kononnya aku HR dari company lain nak buat semakan).

Jadi sekali lagi aku diHusnakan. Dan untuk kali ketiga ini.. aku tidak lagi membuat apa-apa tindakan. Aku da penat. Penat sangat untuk berjuang dalam mempertahankan rumahtangga sendiri.

Aku pernah duduk ditempat Husna. Aku tahu betapa thrill nya perhubungan yang dihalang. Maka sejak itu, aku mula pasif dengan B. Aku dah kurang melayan dia… sebab aku da penat jadi yang terbaik tapi dia still cari Husna.

Aku dah banyak diam. Aku tahu B perasan hal itu. Tapi dia tak bersuara mungkin sebab dia tahu dia salah. Bagiku, suamiku bukan lagi milikku seorang.. sekuat mana aku berjuang, aku tetap kalah dengan Husna..ya..aku mengaku aku tewas.

Hingga suatu hari, aku dikejutkan dengan berita yang amat menyakitkan.. B..suamiku dipanggil ilahi..Dan sewaktu jnazah didepan mata.. hp B ditangan aku.. aku dapat panggilan dari Husna.. berkali2..aku baca msg Husna..

Husna: abang ni..kenapa lately abang da tak layan Husna? Makcik kawal abang ke?? Husna rindu abang…..

Abg jawab la Husna call..

Husna nak bgtw da sampai office je..

Benci abang..

I love you..abang balas msg Husna..plzzzzz…

Dan dalam kepayahan.., aku menaip.. mataku kelabu kerana penuh dengan airmata.. orang sekeling memujuk aku kerana mereka tahu aku sedih kerana baru kehiilangan suami…hakikatnya….hanya aku yang tahu….

“Husna..B dah takde.. hentikan perjuangan awak.. B da tinggalkan kite.. satu saya mohon, jangan lah awk muncul depan saya..saya tak redha..saya tak izinkan.. “SEND-BL0CK NO

Nota Tambahan: cerita ini ditokok tambah untuk tutup aib insan2 yang terlibat especially buat arwh suami tercinta..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: belumbalik.com