“Ibu Seperti Hamba Demi Mencari Pendapatan” 10 tahun lepas hanya bantuan yg diharapkan
Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku syukur sebab tergolong dalam kumpulan yang boleh hidup selesa walaupun tak kaya.
Walaupun ada masa, tergaru-garu juga kepala memikirkan bajet yang lari bersembunyi ntah ke mana. Walaupun sedikit, aku juga masih mampu bersedekah dan membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Cuma kali ni aku ingin berkongsi sekelumit kisah berhadapan dengan orang-orang yang kurang berkemampuan tapi mempunyai attitude yang membuatkan aku boleh hilang sabar.
Kalau nak berkongsi semua kisah berhadapan dengan golongan ini, mungkin panjang berjela cerita aku di sini disebabkan skop kerja aku adalah menguruskan bantuan untuk golongan kurang berkemampuan.
Berhadapan dengan mereka membuatkan hati aku menjadi kering. Sukar aku merasakan simpati pada peminta bantuan yang bila disiasat mempunyai masalah sikap yang kritikal.
Kes terkini yang aku lihat ketika ini membuatkan aku tertanya, sampai bila mereka akan sedar bahawa bantuan yang diberikan tidak akan cukup sampai bila-bila jika mereka tidak ubah sikap dan bekerjasama di antara ahli keluarga.
Al-kisahnya, kes yang membuatkan aku penat secara mental dan emosi ini melibatkan 8 sekeluarga yang tinggal serumah. Ayah, ibu, anak sulung bersama isteri dan 2 anak, dan dua orang anak yang belum berkahwin. Ayah dan si ibu berumur dalam linkungan 50an. Si ayah tiada pekerjaan dan si ibu bekerja sebagai tukang masak di kedai makan dengan upah mingguan sebanyak RM200.
Pasangan suami isteri berumur dalam linkungan pertengahan 20an. Si suami tiada pekerjaan tetap dan hanya mengharapkan kerja-kerja rencam yang upahnya tidak seberapa manakala si isteri sekali sekala akan mengambil upah mencuci pinggan di kedai makan (pendapatan terkumpul dianggarkan RM 700 sebulan).
Anak yang belum berkahwin, seorang lepasan spm dan bekerja di restoran dengan gaji bulanan RM1k. Manakala seorang lagi masih lagi bersekolah menengah. 8 beranak tinggal di bawah satu bumbung yang hanya mempunyai 3 bilik kecil.
Mengikut kiraan kasar aku, pendapatan kasar bulanan bagi keluarga ini adalah kira-kira RM2.3k setelah mengambil kira upah yang dipotong apabila mereka tidak dapat pergi kerja.
Apa yang menyedihkan, semua perbelanjaan di rumah ini hanya ditanggung oleh si ibu sahaja. RM600 sebulan untuk menanggung 8 orang!!
Si anak yang telah berkahwin hanya memberikan RM100 sebulan untuk keperluan makan dan minum serta bayaran elektrik yang digunakan oleh dia, isteri dan anak-anaknya.
Dia tidak akan membeli bahan masakan lain untuk dimakan oleh dia dan keluarga kecilnya. Manakala si anak yang telah berkerja, is a lost cause.
Konon nak bantu bayaran bil dan perbaiki rumah namun akhirnya berkubur setelah dia merasakan persiapan kahwinnya lebih penting (masalah bila impikan perkahwinan yang grand tapi tidak setimpal dengan income).
Si anak yang masih bersekolah juga bermasalah apabila tiada kesedaran untuk berjaya dan hanya memikirkan keseronokan bersama kawan-kawan sekampung. Menghabiskan duit dan minyak motor si ibu tanpa memikirkan penat lelah si ibu mencari duit.
Si ayah? Another lost cause. Baginya dia memerlukan rehat yang cukup berikutan penyakit diabtis dan tidak boleh membuat sebarang kerja. Belum sampai tahap yang memerlukan amputati0n lagi malahan si ayah masih senang menaiki motor ke sana sini untuk mengopi.
Yang paling menyedihkan bagi aku, sebenarnya si ibu tidak pernah bekerja (hanya mengambil upah menjahit di rumah) sehinggalah dia berumur awal 50an.
Kemudian barulah dia mengambil keputusan untuk mencari kerja berikutan tertekan dengan keadaan kewangan keluarganya dan kedegilan si ayah untuk mencari pendapatan lain setelah berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan. Duit KWSP yang ada pula ketika itu telah habis dibelanjakan untuk membaiki rumah dan menanggung perkahwinan si anak.
Semasa aku mula mengendalikan kes keluarga ini, bantuan untuk menjana pendapatan berupa mesin jahit, mesin jahit tepi dan peralatan lain telah diberikan kepada si ibu agar si ibu dapat mengambil upah menjahit dengan selesa.
Tapi akhirnya, mesin jahit hanya menjadi tukun tidak berguna sahaja dalam rumah tu. Rugi. Aku tidak dapat menahan diri daripada membandingkan penerima bantuan lain yang mendapat bantuan sama.
Mereka mampu menjana RM2k hanya dengan menjahit di rumah dan mempunyai perancangan yang teratur untuk seimbangkan kerja rumah dengan menjahit. Manakala untuk si anak yang ketika itu masih belum berkahwin, aku usahakan untuk sambung belajar di institut kemahiran yang menyediakan elaun bulanan.
Tapi si ibu pula menghalang dengan alasan tempat belajar jauh dari rumah. Akhirnya si anak hanya mampu bekerja di kawasan berdekatan dengan gaji tidak seberapa sebelum mengambil keputusan berkahwin.
Apabila telah berkawin, menantu yang bunting pelamin pula memutuskan untuk berhenti kerja atas alasan alahan. Hanya terbaring di rumah dan si ibu pula yang perlu sediakan makan minum sebelum dia keluar bekerja.
2 anak yang masih bersekolah ketika itu langsung tidak diberi peluang berdikari. Si ibu akan hantar dan ambil anak ke sekolah. Pakaian dan makanan disiapkan sepenuhnya oleh si ibu walaupun anak telah bersekolah menengah atas ketika itu.
Aku lihat si ibu seperti hamba ketika itu. Sungguh. Kesian dengan si ibu. Tapi aku juga sedar kesilapan dalam mendidik anak-anak tersebut juga terletak pada bahu si ibu yang terlalu mengongkong kehidupan si anak-anak sehingga mereka tidak tahu berusaha dan empati pada ahli keluarga sendiri. Mana peranan si ayah? Aku sendiri tidak nampak fungsinya dalam keluarga ini.
Setiap kali lawatan kes dibuat, si ayah dan si anak masih tidur walaupun matahari telah tegak di atas kepala. The perfect example of biawak hidup. Aku dan team dah penat untuk menasihatkan keluarga ini. Bagi aku keluarga ini punya peluang yang tinggi untuk mengubah status kehidupan mereka jika mereka mampu memanfaatkan masa, potensi tanah di sekeliling rumah dan bekerjasama.
Dengan pendapatan sekeluarga RM2.3k, mereka seharusnya bekerjasama menyusun agihan perbelanjaan sementelah tiada kos sewa rumah, living cost yang rendah di kawasan mereka dan bayaran bil utiliti pun tidaklah tinggi. Aku juga sering menasihatkan agar mereka bijak berbelanja.
Ketika mendapat gaji atau upah, utamakan keperluan asas makanan untuk ahli keluarga. Beli stok beras, gula, tepung dan bahan kering lain secara banyak di tempat borong agar mereka tidak keputusan bekalan makanan ketika di akhir bulan.
Jangan dibiasakan beli dalam kuantiti yang sedikit di kedai runcit kerana itu hanya akan menyebabkan kos terkumpul membeli bahan menjadi lebih mahal disebabkan harga barangan di kedai runcit biasanya lebih mahal berbanding kedai borong atau hypermarket.
Ditambah lagi dengan kos minyak motor berulang alik ke kedai dan other spotaneous buying yang merugikan. Tanah luas sekeliling rumah juga boleh dimanfaatkan dengan bercucuk tanam untuk jualan. Apabila ditawarkan bantuan untuk memulakan aktiviti bercucuk tanam, masing-masing menolak. Katanya tidak berminat dan penat.
Terkini, ada dermawan yang membiayai pakej umrah untuk si ayah dan si ibu. Selain kos pakej, setiap daripada mereka telah diberikan duit poket sebanyak RM1k setiap seorang setelah selesai menghadiri kursus umrah. Namun bagi aku, kesilapan besar apabila RM1k adalah termasuk kos travel mereka dari kampung ke KLIA kelak.
Kini beberapa hari sahaja lagi mereka akan berangkat ke KLIA tapi duit poket terkumpul RM2k telah habis dibelanjakan untuk tujuan perbelanjaan keluarga. Mula pening memikirkan bagaimana hendak membayar kos tiket flight ke KL dan hotel yang telah didahulukan oleh penyelaras kumpulan.
Maaf, jabatan aku tidak memberikan bantuan tunai. Itu sahaja yang aku boleh maklumkan pada mereka. Nampak kejam tapi sebenarnya aku dah mencapai tahap geram yang maksima.
Berbelanja tanpa merancang dan mengharapkan akan ada yang membantu mencukupkan belanja mereka. Bahkan semasa mereka mendapat tawaran ini, aku sendiri mengeluarkan belanja aku sendiri untuk membelikan pakaian dan kasut baru pada mereka.
Tumpang gembira kerana mereka dapat merasa melaksanakan ibadat umrah. Tapi kini aku hanya melihat dari jauh usaha mereka untuk mencari semula duit yang perlu dibayar kepada penyelaras.
Melihat situasi mereka ketika ini, i know this poverty cycle will go on. Sesungguhnya aku penat melihat keluarga ini. Kesian pada si ibu yang bekerja di umur lewat namun geram dengan sikap si ibu yang tidak memberi peluang kepada anak-anak berdikari dan dimanjakan tidak bertempat.
Sikap si ayah yang lepas tangan dalam semua hal. Sikap anak-anak dan menantu yang tiada empati pada keluarga dan berusaha membantu keluarga sendiri.
Bantuan dan nasihat telah diberikan semenjak bertahun-tahun dulu. Apabila merasakan mereka tidak dapat berpandangan jauh, aku dan team cuba memberi nasihat jalan keluar agar mereka mampu meraih pendapatan tetap. Namun semua tidak diendahkan.
Apa lagi yang mampu kami buat? This famili are what we called the hardcore poverty. Not because of their income but because of their attitude.
Ada hardcore poverty yang berjaya keluar daripada garis kemiskinan setelah menerima bantuan dan nasihat dengan terbuka dan berusaha dengan bersungguh. But this family, is sadly not among them. Mungkin akan ada yang berpendapat aku mudah give up dan berpandangan negatif akan masa depan keluarga ini. But after looking after this family for almost 10 years, i cannot help feeling disappointed. Aku cuma insan biasa.
Kenapa aku berkongsi kisah keluarga ini? Aku cuma berkongsi secebis kisah kehidupan yang mungkin juga dilalui oleh orang lain. Di samping meluahkan rasa kecewa melihat orang yang dibantu sejak sekian lama masih di takuk lama bahkan semakin teruk.
Janganlah disalah sistem bantuan kepada golongan kurang kemampuan kerana keberjayaan mekanisme ini bukan bergantung pada pihak pelaksana sahaja tetapi juga memerlukan kerjasama dan keterbukaan fikiran oleh penerima.
Kudos to whoever yang pernah dan sedang terlibat dalam bidang ini. Semoga kesabaran dan keikhlasan anda membantu mereka dihargai olehNya yang lebih berhak.
Reaksi warganet
Zaffran Mikhail –Tak tau knapa aku baca kisah ni dari sudut penulis adalah seorang lelaki. Sekali ending nama kak long. Hilang penghayatan jap tetibe watak utama berubah…kikiki.
Btw, hidup ni memang begitu lah rencam masyarakat. Kau miskin tapi rajin, itu syukur alhamdulillah. Tapi kalau kau miskin tapi malas, itu merugikan bantuan. Baik diberikan pada orang lain.
Edz Airaniez –Realiti orang macam ni memang wujud dan ramai. Kalau baca FB Syed Azmi pun ramai orang macam ni. Sampai tahap ada yang marah-marah bila bantuan tak dapat. Semoga semua yang banyak tolong orang susah dipermudahkan kehidupan di dunia & akhirat. Aamiin
Mohd Zahidan –Tak perlu cari jauh orang macam ni. Ramai jer aku jumpa, jiran pun ada. Memang susah nak berubah walau diberi apa sahaja bantuan termasuk kerja.
Hanya boleh suap ikan goreng bukannya bagi kail dan kolam. Sedih dan kasihan, tapi susah jugak kita nak ajar/nasihat.
Ruzita Mohd Salleh –Bila miskin minda, memang susah untuk di ajar. Kehidupan dengan kemiskinan akan berterusan ke anak cucu. Kalau miskin harta tapi minda tak miskin kejayaan anak2 boleh nampak dan mereka boleh keluar dari kemiskinan.
Shakin Bunga Lili –Benda ni betul sebenarnya. Saya buat bisnes Cleaning rumah orang nak panggil mereka ni kerja. Bagi duit makan dan tempat tinggal (bukan bercampur dengan warga asing dan wanita sahaja) seorang pun taj nak. Dengan alasan, Malu 😑
Ada tu kat tempat saya jugak, tak bekerja pun tapi sibuk nak panggil bersamamu tv3.. bila zakat tak dapat, dia pergi mengamuk.
Sharmila Bee Kamal –Pada saya bantuan serupa begini iaitu bantuan peralatan berniaga dan kos bantuan untuk mula niaga sampai maju perlu letak had limit tempoh. Contoh mereka kene bangkit belajar dan majukn perniagaan dalam tempoh 2 tahun.
Selepas itu sebarang bantuan akan dihentikan dengan andaian mereka mampu berdiri dalam tempoh tersebut. Sebab bila ada had limit macam tu baru mereka akan alert. Dan make sure ada doc tandatangan persetujuan dan fhman.
Ariez Fariza –1. Sebelum gatal nak kahwin, kena check agama, keturunan, harta dan rupa dia. Dia jaga agama dia ke? Berkemampuan untuk menyara keluarga ke? Ahli keluarga dia macam mana.
Honestly aku memang pandang semua ni, tak pandang cinta bodoh semata. Love only dont put food on the table and roof on my head. Dalam hal ni, boleh nampak ciri2 miskin tegar dan anak lelaki mewarisi kemalasan ayah. Pi kahwin dengan orang macam ni memang saja cari nahas.
2. Tak semua orang miskin patut dibantu (this is my personal opinion). Aku akan bantu orang yang nak bantu diri sendiri. You give man a fish, you feed him for a day. You taught a man how to fish? You feed him for a life.
Tapi kalau dia sendiri tak nak belajar, tak nak berusaha, bagi lah 1 juta pun 2-3 tahun kemudian dia akan miskin balik. Sebab tu orang kalau menang nombor, dia kaya sekejap je, lepastu hidup melarat balik.
3. Stop helping them. Anak dia dah besar2. Confessor sendiri dah manage diorang for 10 years, bukan makin elok, makin menyakitkan hati adalah. Sebab depa dah naik lemak, tau yang akan ada orang bantu. Better focus with couple yang ada anak kecil yang development dia kita boleh bentuk untuk bantu keluarga keluar dari kemelut kemiskinan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan share Ya. Terima Kasih
Sumber– Kak Long (Bukan nama sebenar) via iiumc via edisimedia