“Inai Masih Dijari, Tiba2 Sesuatu Berlaku. Pada Satu Malam, Hati Saya Agak Tak Keruan” Suami asyik balik lewat malam
Foto sekadar hiasan.
Assalamualaikum. Sebelum ini saya pernah menghantar tetapi mungkin admin belum approve. Tapi apa pun terima kasih sudi menyiarkan cerita saya ini. Apa yang saya ceritakan sekarang ini,
Sebenarnya saya masih dalam kekeliruan. In shaa Allah, saya sentiasa berdoa pada Allah & istikrah untuk mendapat pertunjuk yang sebenarnya.
Saya mengenali suami 1 setahun sebelum mengahwininya. Dan perkahwinan kami sudah menjangkau hampir 7 tahun. Kami belum dikurniakan zuriat, dan mungkin saya sendiri yang tidak mahu zuriat dengan situasi yang saya lalui.
Suami tidak pernah meninggalkan nafkah nya pada saya walaupon gaji nya kecil dari saya. Tanggungjawabnya terhadap saya tidak pernah ter4b4i. Apa saja duit yang dia ada, dia mesti akan memberi separuh pada saya.
Marilah kita mulakan cerita.
Beberapa bulan sebelum berkahwin dengan suami, ada hamba Allah menelepon saya memberitahu, bakal suami saya sangatlah rapat seorang perempuan yang bernama ‘A’, adakalanya mereka berjumpa dan memberi handphone nombor ‘A’ pada saya.
Sebenarnya, saya pernah mendengar cerita ‘A’ dari bakal suami saya yang dia mengenal ‘A’ dari reunion sekolah di Darul Makmur dan dia sudah berkahwin.
Bakal suami hanya menolong ‘A’ untuk membeli mesin dobi. Bakal suami dan ‘A’ adalah ahli Committee reunion dan member group redang trip bagi reunion mereka.
Berbalik pada hamba Allah tersebut, setelah mengambil nombor ‘A’, saya terus menelepon ‘A’ dan dia terkejut. Saya menanyakan apa hubungan dia dengan bakal suami, ‘A’ agak terkejut, tapi dia cakap hanya kawan.
Saya juga menelepon bakal suami untuk bertanya yang sama, dan saya memberi kata putus, sama ada putus hubungan dengan ‘A’ atau saya.
Akhirnya, bakal suami membuat keputusan untuk berkahwin dengan saya dan berjanji untuk memutuskan hubungan dengan ‘A’.
Setelah 2 minggu berkahwin dan inai masih dijari, tiba-tiba sesuatu berlaku. Pada satu malam, hati saya agak tak keruan, suami asyik balik lewat malam hingga 2-3 pagi dan bermula la pergaduhan malam tu.
Hendak diceritakan, pada pagi selepas pergaduhan kami, suami tertinggal handphone dia, dan, tiba-tiba ‘A’ menelepon handphone suami.
YA Allah, saya terkejut. Terus saya menjawab dan memberitahu yang saya sudah berkahwin dengan suami. ‘A’ memberitahu saya yang dia sudah bercerai dan mempunyai 3 orang anak dan dia ingatkan suami saya tidak jadi berkahwin dengan saya
A’ berjumpa face to face dengan suami dan saya. dan ‘A’ memberitahu yang dia akan berhenti semua perhubungan mereka selepas ini.
Tapi saya b***h sangat, percaya sebulat-bulatnya. Sebenarnya mereka tidak pernah putuskan hubungan hanya sebalik lakonan didepan saya sahaja.
Bermula la episode rollercoaster marriage saya di sini..
Setiap tahun, setiap bulan pasti ada cerita atau terkantoi yang suami masih berjumpa dengan ‘A’. Si ‘A’ bukannya duduk di negeri yang sama dengan kami. Tapi suami yang angau dengan ‘A’ sanggup berbohong pada saya, asalkan dapat berjumpa dengan ‘A’.
Tahun 2016, dalam bulan puasa setelah setahun berkahwin ketika itu suami kantoi yang dia hendak pegi berjumpa ‘A’ di negeri Darul makmur untuk berbuka puasa bersama melalui handphonenya. Dan saya ditakliqkan jatuh talak kalau buka handphone suami lagi.
Tetapi saya masih lagi bersabar dengan suami kerana sayang pada suami.
Bermacam telah berlaku, ada yang tidak senonoh pon ada.. dan bermacam perkara telah terkantoi dan bermacam-macam la ugutan yang saya berikan pada ‘A’ dan pergaduhan saya lalui, menjerit, menangis.
‘A’ pernah datang rumah saya, pukul kepala saya selepas saya ugut dengan bende-benda yang tak senonoh dia lakukan. Tetapi macam tak diendah langsung oleh ‘A’ ni.
Suami saya, memang saya salahkan dari awal lagi since dia sendiri yang carik pasal dan gatal dan bebal. Tapi si ‘A’ umpama tak heran dengan segala ugutan saya berikan.
Bila disuruhkan, ‘A’ tak nak pulak kawin dengan suami siap memberi alasan, kena tanya abang, anak-anak macam macam lah alasan nya.
Dan pada satu hari, tiba-tiba saya ternampak message dari ‘A’ di handphone suami saya, dan akhirnya saya terus buka handphone saya, terus menelepon ‘A’ dan suami yang saya melanggar takliq suami dan waktu tu rasa puas hati sangat.
So Mahkamah mengesahkan langgar takliq dan saya telah dijatuhkan talak 1, kerana dengar sengaja menlanggar takliq itu. Tetapi, dalam masa 1 jam, tiba-tiba, kami rujuk kembali. Pelikkan saya ni.
Suami berjanji untuk berubah. Dan ‘A’ menelepon saya yang dia sudah rujuk semula dengan bekas suaminya demi anak-anak.
Fast forward, sebenarnya hingga sekarang, suami tidak pernah putus hubungan dengan ‘A’. Dan ‘A’ juga masih melayan suami saya samada di wassap atau video call.
Walhal, ‘A’ sudah pun rujuk semula dengan bekas suami nya iaitu seorang assistant jurulatih skuad bola sepak negeri dan contractor yang berjaya. Malah kehidupan ‘A’ semakin mewah dan ‘A’ diberikan sebuah mercedenz untuk digunapakai.
Yang pelik, Suami ‘A’ ni macam tidak pernah syak apa-apa tentang isteri nya. Mungkin ‘A’ pun agak licik. ‘A’ ini agak cantik dan bergaya agak high maintenance, yang saya pasti bila semua lelaki akan tertarik melihat dia.
Kalau hendak dibandingkan dengan suami saya dan saya, hmmmm.. kami sekadar cukup pakai, susah senang kami tanggung bersama-sama.
Mertua tahu tak? of course mertua tahu kisah ini kerana suami pernah memberitahu yang suami tidak pasti hendak berkahwin dengan saya atau ‘A’.
Awal-awal krisis yang saya alami, mertua memang tak sukakan ‘A’, tetapi tiba-tiba boleh menerima ‘A’ selalu datang rumah mertua ‘A’ diam diam dibelakang saya.
Adik ipar saya boleh defend ‘A’ mengatakan ‘A’ tetamu mereka dan harus la mereka melayan tetamu. Pelikkan, ‘A’ datang rumah mertua bertemankan suami saya sendiri.
Cerita ini terkantoi apabila makcik suami yang bocorkan rahsia. Tetapi mertua saya umpama tarbiahkan saya yang, hal rumahtangga biar pecah diperut, tapi bukan dimulut. Sentap , dan sampai hari ini saya malas nak jumpa keluarga mertua saya.
So baru baru ini, terkantoi lagi cerita yang sama, suami dan ‘A’ masih berwassap dan video call, tetapi suami delete semua message mereka. Dan yang paling terkejut, ‘A’ meminjam duit dari mertua saya’.
Akhirnya terjawab persoalan saya mengapa mertua tidak marah bila suami saya berkawan dengan ‘A’ dan mertua saya pon, memandang kebendaan.
Dan suami masih lagi insist yang mengatakan dia hanya berkawan dengan ‘A’ saja. Suami macam biasa, pelakon hebat, masih menidakkan lagi, walaupon bukti ada.
Saya menyatakan kalau berkawan mengapa hari-hari mesti berwassap dan video call? umpama ‘A’ ni isteri kedua atau girlfriend nak kena update setiap hari apa yang suami buat pada saya. Suami hanya diam.
Keadaan saya sekarang ini, sudah hampir 3 minggu, terkantoi, saya sudah malas untuk bergaduh seperti dulu , apatah lagi untuk menepon ‘A’ untuk marah-marah. Malas, buang masa saya.
Saya banyakkan diam berbanding dahulu, yang saya agak aggresive mengalami gangguan emosi.
Perasaan saya? sayang ada mungkin hanya sisa sayang sahaja, tetapi lebih banyak rasa kasihan pada suami kerana leka dengan dunia dengan ‘A’.
In Shaa Allah, Saya kuat dengan dugaan ni, saya dah tak de air mata keluar untuk rasa kecewa pada untuk Suami, ‘A’ dan mertua saya. Saya lepaskan segala-gala perasaan marah yang terpendam, saya maafkan mereka.
Sekarang ni, saya banyakkan doa pada Allah, dan bersyukur pada Allah ditunjukkan apa yang terjadi dibelakang saya, masih lagi solat istikarah memohon doa untuk keluar dari kesulitan ini. Mungkin dengan mencari lawyer dapat mengeluarkan saya dari kesulitan ini.
Mungkin pada setengah pembaca mengatakan buang sajalah, lepaskan lah semua, tapi, pada yang pernah melalui atau hampir sama cerita ini, mungkin akan mengalami perasaan yang sama.
Pada yang membaca, mungkin rasa saya b***h, tetapi percaya la, saya tau saya dipergunakan atau diperb***hkan dalam game ini. Cuma, saya masih belum kuat untuk keluar dari kesulitan ini.
Boleh jadi apa yang saya tak suka ini buat saya dekat pada Allah, mungkin itu sebenarnya yang Allah nak untuk saya. Entah lah, saya masih lagi keliru. Yang pasti apa yang saya lalui ini adalah terbaik daripada Allah. Mungkin, saya sudah redha dengan ujian kecil ini.
Doakan saya ye. Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Sofia yang keliru (Bukan nama sebenar) via hits.allhmt.com