“Ini Kali Ke 6 AKu Kantoi, Kali Ni Dengan Perempuan Lain Plak” Tapi kali ni lagi teruk
Foto Sekadar Hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku adalah suami dan bapa kepada 3 cahaya mata. Baru baru ni kantoi aku curang.
Wife aku dapat tahu aktiviti curang aku dengan seorang gadis remaja berumur 21 tahun.
Menggelupur teruk aku sebabkan kantoi. Kali ni aku tak dapat nak elak elak sebab wife aku dah lama kumpul bukti.
Ni kali ke 6 aku kantoi, kali ni dengan wanita yang berlainan. Tapi yang ni aku kantoi teruk!!! Speechless orang kata.
Aku dah masuk umur 41 tahun dan wife aku baru 36 tahun. Wife aku ni kalau nak ikutkan seorang yang pendiam dan tak banyak karenah. Tapi ini kali perangai dia dah berubah 360 darjah, lebih kepada menyinga. Pantang salah sikit.
Aku tak nafikan semua ni berlaku disebabkan salah aku. Ye memang salah aku. Sebab wife aku takde salah apa pun cuma aku ni mudah tertarik dengan wanita wanita manis diluar sana.
Wife aku tak mengongkong life aku. Dia jarang tanya aku kenapa lambat balik. Aku keluar dengan siapa. Masa PKP pun kan ada WFH aku keluar jumpa makwe aku, pun dia tak tanya.
Sekali sekala tu ada gak dia tanya, pandailah aku kelentong dia. Hp aku pun jarang dia cek. Fb aku pon dia tak add. Tu cita dia.
Tapi bulan July hari tu aku kantoi, selama 12 tahun kahwin tak pernah aku tengok betapa garangnya isteri aku.
Dia boleh ungkit segala perbuatan curang aku dari episode pertama sampai episode ke 7.
Wife aku bentangkan kronologi episode ke 7 ni secara details. Ternganga aku sebab dah tertangkap lama sebenarnya cuma dia nak tengok game aku boleh pergi jauh mana.
Masa tu memang aku takut yang amat!! Sebab tak pernah aku tengok wife aku senekad begitu. Daring betul dengan evidence semua dia tebarkan dekat aku.
Dia siap call makwe aku soh kitaorg nikah sebab dia kata dah penat nak melayan aku. Aku rasa kaki macam tak jejak tanah masa dia cakap macam tu. Rasa macam apa teruk sangat nau aku ni di mata wife aku?
Dan aku rasa aku takde function sebagai ketua keluarga. Sebab hal rumah tangga semua wife aku uruskan a to z.
Patut aku sahut je lah cabaran wife aku suruh kawen baru ni kan? Tapi hati aku meronta ronta tak nak sebab aku baru sedar yang aku sayang sangat wife aku dan anak anak.
Part yang paling sedih bila wife aku kata dia dah penat fizikal dan emosi sensorang melayari kehidupan berumah tangga. Dia dah letih, bagilah dia rehat puas puas! Aku tersentak masa tu.
Makwe aku macam goyang bila wife aku soh nikah dengan aku. Iyala wife aku cerita a to z apa yang do’s and don’t yang dia kena buat dari awal pagi sampai malam. Komitmen hutang piutang aku.
Wife aku siap cakap lepas ni nak pi dating pi naik muto nuuuu. Jangan naik kereta wife aku lagi.
Addooiihhh!! Boleh makwe aku jawab dia takde intention pon nak kawen dengan aku. Dia saje je nak geli geli dengan aku. Siap cakap, ameklah laki u ni, i tak nak pon.
Dah aku rasa diri aku ni dah macam bola, tendang sana sini!!!
Wife aku cakap dia boleh maafkan tapi bersyarat. Dan dia tak janji yang dia takkan ungkit benda ni sebab hati dan perasaan dia cedera teruk!!!! Bagi dia ruang bertenang dan masa. Itupun dia cakap kalau aku sayang lagi kat dialah.
Wife aku cakap macam orang takde perasaan kalau dah tak sayang kat dia, dia suruh aku pi pejabat agama isi borang. Wife aku cakap dia malas nak layan drama aku lagi. Hati dia sangat sakit!!!
Dah hampir 3 bulan berlalu, wife aku belum move on. Mood dia tak menentu, kadang dia menangis, kalau happy tersangatlah gembira. Kadang dia baran. Tak boleh salah sikit. Dia akan jeling aku.
Dia cakap awal awal kat aku, dia tak boleh tahan perasaan dia, sebab dah terlalu lama dia pendam dan dia akan luahkan perasaan dia bila dia teringat kelakuan buruk aku.
Dan sekarang giliran aku makan diri.
Masa mula mula kejadian wife aku tak lalu makan dan tak tido malam. Nangis bengkak bengkak mata.
Aku tengok dia isi masa ubat luka di hati dengan solat sunat, mengaji, baca buku. Dengan aku dia malas nak bercakap sangat.
Aku tengok sampai sekarang dia tak berapa nak selera makan. Dengan aku pun dia takde selera. Ada masa dia okay, ada masa tak okay. Wife aku trauma dengan perangai aku.
Anak sulung aku pun bengang dengan aku sebab dia dah faham bahasa. Dia bebel dekat aku. Sebab aku mama berubah kata dia.
Korang tolonglah doakan untuk aku, supaya lembut hati isteri aku tu. Serik aku nak memboya dah.
Aku insan biasa. Aku cuba ubah diri aku. Sebab wife aku ada kata, dia akan terima aku seadanya bila aku betul betul berubah.
Pengajaran untuk aku, kita rasa dah cukup bagi semua keperluan dekat anak isteri dan keluarga. Kita rasa dah cukup dengan beri duit belanja dan makan minum.
Kita lupa kasih sayang tu tersangatlah penting dalam kehidupan berumah tangga. Peluk ciumlah anak isteri selalu, kurangkan perhatian kita dekat socmed yang melekakan.
Tak kiralah suami ke, isteri ke masing masing kena tahu peranan dan tanggungjawab.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: ekisah.com