“Isteri Banyak Kali Kantoi Curang Dengan Laki Berbeza2, Dia Tak Kesah Bermadu” Tapi dengan syarat yang pelik

 

Foto sekadar hiasan.

Salam admin. Terima kasih siarkan luahan saya. Sekadar meminta pandangan, mungkin masalah saya rumit sikit. Saya dah berkahwin dengan isteri hampir masuk tahun ke 5.

Sepanjang perkahwinan kami, isteri berlaku curang dan beberapa kali kantoi checkin dengan ex dia (dengan laki yang berbeza).

Genap 4 tahun ulangtahun perkahwinan, isteri saya kemalangan, teruk jugak patah tangan. Saya berpendapat, Allah nak tunjuk balasan derhaka dekat suami. Sepanjang dia sakit, saya uruskan dia bab mengurus diri. Mengajar dia melalui teladan dan layanan yang baik, atas tanggungjawab juga sebagai suami.

Ingatkan dia insaf, selang sebulan dua selepas kemalangan dia curang semula dan saya tangkap dia dengan laki lain bersedudukan di JB. Waktu itu saya dah tak ada rasa apa apa, saya menganggap pencerraian adalah jalan terbaik.

Saya dah mengadu kat ibu bapanya, ibu bapanya sangat sedih dan ini bukan kali pertama mereka mendengar luahan hati saya. Sedihnya sampai menangis sambil mereka menegur anaknya. Yang si anak tetap mendongak ke langit.

Malah dia mempersoalkan saya kenapa perlu mengadu kat orang tua? Nasihat orang tuanya juga dipertikaikan, sebab dia rasa orang tuanya juga tak layak memberi nasihat sebab mereka juga sudah bercerrai. Dia boleh pulak mengadu domba dengan exs sampai ke hotel?

Bab agama, saya selalu ajak solat berjemaah dan mengajar dia menjadi isteri yang baik tapi dia punya pendirian its like no hell for tomorrow. Tak taulah, seorang yang dah tak boleh diberi teguran. Mungkin silap saya berkahwin dengannya atas kepercayaan dia berubah sikap.

Saya TAK PERNAH khilaf memberi nafkah. Dia dapat lebih daripada isteri isteri yang ada kat luar sana, sebab saya mampu. Tiada masa untuknya? Kami kerap bercuti dan berjalan.

Tapi saya rasa saya SELAYAKnya dapat seorang isteri yang lebih baik daripada dia. Saya tak mintak kahwin lain, tapi dia suruh saya cari lain dengan syarat yang merepek*.

Ibu bapa saya dan mertua adalah kekuatan saya meneruskan perkahwinan sehingga hari ini. Mereka akan sedih bila berlaku pencerraian. Mertua meletakkan keputusan rumah tangga di atas tangan saya, tapi dalam masa yang sama mereka merayu memberikan peluang terakhir kepada isteri dengan harapan untuk berubah.

Yang pasti, duit dan emas tak boleh beli kesetiaan isteri. Pesanan ini untuk bangsa saya.

Mungkin ada yang anggap situasi saya ni hanya drama 7 petang, tapi inilah realiti yang saya hadapi selama ini. Mintak pendapat akak abang sekalian:

1. Adakah cara saya ini betul?

2. Bagaimana lagi untuk menasihati isteri yang bersikap seperti ini?

Baik buruk teguran saya terima, tapi biarlah yang positif. Hati saya kini bukan kepada dia, tapi ke pejabat agama dah.

*Kalau bermadu, dia nak rumah asing dan duit belanja RM2000/bulan. Dan saya hanya boleh datang sehari sahaja dalam seminggu. Gurau dia juga nak madunya lebih cantik dari dia.

Saya anggap dia ni pra-matang dalam berfikir sebelum berkata kata.

**Ada hikmah kami masih tidak lagi dikurniakan zuriat.

Reaksi warganet

Ika Hawa –

Mungkin jika awak dah tak hidup bersama dengan dia baru dia akan sedar kot. Kalau awak dah tak ada hati pada dia. Zuriat pn belum ada. Mungkin hidup berpisah lebih baik. Awak pun ada hak untuk hidup yang lebih baik dan teratur. Buatlah keputusan terbaik untuk diri awak.

Sarah Khobsurat –

Antara objektif perkahwinan ialah untuk mencari kedamaian, ketenangan hati dan memupuk kasih sayang antara 2 insan. Sekiranya objektif ini gagal dicapai maka apalah guna jika masih diteruskan perkahwinan itu.

Hidup ini hanya sekali. Selagi masih hidup, berilah ruang untuk hati dan diri sendiri merasai kebahagiaan. Semoga dipermudahkan urusan encik. Sekadar pandangan dari saya.

Mnazli Ishak –

Dayus bro. Kalau dah memang perangai dia macam tu, kena ambil usaha yang lebih serius. Buat laporan ke pejabat agama dan buka file kaunseling.

Ataupun buat permohonan ke mahkamah untuk perintah kembali taat. Ini adalah jika awak tak mau bercerrai.

Kalau nak kawin lain, cari calon dan pegi kawin je, peduli apa dengan syarat dia. Pelulus p0ligami ialah mahkamah, bukannya bini. Atau kawin luar negara, then balik daftar. Lagi baik kalau dengan consent pjbt agama.

Dila Dil –

Saya pernah kenal laki macam awk nie. Punya lah bsabar dia dengan kecurangan bini dia. Dia kawin lebih lama dari awak. Kalau tak silap saya dalam 12,13 tahun. Dia pun takde anak jugak.

Kesilapan dia terlalu sayangkan isteri, kurang tegas etc. Sekarang dah bercerrai pun. Maybe dia dah tekad sangat daripada dok tanggung dosa kering pastu bila takde kesudahan elok la dia bcerai.

Kemon, kenapa nak jadi tunggul sedangkan isteri awak dah terang2 seorang yang sangat teruk. Awak berhak untuk dapat yang lagi bagus dan berhak untuk bahaia. Move on laaa. Pergi pejabat agama. Settle terus…

Bunga Sakura –

Nonsense lah nak bermadu pastu minta belanja rm2000 tiap bulan pulak. Senang la dia nak buat maksiat lagi. Jalan penyelesaian terbaik adalah bercerrai.

Awak dah jalankan tanggungjawab dengan baik. Kalau isteri awak masih tak mahu berubah, maka lepaslah tanggungjawab awak. Ceraikanlah dia jika maksiat masih pilihan utama dihati dia. U deserve a better one.

Norzila Mohd Tera –

Sebenarnya keputusan tu awak da ada, cuma tak smpai hati aje bila melihat mertua begitu. Teruskan aje, jangan dikesiankan manusia2 begini. Hubungan dengan mertua tu takkan putus. Lepas ni boleh lagi jenguk mereka sebab mereka sangat baik.

Awak tak layak untuk perempuan gitu. Cari lah perempuan yang boleh membawa ke syurga, bukan sebaliknya. Lagi pun, Rasulullah Saw sudah berpesan untuk tak menjadi lelaki dayus kerana pertahankan perempuan yang dah ditegur dan diberi peluang berkali2 gitu.

Teruskan dan ingatlah bahawa neraka itu wujud dan syurga juga wujud. Kesiankan diri sendiri semasa nyawa masih ada ni…

Sharisha Ibrahim –

Saya rasa Encik ni terlampau mencintai isteri Encik sampai Encik terlupa dengan kebahagiaan diri Encik sendiri. Yes, mana ada ibu bapa yang suka anaknya bercerrai apatah lagi mertua Encik telahpun melalui fasa bercerai, it’s tough.

Tapi dengan perangai yang ditunjukkan isteri Encik, dia sudah hilang hormat terhadap Encik sebagai suami dia. Usaha Encik untuk mengubah perangai dia hanya sia2 sahaja.

It’s time to move on. Semoga Encik mendapat isteri yang lebih baik, yang setia dan menerima kekurangan Encik melebihi daripada harta, dan wang ringgit. Hidup ini sekali. U don’t wanna died broken-hearted.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: krt via news.allmhi