“Isteri Kemurungan Bila Suami Bangun Tidur Hanya Tahu Buka Tudung Saji Sepanjang PKP” Aku jadi tak tentu arah
Foto sekadar hiasan
SETIAP apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.
Misalnya dalam kesedihan orang ramai yang terpaksa berkurung di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka sebenarnya mempunyai lebih banyak masa untuk bersama keluarga.
Jika dimanfaatkan sebaiknya, banyak sahaja aktiviti yang boleh dilakukan di dalam rumah.
Namun, lain pula ceritanya dengan wanita ini yang mengadu mengenai sikap pemalas suaminya sepanjang tempoh PKP dijalankan sehingga hari ini.
Tanpa mendedahkan identiti, wanita itu meluahkan perasaannya menerusi perkongsiannya di laman Facebook Kelab Rumah Tangga (KRT).
Dedah wanita itu, suaminya bukan sahaja tidak membantu urusan di rumah dan tidak melayan anak-anak, malah hanya tahu bermain permainan video sepanjang hari.
“Selama tempoh PKP ni, selama tu juga aku duk tahan mata tengok laki aku main game online. Dari pukul 12 tengah hari celik mata sampai pukul 4 atau 5 pagi.
“Aku dengan anak-anak langsung dia tak pandang dan berborak. Tapi dengan geng game online tu boleh gelak-gelak lagi,” ujar wanita itu.
Lebih menyedihkan, segala nasihat dan kata-katanya langsung tidak dihiraukan lelaki itu.
Malah, rutin harian suaminya juga sama sahaja sepanjang pelaksanaan tempoh PKP yang dilanjutkan kerajaan sehinggan 14 April ini.
“Aku pendam je sambil terasa hati. Kadang-kadang menitik juga air mata. Aku senyap je, tak bebel pun sebab dah tak larat, sebelum-sebelum ni lagi duk bebel.
“Kalau anak-anak pun tak sempat pandang, hal lain jangan haraplah. Hal rumah langsung tak membantu. Yang tahu bangun tengah hari, buka saji, hadap game, mandi, hadap game, buka saji lagi, hadap game lagi sampai pukul 4 atau 5 pagi.
Kata wanita itu, dia kesal dengan sikap suaminya yang mengabaikan keluarga.
“Ayang memang tak akan bebel dah. Ayang cuma akan tuntut waktu abang untuk ayang dan anak-anak kat akhirat nanti,” luah wanita itu.
Posting luahan wanita itu turut dikongsi semula oleh laman Facebook Rizal Hakimm sehingga menjadi tular dan menjadi perbualan netizen.
Majoriti komen mengecam sikap suami tidak bertanggungjawab itu, tidak kurang juga yang memohon isteri malang berkenaan agar sabar menghadapi dugaan rumah tangga.
“Sebab itu ramai isteri yang kemurungan. Jangan main-main dengan kemurungan. Allah amanahkan isteri dan anak-anak untuk dijaga, bukan diabaikan.
“Cuba kau jangan masak, tak jaga anak, tak buat kerja-kerja rumah. Kau pun hadap game sampai ke Subuh, tengok laki kau menggelupur ke tidak?
“Say no to lelaki yang main game sampai melalaikan ni. Kadang-kadang memang kesian kalau dapat pasangan macam ni.
“Bila isteri diam tu jangan ingat dia reda. Kalau sayang diri sendiri sedarlah, akhirat dia tuntut,” tulis beberapa netizen.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: mstar via news.allmhi