“Isteri Mengalami Kemalangan Jalan Raya, Lalu Menghubungi Suami” Tergamak suaminya cakap ‘kawan ada tak? panggil kawanlah datang’
Foto sekadar hiasan
Betullah kata orang, dalam kehidupan berumah tangga, komunikasi antara suami isteri penting bagi membolehkan mahligai yang dibina terus kekal seteguh tembok batu.
Andai dijodohkan dengan suami atau isteri pendiam, pasangannya perlu memainkan peranan untuk menceriakan suasana agar sinar kebahagiaan terus terpancar dalam alam rumah tangga.
Smua itu bagaimanapun menjadi cabaran besar bagi Liza (bukan nama sebenar) untuk mempertahankan bahtera perkahwinan 13 tahun bersama suaminya, Mat (bukan nama sebenar) yang tidak banyak bercakap sehingga percraian terjadi dua tahun lalu.
Mnyorot kembali kisah percintaan mereka, Liza, 43, berkata, mereka diperkenalkan oleh sepupu bekas suami ketika sama-sama menuntut di sebuah universiti tempatan di Lembah Klang.
Waktu itu, Mat yang berusia sebaya nampak sangat polos serta memberikan perhatian penuh buat Liza. Pada cuti hujung minggu atau jika ada masa terluang, Mat berusaha untuk datang berjumpa Liza.
Ksungguhan Mat itu akhirnya membuka pintu hati Liza untuk bercinta dan berkahwin dengan lelaki itu ketika usia mereka 26 tahun.
Pada awalnya, rumah tangga mereka sama seperti pasangan lain, nampak indah dan bahagia.
Meskipun kadangkala sikap Mat agak pendiam dan nampak tidak sama seperti awal perkenalan mereka, Liza cepat-cepat menutup segala prasangka dan beranggapan suaminya penat bekerja.
Namun lama kelamaan, Mat semakin berubah. Bukan sekali Liza bertanyakan apa salahnya, tetapi Mat sekadar menjawab, dia memang tidak banyak bercakap.
Dek sikap suaminya yang tidak mahu bercakap banyak, adakalanya lelaki itu dilihat seperti tidak mengambil berat tentang rumah tangga.
Terkjut dengan jawapan suami
Tiga tahun selepas berumah tangga iaitu semasa Liza hamil anak kedua, wanita itu ditakdirkan kemalangan semasa memandu kereta bersendirian.
Menyedihkan apabila Liza menghubungi Mat, suaminya itu hanya bercakap ringkas bagai tiada perasaan.
” Kawan ada tak? Panggil kawanlah datang, lepas itu pergi rumah ibu awak,” kata Liza mengulang bicara ringkas Mat.
Hati Liza pedih. Bukan itu yang diharapkannya daripada insan bergelar suami, lebih-lebih lagi dalam keadaan dirinya berbadan dua.
Hubungan yang retak itu berterusan. Mereka pergi kerja, pulang kerja dan membuat hal masing-masing di rumah.
Ekoran komunikasi kian berkurangan, mereka kemudian sepakat ke mhkamah syariah untuk bercrai secara baik pada tahun ketiga perkahwinan.
Pun begitu, sebaik tiba di mhkamah, Liza berbincang semula dengan Mat. Liza masih sayangkan perkahwinan itu dan anak-anak mereka.
Liza masih mahu menyelamatkan rumah tangga tersebut. Baginya, mungkin dia yang belum berusaha sebaiknya dalam mempertahankan mahligai yang dibina.
Mereka akhirnya mengambil keputusan meneruskan perkahwinan dan saling berjanji untuk berubah demi kasih sayang yang masih bersisa.
Sejak itu, Liza sentiasa memastikan akan ada saja topik untuk disembangkan dengan suaminya bagi menceriakan semula suasana rumah tangga.
Malah, adakalanya Liza mengatur janji temu berdua dengan suaminya untuk menghabiskan masa bersama.
Panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari apabila Mat kembali kepada ‘tabiat’ lama dan tidak banyak bercakap seolah-olah Liza patung di dalam rumah. Bila diajak berbual, suaminya cuma bertutur sepatah.
Tahun demi tahun berlalu, pasangan itu tidak ubah sekadar rakan serumah yang berkongsi bumbung sama, tidur di atas katil sama, tetapi tidak bercakap.
Liza sudah puas berusaha dan dia juga tidak mahu lagi anak-anak melihat ibu bapa mereka tidak berkomunikasi.
Akhirnya pasangan suami isteri itu sah bercrai talak satu di mhkamah syariah pada tahun 2019 semasa kedua mereka berusia 41 tahun.
Hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Liza, namun dia tidak menyekat Mat daripada berjumpa ketiga-tiga anak mereka.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: asiakini via pop.airnws.com