“Isteri Selalu Padam Fon Depan Aku, Aku Berlakun G Sebab Nak Skodeng Isteri” Terkejut aku bila kereta mewah dtg rumah masa aku tiada

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Sebelum tu, thanks laa kt page ni. Aku tergerak nk tulis pun sebab xtau nak luahkan mcmne. Aku dah kawin. Usia perkahwinan aku nak dekat 8 tahun dah. Dr tiada apa2 sampaikan dah kaya raya.

(Bukan nak riak tp aku nak ajak korang selami kehidupan aku kejap supaya korang boleh feel sikit story ni). Kau selalu tgk drama? Yee mmg aku ni menyampah nak mammmmm tgk drama pukul 7 tu.

Entah terapa2 jee. Syukurlah bini aku ni pun tak pernah melayan cite2 sampah mcm tu. Sebelum kawin, aku zero. Takde pape. Aku kawin atas dasar pilihan keluarga. Bini aku, aku tak pernah jumpa.

Mak dia penah bg gambar , tp gambar sekolah. Kau faham2 jela perempuan time sekolah mcm mana. Waktu nak merisik2 tu, mak bini aku tak pernah bagitau apa special nya anak dia. Sume biasa2 jela.

Aku ingat lagi ayat mak bini aku a.k.a mak mertua aku. “Anak makcik tak special pun. Tak pandai masak. Bangun pun lambat. Kemas rumah pun jarang. Solat? Hmm tu pun ada lompong2.

Kalau Syuk (bukan nama sebenar) boleh bimbing dan asuh dia, Inshaa-Allah lama2 cantik la tu perangai dia. Yelaa anak makcik rupa pun biasa2 je.”

Dalam hati aku, “mak aku ni pun satu. Dia kata budak ni special. Ape hebatnya kalau mak dia dah buat pengakuan gini? Arghh! Aku pun solat tunggang langgang, rumah pun selama ni mak aku yg kemaskan. Ni kalau dua2 pengotor, mcm mana?!”

Tapi mak aku setuju. Dia sudi bermenantukan ‘menantu pengotor dan buruk perangai” tu. Aku terima jela sebab aku pun bukan hensem sangat pun. Kalau nak dibandingkan dgn Aeron Aziz, aku kurang tang badan je. (Kah kah kah.)

So sepanjang preparation perkahwinan, dia tak pernah keluar . Tak pernah laa aku tgk. Tp mak dia ckp, semua dia dah bagi duit. Cuma dia sibuk je dgn urusan luar. Taktau lee kerja apa minah ni sampai sibuk kalahkan PM. Aku malas nak tanya walaupun geram pun ada.

Waktu nikah tu, dia datang lambat! teruk. Berpeluh aku tunggu kot2 dia cancel last minute ke or lari rumah ke. So bilaa dia datangg dgn berpakaian pengantin putih……

Perhhh…! Bini aku woiii. Cun terukkk. Padahal takde mak andam. Dia balik2 terus salin and pakai lipstick cair je aku tgk tp dah berjaya goda aku. He he heee.

Aku tgk tangan dia mengeletar. Dia tak angkat muka pun. Dia tunduk je. Salam pun segan2. Oh lupa. Majlis kitorang kecik je sebab tu request bini aku. Dia taknak besar2. So mmg simple.

Malam pertama, ehem2. Jangan salah sangka. Aku just nk story benda pelik pasal bini aku je. Dah masa pg td dia dah dtg lambat bagai sebab buat kerja ape ntah kt luar. So mlm tu, dia tido awl.

Kau nak tau dia tido mana? Kat sofa bilik je. Bukan atas katil. Aku mula la rasa kesian. Aku nak kejut dia suh bangun tido kt katil. Tapi sebelum tu aku usha2 muka dia dulu.

Cun jugak bini aku woii. Kalah nora danish ke, cat farish ke, varnish ke, bini aku mmg cun terukkkk! Arggh tak dapat ku ucapkan dgn kata2 nak puji bini aku ni.

So tgh aku tenung2 tu, entah mcm mana dia tersedar terus melompat and menjerit. Dgn aku2 terlompat sampai terhantuk kepala aku. Dah kenapa?? Rupanya dia terkejut tgk aku. Dia lupa dia dah kawin. Sabar jelaa aku.

Mak pak aku sume dah ketuk2 bilik sebab ingat aku buat apa ntah gan menantu kesayangan dia ni. Malu aku malam tu kena sindir. So aku malas nak cite banyak2 pasal ni. Aku cuba skip sebanyak mungkin. Tp klau panjang jugak, sorry la wehh.

Sejak dah kawin, rezeki aku murah. Aku keje biasa2 kt tgh2 panas terik, skg alhamdulillah aku dah keje dlm opis.

Aku pun pelik, kelulusan aku biasa je. Aku xde lak mohon keje ni tp tiba2 dpt interview. And interview aku pun hancusss ke laut tp boleh dpt keje?

Ahh rezeki lepas kawin kott…

So sejak keje opis, aku xpandai sangat guna komputer. Stiap kali aku kene tegur dgn bos sb ayat aku ni banyak tertukar jd bahasa komputer la ape la.

Aku mana tau nak setting bagai haram jadah tu. So satu hari tu aku kene handle projek. Pelik takk? Aku kuli je tp dlm tempoh singkat je aku sikit2 naik pangkat. Tapi serius keja aku mcm taikk laa.

Aku stress betul guna komputer! Tp bini aku tgk je aku buat. Dia bg smngt sikit2. Esok tu ada presentation. Satu haram jadah aku tak prepare pape sb aku geram tak reti guna slide show powerpointer jadah ape aku taktau laa!

Esoknya aku kelam kabut nak gi keje. Bini aku ni jenis cool. Semua barang2 aku dia dah sediakan. Pakaian dah iron, kasut polish, tie sume padan laa dgn warna baju. Pelik kan?

Mak dia kata anak dia tak reti fesyen2 tp semua deco rumah dia yg uruskan, pakaian aku dia yg padankan tapi mmg serius segak ar kontra warna dia semua.

Sampaikan jujur aku ckp, ramai budak2 ofis ada yg mengatal kt aku. Jadi dia bg laa aku bag laptop. Aku malas nk bawak sb tak siap kot. Dia cuma kata baca doa “Lau anzal na” utk lembutkan hati bos.

Dia banyak ajar aku bab doa2 hafalan. Mak dia kata dia solat pun lompong2? Tapi setiap kali solat, dia yg bentangkan sejadah ?

Dia mengaji sementara tunggu waktu. Ahh aku makin tak boleh hadam ayat mak dia dgn realiti depan mata aku ni!!

Waktu aku nk hadap bos aku, aku baca doa yg bini aku ajar. Aku on je laptop aku tgk keje2 aku siap! Siap weh! Siapa yg habiskan?! Rumah aku ada jin keeee? So presentation aku dpt pujian.

Dan aku terus dinaikkan pangkat lagi sb projek aku berjaya. Setiap kali aku cite kt bini aku, dia senyum je. Tapi waktu aku susah dlu, time aku takde duit, bini aku selalu hulur. Pelik aku.

Dia mana keje. Mak dia ckp dia dulu belajar pun hancuss. lama2 aku rasa aku nak siasat sendiri siapa bini aku sb mak dia ckp semua mcm bertentangan.

Satu hari tu aku selongkar bilik. Bini aku kat bawah tgh masak. Pasal masak kau takyah cakap. Kemainn la sedapp! Aku bukan nk puji tp dah mak dia ckp dia xreti serba serbi, so bila kau yg kawin, kau tgk semua nye tip top, so sape yg problem sebenarnya?

Aku selongkar semua laci2 dia. And kau tau aku jumpa apa? Fail! Fail sijil2 bini aku. Terbuntang bijik mata aku. UPSR 5A, PMR 8A, SPM 11A1. Kau rasa? Belum lg tgk sijil2 dia kat U. Bini aku ni sape sebenarnya ni?!

So pagi2 aku start keluar keje mcm biasa. Tp sebenarnya aku tak pegi sebab nak skodeng bini aku. Sb aku dah rasa musykil dgn bini aku sb kadang2 dia cakap fon kt rumah tp bila aku dtg, dia padamkan.

Yeee mmg mcm drama tp tulaa yg aku hadap. Puas jugak aku tunggu. Takde pape pun. Aku dah mcm nak give up. Tp bila aku baru nak gerak, aku nampak kete mewah stop depan rumah aku. Aku dah panas. Tp nasib baik yg keluar dr kete tu perempuan.

Aku tgk tangan2 dia penuh fail. Dia bagi fail and bini aku belek2 pastu aku nampak mcm dia tulis or sign kot.

Pastu perempuan tu blah. Betambah2 stress aku! Fail ape pulak tu! Sape perempuan tadi tu?! Aku pegi ofis mmg takde mood . Habis semua aku tak kena kat mata aku. Aku tak kira! Aku nak cari sampai dpt sape bini aku tu.

Balik je aku buat2 taktau. Aku tak bercakap kat bini aku tp harini dia lain. Dia happy semacam. Tp bila aku buat cmtu, dia diam je. Sepanjang aku kawin, belum penah lg dia bergedik2 mcm perempuan dlm drama tu yg syak wasangka kt suami kalau balik lambat ke ape ke, dia cool je.

Dia buatkan air and offer nak urut aku. Tapi aku tak boleh control diri. Aku tercampak cawan kt tangan dia.

Bukan dia je terkejut, aku pun terkejut! Aku tak sengaja. Aku nampak dia terkaku tp aku buat2 masuk toilet nak pegi mandi. Arghh aku tak boleh tahan! Aku kena tanya! Keluar je toilet,aku nampak dia dh landing atas katil senyum2.

Aku tak kuasa dah ! Aku tarik tangan dia suh mengaku! Dia siapa sebenarnya! Aku tanya mcm2 soalan sampai dia tercengang2.

Belum sempat dia bukak mulut,aku tertampar kuat muka dia. Sumpah aku betul2 tak boleh kawal diri. Otak aku serabut pikir dia tu siapa!

Mmg kuat ar aku tampar! Kau faham2 jela kalau laki tgh mrh kalau dia tampar mcm mana. Merah pipi bini aku. Bini aku dah la putih mmg merah muka dia.

Dia jatuh mcm dlm drama tv tu. Menahan sakit tp sikit pun dia tak bersuara mcm dia tau salah dia.

Tp aku tgk baju putih tido dia tu keluar cairan warna merah. Kenapa pulak aku tampar atas, bawah yg keluar cairan merah??!

Aku lagi stress. Stress cmpur serba salah. Aku terus angkat dia bawak pegi hospital. Rupanya bini aku mengandung! Patut dia happy! Tapi aku bercampur baur!

Aku taktau nak rasa gembira atau sedih atas kehilangan anak pertama aku sebab aku! Sumpah aku taktau bini aku mengandung!

Tp spnjng aku jaga bini aku, dia sikit tak marah aku. Aku kelu nak tanya benda2 kt otak aku tu. Aku ingat lg ayat dia.

“Bukan salah abg. Kalau Allah tak izinkan, anak kita still hidup kan? So semua yg berlaku atas izin Allah. Bukan salah sesiapa. Semua berlaku ada sebab dan hikmahnya. ”

Maaf aku tak dapat nk taip panjang2 sebab terkenang kes dulu. Aku sedih sangat2 bila nak cakap pasal ni . Bila orang tanya, “knp bini kau masuk hospital?

Knp anak kau dh tk ada? Knp muka pipi kau nampak lebam?” Kalau aku dah ok, aku cuba sambung cerita siapa sebenarnya bini aku tu.

Tapi kalau korang nak marahkan aku, dipersilakan. Aku btl2 menyesal dgn apa yg aku buat kat bini aku.

Inshaa-Allah ada masa lagi aku share. Ni aku sudi taip pun sb tiba2 teringat perbuatan aku tu.

Sorry sb ayat aku terabur. Aku punya bm bukan A pun.

Kalau bini aku terbaca ke, abang mintak maaf atas segala perbuatan abang. Bukan niat abang nak lukakan hati sayang.

Abang cuma terkilan kenapa sayang sembunyikan siapa diri sayang sebenarnya…

Aku pendekkan cerita. Mmg aku tulis tajuk tu mcm soalan.

Sb aku tertanya2 sape bini aku. Biar kau rasa mcm mana aku rasa bila otak aku serabut syak wasangka kt bini aku. Kau tak pelik ke?

Mak dia ckp semua negatif pasal dia tp bila aku kawin dia mcm “sempurna” depan aku. Drpd aku takde pape sampai aku dah berduit.

Mcm mudah teruk! Aku punya kelulusan teruk wehh. Mcm mana aku boleh dpt keje gitu je dlm opis.

Pastu naik pangkat satu2. Pastu bini lak buat aku lagi serabut.

Mmg 8thn aku dah kawin. Sampai laa ni aku taktau dia siapa sb aku tak berani nak tanya sejak aku tampar dia. Kau faham tak?

Mmg otak aku pun dah tercalit mcm otak perempuan2 yg layan cite tv3 tu. Bini aku ceo ke? Dia kaya raya ke? Eh laki, kalau kau kat tmpt aku, apa kau fikir?

Aku fikir lain jer. Aku fikir dia ada laki lain ke time tgk dia pegang fon gayut2 pastu bila aku dtg dia padamkan.

Sebab tu tajuk aku bersoalan. Kot2 aku luahkan ni, korang sudi bantu aku. Tp hampehhh.

Haree jadahh. Aku menyesal dgn perbuatan aku. Tp pd masa yg sama, aku sedih bini aku masih buat2 xtau.

Kalau dia lebih hebat dr aku, mengaku je. Tak perlu la diam kaku nak menangkan aku dlm keluarga.

Aku tau aku belajar tak tingi tp kalau da rezeki dgn bini pandai nk buat cmne.

Alhamdulillah 8thn perkahwinan aku bertahan walaupun mcm2 setan jin dan kwn2 opis hasut aku.

Tp skg aku x kemaruk sgt dh nak tau sape bini aku sb bg aku dia baik dan jaga aku dan anak2(aku dah ada 3 anak. Cukup la kot buat masa ni)

Bini aku la perempuan terbaik dlm hidup aku. Makan minum pakaian aku mmg dia jaga baik.

Tujuan aku cerita, bukan niat nak burukkan bini aku. Niat aku, siapa pun bini kau, cuba la terima seadanya wlaupun setan jin sume hasut ko nak lepaskan bini la kasar dgn bini la sb soalan ko xtrjwb. tp sungguh, tula tamparan awl dn akhir aku spnjg 8thn ni. Xberni aku nk naik tgn dgn dia.

Rumah -kemas. Baju-ari2 bercuci. Makan -ari2 masak sedap.

Pakaian-sentiasa berlipat dan iron. Lain2-semua tip top. Apa lg aku nak setakat jwpan siapa dia sebenarnya? Aku cite sb aku nk laki2 sana xjd mcm aku.

Yg xtau hargai wanita dpn mata aku ni. Yg xtau bersyukur dan brterima kasih. Yg trlalu ikutkan hti aku smpaikan aku lukakan hti org yg dah jaga dan penuhi segala kemahuan aku.

Dia letih tp xpnh ckp. Dia nk baju cntik2 tp xpnh mntk. Dia nk mkn sdp2 kt luar,tp xpnh paksa aku sb aku xbrduit dulu! Aku xmampu mewahkan dia.

Tp bila setan dh kuasai aku, aku rasa aku xguna sb rasakan dia lg hbt dn penuhkan segala kekurangan aku. Bukan aku!

A’ah! Aku nak wanita solehah. Aku nk perempuan cntik. Aku nk yg pndai masak. Semua yg baik2 aku nk tp aku xubah diri aku.

Bila dh dpt, aku buat dia mcmtu. Aku mnyesl tau x?! Biarlah org nk ckp ape sb aku mmg xpnh cite mslh umah tga aku sb mmg org akn gelak. Aku tau tp xpe. Kalau btl bini aku ada smbunyikn ssuatu, suatu ari nti psti trbongkr.

Cuma aku jela kena brsyukur skurg2nya dia xpnh abaikan aku dn ank2. So siapa pun bini aku, aku dh bljr trime dia seadanya.wlaupun 1 ari nti perit utk aku terima, doakan aku sbr dn xbaran mcm dulu.

Sori sb buat korg stress cite aku. Klu ko rasa best sgt life mcmni, aku doakan korg dpt la jumpa bini or somi yg misteri smcm. As long dia xbuat prgai pelik,aku hrp korg still sbr dn hrungi kluarga brthn2 lma mcm aku ni.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih

Sumber: IIUMC via e-kesah