“Jadi Wali, Aku Sanggup Tanggung Dosa” Bila rahsia pecah, tergamak si bapa amuk keliling kampung
Foto sekadar hiasan.
Ceritanya begini, apabila dengan mudahnya ber BINTI kan bapa bi0logi (bukan bapa kandung yang sah), secara tak langsung telah mengaburi status anak tersebut sebagai anak tak sah taraf menjadi anak sah taraf.
Kesannya apabila si bapa berani hendak menanggung dosa untuk menjadi wali kepada anak tersebut sedangkan dia tahu bahawa dia tidak layak menjadi wali walaupun berjaya memBINTIkan dirinya sendiri.
Al-kisahnya ada sebuah kampung di dalam negara kita, hendak melangsungkan perkahwinan antara dua adik beradik ini iaitu kakak dan adik lelaki.
Semasa sedang membuat persiapan perkahwinan, dipendekkan cerita ada seorang penduduk kampung bertanya kepada nenek dua adik beradik yang hendak berkahwin ini dengan soalan berikut,
“Eh nanti siapa jadi wali kepada anak si Abu (bukan nama sebenar)?” .. Nenek mendiamkan diri dan tidak menjawab pun soalan tersebut.
Kebetulan pula semasa soalan diajukan kepada nenek, adik kepada dua adik beradik yang hendak berkahwin tersebut terdengar perbualan mereka lalu meragui soalan tersebut dan terfikir apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh makcik tersebut.
Apakah benar kakaknya “anak angkat”? itu sahaja yang mampu difikirkan..
Adik tersebut cuba bertanya kepada mak long mereka iaitu kakak kepada ibu kandung dua adik beradik yang hendak berkahwin nanti dengan soalan,
“Kenapa makcik Senah tadi tanya soalan tentang wali ya? Sedangkan abah masih ada, mestilah abah yang akan menjadi wali kepada kakak nanti”..
Untuk pengetahuan pembaca, ibu kandung dua adik beradik itu telah meninggal dunia pada 10 tahun lalu. Mak Long terus mendiamkan diri dan tidak menjawab soalan tersebut. Bertambah bingunglah si adik ini apabila sudah dua orang mendiamkan diri dengan soalan begitu.
Dengan tidak berputus asa, adik tersebut cuba bertanya pula kepada datuk mereka berkenaan dengan wali, tetapi datuk mereka hanya membalas “jangan masuk campur urusan orang tua, ini hal abah kamu”..
Pada keesokkan paginya, kecoh di luar rumah apabila bapa bi0logy (bukan bapa kandung) itu mengamuk kepada orang kampung semua,
Apabila terus langsung bercerita hal perwalian keluarga mereka menyebabkan kakak yang hendak berkahwin ini telah mengetahui bahawa dia sepatutnya bernikah dengan menggunakan wali hakim dan tidak sah jika menggunakan wali bapanya kini.
Kakak dengan lebih yakin lagi apabila bapa saudara sebelah bapanya berceritakan kejadian sebenar apa yang telah berlaku pada 24 tahun yang lalu.
Bapa saudara tidak mahu bersubahat dengan mengiakan sahaja apabila bapa bi0logy tersebut menjadi wali. Setelah itu, Kakak tersebut pergi berurusan semula dengan pihak pejabat agama tentang borang pernikahannya.
Malangnya memang tidak boleh diproses (KIV) disebabkan isu keraguan sijil lahir,
Dan sijil pernikahan ibu bapanya yang mengatakan kakak perlu berurusan pula dengan pihak mahkamah syariah untuk mendapat kebenaran menggunakan wali hakim disebabkan status anak tak sah taraf.
Apabila pulang ke rumah, kakak lalu menangis kenapa bapanya sanggup menyembunyikan statusnya sedangkan dia tidak tahu langsung bahawa dia anak tak sah taraf.
Dan dia malu dengan keluarga bakal suaminya, bagaimana hendak menjawab isu ini dengan bakal mentuanya.
Kakak berasa bingung dan malu untuk berhadapan dengan bakal suami, orang kampung dan kawan kawan apabila kenduri hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi.
Bapa tersebut masih mengamuk sekeliling kampung dengan mengulang ulang percakapan,
“AKU SANGGUP TANGGUNG DOSA DUNIA AKHIRAT DENGAN MENJADI WALI DARIPADA AKU KEHILANGAN ANAK AKU. ORANG KAMPUNG JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN NIKAH ANAK AKU! ”..
Kesimpulannya di sini sahabat saya, berterus teranglah kepada anak anak berkenaan dengan status anak anak tersebut.
Janganlah menunggu sehingga sampai waktu diperlukan, baru hendak berterus terang. Pada waktu itu, anda sudah terlambat. Pentingkan HUKUM.
Matlamat tidak menghalalkan cara apabila kita cuba menyembunyikan hal yang sebenarnya dengan alasan “hendak menutup malu” sedangkan hukum perwalian bukan perkara REMEH DAN ANAK WAJIB TAHU STATUS MASING MASING.
Semoga menjadi ikhtibar kepada sahabat semua.
Reaksi Warganet
Khairul Bariah Rauf –
Saya hairan bagaimana pejabat agama tidak perasan hal ni semasa hendak memproses kelulusan pernikahan mereka. Sebab ikut pengalaman praktikal saya di pejabat agama bahagian nikah kahwin ni, pegawai akan minta pelbgai dokumen termasuk sijil lahir bakal pengantin dan surat nikah ibu bapa.
Di situ pegawai akan ‘tally’kan tarikh nikah dengan tarikh kelahiran bakal pengantin.
Amelia Maharam –
Pernah terbaca kes dulu, bi0logical bapa nikahkan, sampai perkahwinan tu dah ada anak 4, which is semua anaknya perempuan..
Then bapaknya masa nak pergi haji baru terus terang akan situasi yang dia anak luar nikah dan perkahwinan selama ni tak sah. Kesian sangat terutama dekat 4 anak perempuan. Pasangan tu nikah semula, tapi nasab cucu cucu tu yang pling kesian.
Puan Zuera-
Kalau dah buat silap, perbetulkan silap tu. Jangan di bawa silap ke anak cucu. Hal wali nikah ni jangan dibuat main. Dosa yang dah dibuat sudah cukup, jangan ditambah dosa pada pernikahan anak..
Kesian anak jadi mngsa. Jika diberitahu awal status anak tu, sekurangnya anak boleh bersiap dari segi mental dan buat persiapan awal untuk hal wali ni.
Rohiyati Hidayu Hans –
Baca kisah ni teringat kisah yang saya baca semalam. Lelaki ni berkahwin dengan isterinya bercinta sejak zaman kolej….
Setaun kwen dia tak tunaikan nafkah batin kepada isterinya. Dia simpan 1 rahsia aib yang sangat besar. Ayah isteri, iaitu ayah mertuanya adalah bapak bi0logi dia yang telah terlanjur dengan mak lelaki tu hingga mengandung….
Bapak isteri/bapak mertua tak mau bertanggung jawab sebab dia ada isteri yang tengah sarat mengandungkn anak ke2 iaitu kakak kepada isterinya. Kes kes macamni sedih sangat.
Permaisuri Hati –
Bapa jahil. Bila dah keluar ayat sanggup tanggung dosa dunia akhirat tu sah sangat jahilnya.
Tak tau ke dia, seringan2 azab dalam neraka tu api di bawah tapak kaki hingga menggelegak lah otaknya. Gitu jugak untuk orang yang selalu buat ayat ‘takpe sanggup masuk neraka dari menerima takdir sekian2 yang Allah bagi’ (menidakkan dengann menderhaka suruhan) ..
Bawak bawaklah belajar ilmu dunia akhirat. Supaya tak terus menerus jahil sebelum bergolek masuk kubur. Inikan pulak hal nasab. Lagi lah penting sebab akan berangkai rangkai keturunan yang seterusnya..
Husna Hafiz –
Hanya menyusahkan anak cucu nantinya. Kena ada orang slow talk dengan pakcik ni kesan dan akibatnya melangkau berkurun generasi. Bukan setakat anak dia sahaja. Nampak pakcik ni bertindak untuk pertahankan egonya sahaja.
Saya pernah membaca satu cerpen tentang isu ini yang digarap baik sekali. Sang suami tak mahu menceritakan hal buruk mereka kepada anak tetapi anak itu memerlukan wali untuk pernikahannya. Dan pasangan ini tahu si suami tidak sah menjadi wali.
Maka dengan keimanan dan pengetahuan jelas tentang perwalian yang dicermati dengan hikmah, bapa ini menganjurkan anak perempuan ni menggunakan wali hakim. Anak pada mulanya terkejut dengan tindakan sang bapa. Tetapi sang bapa dengan hikmah dan rendah diri menjelaskan dia tidak cukup syarat untuk menjadi wali kerana merasakan dirinya seorang yang fasik serta banyak melakukan dosa.
Justeru dia tidak mahu keberkahan perkahwinan anaknya terjejas. Anak menerima penjelasan ini dengan hati terbuka. Maka tertutuplah aib sang ibu bapa dan terselamatlah seluruh keturunan cucunya dr menjadi keturunan hasil perzinaan.
Kesimpulannya, pandangan saya ada jalan untuk menutup keaiban berpandukan lunas agama dan fiqh yang dicermati dengan hikmah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : Amalina Adam (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia