“Jangan Kau Sentuh Aku, Kau Bukan Anak Aku” Hanya aku seorang nurse dan tak setaraf, sanggup ibu buang aku

Assalamualaikum. Harap admin sudi siarkan kerana berlaku dalam keluarga saya dan ada banyak pengajaran di dalamnya.

Alhamdulillah dengan izin Allah, dalam keluarga saya semua berjaya. Ayah pensyarah di salah sebuah universiti tanah air dan sudah bersara. Ibu juga merupakan seorang pensyarah dan masih bertugas. Dua orang abang saya adalah jurutera dan saya pula pharmacist. Adik lelaki doktor dan adik perempuan veterinar.

Jodoh ayah dan ibu tak pernah tentukan. Kami cari sendiri dan alhamdulillah setakat ini ayah dan ibu restu. Kerjaya pasangan kami, sama dengan kami.

Tiba satu hari, adik lelaki saya, Boy, yang bekerja sebagai doktor menyatakan isi hatinya kepada kami semasa kami sekeluarga berkumpul minum petang. Jarang dapat berjumpa memandangkan semua sibuk. Maka peluang ini Boy tidak mahu lepaskan. Kami semua tumpang gembira untuk dia kecuali ibu. Semua selepas ibu tanya,

“Doktor sama sama tempat Boy kerja ke?”

Dengan muka yang teruja dan dalam keadaan tenang, Boy jawab,

“Bukan, dia jururawat. Akhlak dia baik. Senyum walaupun penat. Boy oncall sekali dia dia shift malam. 4 pagi pun masih senyum pada pesakit. Dia pandai masak. Boy oncall hari raya hari itu, dia ada bawa rendang. Kawan kerja pun kata dia lemah lembut orangnya.”

Sejujurnya kami tiada masalah kecuali ibu.

“Jururawat ini kerja shift. Nanti siapa nak jaga anak? Cari yang lainlah Boy. Ramai lagi orang solehah. Doktor pun ada solehah. Takkan ramai ramai itu tak ada jumpa?” kata ibu.

Dalam ramai ramai itu, tiada sesiapa yang pertahankan keputusan Boy termasuk saya dan ayah. Sedih saya melihat muka satu satunya adik lelaki saya. Dia sangat taat dengan ibu. Kami tidak mahu mengeruhkan keadaan. Kalau ibu kata A, maka A dan jangan berani ubah jadi B.

Sejak dari itu, Boy tidak ceria seperti biasa. Dia selalu duduk dalam bilik, habiskan masa dengan mengaji. Tetapi Boy masih lagi bersembang sembang dengan ibu, cuma tidak seseronok dulu. Mungkin Boy cari ketenangan dan kekuatan. Kuatnya Boy sembunyikan kesedihannya.

Satu hari, saya cuti dan balik ke rumah ibu. Seperti biasa, lepas hari itu, kalau nak cari Boy, pergilah ke biliknya, tak seperti sebelum ini yang Boy banyak habiskan masa di luar bilik.

“Boy, boleh Kak Nana masuk?”

“Kak Nana, bila sampai? Tak dengar pun? Masuklah,” katanya.

“Boy sedih lagi ke? Kuat ye. Kak Nana faham. Kak Nana doakan Boy jumpa orang yang lagi baik.”

“Orang lagi baik? Tak layaklah Boy. Hehe!”

“Kak Nana tahu ibu tak nak jururawat bukan sebab kerja shift tetapi ibu nak Boy cari yang setaraf,” jelas saya.

“Itulah, boy tahu ibu macam mana sebab ibu nak Boy cari orang yang sama kerjaya. Alasan jururawat kerja shift tak ada orang jaga anak, doktor lagilah. Dengan oncall bagai. Ibu malu agaknya kalau orang tanya menantu kerja apa? Kerja jururawat saja. Tetapi Boy tak nak cari orang yang hebat hebat ini. Boy nak cari orang yang biasa biasa sahaja. Tak adalah nanti sama-sama ego,” katanya.

“Ye, Kak Nana faham. Adik yang humble Boy seorang saja dalam keluarga ini,”

“Kak Nana doakan Boy dengan dia ye?” pintanya.

“Siapalah bertuah dapat Boy,”

“Boy kot yang bertuah kalau dapat dia.” katanya.

Takdir Allah, jodoh Boy dengan jururawat itu juga. Alhamdulillah. Ibu restu walaupun paksa rela. Dapatlah saya adik ipar bernama Ika. Betul kata Boy, Ika baik akhlaknya. Pandai memasak. Kalau ibu tak larat pergi masjid, Ika imamkan ibu di rumah. Kami bersyukur Ika sudi duduk dengan ibu, boleh tengok tengokkan ayah dan ibu.

Selepas dua tiga bulan, kami perasan yang ibu masih belum dapat menerima Ika. Nampak sangat. Tiba tiba makanan Ika masak tak sedap di tekak ibu. Tak nak jadi makmum Ika lagi. Sanggup pergi masjid walaupun kurang sihat. Tetapi Ika tak balas apa melainkan senyum dan kata,

“Tak apa, orang tua, biasalah. Di wad pun macam itu,”

Tabahnya hati Ika, perangai sama seperti Boy. Memang patut mereka berjodoh.

Satu hari diizinkan Allah, kami buat kenduri aqiqah untuk anak kedua abang Fadil. Ramai yang kami jemput dan tak menang tangan. Ditakdirkan Allah, malam itu kami sekeluarga diuji. Ibu kena serangan str0ke. Mungkin terlampau penat dan memang ada drah tinggi.

Selepas seminggu kami bergilir gilir menjaga ibu di wad termasuk Ika, tetapi kami tak boleh cuti lama. Kami jaga pun sekadar menunggu. Kebetulan saya bertugas di hospital yang sama dengan Boy dan Ika. Tukar lampin, mandikan semua jururawat yang uruskan.

Ika habis shift sebelum balik rumah, akan jenguk ibu dan tukarkan lampin. Kadang kadang kalau Boy lapang, Boy akan buat sama sama dengan Ika. Lembut Ika ajar cara tukar lampin orang dewasa pada Boy. Kadang kadang habis shift malam, tak sempat tukar uniform, Ika dah datang.

Satu hari kebetulan Ika off day. Saya lunch hour. Lampin ibu dah penuh, Ika nak tukar tetapi ibu tak izinkan.

“Kau bukan anak aku. Biar anak aku yang buat. Nana! Tukar lampin ibu ni. Tak selesa! Jururawat semua malas!”

“Ibu, tak baik kata macam itu. Jururawat sibuk. Biar Nana buat dengan Ika ye.”

“Tak nak! Ibu nak Nana buat seorang!”

“Ibu, Nana tak pandai sangat. Kalau Ika buat sekali, mudahlah. Boleh tolong pusingkan badan ibu,” saya cuba memujuk ibu.

Ika senyum terus keluarkan lampin dalam locker. Siapkan wipe tissue, plastik kuning. Tengah nak mula, ibu tinggikan suara.

“Tak nak! Jangan sentuh! Kau bukan anak aku. Jururawat, mana jururawat ni?”

Ika tak endah, teruskan buat.

“Tak faham ke? Nak aku cakap english? Ah! Mesti kau tak faham english. Kerja jururawat je,” kata ibu.

“Ibu, tak baik cakap Ika macam itu.”

“Don’t you dare to touch me!”

“Ibu, kalau ibu tak anggap Ika ini anak, ibu anggap saja Ika ini jururawat yang ibu tak kenal, okey? Ibu nak Ika call abang Faiz dan abang Fadil di Kuala Lumpur? Nak menantu ibu yang lain datang dari Kuala Lumpur tukarkan? Nak Ika call Boy suruh datang tukar? Dia oncall hari ini, sibuk. Nak Ika call Anis? Dia sibuk di klinik. Ibu kena fahamlah, ini Kak Nana ada. Bagi Ika buat dengan Kak Nana ye,” kata Ika.

Ibu diam selepas itu, sampai selesai semuanya. Saya menangis. Anak ibu yang berjaya tak mampu nak tukar lampin ibu. Tak mampu jaga ibu seperti mana Ika jaga.

Kalau Boy tahu ibu lempar kata kata seperti itu pada Ika, mesti luluh hati dia. Tabahlah Ika, tabahlah Boy. Kak Nana hanya mampu mendoakan kesejahteraan kamu berdua. Semoga Allah buka pintu hati ibu untuk menerima Ika sama seperti menantu yang lain. Doakan ibu kami cepat sembuh.

Nama saya ubah untuk menjaga. Terima kasih. Jadikan sebagai pengajaran. Setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Kita saling lengkap melengkapi, saling memerlukan.

Reaksi warganet

Fara Elisa –

Ada lagi ye zaman ni memilih darjat? Macam hina sangat je kerja nurse ni. Maaf saya bukan nurse, tapi bila baca kisah ni,panas je badan saya. Semoga Allah bukakan ati mak yang keje pensyarah tu dapat terima menantu dia yang keje nurse tu..

Parimalam Parameswaran –

Orang tua ni kalau bukan menantu pilihan dia, sampai bila2 pun dia takkan ubah mentaliti dia. Semoga makcik ini insaf dan redha dengan apa tuhan tentukan. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Bukan awak yang tentukan.

Mohd Khaidir –

Mesti makcik ni lari kena hambat dengan nurse time nak cucuk BCG dulu2. Ntah ape2 metality orang bijak pandai sekarang ni. Sebab tu la ade orang pernah kata,

“Nilai maruah sesorang itu bukan dari apa yg dipakai dibadan nya, tapi dia dinilai dari apa yang dilakukn nya.”

Ntah la makcik semoga makcik ingat nyawa makcik tu satu je….

Zanna Mohd –

Jadikan pengalaman dari crita tersebut. Muhasabah diri selalu. Semoga apa yang dkongsikan mnjadi tauladan kepada kita. Sapa kita utuk menilai seseorang dari pndangan luaran kerana allah tidak pernah menilai hambanya melainkan amalan, akhlak dan hatinya.

Ummi Sidi –

Wahai ibu, janganlah jadikan darjat mu yang sangat tinggi sebagai tiket menjadikan anak mu itu dicap anak derhaka. Kerana tidak taat dan patuh pada perintah yang tidak sewajarnya.

Ramai wanita yang bergelar ibu bertukar watak tatkala menjdi ibu mertua pada menantu perempuan bukan pilihan. Kalau benarlah wanita bergelar ibu sangat mudah masuk ke syurga atas pengorbanannya menjadi ibu.

Bersykurlah tatkala mendapat anak menantu yang patuh dan taat untuk memudahkan diri kita masuk ke syurga bersama doa2nya sebagai anak yang soleh.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Qurratul ‘Ain Ahmad Hanapi via IIUM Confessions via edisimedia