“Jangan Kau Sentuh Jenazah Kak Long” Sungguh2 mak menghalangnya, rupanya itu wasiat terakhir kak long

 

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum readers and admin. Nama aku Lisa. Ibu kepada seorang cahaya mata berusia setahun setengah. Cerita ni bukan pasal aku. Tapi akak ipar aku. Aku panggil kaklong. Atau sekarang, aruwah kaklong.

2007-

Abang sulung aku nikah dengan kaklong (kakak iparku). Diaorang kenal masa sama sama belajar dekat universiti. Seingat aku kaklong muda setahun daripada abang. Majlis diaorang grand pasal abang anak sulung dan mama and aruwah abah sayang betul dekat abang long. Lagipun mama and aruwah abah dah kenal kaklong masa diaorang bercinta lagi.

Fast forward, after 4 tahun kawin diaorang masih belum dikurniakan cahaya mata. Aku start perasan layanan abang dekat kaklong dah mula berubah. Takde lagi gurau gurau senda. Abang dah mula berani tengking kaklong depan mama and aruwah abah.

Mama perasan pasal ni and selalu nasihat kaklong supaya pergi berubat and cepat cepat dapatkan baby. Aku tak tahu sangat apa yang kaklong buat sebab masa tu aku masih belajar jauh and dengar dengar macam tu je cerita daripada mama.

Pertengahan 2011-

Dapat berita abang kawin lain. Menangis terduduk kaklong masa tu. Abang bagitau senyap senyap dekat mama sebab nak mintak kaklong pindah rumah kami. Dia nak bawak bini baru dia duduk rumah yang dia dan kaklong duduk sebelum ni. Kaklong menurut je.

Aruwah cakap kat mama takpe dia tak kisah. Dia bagi peluang dekat abang sebab abang nak sangat anak. Dan dia tak mampu bagi anak dekat abang. Bermulalah hari kaklong pindah duduk rumah kitaorang. Kaklong pesan dekat mama jangan bagitau family dia sebab taknak family dia tahu.

Abang pulak sejak kawin lain sebulan sekali je datang jenguk kaklong tu pun sekejap je. Katanya bini baru dia bunting pelamin and tak boleh tinggal sorang sorang. Senyum je kaklong. Siap buatkan makanan lagi untuk madu dia. Kuatnya kau kaklong..

2012-

Mama jatuh bilik air and kena strok. Kaklong buat keputusan ambik cuti 3 bulan sebab nak jaga mama. Dari urusan mandi tukar pampers makan minum mama semua kaklong buat. Kami adik beradik duduk jauh. Abang sekadar bagi duit je. Aku masa ni dekat Manchester. Tahun ketiga. Sempat balik pun sekali je pada waktu raya.

Dari muka mama herot sampai la mama boleh bangun duduk atas kerusi roda sendiri, hanya kaklong yang uruskan. Kami adik beradik hire nurse tapi kaklong cakap tak perlu. Dia boleh jaga. So kami kirim belanja dan telefon je setiap hari. Abang? Entahlah. Gembira sangat kot dapat baby sampai lupa mak and isteri.

2014 –

Mama fully recover. Berkat kaklong jaga dan selalu bawak pergi fisio. Oh kalau nak tahu muka mama and kaklong iras sangat sangat. Sampai kalau ada kawan kawan mama datang rumah semua ingat kaklong tu anak mama.

Abang sejak ada baby aku tak ingat berapa kali dia bawak ‘anak’ dia datang rumah mama. Bini baru dia asal datang rumah je selalu buat muka. Panas la, anak merengek la, tak selesa la. Tak pernah nk berbaik dengan kaklong. Padahal kaklong bila tahu madu dia nak datang macam macam dia masakkan. Anak abang dengan bini baru dia tu pun kaklong sayang betul.

Selalu belikan mainan. Tapi kena bagi sorok sorok dan cakap mama belikan sebab nanti bini baru dia marah. Pernah sekali kaklong dukung anak abang sebab teringin tapi kena tengking dengan bini muda. Dia cakap kaklong nak cederakan anak dia. Karut. Aku kenal kaklong.

Cepat cepat abang dengan bini dia tu kemas barang balik. Waktu tu raya. Berderai air mata kaklong minta maaf. Mama waktu tu dah marah cakap dekat abang,

“Balik la rumah kau cepat. Aku ingat ada cucu boleh buat gembira, tapi tak. Aku silap. Kau balik la”.

Dan aku ingat tu la raya paling sedih untuk family aku.

2020-

Semalam lama aku tunggu mama. Kurus dia. Makan tak nak. Minum pun air kosong je. Rindu kaklong katanya. Kalau kaklong ada mesti petang petang selalu borak sama sama. Pastu maghrib sama sama. Mengaji. Mama cakap Ramadhan kali ni takkan sama dah. Sampai bila bila. Kaklong dah pergi menghadap ilahi bulan 2 haritu.

Sebelum tu kaklong selalu cakap kat mama dia lenguh lenguh badan. Muntah dan tak selera makan. Mama cakap mungkin dia penat. Mama suruh rehat banyak banyak. Lepas raya nanti mama ajak berjalan pergi Langkawi (masa ni belum umum PKP).

Hari rabu, kaklong jatuh bilik air. Mama call abang banyak kali. Tak angkat. Mama call aku sebab aku duduk satu taman dengan mama. Gegas aku datang rumah dan call ambulans. Sampai hospital doktor cakap drah kaklong terlalu rendah. Tapi kandungan dia ok.

Aku dan mama waktu tu dengar macam tak percaya. Mama tanya kaklong betul ke dia mengandung. Kaklong cakap ya. Tapi dia takut nak bgtau sebab dia taknak susahkan abang. Plus kandungan masih baru. Dia taknak excited sangat.

Mama bila dapat tahu punya la happy. Call abang banyak kali. Sekali je angkat. Abang kata sabtu nanti datang rumah. Kaklong kena tahan hospital malam tu. Aku dengan mama teman. Tengah malam tiba tiba kaklong demam kuat. Nafas dia turun naik. Dia panggil mama. Nak cakap dengan mama.

Aku tak dengar apa yang kaklong cakap. Tapi mama menangis dan aku cuma dengar mama suruh kaklong sabar. Ayah kandung dengan adik beradik kaklong ada datang melawat kaklong masa hari khamis. Gembira betul semua orang dengan berita kaklong mengandung. Semua orang ada. Kecuali abang.

Petang khamis, around 7.30 malam masa kaklong nak ambik wuduk, dia jatuh lagi sekali. Dan kali ni, hanya mama and adik bongsu kaklong yang ada temankan kaklong. Pukul 7.50 mama call aku meraung cakap kaklong dah takde. Aku kaku. Tak percaya.

Alhamdulillah pagi jumaat jenazah kaklong dan baby selamat disemadikan. Urusan mandi dan kafan semua urus di hospital. Masa abang datang, mama tak bagi pun abang sentuh jenazah kaklong.

Untuk cium masa last tu pun mama kata tak redha kalau abang sentuh jenazah kaklong. Cepat je urusan akhir kaklong atas dunia ni. Semalam jugak mama bukak cerita. Mama tunjuk cincin rantai gelang pemberian kaklong dekat mama sepanjang hayat dia.

Mama tak mintak, tapi kaklong bagi. Mama kata, mama sendiri tak mampu nak jadi menantu sebaik kaklong. Tak berhenti mama menangis tiap kali teringat dekat kaklong. Mama tak berhenti salahkan diri sendiri sebab mama selalu cakap dekat kaklong nak cucu masa awal awal kaklong kawin dengan abang dulu. Sampai kaklong stress.

Tapi lepas mama kena strok, mama cakap ada sebab Tuhan belum kurniakan baby untuk kaklong. Mama cakap sebab mulut mama jugak kot Tuhan lambat bagi zuriat dekat aku. Macam aku pun lepas 3 tahun kawin dapat baru dapat anak.

Mama pesan dekat aku, soal zuriat jangan sesekali kita nk pertikaikan. Kena sabar. Kena doa banyak banyak dekat tuhan. Ada anak belum tentu boleh bawak ke syurga. Tak ada anak belum tentu dia tak sempurna. Dan kaklong dah buktikan benda ni.

Macam abang sendiri, lepas ada anak pun bukan tenang hidup dia. Bini baru kuat melawan. Selalu datang serang kaklong. Hidup berhutang. Kena buang kerja.

And the best part is, actually anak abang yang sulung tu bukan anak abang. Bini dia tu dah mengandung dulu sebelum nikah dengan abang. Anak ke 2 baru betul anak abang. Patutlah takde iras langsung dengan muka abang. Kulit pun warna lain. Aku tahu pun sebab mama cerita.

Sekarang ni mama duduk dengan aku. Makin kurus. Tiap hari belek gmbar aruwah abah dengan kaklong. Makan taknak. Orang sebaik tu siapa je tak rindu. Abang aku sekarang ni entahlah. Aku malas nak ambik tahu. Mama pun nak taknak jumpa dia.

Last sekali mama jumpa dia mama cakap,

“Aak sendiri belum tentu boleh bawak ke syurga”.

Mama cakap jangan mintak maaf dengan mama, minta maaf dengan kaklong. Bertahun kaklong pendam dan makan hati dengan abang.

Dan mama cerita malam sebelum kaklong pergi dia pesan jangan bagi abang tengok muka dia atau sentuh dia kalau apa apa jadi dekat dia. Patutlah mama tak bagi abang tengok jenazah masa dekat hospital.

Kaklong, Lisa minta maaf kalau selama ni banyak susahkan kaklong sebab jaga mama dengan aruwah abah. Lisa yakin, kaklong ada ditempat yang sangat baik sekarang. Nanti lisa bawa mama pergi ‘rumah baru’ kaklong.

Terima kasih kaklong sebab jadi kakak yang sangat baik untuk lisa adik beradik dan menantu syurga untuk mama abah. Habis sudah urusan kaklong disini. Jangan risau. Lisa jaga mama.

Semoga dikuatkan hati para wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Ingat, ada anak belum tentu bawak kita ke syurga. Sesungguhnya orang yang sabar balasannya sebaik baik tempat disisi yang esa. Tolong sedekahkan Al-fatihah untuk aruwah kaklong aku.

Reaksi warganet

Alana Umar Nour –Baik nya aruwah. Itulah lelaki, bini koma kawen lain. Bini tak dapat bagi zuriat cepat kawen lain. Nak ape sebenarnya orang lelaki ni? Pendirian tak tetap.

Suhana Md Zan –Sedihnya sangat baik kaklong, betul apa mama awak cakap tu, zuriat nie amanah dari Allah. Abg long awak jenis yang tak sabar Allah balas sekejap jer. Moga mama awak cepat sihat dan aruwah kak long sentiasa dirahmati Allah.

Nurul Shuhada –Mungkin kaklong dah terasa hati sangat dengan abang sebab tak datang jenguk dia kat hospital, nak dijadikan kifarah buat abang sampai tak boleh sentuh jenazah dan tak sempat minta maaf sedangkan sebelum2 ni kak long boleh je bersabar dengan perangai abang. Semoga syurga buat kak long.

Azizah Hasnahanom –Orang yang tidak bersyukur dengan apa yang Allah bagi takkan tenang hidupnya. Dok cari sempurna sangat akhirnya terlepas wanita syurga. 😭 Semoga Allah tempatkan aruwah kak long Lisa bersama para solihin.

Rinn Hanis –Baiknya kak long awak confessor. She is just a nice person and karma hits ur brother hard right, memang terduduk la abang kau….

Kisah macam ni elok kasi mak cik bawang baca., bab bukan kuasa kita ni tak yah la nak persoalkan sangat. I think la ur kak long maybe too stressed tp dia pandai kawal, tak ikut hati dan perasaan.. If me, i will gonna seek a divorce and just go back to my family lol….

Tak kuat la nak hidup makan hati. Memang boleh jatuh sakit. Semoga aruwah kak long awk dikurniakan syurga tertinggi di akhirat

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan share Ya. Terima Kasih

Sumber – Sumber – Ibu lisa (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia