“Jangan Makan Kat Kedai, Kesian Suami Nak Bayar” setepek jer mertua sound biras aku
Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera buat pembaca budiman.
Aku seorang menantu yang bekerjaya. Pendapatan bulanan lebih tinggi daripada suami. Berpangkat dalam sebuah syarikat swasta. Bukan nak bangga atau nak riak sebab semua rezeki itu kurniaan Allah. Kita sebagai hamba kene sentiasa berusaha.
Suami ku seorang yang dikira baik memandangkan pada masa kini bukan senang nak dapat suami macam drama melayu TV tu. Suami anak yang taat. Seorang anak lelaki yang baik terhadap adik beradik.
Ibu mertua telah memahat kata-kata keramat,
“Syurga di telapak kaki ibu” dan “tanggungjawab anak lelaki sangat besar pada ibu bapa dan saudara-saudara perempuan”.
Dua kalimah ini sentiasa diguna oleh anak-anak lelaki mertua kepada menantu.
Pesanan mertua, Menantu tidak boleh menyusahkan suami. Menantu kene rajin bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Jangan sesekali meminta-minta dengan suami. Sudah banyak kali mertua cakap macam tu dekat aku. Sampai aku rasa menyampah.
Ada biras aku buat 2 kerja sebab nak tolong ringankan perbelajaan keluarga. Mengambil upah menjahit pakaian dan juga berniaga online. Tapi, di belakang bermacam-macam perkataan yang kurang enak adik beradik suami kutuk biras. Dikatanya kedekut, berkira dan macam-macam lagi.
Mertua seperti tidak puas hati dengan menantu-menantu perempuan. Ibarat tidak redha anak lelaki kene menyara hidup anak perempuan orang lain yakni isteri kepada si anak.
Tapi mertua tidak sedar. Sikap mengongkong dia tu, menyebabkan anak2 lelaki lebih mengutamakan perbelanjaan mertua dan adik beradik melebihi isteri dan anak. Kami menantu2 perempuan dalam keluarga ni perlu berdikari.
Pernah mertua sound biras aku lagi sorang yang bekerja di sektor kerajaan, suruh bangun masak pagi-pagi. Jangan makan kat kedai. Nanti kesian suami nak bayar. Dia tidak sedar, yang menantu2 dia makan kat kedai bayar duit gaji sendiri. Bukan pakai duit gaji suami yakni anak-anak lelaki dia.
Sungguh pelik, tidak cukup duit poket anak lelaki sendiri. Poket menantu perempuan nak ambil peduli.
Kalau datang rumah anak menantu, semua barang dalam rumah dikata anak lelaki yang beli. Rumah milik isteri yang isteri bayar bulan-bulan dikatakan hak milik anak lelakinya. Walau telah diterangkan berkali-kali.
Kalau menantu beli rantai emas, alamat macam nak terbalik dunia. Katanya, barang kemas beliau telah habis digadai untuk sekolahkan anak-anak. Dah tua, duit tak ada nk beli barang kemas.
Sepatutnya, anak-anak lelaki la pakat2 beli. Udah la duit belanja bulanan mertua dan adik beradik perempuan dalam rumah anak lelaki kene tanggung. Lagi nak minta belikan barang kemas.
Rasa nak ajak biras-biras tampal slip gaji anak depa dekat dinding. Pendidikan tak ada lah tinggi mana. Tapi depa rasa macam anak lelaki depa makan gaji 10k sebulan. Pendek kata, dalam family ni menantu-menantu depa semua tak elok.
Kami menantu-menantu ni diam bukan sebab bodoh. Tapi sebab tak nak gaduh dengan orang tua. Tak nak gaduh laki bini. Sudah-sudah la ganggu rumah tangga anak menantu. Cuba hang pi bukak kitab Al Quran dan Hadis, dari segi nafkah siapa yang patut lelaki utamakan. Tolong cuci otak anak-anak lelaki hang pa tu.
Ye, anak lelaki kene jaga kebajikan mak ayah melebihi isteri. Tapi dari segi nafkah urutannya ialah diri sendiri, Isteri, Anak, Bapa, Ibu, Cucu, Datuk, Saudara dan ahli-ahli keluarga yang lain. Aku rasa nak nasihat kat diaorang ni bawa-bawa la rujuk ustaz.
Kalau anak lelaki tu kene tanggung mak ayah tu aku boleh terima, kalau pakej dengan adik beradik tu aku tak berapa nak terima. Tambah lagi adik beradik perempuan yang dah berumahtangga. Alasan menantu lelaki tak kerja. Menantu lelaki tak kerja, tak nak pulak tegur. Alasan tak elok campurtangan rumahtangga anak perempuan. Pelik2. Caca marba sungguh family ni.
Panjang kalau nak ceghita memang tak abis. Cuma jadikan pengajaran. Sesiapa yang bujang, kalau nak kahwin pergi la tengok family bakal suami tu. Doa pada Allah kurniakan suami yang baik, family mertua yang baik, ipar dan biras yang baik.
Tidak perlu terlalu sempurna. Cukuplah masing-masing tau hormat hak peribadi antara satu sama lain. Jangan diganggu rumahtangga anak menantu. Menantu yang kahwin dengan anak lelaki kamu tu anak perempuan orang lain. Penat orang tu bela, bagi makan, kasi belajar tinggi. Bila dah kahwin kene tanggung keluarga sebab mertua dan ipar dok kacau.
Semua orang impikan rumahtangga yang bahagia. Jangan disebabkan lelaki tu anak anda dan dalam ISLAM “Syurga di telapak kaki ibu” , anda musnahkan dan porak perandakan rumahtangga anak menantu.
Okay. Dah la. Aku harap penulisan ini dibaca oleh mertua-mertua. Kalau tak pun, ipar duai aku baca. Kepada biras-biras perempuan ku. Ingatlah, doa orang teraniaya Allah makbulkan. Kita sama-sama doakan mereka dapat hidayah. Kita sama-sama doakan Tuhan berkati rumahtangga kita dan lindungi dari kejahatan manusia.
Reaksi warganet
Amelia Zainuddin –Print geran harta yang ada nama awak, slip gaji awak, bank statement awak, kalau ada epf statement, ASB statement semua then frame cantik2 susun kat dinding. Baru dia senyap agaknya. Dasar biawak hidup mintak didukung.
Princess Eyna –Banyak berlaku. Kesian, mertua tu biarkan anak lelaki dia menanggung d0sa dengan nasihatkan menantu supaya jangan meminta-minta dengan suami. Tak tau hukum nafkah tu, sabar banyak2 dan doakan kita dapat mengajar anak lelaki kita hukum agama yang sebenarnya. Aamiin
Na Mohamed –Adoi la. Sakit saya 😆. Apa kejadah pulak suami kena tanggung adik beradik perempuan yang dah berlaki. Lain la kalau kematian suami atau suami terlantar sakit. Boleh la jugak dikira sebagai ihsan. Elok bawak ke surau hari2 mak mertua kamu ni biar dia dengar tazkirah maghrib ke. Biar tahu jangan keliru 😅
Faranishah Hakim –Peliknya, menantu perempuan kena kerja, menantu lelaki boleh jadi biawak. Lepas tu harapkan anak lelaki pulak tanggung family anak perempuan.
Yang anak perempuan tu pulak, berlaki semata mata untuk apa je kalau suami tak kerja? 🤔
Betul betul keluarga 69.
Sis, ada group whatsapp family belah husband tak? Kalau ada, cer send video ceramah sikit. Mana tau, jahil agama sangat ke. Mudah mudahan terbuka hati ke.
Annie Mohd –Sekali dua ok sis. Kalau dah macam broken radio memang wajib bagi tempias sikit. Tua tak semestinya betul. Tua tak semestinya perlu dihormati kalau dia sendiri tak reti hormat orang. Nak2 mertua yang takde direct contribution in your success and life. Bukan kena redho dan mengalah selalu..
Kalau dia claim anak lelaki dia beli itu ini, jawab balik “eh salah tu mother! Saya yang beli. Nak tengok geran, receipt??”. Lama2 terbukak mata dia anak lelaki dia rupanya tak seberapa.
Suara jangan lembut2 lembik. Tegas dan kuat sikit. Tunjuk she has crossed the line too much.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber – Menantu bukan pilihan (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia