“Jumpa Duit Beribu Dalam Plastik Di Tepi Jalan, Hati Dah Mula Bercampur Baur” Akhirnya ini yg aku lakukan
Ucapan pertama kali pegang duit dalam plastik..
“Ya Allah.. Duit sapa yang jatuh ni?. Banyak ni, satu plastik penuh duit rm100 dengan rm50”.
Dalam HATI, dah mula bercampur baur. Ini bukan kali pertama jumpa duit beribu. Masa aku dalam tengah buat rumah sendiri dulu pun, pernah ujian macam ni aku dapat. Jumpa depan bank.. ALHAMDULILLAH, dapat selesai, lepas jumpa tuannya..
Kali ni, aku jumpa tepi jalan. Ngam ngam pulak lepas orang abis azan Zohor. Aku pulak, baru lepas isi minyak motor. Sebab nak masuk ladang belah petangnya.
Masa aku ambik, terus aku letak dalam raga motor. Walaupun duit kertas, terasa beratnya. Aku yakin, banyak ribu duit dalam plastik ni. Bukan sedikit duitnya..
Ujan turun makin lebat. Mau atau tak, aku tetap menunggu tepi jalan ni. Menanti jika ada orang singgah bertanyakan hal kehilangan duit..
Sudah setengah jam menanti. Dan aku dah mula sejuk, basah. Lagi pun, aku kena masuk jaga ladang dengan lembu petang ni. Apa pun, aku tetap juga menunggu..
Aku tahu, ini ujian Allah beri. Ujian hati dan perasaan aku. Adakah duit ini aku ambik atau tidak?
Sampailah aku lihat sebuah kereta Avanza warna seakan merah hati, berhenti tak jauh dari tempat aku berhenti.
Nampak ada dua org remaja keluar dari situ. Dan terus menyusuri tepi jalan, sambil mencari sesuatu. Kemudiannya, seorang wanita keluar, juga buat perkara yang sama. Sampailah driver kenderaan keluar, dan dia juga mencari cari sesuatu di tepi jalan.
Aku hanya perhatikan, sampai dia sampai dekat aku. Dia menegur aku dalam hujan yang masih agak lebat.
“Dik, motor rosak ke?. Tengah hujan duduk tepi jalan lagi, masuk la ke masjid atau Shell tu”.
“Tak, bukan motor rosak. Tunggu orang datang. Tapi tak tahulah datang atau tak, sebab tak kenal. Pakcik cari apa?. Dari tadi duk cari cari benda je. Ada barang hilang ke?”.
“Haah, ada barang hilang. Rasanya, dekat sinilah jatuhnya. Sebab masa berhenti betulkan viper kereta tadi, memang dekat sini je. Lepas tu dah gerak pergi hala Manjung tadi. Dalam perjalanan, baru sedar ada barang hilang dari dalam jaket baju ni”
“Apa barang yang hilang tu?”
“Ada la. Takpelah, saya nak cari dulu dekat tepi jalan. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau takde, apa nak kata lagi. Bukan rezeki agaknya”.
Nampak macam dia nak bergerak, aku sapa balik.
“Duit ke yang hilang tu?”
Dia berhenti dan melihat aku.
“Mana kamu tahu?”
“Saya agak je. Bila dah semua satu family keluar kereta. Mestilah benda berharga, duit ke, tipon ke, barang kemas yang hilang”
“Ya.. Duit hilang, dalam plastik. Tak sempat masukkan dalam beg. Sebab Ujan, masukkan je dalam plastik tu. Tadi ada ke Shell, isi minyak, beli makanan, semuanya dalam plastik tu duitnya. Masa Ujan lebat, keluar dari kereta, sebab nak betulkan viper sangkut. Yang ingat, kat sinilah berhenti tadi”
“Banyak ke duitnya pakcik?”
“Banyak la juga. Sebab nak bayar duit repair kereta sebuah lagi kat bengkel. Lepas tu, duit pakai belanja bulan ni lah”
“Oh.. macam ni. Kalau betul duit pakcik hilang, saya nak tahu berapa jumlah duit paling kecik yang ada. Jangan beritahu jumlah duit besar”.
Masa ni, aku dah lihat duit rm1 dan rm10 ada. Dah tahu jumlahnya berapa. Tapi, jumlah duit rm100 dengan rm50, memang aku tak tahu berapa. Sebabnya, nampak tebal dan banyak..
“Kalau seingat saya, lepas isi minyak rm50, beli barang makanan, air, top up tipon, yang saya ingat, sekeping je rm10. Lepas tu, yang duit rm1 ada banyak juga. Dalam 20keping atau lebih la. Jumlah tak pastilah berapa keping rm1 tu. Mungkin 25 atau 26 keping. Semuanya saya masukkan dalam plastik. Lepas tu masuk dalam jaket ni”
“Emm.. maknanya duit yang saya jumpa ni, memang betul la duit pakcik. Saya risau juga kalau orang mengaku duit dia hilang. Tadi saya baru nak tanya dalam group kampung punya wassap. Sebab nampak pakcik keluar dari kereta, saya tak jadi tanya dalam group wassap. Betul duit ni pakcik punya, dalam raga kotor saya ni”
Dia datang ke arah aku. Lihat dalam raga motor, secara mengejut dia peluk aku.
“Alhamdulillah. Betul… ini duit pakcik. Masa hilang tadi, dalam hati dah dapat rasakan memang tak jumpa dah. Sebab takde apa bukti nak kata duit tu pakcik punya”
“Takpe, saya faham. Masa pakcik tak bagitau hal duit hilang, saya boleh faham apa pakcik fikir. Kalau pakcik bagitau duit hilang, pakcik mesti risau juga. Kalau saya pulak akan mencari duit area tepi jalan ni. Sebab tu pakcik tak bagitau saya hal duit hilang kan”
“Ya.. yaa. Maafkan saya. Hati risau, bila bagitau tempat hilang, takut orang lain cari lepas saya tak jumpa duit”
“Saya faham pakcik. Kalau saya pun, usahakan cari dulu duit tu, sebelum bagitau lokasi hilang. Ambillah duit pakcik ni. Rezeki pakcik lagi ni. Boleh jumpa balik duit hilang. Saya pun, tergerak hati nak lalu sini. Biasanya saya lalu jalan atas tu je. Kalau nak isi minyak kat Shell”
Aku pun serahkan beg plastik yang ada duit kepada dia. Entah berapa jumlah yang ada dalam tu, aku pun tak tahu. Sebab takde masa nak kira. Cuma duit rm10 dengan rm1 tu yang aku agak, baki dari dia pecahkan duit rm100 dia.
“Pakcik, saya nak balik dulu ye. Nak siap siap masuk ke kebun sawit. Saya kerja jaga ladang dengan lembu orang peserta. Nanti lambat masuk, bising pulak ada kawan yang tunggu dekat dalam tu”
“Nanti kejap, kamu ambillah duit ni. Buat belanja, kamu dah jumpa duit pakcik”
“Takpelah, saya ada duit pakcik. Upah kerja saya, bos dah masukkan dalam bank. Cukup je makan pakai saya. Saya gerak dulu ya”
Dalam masa aku nak gerak tu, isteri pakcik ni tahan motor aku. Lepas tu, dia suruh juga suami dia bagi duit..
Masa ni, banyak sangat dah ayat memujuk suruh ambik. Aku memang takde hati nak ambik. Sebabnya, aku takut bila aku ambik, saham akhirat aku berkurangan akan datang. Rasa, macam pertolongan berbayar pulak.
Dah didesak banyak kali, aku pun ambik juga. Tapi, tak ambik semuanya yang dia bagi. Aku ambik beberapa keping je. Sebagai tanda tak menolak pemberian orang..
Lepas aku ambik, aku terus balik. Lepas tu, aku singgah kedai kawan aku. Aku beli ayam golek sekor, bagi makan anak bini aku. Balik rumah, aku bagi baki duit orang bagi, ada dalam rm130.
Pada aku, inilah rezeki aku yang sebenarnya. Walaupun aku dah jumpa duit hampir 5k, dan rm150 yang aku ambik itulah rezeki aturan dari Allah yang sebenarnya. Bukan duit satu beg plastik yang aku jumpa..
Dalam masa aku pegang duit tu tadi, mainan hati dengan hasutan syaiitan memang kuat.
Dalam kepala aku duk mikir, duit ni kalau aku ambik selesai masalah aku nak pasang siling rumah dengan mozek lantai rumah aku.
Kalau tak buat rumah, mau aku beli Frogman atau Rangeman Ogapi. Atau planning beli motor baru. Atau pun, beli barang barang yang aku nak kumpulkan. Salah satunya, RC 4×4 yang pernah aku tgok. Harga memang 2,3k juga..
Macam macam hasutan fikirannya aku dapat dalam kepala aku. Mujur lah, hati ni aku dah ajar. Jangan ambik hak bukan milik kita. Biar miskin macam mana pun, jangan sesekali ambik hak bukan kita punya..
Syukur pada Allah, ujian ujian yang selama ni hadir satu persatu aku dapat hadapi dengan tabah. Walaupun bukan yang terbaik. Tapi, aku tetap usaha. Jadi yang sebaik mungkin. Sebagai seorang hamba Allah, yang tak mahu melanggar hukum hukum yang tak boleh aku buat.
Aku up dalam FB, bukan nak bagitau orang aku baik. Sebab aku tahu, aib aku yang lain, kejahatan yang lain masih Allah rahsiakan. Aku bukan dari golongan baik juga.
Cuma dalam fikiran aku bila aku kongsi dekat wall FB aku, andai kata aku mati cepat tak panjang umur dan bila sampai satu ketika tarbiah anak aku, boleh bini aku lakukan melihat status wall FB aku. Dengan apa yang aku buat ni..
Boleh jadi, aku jadi seorang bapa yang akan anak kenali aku sebagai seorang bapa yang baik. Bagaimana sikap dan apa perlu buat bila jumpa hak orang. Salah satu sebab cara begini mungkin mengajar anak aku memahami erti hidup, cari harta yang berkat..
Walaupun kita tahu hidup kita miskin tak berharta. Apa yang aku harap, buat satu contoh kebaikan. Supaya anak dapat ikut mencontohi. Harta aku sebenarnya, anak bini, keluarga, sedara mara, dan kenalan aku. Tentang lainnya, bukanlah harta yang boleh aku buatkan kenangan hidup.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : Karya Azman via Penang Kini via edisimedia