“Kak Ngah Memang Suka Manjakan Anak2 Dia Dengan Wang” Tapi tiada masa untuk anak2
Foto Sekadar Hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku anak bongsu dari 6 orang adik beradik, menghampiri 30an. Keluarga aku panggil aku Sarah. Menurut Mak, Kak Ngah yang namakan aku Sarah.
Aku dan Kak Ngah beza umur 20 tahun. Kak Ngah lah yang paling sayangkan aku. Dulu dia selalu cerita bila dia keluar dating dengan suami dia mesti dia bawak aku.
Jasa Kak Ngah pada aku terlalu banyak kalau nak dikira. Ayah aku meningal dunia masa aku baru menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Selepas ayah meninggal aku dibesarkan oleh Mak.
Rumah aku masa tu aku ingat hanya ada Mak, Andak dan aku. Yang lain semua berhijrah ke luar negeri termasuk Kak Ngah. Panjang intro pasal aku tapi cerita ni pasal Kak Ngah.
Setelah aku habis Matrik aku dapat tawaran ke Universiti dekat dengan rumah Kak Ngah dan orang yang paling gembira mestilah dia dan orang yang paling lega mestilah Mak.
Ada orang tolong tengokkan aku. Tiap tiap minggu Kak Ngah datang bawak aku balik rumah dia.
Anak anak buah aku pun dah biasa dengan aku. Sampaikan anak anak dia panggil aku Kak Long.
Bila kawan kawan diaorang tanya aku siapa diaorang mesti jawab Kak Long. Kak Ngah pun kalau bawak aku pergi tempat kerja dia dan kawan kawan dia tanya dia mesti gelak dan cakap ni anak akak.
Aku pun senyum saja. Kak Ngah bagi aku ialah superwoman yang aku takkan mampu jadi.
Aku tak pernah dengar dia keluarkan kata kata tak elok, “bdoh” pun aku tak pernah dengar. Kalau aku bergaduh dengan anak anak dia pun, dia mesti marah anak anak dia bukan aku.
Dengan suami dia pun aku tak pernah nampak dia marah ke gaduh ke atau kutuk suami dia. Adik beradik buat dia sebagai bank pun dia tak pernah tak bagi.
Tak pernah mengeluh kerja penat, stress pun dia tak pernah cakap. Buat pengetahuan semua aku menumpang dirumah Kak Ngah pada akhir tahun pengajian sehingga aku kerja.
Aku ingin keluar hidup sendiri tapi Mak berat hati nak lepaskan aku dan Kak Ngah juga tidak mengizinkan.
Dipendekkan cerita yang panjang, sekian lama Kak Ngah duduk di kuaters akhirnya dia sekeluarga berpindah keluar setelah Kak Ngah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke negeri lain, sudah sebulan dirumah baru. Aku pula sudah lebih setahun keluar dari rumah Kak Ngah.
Setelah rentas daerah untuk Lembah Klang dibuka aku terus menuju ke rumah baru Kak Ngah. Hampir bingit telinga aku bila Kak Ngah selalu tanya bila aku nak datang kenal rumah barunya.
Dekat dah nak Maghrib aku sampai kerumah barunya, Kak Ngah dah inform awal awal dia kerja petang dan akan sambung locum pula belah malam. Aku okay kan sahaja.
Depan pintu pagar lagi aku dah stress tengok kotak kotak, almari, sofa dari rumah lama diletakkan di porch kereta. Semua diangkutnya.
Aku perasan Kak Ngah suka hoarding barang. Masuk kerumah lagilah berkotak kotak masih tidak di-unpack.
Masuk kedapur meja makan penuh dengan plastik makanan yang tidak dibuang, kuah nasi bungkus kering diatas meja, cawan air merata diatas meja di dalam singki.
Singki ada sisa makanan dan pinggan yang tidak dibasuh, diatas dapur ada kuali yang tidak berbasuh, ikan rebus yang sudah kering airnya, gulai ayam yang tidak tahu bila. Aku frust, dari dulu sampai sekarang benda tak pernah berubah.
Aku geram, aku naik keatas panggil anak anak buah aku. Anak anak Kak Ngah 4 orang, bongsunya perempuan sudah darjah 6, lain semua lelaki.
Aku panggil sorang sorang semua diam. Aku masuk kebilik yang lelaki dengan game yang bongsu dengan tiktok. Aku tak tahu nak cakap macam mana.
Sejak C19 ni anak anak buah aku dah lain sangat. Diaorang ni 24 jam phone ditangan. Laptop tu tak pernah ditutup.
Bila dipanggil tak menyahut, bila mintak tolong kejap lagi kejap lagi. Rumah dah macam tong sampah tak ada orang kisah.
Kalau sebelum ni masa aku duduk dengan Kak Ngah aku la tolong kemas rumah lebih lebih lagi bahagian dapur. Sebab Kak Ngah tak sempat, balik kerja tidur.
Bila aku bising dekat Kak Ngah dia cakap dia tak sempat kemas lagi. Buat pengetahuan semua Kak Ngah kerja full time+locum+part time study.
Bagi aku sejak Kak Ngah sambung belajar rumah dan anak anak terabai giila. Kak Ngah cakap dia sambung belajar untuk anak anak dia sebab kalau dia stay saja dengan gred sekarang hidup dia sesak,
Suaminya dah selesa sebagai despatch so dia tak boleh harapkan suami dia. Selagi dia boleh push diri dia biar dia buat.
Suami Kak Ngah baik saja, jenis pendiam. Tak pernah la dia bising rumah bersepah, kalau Kak Ngah tak masak dia beli nasi bungkus.
Hujung minggu dia basuh pakaian Kak Ngah dan anak anak dia. Kalau dia rajin dia lipatkan sekali. Kalau tak korang pandai pandai la cari pakaian korang bila nak pakai.
Berbalik kepada cerita bila aku panggil diaorang tak menyahut tu aku masuk la dapur balik kutip plastik atas meja, lap meja, basuh pinggan dan kuali.
Aku susun balik kuali kuali, sos-sos dan oven microwave tu semua baru lah dapur dah nampak macam dapur.
Plastik putih segi empat dan bulat pun aku kutip masuk dalam plastik hitam. Nama saja rumah baru tapi semua diangkut.
Aku kena kemas dan buang semua ni sebelum Kak Ngah nampak kalau tak diambilnya balik sebab boleh guna lagi.
Aku speechless, alasan ni jugak buat anak anak buah aku malas kemas rumah diaorang cakap nanti Ibu bising buang barang dia.
So biar Ibu jelah kemas. Aku pun selalu saja kena bebel sebab selalu buang barang Kak Ngah. Aku buat bdoh saja. Kadang tu bukan dia perasan pun aku buang.
Pukul 10 malam Kak Ngah balik mandi dan tukar baju sebelum sambung locum aku masih dekat dapur. Dia gelak cakap majlis pembandaran tengah buat kerja.
Pagi keesokkannya dia tanya anak dia mana sudu plastik tebal Ibu? Anak dia cakap tak tahu. Aku terus diam, aku lupa aku terbuang sekali ke eh semalam.
Eh lantak lah yang penting lori sampah dah datang awal pagi tadi. Aku cakap sudu dah banyak kat dapur tu. Pakai jelah yang tu. Sudu plastik IKEA pun ada tu. Aku tak faham betul.
Lepas makan aku kemas bilik bongsu. Bongsu ni bukan pemalas tapi aku rasa sebab tak ada orang ajar dia buat kerja rumah.
Aku tak pernah nampak dia pegang penyapu kalau tak disuruh. Masuk dapur lagilah. Dah atas atas semua lelaki.
Kalau aku bising dia balas abang abang tak buat kenapa adik kena buat? Dah tu semua tak buat.
Aku masuk bilik air aku nampak pad terlengtang dalam bakul sampah. Nasib baik tak ada kotoran kalau ada?
Aku terdetik takkan Kak Ngah tak ajar langsung kot macam mana nak cuci benda ni. Lepas aku mandi aku panggil bongsu dan ajar dia. Aku cakap benda macam ni kena jaga elok elok.
Lagi lagi bongsu kongsi bilik air dengan abang. Dia angguk dan sambung main phone. Aku perasan dia pakai phone baru IPhone latest daripada aku sebab dia punya tak ada touch button tu.
Dia punya IPhone dah full screen. Aduh, darjah 6 dah pakai IPhone lagi mahal dari aku yang dah kerja ni.
Aku nak tukar latest iPhone pun fikir banyak kali. Bongsu cakap tu hadiah birthday dia tahun ni. Birthday tahun lepas gelang emas.
Aku kadang jelous dengan diaorang nak apa pun cakap saja, nanti dapat. Tak apalah rezeki diaorang, aku pun banyak saja Kak Ngah bagi. Siap bilik bongsu aku kemas bilik sebelah bilik anak ketiga Adib.
Dalam ramai ramai Adib aku nampak paling pengemas tapi pengemas bab bilik dia jelah. Adib dah lama nak bilik sendiri sebab dia cakap nak decor cantik cantik.
Dia paling teruja bila aku ajak pergi IKEA. Aku masuk bilik Adib aku nampak katil tak dipasang.
Kotak baju masih tak berbuka. Aku tanya Kak Ngah sebelum dia pergi kerja dia cakap tak cukup screw nanti la cari screw. Aku tanya tak boleh paku ke?
Dia cakap kalau paku nanti susah nak bukak balik. Aduh dah tu nak biar saja macam tu. Kalau biar tak tahu bila la nak pasang la.
Kak Ngah selalu macam tu, aku belikan cermin IKEA yang ada 4 tu dan lekat dekat dinding bila dia tengok dia cakap sayang la nanti tak boleh bukak balik dah. Oh, Kak Ngah kalini menyewa sebabtu dia asyik fikir nak bukak balik.
Aku tanya suami Kak Ngah paku ada tak dia cakap paku tak ada kena beli la kalau nak paku.
Dah tak ada aku start dengan unpack kotak baju lah. Dah siap petang tu aku pergi DIY cari paku.
Balik tu tak jumpa hammer la pulak. Last aku pakai lesung Kak Ngah. Melekat tapi tak kukuh. Esok la aku sambung bila mintak hammer dengan suami Kak Ngah. Masa aku duk menukang ni bongsu saja ada dengan aku tolong pegang rangka katil.
Adib tidur, Sulung main game, Tengah keluar dengan kawan dia. Suami Kak Ngah? Entah, keluar kot. Aku dengan suami Kak Ngah macam orang asing.
Kalau aku ada kat rumah biasanya dia keluar. Sebelum sebelum ni pun macam tu. Kalau dia dekat rumah aku duduk dalam bilik.
Siap bilik Adib aku dah tak larat nak kemas yang lain. Cukup la semalam dapur harini 2 bilik.
Tak sanggup aku nak kemas bilik Sulung dengan Tengah. Pandai pandai la masing masing dah 20 lebih. Bilik Kak Ngah memang aku tak masuk la.
Kalau aku nak cerita panjang lagi la ceritanya cuma yang buat aku terdetik nak meluah bila petang tadi tengah duk memaku katil Adib tu aku terfikir. Mak bapak kerja cari duit untuk anak anak tapi anak anak terabai. Berbaloi ke?
Apa yang aku nampak dari dulu Kak Ngah mewahkan anak anak dia dengan duit tapi takde masa dengan anak anak.
Bab pelajaran aku nampak Kak Ngah saja yang gigih sampai umur lagi 4 tahun nak 50 pun still sambung belajar.
Anak anak pulak tak ada yang mengikut dia. Adib dengan bongsu lagilah lost giila masa C19 ni.
Kak Ngah cerita cikgu sampai call dia sebab anak anak tak buat kerja sekolah tak join kelas online.
Kak Ngah pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Dia memang tak sempat la nak tengok anak anak dia. Suami Kak Ngah? Entah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: ekisah.com