“Kalau Korang Ada Niat Nak Permainkan Laki Orang Sampai Cerai Berai” korang tak pernah terlintas rasa berdosa dgn anak2 diorang ke?

 

Salam admin Saya pernah post pd admin mengenai suami saya lari dr rumah tinggalkan saya dan anak2 semata2 ikut betina lain. Lebih dari setahun dia pergi tanpa khabar berita, dgn nafkah anak2 pun dia tak bagi. Sekarang, dia dah mula gila talak. Dia datang balik & merayu nak kembali pada kami semula.

Dia mula bagi nafkah anak2 semula untuk ambil hati kami.Dia dah tinggalkan betina tu sebab dah nampak banyak keburukan pada betina tu.Masa tu la dia nampak x-wife dia yg paling perfect untuk dia.Yang sanggup bersusah bersama2.Apa yg saya nak pesan kat sini, buat betina2 diluar sana yg ada niat nak ganggu rumahtangga orang lain,yg korang rasa seronok tu sementara je.

Mmg layak betina camni dipanggil perampas, sebab korang nampak kluarga laki tu bahagia, korang nak tumpang sekaki. Korang fikir dengan kewujudan korang tu, org laki tu akan bertambah bahagia. Korang sendiri akan rasa bahagia ke?

Sementara je tuhan nak uji tu.Tuhan nak tengok apa tindakan yang korang akan buat bila diuji dengan kemunculan suami orang ni.

Samada korang tepis atau korang layan.Tu sebab tuhan bagi korang rasa bahagia lepas merampas.

Jangan mengejar bahagia dengan memijak bahagia orang lain.

Orang laki ni cuma nak keseronokan sementara je.Last2 korang yg menjadi punca pecah belah keluarga pasangan2 husband & wife tu.Bila dia rasa layanan yg korang bagi tu tak setanding x-wife dia,dia tinggalkan korang.

Last2 dia cari balik x-wife dia,sebab dia ada anak2 dia dengan x-wife dia. Dia dah kawen lama, bertahun2 dgn x-wife dia. So, hanya x-wife dia je yg faham luar dan dalam dia. Masa tu dia akan usaha nak dapatkan x-wife dia balik.

Pastu korang pulak dah start meroyan sana sini. Kata laki dah tak nak layan, tinggalkan lepas guna.Jadi cuba la korang fikir, tujuan korang merampas laki orang semata2 nak rasa dipermainkan ke?

Sanggup berpura2 baik di awal perkenalan dengan niat menggoda.

Bawakan makanan, telefon tanya khabar,nak tunjuk yang korang ambil berat pasal dia.Korang mempengaruhi dia sampai abaikan nafkah dan sampai suruh ceraikan wife dia. Kalau korang buat macam tu, jangan risau, hidup manusia ni umpama roda. What you give, you will get back.

Kalau korang pulak ada niat nak permainkan laki orang sampai cerai berai, korang tak pernah terlintas rasa berdosa dgn anak2 diorang ke?Kalau itu yg terjadi pada anak2 korang plak, macam mana? Dah terlampau banyak kes macam ni Alasan yang di bagi, tak boleh nak tinggalkan suami orang sebab dah timbul perasaan sayang.Sayang tu wujud dlm diri si perampas tu je, sebab orang laki tak akan sepenuhnya sayang pada yang baru tu,apa yg dia lafaz hanya ayat2 manis je.Untuk suka2 je hilangkan bosan dia.Bila dia dah rimas, hai hai..bye bye la.

Akhir sekali saya nak kata, saya takkan maafkan orang yang menganiaya saya dan anak2 saya ni.

Orang ni dah berjaya musnahkan keluarga kami.Walaupun lelaki adalah puncanya juga, bak kata pepatah, tepuk sebelah tangan, tak kan menjadi. Jadi, saya biarkan tuhan balas apa yg dia dah buat pada keluarga kami ni sampai jadi macam ni. Memaafkan hanya mudah pada kata2, tapi tidak di hati.

Antara saya dan bekas suami, kalau masih ada jodoh lagi, saya terima kerana dia adalah bapa kepada anak2 saya.Tapi, kau kena lalui zon ujian semula.Samada kau berjaya atau tak, bergantung pada niat dan usaha kau.Kali kedua takkan semudah yang pertama.

Kalau tak ada jodoh antara kami, semoga anak2 saya dapat membesar menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Doakan la yang terbaik untuk kami

Terima kasih..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber – kisahrumahtangga