“Kalaulah Kuasa Lafaz Ada Pada Tangan Isteri” Agaknya seribu kali dah Aunty ceraikan haji
Foto sekadar hiasan
Assalamu’alaikum. InshaaAllah Aunty nak share sesuatu yang selama ni disorok dalam kalbu. Harap harap di penghujung nanti boleh jadi inspirasi atau sejukkan sikit hati especially bagi wanita yang hadapi isu nafkah.
Aunty teramat paham perasaan confessors yang meluah pasal rumahtangga. Aunty dulu pun sakit jiwa dengan Haji (panggilan orang kepada suami).
Bila baca confession, Aunty teringat macam tulah Aunty geram masa muda. Kalau isteri boleh melafaz, agaknya seribu kali dah Aunty cerraikan Haji. Patutlah Allah tetapkan kuasa talak di tangan laki.
Ok, some history. Aunty dan Haji setara dari segi pendidikan, pekerjaan dan minat seperti main chess dan tonton english movies. Zaman tu tengok Pretty Woman, Braveheart..
Ni lah hobi kami, lepas satu cerita ke satu cerita tapi kami tak minat cerita Melayu (teringat kecoh keluar cerita Sembilu tapi Aunty tak pergi tengok wayang tu).
Bila bercinta semua indah tapi bila serumah baru discover hasil upbringing really influence the way of thinking (background family sahaja yang bezakan kami) hingga menimbulkan personality clash yang berat jugaklah antara kami.
Jika pasangan both intelligent tapi cara berfikir, bertindak dan keutamaan tak sama, memang asyik nak berperang jawabnya.
Contohnya kita nak beli rumah cepat sebab rasa rugi bayar sewa bulanan tapi dia pulak sibuk nak beli tanah yang entah dekat mana mana ceruk, just because the broker was his family member.
In both cases kena ambik loan. Tapi sebab kita belum ada rumah sendiri, pada Aunty, prioritize lah beli rumah. Sewa di bandar bukannya murah.
Banyak kami differ in opinion and conviction. Haji ni cepat naik angin (memang pelik tak nampak baran dia sebelum kawin padahal kami bercinta dari U sampai awal kerjaya).
Tapi dia cepat sejuk dan akan buat biasa macam takde apa apa berlaku. Aunty pun boleh tahan drama, pernah 3-4 kali lari dari rumah. Kalau rasa hati, Aunty bagi dia silent treatment berhari hari.
Lepas belas tahun, pandai pandai bawak diri, dia dah tahu apa yang Aunty sensitif, Aunty pun tahu apa yang dia pantang. So masing masing elak kelahi, jangan buat apa yang pasangan tak berkenan. So kami teruskan perkahwinan dan adatlah ada pasang surutnya.
Sorry panjang introduction Aunty, belum sampai agenda utama. Anak pun dah tanya Mummy type apa.. (sebab dah lama tak guna laptop)..
Anak baca IIUMC tapi kebarangkalian Haji untuk terbaca 1% sahaja (in case anak print bagi dia), dia tak berapa up to date bab media social ni. Tapi kalau dia baca pun, apa salahnya, bagus jugak.
Aunty dan Haji kerja di oranganisasi yang established, tapi dia left masa umur around 40. Masa tu ekonomi tengah bagus, berlumba lumba orang buat business.
Aunty kerja makan gaji lebih lama tapi dah left the oranganization juga. Sebelum 1st PKP lagi. Aunty dalam middle management and due anytime untuk naik senior management dengan kenaikan gaji yang banyak, tapi Aunty quit!
Aunty bukan malas kerja atau tak boleh perah otak lagi, tapi Aunty serabut politik pejabat, kehendak Stakeholder dan orang bawah makin susah nak matching.
Sekarang ni pun kalau benchmark umur Nabi kita yang wafat pada usia 63, Aunty ada lebih kurang 10tahun saja lagi. So buat apa Aunty nak stress berkejar ke office, then pening dengan demand dan ragam manusia dari level paling bawah sampai atas sekali.
Dan inilah rahsianya…. ada satu pesen Haji yang menyumbang kepada keputusan itu. Ia berkaitan pengurusan Kewangan dia.
Haji bukan tak bagi langsung duit untuk expenses rumahtangga tapi pada masa yang sama dia ada habit mintak balik duit tu atau pinjam duit Aunty dengan pelbagai alasan.
Mula mula sebab ada keperluan keluarga dia, contoh kena bayar yuran belajar adik adik, so bulan tu dia short duit, kita pun cover semua. Bila start business, lagi parah dibuatnya.
Untuk lebih clear, Aunty kasi contoh. Dia bagi RM1500 hari Isnin. Nanti Rabu dia cakap, “eh tak clear lagi lah cek.. pinjam duit awak 2000”. Kadang kadang baru bagi dah mintak balik.
Contoh lagi, dia letak duit atas meja, lepas tu bagitau, “tu ada tiga ratus” sambil tunjuk. Then belum sempat ambik, lepas sejam – “nak pakai lah cash tu, bagi lah balik dulu, tak sempat pergi bank, nanti saya ganti”. Haji masa tu pakai buku cek, takde kad ATM.
Aunty pernah catit, tapi ada sekali tu, keluarga dia nampak Aunty dengan buku nota ala ala ‘tiga lima’ (‘555’ – orang dulu tahulah ini buku hutang), dia cakap apalah sebok semua belanja nak tulis. Lepas tu Aunty upset dan entah kenapa Aunty berhenti rekod pergerakan duit kami laki bini.
Ada jugak dia pakai taktik nak beli harta. Kononnya nanti nak letak nama Aunty, rugi tak ambik peluang, harga hartanah takkan turun katanya. Macam macam lah ayatnya, sampai sekarang tak tertunai. Dia kata tak jadilah, ada isu geran tak selesai lah..
Sebab sebab lain takde duit dan Aunty perlu advance kan for his business to sustain – customer tak bayar lagi atau duit tak release lagi.
So Aunty sentiasa berada dalam keadaan serba salah when it comes to money. Dengan orang luar senang lah marah, tapi ni the other half – yang kita duduk serumah, tidur sebantal.
Aunty memendam rasa dan terganggu fikiran tentang hal ni untuk berpuluh tahun lamanya. Kalau dia terus terang kata takde duit kan senang.. ni macam tarik tali.
Gaya macam tunai tanggungjawab tapi bila totalkan amount, boleh jadi negatif sebab yang ambik lagi banyak daripada yang bagi. Ok next, sampai dah perkara yang penting.
Alhamdulillah rezeki Aunty melimpah ruah. Gaji dan bonus banyak. Aunty beli property, nilainya jadi berganda. Aunty masuk saham, untung. Aunty beli emas, pun up jugak.
Investment Aunty walau tak banyak, semuanya menjadi dan selamat. Kekangan kewangan Aunty sebab tahu tak boleh rely on suami buat Aunty tak berani masuk duit dalam pelaburan spekulasi atau sistem piramid yang orang asyik introduce. Ramai kawan kawan Aunty terkena.
Bila reflect, Aunty tak jadi susah pun walau Haji mengelat dalam nafkah. Masa nak resign, Aunty jual gold bar sekeping (100g) dan rumah dengan pengetahuan suami.
Apa yang dia tak tahu, hasil jualan tu campur jumlah simpanan serta KWSP Aunty totalnya hampir cecah sejuta! Aunty sendiri pun terkejut.
Aunty sememangnya dah fikir masak masak before tender resignation. Aunty buat istikharah. Of course Aunty ada banyak sebab nak berhenti but antara sebab yang Aunty tak cakap dengan sesiapa masa tu ialah deep down inside Aunty resent suami berpura pura menafkahkan kami.
Bila Aunty takde pendapatan tetap bulanan, Aunty ada alasan kukuh untuk tak continue provide for the family or terpaksa back up business dia.
By the way, kami punya lifestyle sederhana, bukan macam geng round Europe, pakai BMW and wear branded items. Kereta bukan jenis import. Rumah pun biasa sahaja.
Pernah aunty terlintas kalau laki aku bagi duit untuk belanja, mungkin aku dulu boleh beli continental car dan rumah mewah di kawasan elite seperti officemates.
Aunty pun bukan jenis orang buat facial dan spend on kecantikan. Lainlah celebrity, make up pun dah seribu. Aunty cuma pakai gincu, itu pun yang belas ringgit beli dekat Watson masa offer.
So aunty confident, aunty takde lah rasa tertekan kalau tiada income bulanan sebab maintenance aunty sedang sedang.
Aunty belanja untuk benda benda yang praktikal sahaja. Nothing fancy di rumah ni, baik crystal mahupun furniture berkerawang. Semuanya setakat ada yang asas. Bila betul betul tak kerja, banyak penjimatan – tak perlu keluar duit minyak dan tol.
Tak payah tempah baju selalu. Credit card clear dan loan semua pun setel. Now, sorang anak aje yang belum lepas. Yang sulung tu dah pandai belanja Mummy dia, kadang kadang belikan jugak barang rumah.
Aunty actually risau jugak kalau kalau Haji masih perangai sama bila Aunty tak kerja. Lupa pulak, Aunty dah berhujah dengan dia kenapa nak berhenti dan bila Aunty cakap ‘awak dulu berhenti tak bincang pun’, terus dia terdiam.
Alhamdulillah bila Aunty betul betul dah tak kerja, memang dia terus take over completely.
Bila teringat Aunty juggle between career dan besarkan anak anak sambil menahan perasaan kerana ada isu yang hanging antara laki bini, memang Aunty tak sangka boleh sampai tahap ini. Boleh pulak tu dia berubah, dia tu punya perangai.. kus semangat, bukan calang calang orang boleh tahan..
Cuma Aunty kena mengaku hari tu berdebar kejap bila Kerajaan umum tentang i-sinar. Takut lah dia kecek duit KWSP Aunty tapi setakat ni dia tak sebut pun. Mungkin pe’el Haji yang bertahun tahun corner sana sini ada meninggalkan sikit ph0bia pada Aunty.
Aunty bersyukur ada suami di sisi sebab anak anak pun semua dah takde di rumah (sekarang ni ada yang balik sebab belajar on line), jadi Aunty tak lah sunyi coz bukan tinggal sorang. Pagi pagi rutin kami sarapan sama.
Then dia uruskan kerja, Aunty pula buatlah apa yang patut dalam rumah dan masa belum PKP, Aunty sempat join kelas mengaji dan Kuliah agama.
Dinner kami makan simple simple, Aunty hidang apa pun dia telan, tak cerewet. Solat jemaah (sejak PKP dulu), tadarus Qur’an, menonton… begitulah kami menghabiskan hari tua.
Umur macam ni pun macam macam penyakit datang. Bila ada suami ada lah orang tolong bawak ke hospital bila ada appointment. Kalau demam, ada peneman, dia pun bolehlah pergi beli bubur untuk kita.
Bila seronok suami memberi (perhatian dan duit), emosi kita pun lebih stabil, Aunty takdelah nak mogok, atau sikit sikit snap.
Aunty rasa perubahan watak (asalnya Aunty manja) berpunca dari tak puas hati tak tak respect suami yang tak beri nafkah dengan betul. Ia terzahir melalui communication breakdown dan sentap selalu.
Now of course kami dah masak dengan perangai masing masing, cuma sekali sekala bertikam lidah jugak sebab lain pendapat terutama bab politik.
Alhamdulillah business dia pun ok. Aunty rasa sebab tu dia makin pemurah dan baik. Dia realize agaknya rezeki dia bertambah bila dia spend on us (if only dia sedar dari dulu bila bersedekah kepada keluarga itu berkat). Even sejak PKP macam macam sejak setahun ni, business dia tetap steady.
Tapi you all jangan lah bayangkan dia kaya raya macam Ismet Ulam Raja tu (P Ramlee movies are our favourite), Haji setakat usahawan kategori M40.
Aunty sekarang rasa selesa, tiada beban, suami dah banyak mellow down dan tak pemarah macam dulu. Jadi Aunty nak bagitau kat semua, sabarlah.. sabar selagi boleh.. percayalah semua yang sedang berlaku ada hikmah dan Allah sentiasa cukupkan rezeki kita..
Aunty tak pandai nak cakap macam Ustazah, hukum tajwid pun Aunty baru belajar. Aunty pun tak lah sabar sangat dulu.. Ada kalanya malu teringat perangai sendiri.. Jadi apa yang Aunty boleh nasihat, Islam ajar berbagai cara untuk sabar, boleh google bahan/video dan amalkan.
Untuk orang laki, janganlah contohi Haji. Dia takpe, dapat bini mithali (sekali sekala angkat bakul sendiri), korang belum tentu nasib lagi. Buatnya bini angkat kaki, berputih mata dan lagi teruk kalau kena penyakit giila talak. Bahaya tu…
Walau Haji dah ok sangat, rasa terkilan dengan sikapnya itu tak pernah hilang. Forgive but don’t know how to foranget. Punyalah makan dalam pasal duit tu, dah tua ni baru Aunty realize itulah punca Aunty menyampah saja dengan dia dan his family.
Para suami kena ingat, janganlah jadi punca isteri kamu tu derhaka atau berbulu dengan keluarga. Bila kenang tindakan dan perkataan, Aunty rasa sedih tak pasal pasal aunty banyak dosa. Ini memang ujian Aunty.
Aunty jugak kesal my boys membesar melihat contoh yang kurang baik. Aunty pun ada anak dara.. seriau fikirkan .. May Allah ease their affairs in marriage and everything.
Nak sentuh bab berhenti kerja pulak. Anak dara Aunty memang Aunty pesan kerjalah. Ramai Aunty tengok orang muda berhenti sebab isu childcare.
Nak dapat maid pun modal tinggi. Nak hantar nursery pun bukan murah, tapi kalau boleh, kerjalah, at least sampai ada simpanan, ada EPF dan better if sempat buat harta. Rumah kecik sebijik pun dah ok. Apa apa hal jadi, ada tempat berteduh.
Kepada yang nak bercerrai, pertimbang mana lebih mudarat, dia tiada atau ada. At this age, Aunty dah tengok yang divorce then remarry, either husband lama atau baru, ada yang terus remain single mom, ada jugak yang takde jodoh lagi, semua ada masalah masing masing.
Yang divorce tu, Alhamdulillah bagi perkahwinan kedua yang aman damai. Ada jugak yang kawin pertama 15 tahun, kali kedua tak sampai 15bulan. Ingat senang ke nak dapat pasangan perfect macam drama Korea. So, be realistic! (Aunty agak saja .. I don’t watch but anak addict cerita Korea).
Aunty pun tak tahu apa solution terbaik untuk macam macam jenis masalah rumahtangga yang publish di sini (harap Admin publish kisah benar Aunty juga).
Perkongsian Aunty ni bukan sebab nak suruh ikut. It may work for me but not everybody. So ambik ajelah moral of the story jika ada mana mana part yang sesuai untuk you all jadi kan panduan mengharungi dilema rumahtangga.
Untuk Aunty, banyak hal lain Aunty dah tutup mata tapi bab duit tu, hati Aunty asyik terusik. Campur dengan Iblis membisik bisik… Bukan mudah nak tepis. Jadi bila berhenti dan suami assume responsibility, terus kes selesai!
Aunty tahu ada risiko tapi Aunty pasang niat masa tu, kalau dia tak bagi langsung, memang Aunty nak tuntut fasakh (masa muda jahil tentang ni, dulu maklumat bukan di hujung hari). It turn out jodoh kami panjang dan perkahwinan dah lepas silver anniversary pun.
Kini semuanya things of the past. Itulah kisah Aunty. Take care semua!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : Aunty TT (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia