“Kali Ke 4 Waktu Melawat, Aku Terus Hilang Bersam Anak” Habis semua fitnah dan aib aku disebarkan

PART 2

Foto sekadar hiasan

Bila negara gagal tegakkan keadilan untuk kau? Apa kau akan buat? Aku terpaksa ambil keadilan tu dan letakkan di tangan aku sendiri beb.

Aku sayang negara aku. Aku meniaga, kementerian ajar aku meniaga untuk bagi ekonomi negara makmur. Aku bayar cukai setiap tahun tanpa cuba lari sedikit pun. Tapi apa balasan yang aku dapat dari negara?

Kecewa bukan kepalang, sebab ni tanah tumpah drah kau beb. Tanah tempat kau dibesarkan, dan kau berbakti semula untuk masyarakat, tapi alih alih ini balasan negara pada aku.

Kali keempat waktu melawat anak, aku hilang bersama anak aku. Habis semua aib dan tuduhan palsu dan fitnah atas aku disebarkan di Internet.

Aku jadi viral. Kereta aku viral. Gambar anak aku disebarkan merata rata. Hanya gambar aku tak ada, sebab konon takut tindakan mahkamah. Mahkamah dunia korang takut sangat, mahkamah Allah korang tak takut?

Mereka fitnah aku tak pernah hadir mahkamah, sebab tu aku dapat hak melawat 4 jam je.

Buat apa kau nak berbohong kalau kau berada di tempat yang betul? Keputusan mahkamah pun menyebelahi kau? Unless kau sedang sembunyikan sesuatu which is biarlah aku sebut, kau taknak kau kantoi kau pakai kabel.

Mereka tuduh aku kaki pkul, konon konon aku akan pkul anak aku. Aku maafkan korang sebab korang tak cerdik. Aku ni walaupun disahkan sakit mental, aku dapatkan rawatan dan makan ubat. Maka aku jadi lagi sensitif dari korang orang normal.

Apakah aku akan memukul anak aku sedangkan aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda?

Apa yang aku dengar?

Aku mendengar Rasulullah bersabda, “Perintahkanlah kepada anak anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka untuk sekiranya mereka solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur kamu.(HR Abu Daud)

10 tahun beb, baru boleh pkul. Itu pun pukul haram kalau emosi kau tengah marah benda lain. Boleh pukul kalau tak solat. Perkara prinsipal dalam agama sahaja boleh. Sesetengah pendapat fekah sebut, kena pukul dengan tangan anak sendiri je.

Anak aku baru 5 tahun.

Sampai harini aku tak marah pun anak aku bila mendidik. Korang yang dah ada anak boleh buat macam aku buat ke? Marah pun aku tak buat, apatah lagi pukul. Yang dok memfitnah aku tu, tampar kepala anak kecil sendiri pun aku pernah tengok. Jagalah aib sendiri sebelum sedap menuduh orang lain.

Macam macam lagi diorang tuduh aku. Kaki pkul, kaki perempuan, kacau isteri orang. Aku sabar dan aku bolayan. Tapi semua benda tu kalau kau cuba cari kat internet dah takde sebab peguam aku dah hantar surat saman.

Hari terakhir Disember 2020 aku cuba keluar dari Malaysia. Setelah aku check in di kaunter airlines dan turun ke imigresen KLIA, pegawai imigresen halang anak aku untuk terbang.

Katanya passport anak aku dibatalkan sebab ada report polis. Kejadahnya report polis boleh batalkan passport orang? Awal Disember 2020 aku ambil anak aku, takkan dah keluar keputusan mahkamah untuk batalkan passport anak aku?

Proses mahkamah ni makan masa lama kot untuk ada keputusan, kes aku di mahkamah sivil pun tak selesai lagi masa tu.

Kau orang boleh check dengan peguam dan orang yang faham undang undang, Ketua Pengarah Imigresen pun tak ada hak untuk batalkan passport orang.

Anak aku penjnayah buat salah apa sampai kena batal passport?

Kalau tak guna kabel, apa benda lagi yang aku boleh cakap? Kau boleh tolong fikir untuk aku?

Atas nasihat peguam imigresen, aku mohon mytravelpass dan aku dapat mytravelpass untuk aku dan anak aku. Kalau passport anak aku betul batal di Putrajaya, macam mana anak aku boleh dapat mytravelpass?

Kali ni aku keluar Malaysia kali kedua, status dalam sistem imigresen KLIA masih cakap passport anak aku batal. Tapi pegawai yang jaga tu pun hairan mytravelpass ada tapi passport batal. Aku pertahankan hak anak aku untuk terbang atau aku akan saman kerajaan Malaysia. Akhirnya aku boleh keluar.

Sekarang anak aku berada dalam jagaan aku dan anak aku sangat happy. Aku simpan gambar 2 hari aku baru ambil, betapa kurusnya anak aku. Dan aku bandingkan dengan gambar gambar selepas aku bela dia.

Korang nak tengok gambar video semua aku simpan. Demi Allah, dia kurus sewaktu keluarga isteri jaga anak aku tetapi gemuk serta sihat dalam jagaan aku.

Jadi, hakim mahkamah syariah, pihak keluarga isteri, dan justice warrior sekalian, keadilan untuk siapa yang anda nak pertahankan? Keadilan untuk ibu dia yang jaga anak aku sampai kurus kering?

Keadilan sebenar adalah bila kebajikan anak ini terbela. Itu keadilan sebenarnya bagi aku. Malah aku percaya hakim hakim yang adil di mahkamah syariah sana, pun berpegang pada prinsip yang sama iaitu kebajikan anak terbela.

Kalau terus nak suap ego korang orang tua, bukan takat aku telanjang bila hak aku diambil korang. Hak anak aku pun turut teraniaya.

Aku cuba add kawan kawan sama belajar kat madinah dulu untuk mengadu sebab aku sedih sangat kena fitnah, tapi diorang tak approve. Ye la siapa nak berkawan dengan kaki pukul, kaki perempuan dan paling penting, kacau isteri orang kan?

Aku faham Allah nak aku harap kepada Dia je tanpa mengadu kepada sesiapa pun. Tapi aku pun manusia biasa, ada hari aku down, sedih orang fitnah aku macam macam, aku nak bercerita juga.

Cuma aku sangat bersyukur kepada Allah, Allah banyak pujuk aku melalui mimpi mimpi gembira.

Mimpi baca surah alFatihah, surah alBaqarah, surah adDhuha, alInshirah, mimpi jadi imam solat, mimpi keluar masuk masjid, mimpi berpuasa dsb. Mimpi peringatan orang nak buat sesuatu yang buruk kepada aku pun aku dapat.

Aku start dapat mimpi lepas aku keluar lokap. Semuanya aku tadbir pakai kitab alTa’tir alAnam fi Tafsir alAhlam karya Shaykh Abdul Ghaniy alNabulsi.

Kalau korang rasa cerita ni rekaan lantak korang la. N****** dah buktikan kalau ada duit, kau memang boleh bypass undang undang. Tapi bagi aku ada duit tak cukup, kau kena ada connection dan networking untuk belanja duit kau untuk bypass undang undang.

Aku dan anak aku? Aku masih takut kepada isteri aku sekarang. Aku cuba runding lagi walaupun aku takut sebab aku kasihkan anak aku. Hati aku ni baik boleh maafkan semua fitnah dan tuduhan palsu yang dia dah canangkan, asalkan jujur dengan aku.

Tapi nampaknya dia masih merancang makar nak pedajal aku di luar negara pula. Macam mana nak selesai? Macam mana aku nak balik Malaysia?

Korang doakanlah aku dan anak aku selamat di luar negara dari makar dan tipudaya manusia manusia syaiitan. Anak aku baru mula nak menghafal alQuran, tolong doakan dia ya?

Sesiapa yang fitnah aku dan baru tahu kebenaran ini, kemudian dia bertaubat, aku maafkan dia.

Sesiapa yang masih lagi menuduh aku secara zalim walaupun dah tahu kebenaran, aku tidak tahu bagaimana nak bersikap. Kerana anda bukan sekadar mengambil hak aku, tetapi juga hak anak aku. Aku serahkan kepada Allah.

Demikianlah cerita aku. Demikianlah cerita anak aku. Demikianlah cerita negara ini. Sekali lagi, aku bersumpah dengan nama Allah yang mulia, semua yang aku tuliskan ini benar.

Tidak ada yang benar melainkan benar belaka.

Tamat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Abu (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia