“Kami Bercinta Seperti Org Lain, Bergayut Balik Kerja Dan Keluar Dating Bila Cuti” Lepas beberapa bulan aku mula rasa bosan
Salam min,aku cuma nak luahkan kekesalan yg pernah aku lakukan hingga berlaku penceraian ,n aku tahu aku akan dikecam tp aku nak cerita jugak,sebab sampai sekarang aku rasa menyesal n rasa bersalah yg amat,(maaf andai berterabur sbb aku xpandai bercerita)
Masa umur aku 19,mak aku benarkan aku bekerja sbb aku xnak smbg belajar,jdi pergi lar aku ke kota metropolitan utk meringankan beban mak aku,sekejap j aku tumpang rumah makcik aku dan aku dapat kerja lps bbrp kali interview..
Terus ke cerita,,Tau tak punya ramai lelaki bujang yg usha n minat aku tp aku boleh terjebak pada suami org beranak satu,,dia memang pandai mengayat,hari2 msj tny khbar walaupon hari2 jmp kat tempat kerja,masa tu aku rasa aku bodoh lg,yela baru keluar dr kepompong,jauh dr keluarga,aku bebas,aku melayan j sbb aku anggp senior aku awl2 tu,lgsg aku xde niat or prasaan kat laki tu sbb aku memang ramai org minat,tggu aku pilih j,tambah2 masa tu niat aku betol2 nk kerja n tolong mak aku kat kmpung,aku pon muda sangat time tu,lgsg tak terfikir nk serius ngan sape2
Tapi msj sekadar melayan tu akhirnya terkantoi dengan bini dia, wife dia serang aku dan sebab darah muda time tu,aku rasa tercabar n marah,dri skadar layan xlayan ,aku buat seolah2 aku suka kat laki tu slps itu
Memang betol suami org pandai mengayat,dia buat seolah2 dia lar lelaki calon suami yg terbaik,dia burukkn rmahtangga n wife dia yg bertahun hidup dgn dia n lahirkn zuriat sedangkan aku baru dia kenal beberapa bulan j,mula2 dia meraih simpati seolah2 dia teranaiya dlm khdupan rumahtangganya,,lelaki tu tiada apa2,harya motor n dok menyewa,memang lgsg tiada harta n simpanan
Dari buat2 suka akhirnya aku jatuh suka pada lelaki tu,dgn ayat n sikap dia,aku jdi anggau,,dan isteri akhirnya dapat hidu hubungan kami,kaw2 dia serang kami,suami dia diberi pilihan samada pilih aku or dia n korang tahu bodohnya suami dia sebab memilih aku yg dia knl tak sampai setahun n masa tu aku budak sangat lagi,,sebab darah muda,aku rasa puas hati n menang dan isteri mintak dilepaskn,dgn mudah dia ceraikn dan anak serahkan pda wife sbb katanya takut aku xboleh terima budak bila kami kahwin nnt
Selepas dari tu kami hdup seperti couple lain,bergayut lps balik kerja,keluar dating bila cuti tp lps bbrp bulan dri tu aku rasa bosan,,bosan sbb terikat ngan dia sedangkn aku masih muda n tak puas enjoy dan ramai lelaki bujang kat luar sana yg luahkn perasaan pada aku dan mereka ada kerja stabil n kukuh ekonominya,
Makin lama makin aku bosan dan makin rimas,akhirnya aku ambik keputusan utk berhenti kerja n pulang berehat sementara di kampung,dia aku tinggalkn mcm tu j tanpa apa2 khabar, sblm berhenti kerja pada dia aku bagitahu aku nak menolong mak meniaga,sbb mak aku tiada siapa yg bantu n dia percaya
Sekarang 8tahun berlalu,aku sentiasa memohon moga Allah ampunkn dosa aku meruntuhkn masjid org dan semoga exwife n dia maafkan aku,wpon selepas itu dia merayu n menanggis tak sanggup khlangan aku tp aku xboleh terima sebab sebenarnya aku xde perasaan pon pada dia,aku rasa aku nk suka2 j masa tu,bila aku bosan aku blah,sepatutnya dia yg jauh dewasa dr aku matang berfikir bukan buat keputusan terburu2,
Selepas aku tinggalkn lelaki tu,dia merayu pada exwife utk rujuk blk tp exwife dia cuma ketawa n seronok bila tahu aku tinggalkn exlaki dia (dia yg bgth masa proses merayu pada aku dulu)
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: kisahrumahtangga