“Kami Dalam Proses Perceraian, Tapi Kami Tetap Duduk Sebilik Dan Serumah” Sekali aku di sahkan hamil, suami tak mengaku tu anak dia
Salam min tolong hide fb aku. aku hanya ingin meluahkan. maaf kalau ayat aku tak trsusun. Pada hujung bulan 12 masuk bulan satu anak sulung aku memulakan persekolahannya untuk kali pertama di prasekolah dan Bermulalah pergaduhan kami suami isteri pergaduhan kami berpunca sebab yuran sekolah anak je pergaduhan itu berpanjangan sampailah melibatkan polis dan ahli keluarga aku meminta cerai di mahkamah.
Kisahnya sepanjang proses perceraian aku dan suami tetap tidur sebilik dan kami tetap duduk serumah kami macam biasa macam suami isteri yang lain macam tiada pergaduhan tiada masalah.
Sampai satu masa Hujung bulan 2 aku ambil keputusan untuk ambil pil perancang aku cvcuk merancang Lepas tu suami tahu dia marah dia tanya kenapa aku ambil perancang tu aku ambil perancang tu sebab aku tahu aku dan dia dalam proses perceraian dan aku tetap ingin terus kan perceraian tu dengan perasaan yang marah dan keegoaan ya g terlalu tinggi.
bila mulanya masuk bulan 3 aku mulakan kerja di pusat kuarantin Di Golden house di Seri Kembangan Bermulalah PKP dia nak jumpa anak tapi disebabkan PKP aku tidak benarkan dia jumpa anak sebab bahaya untuk anak-anak aku kerja seperti biasa dekat Golden house tu.
Hari-hari dia call aku tapi dia call aku Waktu 2 3 4 pagi call aku Dia tanya anak sedangkan anak-anak tak ada kat aku Aku kerja aku tak balik Aku duduk di Kat tempat kerja selama beberapa Bulan aku tak balik disebabkan jaga pusat kuarntin tu aku tak nak balik aku takut bahaya untuk anak-anak. hari-hari kami bertekak dalam telefon dan pada satu hari 12 hari bulan 4 2020 pukul 1.53 pgi aku dan suami bertengkar dan sampai aku meminta dia melafazkan cerai dan dia melafazkan cerai dengan talak tiga
selepas ja hari dia Lafazkan cerai tu kami masing-masing buat kehidupan masing-masing dia dengan kehidupan dia aku dengan kehidupan aku. Sepanjang aku bekerja, Aku curi satu masa untuk pergi ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah settelkan segala borang apa semua mahkamah meminta aku untuk serahkan borang tersebut kepada dia sendiri Aku pun Ambillah masa untuk pergi jumpa dia untuk
serahkan borang tu bila aku jumpa untuk serahkan borang dengan cara yang baik tapi dia marah-marah aku dia bertanya Kenapa aku yang serahkan Kenapa bukan mahkamah serahkan sedangkan Masa tu pkp mahkamah yang minta aku yang serahkan sendiri dekat dia bila dia dah ambil borang tu dia sain aku pun balik.
Aku pun Mulakan dengan kehidupan aku macam biasa sampailah pada satu hari tu aku dengan adik aku keluar pergi shopping mall dan saudara aku bertanya Siapa yang mengandung Sekarang ni aku ataupun adik aku sebab adik aku pun tengah mengandung aku tak terfikir langsung apa yang dia cakap tu
tapi bila dia orang suruh aku pergi cek aku cuba juga pergi cek Pada petang tu aku pergi ke klinik bayar aku minta scan perut aku bila aku masuk dalam dalam bilik doktor bila doktor scan aku terkejut bila melihat ada bayi dalam perut aku.
Sedangkan aku sendiri tak tahu aku mengandung sebab aku tak tahu aku mengandung aku tak ada rasa apa-apa langsung bila Doktor kata kandungan aku dah pun berusia 23 minggu aku terkaku aku terdiam aku berfikir perancang yg aku amik tu tak menjadi ke fikiran aku terus bercelaru
Apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan kat aku Kenapa baru sekarang aku tahu yang aku mengandung bila doktor Explain kat aku doc kata cucuk perancang yang aku amik tu tak menjadi Doc kata Sebab masa aku cucuk tu aku dah mengandung dulu sedangkan dekat klinik dan dekat rumah aku test upt tu tapi tak ada double line.
Aku ambil masa seminggu untuk buat keputusan bagi tahu pada suami aku aku kuatkan diri jumpa dia dan bagi tahu yang aku mengandung pada mulanya aku main teka-teki dengan dia aku cakap kat dia Terima kasih atas pemberian terakhir yang paling berharga dalam hidup aku Tapi dia dapat tangkap apa yang aku nak sampaikan pada dia
Mungkin sebab dia yang dapat alahan tu pada mulanya dia Terima dia mengaku yang anak Ni anak dia ni dia menangis dia rasa sedih yang aku mengandung Tapi di saat aku mengandung dia tiada disisi.
Selepas beberapa hari aku amik keputusan untuk jumpa teman wanita dia bagi tahu keadaan aku sendiri petang tu aku bagi tahu keadaan aku dengan dia lps tu dia kata tak apa selesaikan masalah aku dengan suami sampai selesai ni tiba waktu malam suami call aku dan kata kenapa aku ser4ng perempuan tu
Sedangkan aku tak serang aku jumpa dengan cara baik cakap baik-baik dan pada malam tu suami terus tak mengaku yang aku mengandung adalah anak dia terus suami tuduh aku bersama dengan lelaki lain.
Sedangkan sepanjang aku dalam proses perceraian aku tak pernah bagi seorang lelaki pun Sentuh tubuh badan aku sebab aku tahu status aku macam mana aku masih tahu lagi hukum dia baik buruknya aku masih tahu lagi
Tapi sebaliknya Kenapa dia tuduh aku macam tu kalau dia tak nak mengaku anak dia dan aku bagitahu dia tak apa lepas ni tak usah lagi ambil tahu hal aku dan anak-anak aku nak beranak ke apa ke aku takkan bagi tahu dia selepas aku melahirkan dia nak buat test DNA
dan aku cakap dengan dia Kalau betul ni anak dia aku akan saman dia dan aku takkan izinkan dia sentuh anak ni dan aku takkan izinkan dia tengok anak-anak dia lagi..
Sekarang ni aku cuma keliru aku tak tahu status rumahtangga kami macam mana Sebab kalau ikutkan masa dia Lafazkan aku dah mengandung Aku tak tahu apa sebenarnya perancangan Allah untuk aku dan Apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan pada aku Aku Terpaksa kena tunggu sampai 3 hari bulan 8 nanti untuk tahu keputusan nya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: Lindaaaaa (Bukan nama sebenar) via IIUMC via e-kesah