“Kami Hanya Mampu Menangis Berpelukan Didalam Bilik Sambil Mengharapkan Kehadiran Ibu Ayah” Kami berdoa semoga satu hari nanti ayah akan sedar bagaimana rupa sebenar adik2 dan ipar2nya

Foto sekadar hiasan

Assalam admin. Saya guna fake account demi nak menjaga aib dan maruah family saya. Kisah yang saya nak kongsikan ini banyak berkisar tentang mertua dan kelurga mertua yang tak sukakan menantu atau boleh saya katakan bukan menantu pilihan, dan bukan menantu kesukaan. Mohon admin hide identity profile ni ye. Terima kasih.

Ibu saya sebenarnya bukanlah seorang perempuan yang menjadi pilihan mertuanya sejak dia berkahwin dengan ayah. Menurut cerita ibu, atuk sebenarnya sudah ada calon pilihan, tapi disebabkan ayah terlalu cintakan ibu, maka perkahwinan mereka diteruskan. Tapi siapa sangka, dalam tempoh perkahwinannya, dia memang tidak pernah disukai oleh mertua yakni atuk dan nenek pun.

Maaf. Atuk dan nenek sebenarnya keduanya sudah meninggal dunia. Nenek meninggal lebih kurang 28 tahun yang lalu, manakala atuk 2 tahun lepas. Bukan niat untuk menceritakan keburukan akan tetapi berharap semoga kisah yang dipaparkan ini menjadi satu pedoman dan tauladan buat pasangan yang ingin berkahwin supaya fikir semasak masaknya jika dari awal tidak disukai keluarga mertua.

Semasa awal perkahwinan, ibu ada juga cuba mengambil hati mertua dan ipar2 tetapi yerla, kalau dah tak suka tu tetap tak suka kan. Ibu dan ayah duduk berasingan dan jauh dari mertua kerana faktor kerja ayah (duduk dan kerja ni negeri berlainan). Tetapi apabila mereka pulang ke kampung, ibu tak pernah dapat layanan baik dari mertua. Ada sahaja yang tidak kena dimata mereka. 

Ibu pernah terjatuh di dapur disebabkan tidak perasan ada lubang (lantai papan). Tapi tiada siapa yang endahkan ibu. Pada masa tu ibu sedang sarat memgandung dan ayah telah keluar. Dengan sakit dan tahan tangis, ibu bangun perlahan2 sendirian. Ibu juga pernah mengidam makan udang yang dibawa pulang oleh atuk tetapi atuk lebih rela menjualnya daripada memberikan walau seekor untuk ibu merasa.

Sepanjang ibu bersama ayah, lepas seorang demi seorang adik2 lelaki abah duduk menumpang bersama kami. Tapi seorang pun tak pernah nak kenang budi ibu. Jangankan kenang malah diburuk burukkan pula ibu. Pernah juga ibu menegur sikap adik lelaki ayah yang membawa pulang kekasihnya tetapi telah hampir2 dipukul dengan pasu oleh adik. Mujur sahaja ada jiran datang membantu. Ayah? Ayah lebih suka menangkan adik2nya. Itu yang buatkan ibu kecewa. Ibu larikan diri untuk bercerai tetapi telah dipujuk semula oleh ayah.

Sepupu perempuan ayah juga pernah menumpang di rumah kami. Dia bekerja di night club. Ibu dan ayah tidak suka lalu menasihati dia. Tetapi sebaik sahaja dia pulang ke kampung, dia memfitnah ibu, dia mengatakan ibu tidak melayaninya dengan baik. Cuba kalian fikir, bangun sudah tengahari, nak tolong ibu didapur memang jauh sekali. Malah baju dan pakaian dalamnya juga ibu yang basuh dan sidai. Macam tu pun masih dikata tidak melayani dia dengan baik?

Ibu memang tak boleh mengadu apapun mengenai pelakuan sepupu ayah atau adik adiknya. Kalau diadu, ibu juga yang akan dipersalahkan. Ibu juga pernah dipukul oleh ayah sampai ibu membawa kami lari ke rumah abang ibu. Masa tu ibu memang nekad ingin bercerai tetapi ayah datang dan pujuk ibu.

Atuk pula kalau datang ke rumah kami, dia perlu dilayan bagai raja. Belum pun ibu menyuap makanan dalam mulut, ada sahaja permintaan atuk. Ayah pula hanya mengiakan sahaja. Ibu bangun tetapi dibantah anak2. Sebab masa tu waktu berbuka puasa. Wajib berbuka dulu dan tak boleh dilewat2kan. Masa tu muka atuk memang masam dan ayah pun begitu.

Menurut cerita ibu, kami anak2nya tidak pernah disayangi atuk lebih dari cucu cucu yang lain. Dan kami sedar sangat tentang tu apabila kami mula faham. Bapa saudara dan ipar2 ibu juga selalu mengutuk ibu dan ayah. Disebabkan kami susah dan adik beradik ramai. Bila pulang ke kampung, sebahagian akan menumpang bapa saudara. Tetapi sebaik sahaja kami naik kereta pelbagai sesi memerli akan keluar dari mulut mereka. 

Sebaik sahaja sampai, mereka akan mengumpat ibu dan ayah. Kami yang dengar dari dalam bilik hanya mampu menangis sambil berpelukan. Pada masa tu, kami sangat2 mengharapkan kehadiran ibu dan ayah tapi apalah daya kami. Yang mampu hanya kami berdoa semoga satu hari nanti ayah akan sedar bagaimana rupa sebenar adik2 dan ipar2nya ini.

Tak keterlaluan saya katakan, memang sehingga penghujung nyawa mereka pun, ibu memang tidak pernah disukai. Lebih 30tahun ibu merana terseksa dan terluka. Lama kelamaan hati ibu jadi keras. Apabila pulang ke kampung, mereka tidak melayani ibu hatta untuk membancuh secawan kopi pun. 

Sehingga terpaksa ayah dan ibu keluar mencari makan dan minum di luar. Kalau dulu, ibu dan ayah la antara penyumbang barang dapur di rumah atuk apabila sampai. Pernah sebab tak berapa berduit, ibu dan ayah belikan sardin sahaja untuk lauk beramai2. Tetapi sebaik sahaja kami pulang, mereka masak dan makan lauk yang sedap2. Terlalu kerap jadi begini.

Dek kerana terlalu disakiti, ibu tidak lagi membantu di dapur hatta memasak sekalipun. Malah jika kami pulang beramai2, kami lebih rela tidur di homestay daripada.Tidur di rumah atuk. Ibu pernah juga sehingga tahap menggadaikan barang kemasnya untuk membantu ayah sponsor perkahwinan adiknya. Tapi hasilnya apa yang ibu dapat, kecewa dan sakit hati apabila hari ke3 ayah terpaksa pulang kerana tuntutan kerja. Tetapi telah dimarahi atuk kerana dikata sengaja tidak mahu menghantar rombongan pengantin ke rumah lelaki. Sehingga ibu juga dituduh menghasut ayah. Kami sedih sangat. Gempar hari itu apabila mereka bergaduh.

Sebab itu sekarang ibu sudah jarang mengambil bahagian dalam hal ehwal keluarga atuk sebab hati ibu terlalu kecewa. Ditakdirkan Allah, atuk sakit tenat dan tidak mampu mengingati sesiapa. Atuk nyanyuk. Ibu pulang menjenguk bersama ayah sehingga ke akhir hayatnya. Tapi apa yang ibu rasai hanya Allah sahaja yang tahu. Sejak atuk pergi, ibu semakin tenang. Tetapi apa yang adik2 ayah lakukan pada ibu, tak pernah ibu lupakan. Seorang demi seorang adik2 ayah tidak ada yang berjaya. Tidak ada juga yang senang. Tiada peningkatan.

Sejak atuk tiada juga, hubungan ayah bersama adik2nya turut seakan renggang. Ayah juga seakan menyedari bahawa adik2nya tidak begitu mementingkan dirinya. Begitulah kisah ibu saya yang tidak pernah disukai mertua dan keluarganya. Memang sampai mati la mereka tidak suka.

Oleh sebab itu, jika ada yang senasib, fikirlah baik2. Jangan jadi macam ibu saya. Hati yang kecewa remuk dan luka memang boleh disembuh tetapi parutnya tetap akan tinggal menjadi kenangan. Jangan sampai berdendam. Jangan juga sampai tekanan. Jika tidak mampu dilanda badai, janganlah berumah ditepi pantai. Terima kasih admin sudi siarkan kisah saya. Semoga mendapat pedoman dan tauladan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT