“Kau Ni Kenapa Sial Sangat” pertama kali dalam hidup aku mak marah kat ayah sampai mcm tu skali

 

Assalamualaikum semua, apa yang aku ingin kongsi ni satu perjalanan hidup yang musnah dan hancur. Aku datang dari keluarga sederhana. Sejak dari kecik aku paling macam kagum iyalah akak aku.

Akak ni pada aku seorang akak yang baik, anak yang baik, pelajar dan baik kiranya seorang insan yang aku dari kecik nak ikut. Bahagian belajar jangan cakap, upsr pmr dan spm akak aku straight A kiranya dalam keluarga kami 4 orang ayah mak aku dan akak.

Akak ni kebanggaan keluarga. Hal ugama pun akak aku elok. Tapi dalam keluarga aku ayah aku ni pada aku boleh di ibarat kan sebagai “kanser dalam kehidupan kami”. Apa yang akak buat ni semua tak cukup, semua tak kena.

Aku ingat lagi sekolah menengah akak aku minat sukan. Jadi dia masuk sukan hoki. Dia tak suka, dia seboleh-boleh nak akak aku jangan main hoki. Akhirnya akak aku pun give up. Mak aku banyak kali cakap “biar lah abang dia nak buat apa” di marahnya mak aku cakap “nak jadi anak derhaka ke ha buat pergi main hoki tak guna tu”.

Tingkatan 4 sampai habis spm akak aku ni dia minat bahasa Jepun dan Korea jadi dia ni belajar 2 bahasa tu. Kalau dulu yang tengok drama korea ke jepun atau anime subtitles dalam bahasa Melayu kebarangkalian kecil ada subtitles yang akak aku translatekan.

Ayah aku tak suka apa yang akak aku buat dia cakap jangan belajar “bahasa setan” padahal akak aku bahasa arab pun dia belajar dan tak ada masalah. Yang supportive mak aku, belikan dia buku. Siap bayarkan akak aku masuk kelas bahasa belajar sebab itu minat dia.

Akak aku pun habis degree. Ingat lagi 2018, aku akak dengan mak pergi kenduri kahwin ayah tak ikut. Dalam pukul 4 balik tahu apa yang jadi. Balik rumah tengok berselerak bilik akak aku dengan mak ingat rumah kena pecah masuk tapi tengok ayah aku goyang kaki tengok tv.

Bila masuk bilik tengok segala macam dari buku, kamus, certificate dan banyak lagi barang akak aku. Senang cerita buku bahasa Jepun dan korea lepastu sijil yang akak aku ni competent untuk jadi interpretor / translator semua tu habis musnah ayah aku bakar.

Kalau ingat dulu tiktok pasal bapak ni bakar barang kpop anak dia macamtu lah akak aku kena. Semua dah habis bakar tinggal abu je. Akak aku menangis sambil berdiri tengok satu pun tak ada. Akak aku ada hampir 10 biji buku itu dia tulis sendiri tulis pakai tangan sejak sekolah dari bahasa korea, jepun, arab semua akak aku tulis dalam tu hancur musnah!

Waktu ni yang mak aku punya marah memang lain macam selama aku hidup itu kali pertama mak marah macamtu. Selama ni mak walaupun ayah tu sekejap kerja sekejap tidak dan tak berguna dalam keluarga dia elok panggil abang tak ada pernah marah.

Tapi haritu dia jerit depan muka ayah aku “kau ni kenapa sial sangat” memang kali tu nampak ayah aku terkejut. Aku dengan akak pun bila dengar terkejut. Haritu juga mak aku cakap dia minta cerai. Haritu juga aku dengan akak keluar dari rumah tu.

Aku waktu mak minta cerai tu memang tak rasa apa sebab pada aku memang ayah aku ni tak berguna. Tak sampai setahun lepas lantik peguam dokumen, angkat sumpah dan segala macam sah mak dengan ayah aku bercerai.

Waktu tu saudara mara cakap apa mak tak peduli. Ayah aku siap merayu cakap nak berbaik siap minta maaf dekat akak aku. Tapi mak aku pandang pun tidak. Bila tengok ayah aku menangis merayu memang macam kesian tapi bila aku fikir balik yang ayah aku ni ayah tak guna dan suami yang tak guna aku pun tak rasa sedih.

Sepanjang aku dengan akak membesar tak pernah sekali ayah aku kasi duit belanja semua ibu. Kereta rumah motor setiap bulan bayar. Dia pula bayar benda yang paling murah bil air dengan yang tak jejak seratus ringgit pun.

Ingat lagi waktu pandemik merayu nak tumpang rumah sebab tak dapat bayar duit sewa kerja tak ada. Hantar audio dekat akak cakap “tolong ayah merayu kak, ayah minta maaf”. Akak aku tak layan, aku tak layan dan mak aku lagi lah tak layan. Banyak kali dia cakap menyesal tak buat lagi tapi terlambat sudah. – Aiman (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rizal Rodzuan : Ibu yang bagus, bertahan dengan biawak hidup yang suka buat perangai, tapi sekali anak dia kena, terus sialkan laki tak guna tu dan cerai terus, padan muka, spesis bila dah tua dah takde apa-apa baru terhegeh nak ambil hati anak, bila diabaikan cop anak derhaka dan netizen pun kecam.

Fiz Fiz : Hah lega, aku ingatkan semua perempuan melayu lembik kena buIi dengan lelaki melayu level kelas-kelas belakang tapi jadi ketua dalam keluarga so zaman sekarang takde keistimewaan tu lagi.. syukur.

Sue Mayah Rasidi : Puas hati baca ending.. kalau kerja elok-elok tau tanggungjawab boleh lah kesian dekat bapak tu tapi kalau dah macam biawak hidup, padan muka lah.. isteri tu dah banyak sabar lah tu tapi sampai tahap bakar barang-barang belajar anak, rasakan.

Dah Baca, Jang Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Inforakyat