“Kecewa Dengan Lelaki, Aku Terpaksa Jadi Penyondol” Akhirnya aku nekad
Foto sekadar hiasan.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Thanks admin jika ceritaku ini tersiar di confession ini. Aku ingin meluahkan kerana buntu dengan kehidupanku yang sekarang.
Aku, Laila (bukan nama sebenar) berusia 24 tahun. Aku lahir dari keluarga yang serba serbi lengkap dan juga ada pendidikan yang tinggi.
Pada zaman belajar aku, akhir tahun aku telah dikecewakan oleh bekas teman lelaki. Selepas itu, aku mengalami d3pr3ssi yang cukup hebat sampai terpaksa menerima rawatan.
Setelah setahun lepas itu, aku perlahan lahan bangun dari d3presi ku itu. Namun pelangi datang hanya sementara. Aku tidak tahu yang hidupku akan kembali kelam.
Syukur pada usia 22 tahun setahun selepas pengajian aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat. Inilah kelam yang bakal tiba itu.
Satu hari, aku bertemu dengan klien aku, Haris (bukan nama sebenar) umur 35 tahun yang aku fikir agak sempoi orangnya dan sangat mesra dan sopan.
Disebabkan kerja, kami banyak kali bertemu untuk membincangkan hal kerja. Sadly, after dah tamat projek kami dah tak berhubung.
Tapi langkah yang aku ambil ini merupakan permulaan segalanya. Aku mula bermesej dengannya kembali bertanya khabar dan hari ke hari makin rancak kami berbual.
Sebulan kemudian, dia sudah berani memanggil aku dengan panggilan sayang dan baby yang membuatku terasa bahagia sementara.
Setelah dua bulan kami saling mengenali dengan lebih rapat, aku pun baru terfikir nak stalk dia punya FB. Sumpah demi Allah, aku tak tahu rupa rupanya dia sudah berkahwin.
Dia mempunyai seorang isteri yang agak sopan orangnya. Bertudung litup serta mereka sudah mempunyai dua orang anak. Remuk hatiku.
Aku suruh dia berterus terang dan selepas itu dia memberitahu hal sebenar dan malah menambah sakit hatiku dia boleh berkata seperti begini,
“Kita tak ada apa apa pun kan. Kenapa nak gelabah sangat ni saya dah kahwin?”.
Dah tu apa makna panggilan manja semua itu?
Sebulan lepas tu aku tidak menghubunginya. Namun semuanya berubah sejak hari itu. Pada hari itu, aku dan dia bertemu semula atas urusan kerja. Kerana rindu, kami bertegur semula dan bertemu janji pada malam itu.
Kami saling bertukar tukar perasaan malam itu dan dia juga berjanji akan menjadikan aku isteri kedua tapi perlu melalui proses yang sukar bersama.
Aku dan dia menjalinkan hubungan yang aku kira sebagai curang. Aku simpati kepada isterinya tetapi aku terlalu sayang kepada Haris. Walaupun beza usia kami terlalu besar, aku tidak kisah semua itu asalkan dia menjadi milikku.
Namun semua tidak indah seperti disangka. Aku sudah berani menyerahkan diri dan maruahku kepadanya kerana terlalu sayangkan dia dan juga tewas dengan nfsu.
Haris selalu bekerja di luar kawasan dan aku juga mempunyai jadual kerja yang sangat sibuk membuatkan kami jarang berjumpa.
Awan kehidupanku bertambah lagi kelam setelah aku dapat tahu yang bukan akulah seorang yang ada title menjadi perempuan dia. Ada seorang lagi yang menjadi pemuas nfsunya.
Aku mengamuk malam itu dan dia memberitahu segalanya. Rupanya perempuan itu tidak tahu pun kewujudan aku. Dan aku adalah orang ketiga selama ini. Betapa bdohnya aku kerana percaya dengan dia dan menyerahkan segalanya.
Segalanya menjadi terlalu bdoh bila dua hari selepas itu, aku bagai dilanda sawan merayu supaya jangan ditinggalkan dan tak kisah dengan kehidupan dia yang macam itu asalkan sanggup bersamanya.
Setahun selepas itu, hubungan kami masih seperti biasa seolah olah tiada taufan yang melanda. Aku bagaikan tiada arah hidup dan aku sentiasa memikirkan jika dia meninggalkan aku adakah aku akan kembali kepada d3presi aku ini.
Bulan January, kami bertemu setelah lama tidak bersua dan menjalinkan hubungan yang terlarang bagaikan suami isteri yang baru berkahwin.
Selepas dari itu, dalam sebulan lepas itu badanku mula mengalami perubahan. Aku disahkan mengandung. Lebih teruk, aku tidak memberitahunya langsung tentang perkara itu. Dan aku cuba bertanya jika aku mengandung suatu hari nanti kepadanya.
Jawab dia,
“Tiada cara lain kalau sayang tiba tiba mengandung. Sayang kena jugak gugurkan sebab kita tiada masa depan”.
Remuk hatiku setelah mendengar jawapan itu dan aku sudah pasti dia tidak mahu memperisterikan ku langsung. Aku hanyalah sebagai pemuas nfsunya.
Setelah itu, kami tidak lagi bertemu atas tuntutan kerja yang padat dan hanya berhubung melalui telefon. Lebih menambah episod kesedihan ini, disebabkan PKP yang dilaksanakan aku dan dia tidak bertemu sehingga ke hari ini.
Walaupun sudah dibenarkan untuk bertemu tetapi aku selalu mengelak dan memberi berbagai alasan. Tapi dari hari ke hari perut ini semakin membesar. Due date aku pada bulan 10 ini.
Aku nekad untuk tinggalkannya dan memilih untuk lari dari kehidupan ini serta memilih untuk melahirkan anak ini tanpa diketahuinya.
Namun menjadi masalah, aku tidak tahu ke mana yang aku boleh pergi jauh dari orang tuaku dan juga dari dia yang tidak menginginkan kami berdua.
Aku buntu. Tolong aku. Aku bagaikan ada nyawa kembali bila dapat tahu ada nyawa yang sedang membesar di dalam rahimku. Aku yang buntu.
Reaksi warganet
Fatien Hazierah –
Kelemahan perempuan sanggup gadaikan maruah untuk yang mereka sayang. Dah terlambat nak patah balik. Cuma satu, bertaubatlah dan suruh lelaki tu bertanggugjawab.
Kes suka sama suka dalam mahkamah pun tak lepas untuk lawan. Rasanya ada tempat support untuk single mother macam talian Nur. Try jumpa kaunselor jugak.
Syamsiah Abd Ghani –
Cuba rujuk FB Baitus Solehah. Mak Liza akan ajar awak untuk bertaubat, naikkan semangat, pandang ke hadapan, cara menjaga baby. Mak liza akan jaga awak dari hamil sehinggalah melahirkan.
Tolong jangan buang anak ini. Dia tak bersalah. Izinkan dia membesar dengan awak sebagai ibunya. InsyaAllah, semoga puan dan baby sentiasa dilindungi Allah.
Salma Miswan –
Suami orang memang ayat manis. Elakkan jumpa orang macam ni dan jauhi. U will happy once dah buat keputusan macam tu even dosa seberapa besar sekalipun. Ramai juga jumpa wanita yang macam ni yang termakan kata kata lelaki.
Ingat, wanita tu terlalu naif. Lelaki tu banyak akal dan jalan dalam apa jua keputusan. Apatah lagi lelaki tu banyak pengalaman. Kalao tak dapat jaga anak, boleh PM saya.
Tapi kene berubah dan bertaubat nasuha takkan buat dosa ni lagi. InsyaAllah akan diberi yang terbaik. Then u will happy dan tenang.
Noradila Ismail –
Awak diberi peluang oleh Allah melalui anak ni. Akhirnya awak bole tinggalkan lelaki tak guna tu disebabkan ada anak ni.
Awak lebih kenal mak ayah awak, lebih baik awak berterus terang kemudian berbincang cara terbaik melahirkan dan membesarkan anak ni.
Awak, pintu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan itu sangat la susah. Tapi awak pasti boleh sekiranya awak bersabar dan tabah.
Awak, ujian ni sebab Allah sayang kat awak. Jangan ulang silap dengan mensia siakan anak ni. Anak ni tak bersalah.
SF BM –
Dia lelaki tak berguna. Kalau dengan awak dia boleh pergunakan awak, lebih ramai berdahi licin yang boleh dia tawan hanya dengan mesej manja sebegitu.
Fitrah perempuan yang menginginkan perhatian dan keinginan. Yang salahnya pabila tersalah langkah. Kini nasi sudah menjadi bubur. Tak semua yang baik syurga tempatnya, dan tak semua yang jahat, neraka tempatnya.
Allah sediakan pintu taubat untuk kita buka dan masuk. Sujud dan berdoalah semoga asbab taubat ini peluangnya ke syurga yang abadi. Baik manusia bukan kerana tuturnya pakaian tapi akhlak dan imannya. Iman jaga amal, jaga kandungan.
Buka buku, lupakan apa yang telahpun berlaku. Solat taubat. Allah tunggu doa dan pengharapan dari hambanya yang hina. Berdoa sungguh sungguh. Apa apa kalau kau rasa lonely, meh wasap aku.
Siti Rahmah –
Saya harap, komen komen kali ni elakkan kecaman. TT seorang wanita, dan dia perlukan pertolongan. Jangan keruhkan keadaan. Siapa yang tahu process untuk check up kesihatan diri dan baby dia sila share.
TT, you boleh join kelab ibu ibu mengandung. Kat situ banyak tips penjagaan kandungan. And sesiapa yang tahu kat mana dia boleh asingkan diri buat sementara, juga boleh share.
Dia sedang diuji Allah, fungsi kita untuk bawa dia kembali ke jalan yabg betul untuk jaga kesihatan diri dan babynya.
Bukan mencela dan menghukum. Takut, esok esok kecaman awak kembali ke keluarga sendiri. Juga doakan yang baik baik untuk TT. Semoga Allah sentiasa menjaga dan merahmati TT dan bayinya. Semoga ada penganjaran yang dapat diambil.
Afifah Sumayyah –
Wahai wanita. Sayang lah diri sendiri. Jangan terjebak dengan cinta nfsu. Lelaki tu nak ratah body u free free je. Elakkan la terjebak dengan suami orang.
Kerana pentingkan diri sendiri, tagih cinta lelaki sampai lupa kita dah aniaya kaum kita sendiri. Adik call lah talian nur 15999 kalau takde arah sangat.
Tapi kalau berani berdepan dengan masalah bagitau je mak bapak yang u dah hamil. Tapi untuk elak dorang kecewa rasanya call je lah talian Nur tu. Nanti ada pihak yang uruskan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.Terima Kasih
Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia