“Kena ‘Sidai’ Selama 3 Jam” selepas ketuban pecah, ibu dan bayi meninggal dunia

 

Tak dapat digambarkan betapa peritnya hati seorang lelaki dari Indonesia ini apabila isteri dan bayinya meninggal dunia saat wanita itu bertarung nyawa di bilik bersalin.

Air ketuban isteri pecah

Bercerita kembali pengalaman pahit itu, Lika Santosa memberiatahu pada 9 Mei lalu, dia telah membawa isterinya, Gustika yang sarat hamil ke pusat perubatan. Sekitar jam 1:30 pagi, air ketuban isterinya telah pecah namun pihak hospital seakan acih tidak acuh.

Isterinya itu dibiarkan tanpa pemantauan sehingga jam tiga pagi. Lebih mengejutkan apabila jururawat dan doktor dikatakan sempat berehat dan tidur meskipun pada ketika itu ada pesakit yang sedang bertarung nyawa di wad.

Pihak hospital tak ambil kisah

Lika kemudian bertanya kepada pegawai perubatan tentang keadaan isterinya tetapi mereka tidak memberi sebarang jawapan sebaliknya meminta Lika menunggu.

Tetapi siapa sangka, keadaan menjadi tegang apabila wanita itu terpaksa dikejarkan ke hospital lain disebabkan keadaan kesihatannya. Namun semuanya sudah terlambat. Gustika dan bayi dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan.

Difahamkan, Ketua Perwakilan tempat rawatan berkenaan telah membuat permohonan maaf kepada Lika atas kelalaian daripada pihak mereka. Menurut Lika, walaupun dia kecewa dengan perkara tersebut namun dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang tetapi dalam masa yang sama, dia berharap agar perkara yang sama tidak akan berulang.

Sumber: Pop Mama via ohbulan