“Kenapa Tak Bagi Tahu Yang Dah Kahwin, Jumpa Buku Pink Dalam Kereta” Dia terdiam, rupanya aku ada hubungan dgn suami orang

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Aku nak confess tentang bercinta dengan suami orang.

Aku ada pengalaman bercinta dengan suami orang. Masa zaman study dulu. 3 tahun kami bercinta. Tahun ketiga baru aku tahu dia suami orang.

Aku tahu sebab tak sengaja buka dashboard kereta dia dan ada buku pink. Aku baca. Buku klinik isteri dia. Hahahaha.

Aku tak marah atau mengamuk. Aku senyum dan cakap, ‘Kenapa tak bagitau dah kawen”… Dia diam.

Sepanjang 3 tahun aku dilayan dengan manis sekali. Birthday aku dia belikan teddy bear besar dan bawak teddy bear tu keluar dari mall. Wow. Terpesona aku sebagai gadis baru nak up. Wahahaa.

Pernah jugak dia suruh aku bukak bonet kereta dan surprise! Ada bunga. Alahai laki orang.

Dia belikan baju kurung raya sama color dengan baju Melayu dia. Belikan rantai ada huruf nama dia. Adoi gigih rupanya suami orang menyamar bujang.

Susah ye nak blah dari hidup dia. Pening kepala aku dibuatnya. Sebab dia baik. Cumanya dia ada bini. Aku rasa dia memang serius nak buat aku jadi bini kedua.

Sebab dia siap kenalkan aku dengan bapak dan family dia. Mak dia dah takda. Mereka semua ni diam. Sorang pun takda bagitau aku bahawasanya lelaki ini suami orang dan anak dah dua! Hebat tak hebat. Hahahha.

Dia share semua pasal kerja, emosi hal hal seronok dan tak seronok dalam hidup dia dengan aku.

Kami pergi buat aktiviti flying fox sama sama. Ada sepupu dia ikut sekali ye. Telefon aku dari semasa ke semasa. Tegur dan nasihat aku belajar baik baik.

Pernah menangis sebab rindu aruwah mak dia. Teresak esak depan aku. Sebab tu aku pening kepala masa nak blah. Tiga tahun menyulam kasih. Tidak semudah melepas pergi.

Dia pernah jumpa family aku dan adik beradik aku masa abang aku bertunang. Semua dia bantu.

Orangnya baik hati, ada rupa dan menjaga batasnya dengan baik. Tak pernah nak menyundal dengan aku. Tak pernah cuba nak unboxing dan ambil kesempatan terhadap diriku.

Familyku pun suka dengan dia. Namun dia suami orang. Hahahaa. Satu masalah dia, aku tak boleh ada kawan lelaki. Habis diugut pergi kawan kawan lelaki aku. Siap nak bergaduh. Adoi laki orang.

Dalam proses untuk meninggalkan dia, aku tanyalah serba sedikit tentang isterinya. Jururawat kerja bershift. Muallaf. Aku tanya bini dia tak cek ke hp?

Dia ada dua hp. Satu letak dalam kereta untuk aku. Satu tu untuk bini dia. Dia siap bagi aku tengok dua dua hp tu pada kejadian aku tangkap buku pink bini dia. Satu persatu pengakuan dia buat.

Dia bagi tengok jugak gambar anak lelaki dia, dua orang. Siap bahasakan bini dia sebagai ‘kakak’ time borak dengan aku.

Kebetulan aku ni tenang tenang sahaja orangnya. Tak cepat marah. Suka ketawa. Malu tunjukkan emosi sebenar. Padahal luka parah dah hati aku masa tu.

Dia cerita tentang bini dia. Jarang ada masa untuk dia. Dah bini nurse, besar pengorbanan bini untuk family. Aduhai kesian bini dia.

Rasa bersalah menyelubungi diriku. Memang aku kuatkan hati dan semangat untuk pergi dari hidupnya.

Lagipun aku masih muda. Masih banyak masa untuk kenal dunia. Aku nak capai cita cita. Aku buang jauh jauh perasan yang ada.

Aku sempat pesan kepada dia, jagalah family baik baik sebab awak lelaki baik.

Tak dapat rasanya nak teruskan hubungan memikirkan ada wanita lain sedang berjuang untuk rumahtangga yang bahagia. Walaupun sedih yang teramat.

Hari hari aku menangis. Bukan senang nak move on dari orang baik. Aku mulakan dengan tak layan semua panggilan, mesej dari dia.

Akhirnya aku tukar nombor telefon. Sampai sekarang ingat mesej terakhir dia.

‘Ney, B rindu….’

Sekarang aku dah berumahtangga. Alhamdulillah suamiku duda takda anak.

Aku pun tak faham kenapa aku selalu terkena suami orang. Hahaha. Tapi kali ni takda bini. Baik alhamdulillah, family man dan manis sikapnya.

Suka aku pesan di sini. Berusahalah menjaga hati sesama wanita terutamanya.

Sakit dicurangi tidak akan sama sakitnya dengan putus cinta. Aku yakin sakit di curangi dan dikhianati lebih pedih dan menikam. Apatah lagi merosakkan rumahtangga yang dah ada zuriat.

Ya Allah tak sanggup rasanya. Membayangkan sahaja buat hatiku ngilu.

Permudahkanlah urusan orang lain. Semoga berkahnya mengiringi kehidupan kita.

Salam sayang…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Mirmo Zibang (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia