“Kerana Mulut, Aku Tibai Adik2 Sampai Lembik” akhirnya aku ditalakkan dan dibuang keluarga sendiri

 

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Aira (bukan nama sebenar) berumur 25 tahun berasal dari kedah dan dah berkahwin. Ni sedikit sebanyak tentang diri ku.

Aku mula rasa yang diri aku ni tak berguna dari kecil disebabkan pergolakan dalam keluarga sendiri. Aku anak sulung dari 3 beradik yang kesemuanya perempuan. Ayah aku penjawat awam Mak aku pulak suri rumah.

Semua ini bermula sejak aku sekolah rendah aku selalu dipukul mak dengan ayah aku kadang2 disebabkan pergaduhan dengan adik2 aku selalu aku yang dipersalahkan sedangkan adik2 aku sejenis yang baik di depan jahat di belakang sejak kecil.

Apa saja yang aku tak pernah kena dulu rotan tali pinggang penampar penumbuk penerajang. Semua tu aku pendam hingga jadi dendam sampai sekarang.

Menginjak ke sekolah menengah aku masih kena pukul disebabkan adik2 dan diri sendiri. Aku menjadi keras sekerasnya di hadapan mak ayah aku tapi aku lemah selemahnya di belakang mereka.

Mak ayah aku tak pernah adil dalam apa jua keadaan apa yang aku mintak tak pernah di penuhi sejak kecil. Tapi aku okay je sebenarnya sebab aku sendiri suka berusaha untuk mendapatkan apa pun yang aku nak sedangkan adik2 aku petik saja jari terus dapat.

Ayah ku bukan bergaji besar kerana ada sangkut loan rumah kadang gaji cukup makan je tapi ok aku faham cuma hati ini dah terlalu terasa diri tak di peduli. Aku memberontak dalam diam hingga la umur aku mencecah 18 tahun aku mendapat keputusan spm 4A.

Aku ada apply upu mohon program asasi uitm aliran tesl tapi nasib tak menyebelahi aku. Aku tak dapat tawaran dari uitm untuk course tu so aku sambung kerja macam biasa.

Ouhh aku kerja kedai makan je dari pukul 6 pagi hingga 1 tengahari dengan gaji harian RM15, cukup la untuk sara diri aku dan beli keperluan aku. Aku tak pernah mintak duit mak ayah aku lepas dah habis sekolah apa yang aku nak semua aku cari sendiri.

Bulan berganti bulan aku still tak dapat panggilan mana2 universiti than aku decide untuk sambung penganjian di kolej swasta. Aku memilih msu dalam course tesl disebkan english aku cemerlang. Nasib tak menyebelahi aku lagi..

Ketika itu ayah ku tengah menghadapi masalah kewangan disebabkan separuh gaji habis untuk membayar komitmen. Aku terpaksa membatalkan niat untuk sambung belajar. Aku bekerja seperti biasa.

Adik aku yang no 2 ketika tu menyambung tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh. Ya adik2 aku memang pandai aku tak nafikan. Kasih sayang pun lebih kepada adik2 ku. Aku terus makan hati…

Di sini lah semunya bermula.. Ya disini, 2014.. Aku menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran dalan bidang pengurusan spa di Langkawi.

Sekali lagi aku tak bernasib baik. Akademi yang aku belajar dikatakan pecah amanah. Duit elaun yang sepatutnya aku dapat (elaun sara diri dan yuran) yang di supply kerajaan telah di guna pakai akademi tu untuk tampung pengurusan spa mereka.

Dalam sebulan je aku sempat belajar full menggunakan duit simpanan kerja aku. 1 sen pun aku tak mintak dekat mak ayah aku disebabkan adik2 aku puj belajar dan ayah aku masih menghadapi masalah kewangan.

Hujung 2014 aku mula bekerja sebagai salesgirl penapis air. Kerja aku memerlukan aku untuk keluar outstation Setiap bulan.

Masa ni aku dah tak balik rumah mak ayah aku disebabkan aku ada bergaduh dengan mak ayah aku. Setahun aku tak balik rumah langsung. Aku block segala no contact mak aku ayah aku dan semua keluarga aku.

Aku dah mula rasa tertekan diperbandingkan segala benda.. Biarlah aku bawa diri.. Seorang anak yang tak berguna tak ada segulung ijazah untuk dibanggakan. Aku adalah aku anak yang dibuang hingga kini.

Disebabkan aku tidak menyambung pejaran tidak ada diploma ijazah untuk dibanggakan aku mula mengasingkan diri dari semua benda termasuk kawan2.

Oh yaa ada je kawan2 aku yang tahu kisah aku ni. Aku dulu waktu sekolah tak berapa berkawan sangat disebabkan family aku jenis mengongkong sikit pantang aku keluar lama2 ayah aku pasti mencari aku sampai rumah kawan2 aku malu….

Kadang2 ayah aku pukul di depan kawan2 aku. Aku maluu… Ayah mak aku dah start call aku mencari aku.. Merayu balik rumah. Aku lembutkan hati aku balik juga rumah.

Adik2 aku semua sambung belajar. Yang no 2 mengambil ijazah di uitm yang bongsu sambung diploma kolej vokasional. Hari2 makan hati Apa yang adik2 aku nak makan mak aku mesti masak sedangkan aku hahaha selalu makan megi jela tak pun telur goreng. Aku jenis yang tak pandai masak. Hihi.

2019, 24 tahun.. Adik2 aku selalu hina aku tak ada pelajaran tak ada kereta tak ada harta nak di banggakan seiring usia aku 24 tahun. Sedangkan kawan2 aku yang lain ada yang dah berhonda jazz berkerjaya.

Aku meneruskan kerjaya penapis air aku. Bulan2 makan komisen je. Sale banyak, banyak la gaji aku. Sale kurang.. Kurang la gaji aku pernah aku sampai tak ada gaji pun bulan tu.

Nak pakai kereta pun belum mampu disebabkan sale aku naik turun. Aku memang tak ada apa untuk dibanggakan dah la tak berpelajaran. Huu sedih hidup aku ni.

Aku dah mula rasa depression. Aku kerap bandingkan diri aku dengan orang lain. Aku rendah diri yang tersangat. Rasa diri ni kerdil sangat. Rasa malu. Aku kecewa dengan diri aku sendiri. Aku selalu salahkan diri aku dalam segala keadaan.

Tipu la aku tak pernah teringin nak sambung belajar. Aku teringin weii. Keadaan tak menginzinkan aku dah redha sebenarnya dengan apa yang terjadi dengan hidup aku.

Aku mula jadi panas baran sejak aku habis sekolah. Kadang2 aku sedih terlampau kadang2 aku pemarah terlampau.

Niat nak bnuh diri tu takyah cakap la dah berjuta kali pernah ada niat nak bnuh diri tapi Alhamdulillah akidah masih kuat aku mampu lawan perasaan tu walau kadang aku lemah selemahnya.

Adik2 aku, orang luar, kawan2 selalu hina aku. Pantang ada benda sikit selalu ungkit, “ehhh hang tu tak belajaq hang taktau apa aih”.

Aku pendam setiap hinaan orang atas diri aku. Aku jadi seorang pendendam. Aku memberontak dalam diam. Mula simpan perasaan macam2 kadang2 aku sendiri tak kenal dengan diri aku.

2019. Aku berkahwin. Kami pjj. Aku di kedah suami aku di negeri sembilan. Suami aku kerja sebagai tentera. Keadaan berubah lepas aku berkahwin. Ayah aku lebih tegas dengan aku. Aku tak ada rumah di sebabkan aku bekerja sini dan dah tak keluar outstation aku memang tinggal dengan family aku.

Mak ayah aku selalu ungkit aku ni tak ada kebajikan langsung. Duduk free tak guna macam myat hidup. Macam2 lagi perkataan yang menghiris jiwa aku dalam diam. Sedihh weii bila mak ayah sendiri yang hina. Aku tak ada tempat bergantung.

Suami jauh. Tiap kali aku bergaduh dengan family aku akan mengadu kat suami. Suami aku akan menyalahkan aku balik. Aku makan hati lagi, tertekan. Siapa yang backup aku? Tak ada siapa, semua aku tempuh sendiri. Hidup aku dah macam tak ada family.

Aku sedar aku seorang yang tak cukup kasih sayang. Aku tak pernah dimanjakan. Aku teringin semua tu. Aku dengan adik2 aku memang tak bercakap. Terlampau kurang ajar tak pernah nak hormat aku as kakak. Disebabkan aku ni tak ada apa2 tak berkerjaya? Tak punya pelajaran? Okay i faham.

Sampai la satu tahap aku di buang keluarga disebabkan aku belasah adik2 aku teruk. Aku belasah disebabkan mulut mereka. Benteng kesabaran aku dah pecah. Aku terlampau geram.

Apa yang aku pendam selama aku hidup aku luahkan segalanya puas hati aku. Hati aku remuk hancur kecewa dengan keluarga sendiri. Aku kecewa. Terlampau kecewa.

Saat ni jugak suami aku melafazkan talak terhadap aku disebabkan aku kes ni. Aku kecewa sedih dah la tak ada keluarga nak meluah rasa aku sunyi pilu hidup aku kosong suami yang aku harap dapat bersama susah senang aku menceraikan aku.

Aku blur. Terima kasih Muhammad untuk semuanya. Terima kasih mak ayah untuk derita ini. Terima kasih Allah untuk dugaan ini.

Saat ini aku harap ada keajaiban untuk aku. Teringat satu pesan ni biar keluarga benci biar semua benci biar tak ada orang sayang janji Allah ada Allah sayang. Terima kasih Allah untuk segala rasa ini. Sedikit pengalaman hidup yang boleh aku kongsikan.

Betul, bila kita tak punya apa kita ni dihina sehina hinanya. Doakan aku kuat tempuh hidup aku sendiri entab bila penghujungnya.

Aku kecewa. Mental aku sakit jiwa aku kosong.

Reaksi warganet

Kohd Fauzie –Dibenci keluarga ni memang ada. Ada kes penyewa saya camni. Awak kena berhijrah ke tempat baru yang asing, kerja baru. Cari kerja yang ada caruman kwsp untuk simpanan, senang nak beli rumah.

Move on, ex laki awak tak bertanggungjawab sebab tak beri nafkah tempat tinggal. Patut awak stay dan keje di N9 tu. Ada hikmah awak dicerraikan.

Nur Athirah Ahmad –Sis. Jumpa doktor. Berubat ye. Kutip semua semangat yang ada. Dah kluarga buang kita. Biaqla. Maafkan depa. Minta maaf dengan mak ayah. Dan amikla jalan sendiri. Sekurang2nya dah minta maaf, mak ayah nak maafkan tu hal depa dengan tuhan. Janji kita dah buat hak yang sepatutnya.

Jumpa doktor ye sis. Insyaallah dah pulih dalaman, benda lain boleh dicari. Ulat dalam batu pon ada rezeki dia, rezeki sis ada, dah tertulis. Insyaallah you can do it.

Nur Hana Suraya –Dear confessor, no matter how hard it gets, promise yourself you will never give up on your dreams. Perjalanan hidup setiap orang tak sama. We might achieve success bila kita dah tua. Nothing is impossible. Just trust yourself dan mula kan langkah baru perlahan lahan.

Yakin pada rahmat Allah. Saya percaya awak akan bahagia jua satu hari nanti. Saya doakan semoga awak akan nampak jalan untuk mulakan kehidupan baru yang jauh lebih baik. Be strong sister. I believe you can be better. Hugs ❤️

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Y. Terima Kasih

Sumber – Aira (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia