“Kerana Perempuan Suami Sanggup Sepak Lempang Aku Dlm Keadaan Mengandung” Suami tak peduli pun klau saya mati
Foto sekadar hiasan
salam selamat pagi admin dan pembaca. rabu depan sy akan diceraikan dalam keadaan mengandung 4 bulan anak no 3 di mahkamah. puncanya suami sudah tidak sayang dan gilakan perempuan lain anak dara tua kawan lamanya yg dijumpai dalam instagram sejak bulan 8 tahun lepas.
kerana perempuan itu suami pernah pukul lempang sepak sy dlm keadaan mengandung. suami pernah cakap kalau sy mati pun suami tak peduli sy. doakan sy tabah dan redha dgn ketentuan ini.
Sy yakin perancangan Allah adalah sebaiknya. buat suami S, pergila dekat perempuan yg awak cakap ambil berat bahagiakan awk. sy akan undur diri dgn anak anak. 9 tahun jadi isteri awak, zalimnya awak cakap tak pernah sayang sy seumur hidup.
zalimnya awak biarkan anak anak hilang kasih sayang ayah sebab perempuan murahan. pengorbanan bergolok gadai bersusah senang dari perkenalan kita sejak di universiti sikit pun kau tak peduli. aku hampir mati melahirkan anakmu nombor 2, mujur cepat emergency ceaser.
Tapi kau dah lupa semua itu suamiku. tak apalah suamiku, akan ku besarkan 3 anak anak ku dgn kasih syg. aku doakan Allah bagi kau pembalasan lebih dari aku rasa. buat perempuan perampas suami, aku tau kau berlakon mulia, kau lah punca rosaknya rumah tangga aku. utk kau, moga balasan azab Allah menanti.
buat baby 4 bulan dalam perut ibu, saat ini roh sudah ditiupkan, ketahuilah ibu dan kakak kakakmu menanti kelahiranmu dgn kasih sayang. biarlah kau tak pernah kenal kasih sayang ayah, ibu berjanji akan berikan segalanya yg ibu ada kepadamu.
Buat semua anak anakku, ibu berjanji buat apa sahaja utk kebahagiaan kita. buat pembaca, doakan rabu depan permulaan kepada kegembiraan dan perjalanan hidup baru sy sebagai ibu tunggal.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: OriginalKrtf via KRT