“Kerana Sikap Aku, Bini Minta Cerai. Aku Sayang, Tapi Tak Rujuk Balik” Lepas aku ‘spy’ bini dalam diam ini yang aku nampak

Foto sekadar hiasan.

Salam admin, selamat hari raya. Hide ye profile aku. Di sini aku nak cerita kisah aku, untuk bagi pengajaran pada suami isteri diluar sana.

Aku baru je bercerrai tahun lepas, bertahan hanya 5 tahun, dah ada anak 2. Bercerrai sebab bini aku yang mintak. Bawah ni aku bagi sebab sebab kenapa ex bini aku mintak cerrai.

1) aku solat jenis on/off, kadang kadang dia nak berjemaah tapi aku buat buat lupa..

2) aku suka main hp, kurang melayan anak anak dan bini.

3) nafkah wang aku tak bagi, tapi nafkah tempat tinggal, makan, pakaian aku sediakan. Perbelanjaan rumah hampir semua aku yang sediakan, lebih lebih tu ex bini aku ada la topupkan skit kalau ada yang tak cukup.

4) kerja rumah kena ex bini aku bertempik baru aku buat. Sebab kadang kadang aku lupa dan sikap aku yang suka bertangguh..

Jenis aku tak melepak, balik kerja duduk rumah, hujung minggu bawak anak bini jalan jalan mall, hujung bulan bawak shoping barang dapur, pergi bercuti atleast setahun sekali. Aku tak pernah curang, apatah lagi pkul dan hisap ddah..

Sikap aku yang sambil lewa atas 4 perkara yg aku sebut diatas (agak banyak kali dia menasihati aku supaya berubah), telah buat ex bini aku tawar hati dan hilang perasaan sayang terhadap aku.

Puas aku pujuk dan berjanji untuk berubah, ajak pergi kaunseling pun dia taknak, memang betul betul dia dah tawar hati, tiada langsung peluang diberi. Aku akur dan lepaskannya dalam keadaan terpaksa.

Aku sedih sebab anak anak aku masih kecil, tapi tidak mempunyai keluarga yang sempurna. Aku rindu keluarga aku yang dulu. Aku rindu dan sayang mereka.

Pada suami diluar sana, hargai isteri korang, selalulah dengar dan bercakap dengan mereka. Belai mereka, lindugi mereka, tunaikan tanggungjawab anda sebagai suami.

Ingat pengorbanan mereka yang melahirkan zuriat kita, tingalkan family mereka untuk bersama dengan kita, Isteri tu hanyalah pinjaman dan bila bila masa Allah boleh tariknya.

Waktu tu dah engkau menyesal pun dah tak guna. Engkau akan rasa tersangat sunyi, balik rumah kosong, tiada gelak ketawa anak bini, ni raya pun tanpa anak bini, terasa forever alone giila.

Betulah orang cakap bila ada depan mata taknak hargai, bila dah hilang baru nak menyesal. Fikir fikir kanlah wahai suami. Jangan jadi macam aku.

Pada isteri pula, jangan lah jadikan pencerraian itu penyelesaian masalah. Ingatlah anak anak kecil dan kebaikan suami, pasti ada walau sebesar zarah.

Manusia ni tak sempurna, masing masing ada kebaikan dan kekurangan. Perkahwinan ni adalah perkongsian dan terima baik buruk pasangan. Barulah saling melengkapi dan insya Allah pasti bahagia.

Buat bekas isteri aku, saya minta maaf jika saya telah mengabaikan awak, saya tak jaga awak dan tak jadi imam awak seperti yang awak mahukan.

Walaupun kita dah ada kehidupan masing masing, sayang saya pada awak mungkin boleh pudar, tapi mustahil untuk saya lupakan awak sebab awak adalah cinta pertama saya. Dimana mana saya pergi pasti akan ada kenangan yang buatkan saya teringatkan pada awak.

Note* kenapa aku tak rujuk balik dengan isteri aku sebab lagi beberapa minggu nak bercerrai, aku dapat tahu dia dah ada pengganti baru.

Siap pergi dating lagi lepas kerja, aku tahu sebab aku spy. Memang betul betul dalam hatinya dah tak ada aku. Mmm sedih dan kecewanya aku min.

Reaksi warganet

Siti Fadzilah –

Masih dalam eddah dah ada penganti, itu bermakna dia dah sediakan penawar sebelum terasa pahit. Bila dah pahit, ex kamu tak kisah pun berpisah.

Sedangkan kalau ikut kelemahan kamu tu, masih boleh bertahan. Sebab ramai lagi suami yang lagi teruk dari kamu.

Tak pe,dah jadi bubur. Next time ade jodoh, ubahlah. Dan pantau pantau jaga isteri tu. Takut dah sediakan penawar juga.

Azie Ruby Idham –

Mengikut dari apa yang awak kata ni, awak ni tak de lah teruk mana pun. Awak seorang yang bertanggungjawab jugak walau pun ada lah kurang nya here and there. Nobody is perfect.

Pada mata ex awak tak cukup baik sebab dia dah ada orang lain. Kesilapan awak tu minor je pun. Wajar lah isteri top up keperluan sedikit keperluan harian bersesuaian lah dgn budget suami. Suami dah sediakan macam macam utk anak bini. You deserve better.

Siti Missiti –

Orang lain mungkin cakap kesilapan si suami kecil sebab tak give attention pada isteri. Tapi percayalah bile si isteri dah banyak kali menasihati tapi masih tiada perubahan atau berubah sekejap, lama lama si isteri penat. Penat yang sangat.

Dan dalam mase yang same ade sessorang yang give attention. Hati mane yang tak terusik. Itu yabg paling takut sekali kalau jadi dalam rumah tangga.

Doa lah. Sesungguh nya bab hati ni Dia yang pegang. Siapa yang berada di tempat si isteri tu yang akan memahami penatnya macam mane.

Syaza Ridhwan –

Die da bnyak kali tegur tapi tiade prubahan, jadi mkin lama makin tawar hatinya. Nak pulak dalam tawar hatinya mungkin jumpe yang dapat mngisi kekosongan dan kekecewaan hati die tadi.

Allahukabar, itulah pling ditakutkan bila ade yang cube mngisi kekosongan dan kkecewaaan hati seseorang yang memndam rasa.

Minntak dijauhkan dari kita semua. Sifat bertolak ansur sangat pnting dalam runmmahtangga. Bila ade yang tak btol cepat cepat la sedar sebelum semuanya terlambat.

Daiman Fi Qolbi –

Sebenarnya isteri tu da lama dah sabar bagi nasihat tapi suami ambik sambil lewa bab penting bagi isteri tu. Mula mula isteri tu marah, lama lama memang boleh jadi tawar hati.

Bila da tawar hati tiade da rasa sayang dan dia mula akan cari seseorg yang boleh penuhi keluarga impian dia. Bab ada pengganti sebelum bercerrai tu aku tak nafikan salah isteri dia lah tapi bab bab lain, suami lah yang salah sebab tak ambik action untuk berubah demi kebahagiaan bersama.

Lagipun bab solat yang isteri dia tegur tu bab wajib kot. Cuba fikir alang alang isteri tegur tu berubah la betul betul kerana Allah. Haih.

Jangan memain dengan hati perempuan. Bila dia sayang dia akan sayang sangat2. Tapi once da pudar or tawar hati memang kau takde dah dalam hati dia. Dalam sangat la tu luka hati dia.

Firdaus Syakirin –

Dalam hidup kita sebagai seorang lelaki, ada 2 perkara yang teramat pedih dan menyakitkan…

1. Bila nak berubah, tapi dah terlambat…

2. Bila masih sayang, tapi dia dah ada orang lain..

Maka, jadikan ini pengajaran yang paling bermakna dalam hidup awak dan jangan sesekali ulangi keempat empat perkara tu lagi.

Semoga dipermudahkan…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: krt via hits.allhmt