“Kerana Sikap Aku Isteri Minta Cerai , Walaupun Aku Sayang Tapi Tak Rujuk Balik” Lepas aku ‘spy’ bini dalam diam ini yg aku nmpak
Foto Sekadar Hiasan
Salam admin, selamat hari raya. Hide ye profile aku. Di sini aku nak cerita kisah aku, untuk bagi pengajaran pada suami isteri diluar sana.
Aku baru je bercerrai tahun lepas, bertahan hanya 5 tahun, dah ada anak 2. Bercerrai sebab bini aku yang mintak. Bawah ni aku bagi sebab sebab kenapa ex bini aku mintak cerrai.
1) aku solat jenis on/off, kadang kadang dia nak berjemaah tapi aku buat buat lupa..
2) aku suka main hp, kurang melayan anak anak dan bini.
3) nafkah wang aku tak bagi, tapi nafkah tempat tinggal, makan, pakaian aku sediakan. Perbelanjaan rumah hampir semua aku yang sediakan, lebih lebih tu ex bini aku ada la topupkan skit kalau ada yang tak cukup.
4) kerja rumah kena ex bini aku bertempik baru aku buat. Sebab kadang kadang aku lupa dan sikap aku yang suka bertangguh..
Jenis aku tak melepak, balik kerja duduk rumah, hujung minggu bawak anak bini jalan jalan mall, hujung bulan bawak shoping barang dapur, pergi bercuti atleast setahun sekali. Aku tak pernah curang, apatah lagi pkul dan hisap ddah..
Sikap aku yang sambil lewa atas 4 perkara yg aku sebut diatas (agak banyak kali dia menasihati aku supaya berubah), telah buat ex bini aku tawar hati dan hilang perasaan sayang terhadap aku.
Puas aku pujuk dan berjanji untuk berubah, ajak pergi kaunseling pun dia taknak, memang betul betul dia dah tawar hati, tiada langsung peluang diberi. Aku akur dan lepaskannya dalam keadaan terpaksa.
Aku sedih sebab anak anak aku masih kecil, tapi tidak mempunyai keluarga yang sempurna. Aku rindu keluarga aku yang dulu. Aku rindu dan sayang mereka.
Pada suami diluar sana, hargai isteri korang, selalulah dengar dan bercakap dengan mereka. Belai mereka, lindugi mereka, tunaikan tanggungjawab anda sebagai suami.
Ingat pengorbanan mereka yang melahirkan zuriat kita, tingalkan family mereka untuk bersama dengan kita, Isteri tu hanyalah pinjaman dan bila bila masa Allah boleh tariknya.
Waktu tu dah engkau menyesal pun dah tak guna. Engkau akan rasa tersangat sunyi, balik rumah kosong, tiada gelak ketawa anak bini, ni raya pun tanpa anak bini, terasa forever alone giila.
Betulah orang cakap bila ada depan mata taknak hargai, bila dah hilang baru nak menyesal. Fikir fikir kanlah wahai suami. Jangan jadi macam aku.
Pada isteri pula, jangan lah jadikan pencerraian itu penyelesaian masalah. Ingatlah anak anak kecil dan kebaikan suami, pasti ada walau sebesar zarah.
Manusia ni tak sempurna, masing masing ada kebaikan dan kekurangan. Perkahwinan ni adalah perkongsian dan terima baik buruk pasangan. Barulah saling melengkapi dan insya Allah pasti bahagia.
Buat bekas isteri aku, saya minta maaf jika saya telah mengabaikan awak, saya tak jaga awak dan tak jadi imam awak seperti yang awak mahukan.
Walaupun kita dah ada kehidupan masing masing, sayang saya pada awak mungkin boleh pudar, tapi mustahil untuk saya lupakan awak sebab awak adalah cinta pertama saya. Dimana mana saya pergi pasti akan ada kenangan yang buatkan saya teringatkan pada awak.
Note* kenapa aku tak rujuk balik dengan isteri aku sebab lagi beberapa minggu nak bercerrai, aku dapat tahu dia dah ada pengganti baru.
Siap pergi dating lagi lepas kerja, aku tahu sebab aku spy. Memang betul betul dalam hatinya dah tak ada aku. Mmm sedih dan kecewanya aku min.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: ekisah.com