“Kisah Misteri Lebuhraya Karak” kisah meremang roma lebuhraya karak yg kini kian dilupakan

 

Foto sekadar hiasan. Kisah MISTERI Lebuhraya Karak

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur). Dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3. Volkswagen kuning. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak. Dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan.

Ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga. Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini, seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio THR .

Seorang pemanggil call THR dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z, dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini, pemanggil dari Jelapang (Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus.

4. Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak. Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.

Bagaimanapun, usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.

Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya. Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.

Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

Antara Kisah Di Jalan / Lebuh raya Karak

1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu, dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita.

Seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik, semua kereta yang parking tu jenis kereta lama tapi masih cantik. Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah (petronas).

2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak (nak balik KL).

Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam, tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 malam, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi.

Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dalam bas tu sebab ramai penumpang. Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung.

Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?.

4. Pernah juga terbaca, beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan.

Tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang. Selepas itu, hilang..

5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.

Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. Dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa.

Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an. Si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia ‘temperature’ naik. Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya.

Lepas tu datang kereta peronda polis. Si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”.

Bila dengar polis cakap macam itu, si isteri ni terus pandang. Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

Sejauh mana kebenaran cerita ini. Saya pon tak pasti.

Reaksi warganet

Perkongsian diatas tular semula selepas dikongsikan di laman Kelantan State. Menerusi tinjauan diruangan komen, pembaca turut serta berkongsi pandangan dan pengalaman mereka sendiri. Lihat apa kata mereka.

Ery Shah –Alhamdulillah selama 2009-2016 2 minggu skali ulang alik kb-kl dan kl-kb tak pernah ada apa2 gngguan/mslh selama guna jalan karak walau selalu guna pukul 2-3pagi.

Mohd Hafizfuddin –Point yang nombor 5 tu, manager Mc D tu manager saya masa zaman kerja Mc D dulu. Kesian kakak tu.. 😢

Roziela Mripin –Aishh jalan gombak lama siang2 pon seram. Kalau dah lpas asar baru nak masuk jalan tu, memang tak kan lah masuk. Malam tu memang langsung tak. Takut tambah2 ada anak kecik.

Hedi Rahman –Saya pernah juga di gangu. Ketika melalui jalan ini dari gua musang ke kl. Sekitar jam 3 pagi.

Tengok kereta banyak parking tepi jalan saya pun terus parking di celah kereta yang ada. Bila turun aja kerusi nak tido tiba2 hantu pompuan masuk dok sebelah kerusi. Nak baca ayat kursi tak boleh. Kena tutup mulut dengan hantu pempuan tu.

Last2 dapat takbir allahuakbar. Selamba je hantu tu keluar dan tutup pintu. Dan keadaan masa tu satu kereta pun dah takde. Wallahualam.

Papa Jarhat –Aku pernah terkena. Niat dihati nak cuba balik dari bentong ke kl guna jalan lama sebab ada kawan 2 org.

Dalam pukul 11 malam kami masuk jalan lama. Mula2 masuk jalan lama tak ada rasa apa2. Kawan2 pon borak macam tak ada apa. Lebih kurang 10 km kawan belakang tiba2 tido.

Saya pon suruh kawan sebelah saya jangan tido. Puas melayan selekoh. Sampai 1 selekoh memang gelap. Lampu jalan tak payah cakap la. Memang tak ada sebiji pon. Harap kan lampu keta ja.

Kawan saya tiba2 macam terkejut lepastu jadi macam org tak senang duduk dalam kete. Saya tanya la kenapa. Kawan saya kata cari jalan masuk higway cepat. Kami pon kelam kabut cari jalan masuk higway.

Elok dah masuk higway, kawan yang belakang tiba2 terjaga. Kawan yang depan pon tiba2 muram. Soal punya soal baru kawan yang belakang mula cerita.

Dia kata elok lepas trafik light last bentong dia ada nampak orang melambai2 kat dia. Dia buat2 tak nampak. Dalam jarak 1km orang yang sama jugak lambai2 dia. Sebab tu dia baring kat belakang tido. Rupa2nya dia tak tido, dia takot. Habis cerita kawan yang belakang, yang depan pulak bercerita.

Kawan saya cakap ngam2 selekoh dia nampak 1 kubur cantik, bercahaya, berasap macam drama dalam tv. Lepastu dia nampak 1 org tua bercangkung kat kubur tu. Itu yang kawan saya cepat2 minta masuk hihway. Lepas pada itu saya tak nk masuk jalan lama lagi..

Sharipah Khatijah –Aku pernah kene. Dekat tempat lori parking banyak2 tu. Aku ni kadang2 ikut laki aku pergi kerja. Dia bawak lori kontena.

Mase tu nk hala ke kuantan pahang. Dah jadi kebiasan geng2 lori benti parking situ. Laki aku pergi minum lepak dengan kawan2 dia. Aku macam biase la duduk dalam lori tido je lah. Dah jadi kebiasaan dia akan kunci aku dari dalam. Maknanya nanti dia nak masuk dalam lori dia bukak pintu sendiri. Tanpa perlu kejut aku dari tidur.

Aku ni dah memang mgntuk gle. Sebab hampir 1mggu aku ikut dia pergi kerja. Tengah sedap2 tidur, aku dengarr pintu ditarik dari luar. Aku cakap dalam hati kan ada kunci sdarii, kenapa tak bukak sendiri. Aku tak endahkan kan pasal pintu tu. Aku memang ngntuk gile time tu. Aku sambung lagi tidur.

Lepas tu kabin lori aku bergoyang2 pulak. Aku cakap dalam hati dah kenapa goyang2 lori pulak. Aku ckp dalam ht aku, kalau laki aku ada hal mesti dia call. Aku buat bodo dan sambung tidur.

Sejam lepas tu, laki aku naik lori nak teruskan perjalanan time tu dalam pkul 3pg. Aku ni punya pesen time lori berjalan memang aku tak bleh tidur. Aku pun bangun tanya dia, kenapa tadi goyang2 lori. Dia kata mana ada, abg lepak dari tadi bru ni naik lori.

Aku cite kat dia pasal aku tadi. Dia kata kene kacau la tu. Tapi aku dah mengantuk sangat kot. Aku buat bodo je. Boleh je rilek sambung tidur.

Lepas kejadian tu, ada driver lain pesan kat laki aku, kalau nk tidue kat situ kene parking sebelum busstop. Kalau lepas busstop alamatnya kalau nasib baik kene kacau lah, macam aku kene tu.

Memang parking lepas pada busstop. Sebab parking tak de mase tu. Tu lah 1 pengalaman aku. Sepanjang lalu lpt 1, lpt 2 ada kisah lain. Tapi panjang sangat nak type hehe…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Kredit: Anak Temangan via Kelantan State

Sumber: edisimedia