“Leha Tolong Abang, Mane Kaki Dan Tangan Abang” Mazlan terkejut, tapi leha dan asmah hanya ketawa

Foto sekadar hiasan

Mempersembahkan certot seram – Ayah Long

——————

“Leha! Dah siap belum?”

“Dah bang”

Leha keluar dari bilik dengan muka muram.

“Awak dah kenapa ni? Masam mencuka je?”. Soal Mazlan bercekak pinggang

“Abang. Kena pergi rumah Ayah Long jugak ke? 2 hari lepas kan baru pergi”

“Mestilah. Banyak lagi perkara abang nak kena bincang dengan ketua kampung tu untuk projek parit ni. Kan lagi bagus berbincang sambil makan malam”.

Zaleha mendongak untuk memandang wajah suaminya. Apabila ternampak muka Mazlan yang bengis macam singa itu, dia menunduk kembali.

“Saya… saya tak berapa suka sangat pergi sana”

“Kenapa pulak?”

“Bukan apa. Kat sana, saya tak boleh makan sama sama dengan abang. Saya dengan kak Asmah kena duduk tepi pulak tengok abang makan. Abang dengan Ayah Long dah habis baru saya dengan Kak Asmah boleh makan. Kita kelaparan tau bang. Abang pulak, kalau dah mula sembang dengan Ayah Long, 2 jam pun tak habis” balas Zaleha dengan perlahan, takut dimarahi suaminya

“Lah awak ni. Itu kan tanggungjawap awak sebagai isteri. Awak kena jaga perut saya, atas perut saya, keliling perut saya dan juga… bawah perut saya. Nak ikutkan Leha, saya pun patut buat sama jugak dalam rumah ni. Bila saya makan, awak duduk sebelah. Pastikan makanan semua cukup untuk saya. Dah bagus tu saya kasi makan sama sama tau”

“Yelah bang” balas Zaleha dengan sayu.

“Dah! Cepat jalan. Nanti lambat pulak”

Dengan lemah, dia mengatur langkah keluar dari rumah tu. Tak kuasa dia nak bertekak dengan suaminya tu. Nak menang je.

10 minit kemudian, di hadapan rumah Ayah Long…

“Assalamualaikum!” Zaleha dan Mazlan memberi salam serentak.

Asmah, isteri kepada Ayah Long muncul di muka pintu dengan satu senyuman manis.

“Waalaikumsalam. Mazlan, Zaleha. Jemput lah naik”

“Ayah Long mana kak?”

“Maaf lah Mazlan. Ayah Long ada meeting mustahak kat pekan. Emergency katanya. Naik lah dulu. Dia suruh makan dulu. Jangan tunggu dia”.

Mazlan terpinga pinga. Pelik.

“Eh. Tadi beriya Ayah Long ajak saya makan malam sini. Dia cakap banyak yang nak dibincangkan. Kenapa dia boleh yang hilang pulak?”

“Entah lah Mazlan. Kakak pun tak tahu. Eh, jangan lah tercegat je kat situ. Naik lah”

Mazlan dan Zaleha saling berpandangan.

“Ha? Boleh gitu. Oklah kalau gitu” balas Mazlan dengan nada tak puas hati. Apa nak buat, dah sampai.

Amarah Zaleha pula semakin membuak. Semakin menyampah pulak dia dengan orang tua tu. Tapi dia memilih untuk berdiam diri. Kang tak pasal pasal kena marah pulak dengan Mazlan

Sebaik sahaja pasangan itu masuk ke rumah Ayah Long, bau makanan yang lazat menusuk hidung mereka.

“Adoi. Sedapnya bau. Kari apa tu kak?” tanya Zaleha sebaik sahaja selepas bersalaman dengan Asmah

“Kari daging je Leha. Baru je masak. Mazlan makan lah dulu ye. Makanan dah terhidang”

“Eh takpelah kak. Saya tunggu Ayah Long dulu lah”

“Eh takpe. Ayah Long suruh makan dulu. Nanti lauk sejuk tak sedap”

Perut Mazlan dah mula berkeroncong mintak diisi. Dari tengahhari tak makan. Tanpa membuang masa, Mazlan pun duduk di kerusi makan. Mazlan menjilat bibirnya apabila ternampak lauk pauk yang telah terhidang.

Kari daging. Lauk Lodeh. Telur mata lembu. Petai. Jering. Air sirap sekoleh.

“Eh. Tunggu apa lagi. Makan lah Mazlan. Kami isteri isteri kan kena duduk tepi. Kalau makanan tak cukup untuk suami nanti Ayah Long marah” Asmah berkata dengan nada sinis

“Mestilah kak Asmah. Ni kan tugas isteri. Layan suami dengan kasih sayang. Jemput makan kak”

“Ha jemputlah jemput”

Asmah mencebik. Menyampah. Dia mengerling Zaleha tetapi pandangan Zaleha tertumpu makanan di atas meja tu. Perut dia punya lah lapar, hanya tuhan je yang tahu. Kesian lah

Mazlan pula makan dengan penuh selera. Dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya dengan laju. Sedikit pun tak mendongak untuk melihat Zaleha yang dah kelaparan itu

“Sedap tak Mazlan? Nak Leha ni tambahkan nasi?”

“Mmm. Sedapnya kari ni kak. Lembut daging dia. Mmm. Leha, tambahkan abang nasi. Mmm. Tuangkan air tu Leha. Jangan tengok je. Mmm. Sedapnya”

“Baik bang” dengan segera Zaleha mencedokkan nasi kedalam pinggan Mazlan dan menuang air.

Kalau nak ikutkan undang undang Ayah Long, selagi suami belum habis makan, minum air pun tak boleh. Suami first!

“Kak. Mmm. Daging apa ni? Kambing ke? Sedapnya. Mmm. Takkan lembu. Lain rasanya ni”

Tiba tiba Asmah ketawa terbahak bahak. Berkerut dahi Zaleha dan mengerling Asmah

“Sedap sangat ke? Saya belum rasa lagi. Maklumlah, suami kan kena makan dulu. Manalah saya tahu”

“Mmm. Alah, bila saya dah habis makan, kakak makan lah dengan Zaleha k. Jangan lupa kemaskan meja ni. Mmm. Sedap sangat daging ni kak. Mmm”

“Mazlan. Kalau awak nak tahu. Daging yang awak makan tu daging Ayah Long lah”

Serta merta Kak Asmah ketawa mengilai ngilai sambil menepuk nepuk pehanya. Tersedak Mazlan di buatnya! Sisa sisa makanan dalam mulutnya tersembur keluar. Terpinga pinga dia melihat Asmah ketawa mengilai ngilai gitu.

“Kak. Apa kakak berbual ni? Dah gila ke?”

Dengan pantas Asmah berdiri.

“Kau tunggu situ ye Mazlan” kata Asmah sebelum bangkit dan masuk ke dapur.

Mazlan dan Zaleha saling berpandangan. Zaleha hampir ketawa tapi ditahannya. Muka Mazlan pula merah membahang.

Tak lama kemudian, Asmah keluar dari dapur. Alangkah terperanjatnya Mazlan apabila ternampak kepala Ayah Long di tangan kanan Asmah. Segumpal rambut digenggam oleh Asmah. Kepala Ayah Long diangkat tinggi supaya dapat dilihat jelas oleh Mazlan. Termuntah Mazlan dibuatnya

“Ha. Percaya tak? Percaya tak Mazlan? Yang kau makan tu daging si Ayah Long ni. Tak guna punya suami. Semua aku kena buat! Dia senang senang mengangkang depan TV. Perintah sana. Perintah sini! Korang ingat aku ni apa? Babu?”

Asmah mengeluarkan parang yang tersembunyi di belakangnya. Dengan mata terbeliak, dia mara ke hadapan dengan perlahan. Bibirnya digetap, marah betul Asmah ni.

Mazlan yang tadi kemarahan telah bertukar menjadi ketakutan. Mukanya pucat. Jantungnya berdegup pantas bagai nak tercabut. Dia berkalih, dengan niat untuk melarikan diri. Alangkah terperanjatnya dia apabila dia ternampak Zaleha sudah berdiri tegak di muka pintu, menggengam sebilah kapak yang besar…

…dan si saat itu lah, Mazlan pun pengsan.

30 min kemudian.

Kelopak mata Mazlan terbuka perlahan lahan. Terkebil kebil lelaki itu apabila ternampak Asmah dan Zaleha sedang menjamu selera. Berborak mesra. Ketawa riang ria.

“Zaleha! Kenapa makan dulu? Sepatutnya tunggu abang pergi duduk ruang tamu dulu baru awak mula makan! Itupun lepas buatkan kopi untuk abang. Mana Ayah Long ni? Saya nak suruh dia ceramahkan awak sikit tu”

“Awak ni. Pergi lah talipon dia sendiri!” balas Zaleha dengan lantang. Kemudian dia dan Asmah ketawa terbahak bahak.

Dahi Mazlan berkerut. Dia tahu telefon bimbitnya dalam kocek baju kemeja. Tetapi apabila dia nak mencapai telefon bimbitnya, dia terasa pelik. Dia menoleh ke kanan. Terbeliak matanya apabila dia sedar tangannya sudah pun kodong, dipotong dari paras bahu.

“Arghhhhhhhhh! Mana tangan aku! Arghh! Arghh!”

Mazlan menoleh ke kiri pula. Sama juga dengan tangan kiri. Dia cuba berdiri, masa tulah baru dia sedar kedua dua kakinya juga telah dipotong.

“Leha! Leha! Tolong abang. Mana kaki dengan tangan abang! Leha Leha!”

Terbahak bahak Zaleha dan Asmah ketawa.

“Abang nak tangan abang buat apa? Bukan abang buat kerja rumah pun. Semua saya yang kena buat! Kaki dengan tangan abang tu ada dalam aisbok. Kita nak masak sop nanti. Kasi kawan- kawan abang yang tak guna tu makan!”

“Sudah lah tu Zaleha. Bnuh je dua. Masukkan dalam peti ais tu dengan Ayah Long. Diorang kan banyak benda nak bincang tu”

Zaleha dan Asmah ketawa mengilai ngilai dengan lantang, seolah olah kena loteri. Zaleha bangkit dan mengangkat kapak yang dah berlumuran drah. Perlahan lahan dia berjalan ke arah Mazlan yang sedang menggeletar ketakutan itu. Mazlan menjerit macam orang gila apabila Zaleha mengangkat kapak itu dengan tinggi.

Tak lama kemudian, wajahnya bertentangan dengan wajah Ayah Long…… dalam aisbok!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber :  Hafiz Aziz via edisimedia