“Lepas Adik Berkhatan, Aku Teman Dia Tidur” Aku perasan ada perempuan tenung jer bawah dia, aku dah mula pelik

Foto sekadar hiasan

Part 1: Lembaga Hitam

Bismillah. Terima kasih admin kalau post saya ni disiarkan.

Saya nak kongsi cerita macam mana saya mula jadi seorang yang “nampak”. Boleh panggil saya Pajo je. By the way, saya perempuan awal 20 an.

Masa kecil dulu saya jenis berani sebab tak pernah nampak hantu atau senang cerita tak pernah tengok cerita hantu.

Jadi bila abang saya minta teman ke bilik air pon saya rasa abang saya ni penakut dan pelik. Yelah kan, pergi buang air pon nak berteman. Hehe.

Cerita bermula apabila saya masuk ke sekolah menengah masa nak ambil PMR tingkatan 3. Saya jenis suka belajar sendiri dalam bilik. Rumah saya jenis rumah 2 tingkat. Bilik saya di tingkat atas.

Saya mula belajar selepas isyak, saya diganggu dengan lembaga besar hitam di belakang pintu bilik. Dia tak kacau, dia cuma tengok saya je. Saya cuma buat tak tahu. Bila buat tak tahu, dia ajak geng dia datang. Main atas katil saya.

Katil saya ni jenis kayu, jadi kalau ade yang melompat dari kepala katil ke atas katil memang sangat sangat perasan la kan katil tu bergoyang teruk. Tapi still saya tak takut.

Lama lama diaorang dok main kat katil tu, saya rasa terganggu, jadi saya buat keputusan untuk bawak buku dan duduk di tempat “budak perempuan” tu lompat. Tiba tiba senyap. Takde lagi goyang.

Saya teruskan study dengan bersandar di dinding katil tersebut. Saya bawak sekali buku buku letak kat sebelah tempat saya duduk.

“Budak perempuan” tu terus duduk atas buku saya dan tengok sekali ape yang saya sedang baca.

Saya agak terkejut sebab dia buat macam tu. Jadi saya ambil keputusan untuk tegur dia.

“Kalau nak belajar sama, jangan duduk atas buku, turun”, saya beri arahan padanya. Terus dia hilang dari pandangan saya.

Esoknya saya cerita pada ibu dan ustazah saya, mereka menegur saya supaya jangan berbicara dengan ape yang saya nampak tu. Mulai dari hari tu, kalau saya ternampak apa apa, saya cuma akan diam sahaja.

Semakin lama, saya perasan saya selalu “ternampak” mereka di mana mana sehinggakan dalam kereta orang pon saya pernah nampak gula gula putih duduk si seat belakang masa selisih kereta dengan saya.

Ada jugak saya nampak jelmaan ibu di tangga dalam rumah saya bermain tisu dari atas layangkan ke bawah sedangkan ibu saya kerja.

Haha, meremang bulu roma. Saya cerita semua yang saya nampak pada ibu, ibu mula cari orang untuk ubati saya. Ada salah seorang tu tukang ubat dari Indonesia. Dia beritahu saya dapat anugerah dari kecil sebab tu boleh nampak.

Saya pulak jenis tak percaya pada tukang ubat ghaib ni. Jadi saya diamkan sahaja. Bukan seorang yang cuba ubati saya, tapi ramai sampaikan saya fed up. Saya stress sendiri sebab saya rasa semua tukang ubat ni fake!

Satu hari, saya duduk duduk di rumah opah saya. Saya teringat 1 benda. Seperti layar wayang sedang berlangsung depan mata.

Untuk makluman, dulu sebelum pindah ke rumah taman 2 tingkat tu, saya satu keluarga menumpang di rumah opah.

Saya teringat first time dalam hidup saya yang saya mula nampak benda benda pelik ni masa umur saya 4 ke 5 tahun macam tu. Setiap pukul 2 pagi saya akan “dikejutkan” dan “dibawa” keluar dari bilik naik ke atas rumah opah.

Saya akan dengan sendirinya buka tingkap rumah tu dan tengok “show” puteri dan putera cantik dan hensem sangat. Hari hari saya akan dikejutkan untuk tengok mereka turun dari langit tapi tak jejak tanah.

Mereka terapung sambil menari. Dari jam 2 pagi sehingga 4 pagi saya akan tengok mereka menari. Jam 4 pagi dengan sendirinya saya akan tutup tingkap dan masuk bilik saya semula.

Lepas teringat, saya terus bagitahu ibu. Saya cerita apa yang saya nampak dan berlaku masa tu. Saya siap tanya, ibu tak perasan ke setiap pagi saya akan lalu depan bilik ibu untuk tengok show.

Ibu jawab ibu pernah dengar tapak kaki tapi tak sangka itu saya.

Jadi dari situ saya sedar saya boleh nampak makhluk selain dari manusia ni. Hehe. Macam panjang pulak taip, saya stop dulu lah ye.

Banyak lagi kisah saya dan makhluk ni lagi lagi selepas saya melanjutkan pelajaran. Kalau ada yang nak saya sambung in shaa Allah saya akan sambung…

Part 2: Lembaga Hitam

Bismillah. Alhamdulillah terima kasih admin post cerita saya sebelum ni. Saya baca semua komen. Ada yang kecam dongeng dan rekaan, ada yang minta sambung, ada yang suruh berubat. Saya senyum saja. Hehe.

Semua tu ada jawapan sendiri. Dah lama sahabat saya suruh saya tulis cerita saya kat FS tapi saya lebih pilih untuk disini sahaja atas sebab tertentu. Ade komen yang kata “hanya hantu boleh melihat hantu”. Yes, saya tak nafikan. Memang betul pun ape yang tuan katakan.

Ade jugak kata memang anugerah sebab dari 4 tahun dah boleh nampak. Semua yang tuan puan kata tu betul. Haha malas nak menafikan. Malas nak gaduh pasal hantu pulak. Haha. Benda ni bukan anugerah bagi saya.

Bila dah masuk umur 22 baru saya tahu yang benda ni terjadi dari saya bayi rupanya. Tapi nanti lah saya cerita part umur 22 tu.. hehe.

Ade yang cakap ni cerita dongeng rekaan semata mata. Dulu pon saya fikir perkara yang sama. Tapi sebenarnya benda ni memang real depan mata. Nak menyakinkan orang jadi satu kerja pulak. Ikut tuan nak percaya ke tidak. Tiada paksaan. Hehe

Saya nak sambung cerita. Tapi sebelum tu saya minta maaf, saya tak pandai nak bercerita dengan teratur. Yang mana saya teringat saya akan cerita. Apa yang saya cerita ni semua berdasarkan pengalaman saya saja tau.

Masa umur 9 tahun tak silap, masih duduk rumah opah. Saya ada adik lelaki, saya namakan dia Najo, masa tu umur dia 6 tahun, dia berkhatan. Bila berkhatan ni tahu tahu jelah kan, terbaring tak buat apa apa.

Tengok tv 24jam. Makan dihantar disuap. Bukan jeles okay.Okay saya teruskan. Dulu ibu selalu pesan, jangan tidur dekat laluan orang. Tak baik. Saya tak percaya benda ni masa kecil kecil dulu sebab tak faham kenapa tak boleh tidur di laluan orang.

Ada satu malam tu entah macam mana ibu saya terlupa nak alihkan adik dari tempat dia baring tu. Siang siang ibu letakkan dia atas kerusi malas depan tangga tepi dinding, pandai pandailah korang bayangkan ye.

Jadi sampai ke malam dia tidur kat kerusi tu depan tangga dalam rumah opah ni. Saya tidur di ruang tamu berdekatan dengan adik saya ni, malam tu saya terjaga jam 1 lebih saya ternampak perempuan badan lubang ade uulat jatuh jatuh dari lubang badan dia tu.

Muka dia pulak ni korang bayangkan ye, ade lumpur keras kat muka tu dengan drah pekat hanyir mengalir disebalik luka kat muka dia ditambah lagi pasir tanah yang melekat kat dar rah tu.

Tapi masa tu saya tak tahu tu hantu. Jadi saya terjaga, saya tengok saja perempuan tu tengok anuuu adik saya.

Mungkin sebab ada drah tu yang dia minat tu. Adik saya ni rupanya dia pon sedar masatu cuma dia tak cerita esoknya.

Esoknya dia demam panas tapi ibu fikir dia demam sebab berkhatan saja. Adik saya masuk sekolah menengah baru dia bercerita ape yang jadi pada dia masa dia berkhatan dulu.

Sebelum dia terangkan ciri ciri hantu tu pada ibu, saya siap boleh teka lagi dan semua yang saya katakan betul dan sama dengan yang dia nampak. Hehe.

Ni cerita masa saya masuk tingkatan 3. Ade kem ibadah. Korang pon mesti pernah join kan? Yang ade program nangis nangis cakap pasal ibu ayah tu, yang kena tunduk tunduk tutup mata bayangkan ibu ayah mening gal la sedih la.

Saya masa tu rasa takde buat dosa kat ibu ayah jadinya bila kena part nangis nangis tu saya tak join diorang tutup mata nangis.

Saya tunduk jugak tapi sambil tengok sekeliling. Tengok kawan kawan saya nangis. Dalam hati cakap apalah nangis beria sangat, mesti banyak buat dosa kat mak bapak diorang ni. Jangan kecam tau.

Masa ni saya masih kecik so fikiran pon tak matang. Masa saya tengok sekeliling tu, saya ternampak ade gula-gula putih kat luar tingkap sebelah surau.

Dia diri saja tengok kitorang yang tengah nangis-nangis ni. cuba teka ape jadi 10 minit lepas tu? Hahaha. Tiba tiba ade sorang budak perempuan ni angkat kepala dia tengok ke arah gula-gula putih tu terus histe ria. Kecoh kejaplah satu surau tu malam tu.

Padan muka abang akak fasi. Sape suruh buat program sedih sedih. Pandai pandailah diorang settle. Kami yang lain masuk balik kelas untuk baca yasin dan tidur.

Next ni masa saya masuk matrik. Masa ni saya dah mula faham diorang ni jenis yang macam mana. Bila saya pergi tempat baru, saya akan fobia. Sebab setiap tempat ada yang “jaga”.

Cara diaorang nak berkenalan dengan saya sebagai orang baru ni, diorang akan kerjakan saya cukup-cukup.

Saya dapat tawaran sambung belajar kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan lepas habis SPM. Saya dapat asrama blok C4.

Yang pernah pergi sana memang tahu lah macam mana hutan dia, macam mana tinggi nak balik asrama tu, dengan jalan gelap lagi kalau lampu susur gajah tu rosak. Haha.

Masa tu jugak ade viral pasal akak karipap baju merah. meremang lagi. Minggu ke dua saya kat sana dah habis dah minggu orientasi. Dah mula minggu belajar pulak.

Malam tu saya tidur awal sebab saya memang jenis tidur lepas isyak dan study lepas tahajud. Roommate saya masih study, dan ada yang keluar ke cafe.

Saya ade terjaga malam tu mungkin jam 2 pagi. Saya rasa dada saya berat. Saya ternampak baju merah atas badan saya. Omaigadddddd saya kena tindih ke. Sekali tengok dengan rambut-rambut akak karipap tu kena kat muka saya.

Saya cuba capai tangan roommate saya untuk minta bantuan, cuma hujung jari saja boleh gerak. Nak bercakap pon tak keluar suara. Nangis weh masatu. Sumpah nangis taktahu nak buat ape.

And know what? Saya masih tak boleh tidur pejam mata buat buat tidur pon tak boleh. Sebelah katil roommate saya ni saya nampak ade 3 orang sami botak pakai baju kuning. Sorang tu tinggi badan besar, sorang lagi tu kurus sederhana tinggi, yang last tu kecik gemuk.

Diorang perhatikan saja saya kena tindih dengan akak karipap. Betul-betul korang kerjakan aku ye demi untuk sebuah “perkenalan”?. Sampai saya letih baru saya tertidur. Esoknya satu badan sakit. Saya mengadu pada roommate.

Saya bagitahu keadaan saya jenis yang macam mana boleh nampak ape semua. Mereka faham Alhamdulillah. Mereka lah yang selalu jaga saya teman saya sebab masa ni saya dah tahu mereka tu hantu yang jahat. Hahahaha

Last cerita untuk part kalini, penat pulak taip panjang-panjang. Haha. Nanti kalau korang minta sambung, saya sambung lagi.

Part 3: Lembaga Hitam

Bismillah. Terima kasih yang komen yang suka dengan cerita Pajo. Pajo sangat appreciate dengan penghargaan kalian. Rasa hilang penat menaip panjang-panjang bila dapat komen positif.

Maaf jugak banyak haha hehe huhu. Kalau cerita berdepan dengan Pajo, Pajo memang suka gelak sakan sambil bercerita. Mungkin dah terbiasa. Pajo akan lebih seriuslah kali ni. Hahahahaha just kidding!

Yang tanya siapa makcik karipap, Pajo tengok ramai tolong jawab, jadi Pajo teruskan ke cerita lain ye.

Mungkin ni last cerita sebab suami Pajo dah tak kasi menulis pengalaman Pajo lagi asbab “benda” tu datang balik tunjukkan diri dia kat Pajo. “Benda” tu memang akan datang kalau kita bercerita pasal diorang.

Haaaa ni take note ye untuk yang taktahu. Pajo dah lama tak nampak diorang. Rasanya dalam setahun lebih dah tak nampak. Ni cerita balik pengalaman dulu, diorang tunjuk diri pulak. Hmm, suami dah tegur tak kasi sambung lagi. Ni kira last lah ye Pajo bercerita.

Lepas matrik, Pajo masuk UiTM Lendu Melaka. Yang tahu keunikkan dan kehantuan UiTM tu boleh share jugak pengalaman kalian kat komen. Boleh Pajo baca sekali. Mana tahu kita pernah jumpa “benda” yang sama.

Semester 1, Pajo dapat kolej Tun Ali. Tun Ali ni kira kolej baru dan untuk student baru. Pajo suka bangun sebelum subuh untuk tahajud.

Biasanya Pajo bangun pukul 4.30pagi untuk mandi bersihkan diri dan mula mencari cinta Sang Pencipta. Alhamdulillah Pajo masih berani walaupun tandas nun jauh di hujung bangunan berdekatan hutan.

Pagi tu, Pajo agak terlewat bangun sebab Pajo stay up siapkan assignment. Pajo tersedar kul 5.15pagi. bergegas ambil bakul alat mandian terus berlari ke bilik air di hujung bangunan.

Pajo sorang lagi pagi tu seperti kebiasaan. Sampai saja depan pintu tandas, Pajo “ditegur”. “Lambat bangun harini?”, pelik kedengaran soalan sang ponti.

Terkejut sekejap sebab “dia” tak pernah tegur Pajo sebelum ni. Selalunya dia cuma tengok saja Pajo bangun pagi buat rutin harian Pajo.

Kadang tu dia perhati saja Pajo berus gigi depan sinki cermin besar dalam tandas tu. Perhati tanpa suara. Tapi kalini dia tegur Pajo. Okay. Diamkan saja tanpa balas apa-apa. Teruskan mandi dan berlari ke bilik untuk tunaikan solat sunat.

Selesai solat, Pajo kembali ke bilik air untuk ambil wuduk solat subuh pula, “dia” dah tak tegur. Cuma melihat seperti kebiasaan tanpa suara. Itu lah sekali cik ponti tegur Pajo asbab lambat bangun tahajud.

Mungkin dah menjadi kebiasaan dia tunggu Pajo. Jam 4.30 pagi mesti Pajo dah sampai bilik mandi, tapi hari tu “dia” mungkin penat tunggu Pajo lama sangat bangun untuk tahajjud sebab tu dia tegur Pajo. Hahahahahahha

Setiap sem ada saja cerita pasal “benda” ni sampaikan roommate Pajo pon dah tahu perangai Pajo bila Pajo diam tiba tiba mesti ada sesuatu yang Pajo nampak.

Pajo terus ke sem 5 ye. Sem 5 Pajo tak duduk kolej. Pajo duduk rumah keluarga angkat di Padang Sebang. Ulang alik ke UiTM dalam 15min perjalanan. Rumah keluarga angkat Pajo ni ade 3 bilik kat ruangan bawah dan 1 bilik di loteng atas.

Bilik atas ni dah lama tak digunakan dan jarang masuk. Sejak Pajo tumpang di rumah tu baru bilik tu digunakan sepenuhnya. Pajo duduk di bilik atas tu dengan sahabat Pajo nama dia Pira. Ni kira rumah keluarga Pira lah.

Bilik atas ni ada jam dinding besar yang bunyi “ding dong ding dong”, tahu tak? Yang ade gerak-gerak ke kiri ke kanan tu. Ni jam lama. Memang disimpan dalam loteng atas. Dengan lagi satu ade box besar macam peti harta karun. Pajo pon tak tahu ape isi dalam tu.

Satu malam tu Pajo tengah belek-belek telefon tengok whatsapp tengok facebook, dalam keadaan gelap disinari lampu jalan oren tu, Pajo ternampak nenek kebayan duduk atas box tu.

Rambut dia panjang dan tebal. Rambut dia warna putih sampai ke lantai. Tapi rambut tu diikat lah. Tak mengerbang macam nenek kebayan yang kita biasa dengar tu.

Dalam masa yang sama jam dinding lama tu berbunyi sedangkan takde bateri dalamnya. Allah. Masa ni memang dah lemah sangat rasa. Tapi cuba jugak kuatkan semangat sebab Pajo sorang sorang dalam bilik atas tu. Si Pira belum naik atas lagi waktu tu.

Tak lama lepas tu, Pajo nampak seorang perempuan cantik sangat sangat. Rambut dia hitam pekat. Rambut dia cantik sangat berkilat.

Muka dia bersih, bibir dia merah memang cantik. Sekali pandang memang teringat dekat puteri yang Pajo pernah jumpa masa kecil-kecil dulu.

Dia duduk bersimpuh kat lantai bawah dan letakkan tangan berserta dagu kat peha nenek kebayan tadi. Nenek tu tengok saja Pajo.

Masa ni tangan dah call nombor Pira minta dia naik atas sekarang sebab rasa dalaman dah tak kuat. Pira naik dia main langgar saja nenek dengan perempuan cantik depan pintu tu. Yelah kan, Pira mana boleh nampak ape yang Pajo nampak.

Pira datang peluk Pajo. Bacakan beberapa surah lazim bagi kuat balik semangat Pajo. Bila dah kuat tu Pajo tidur. Nenek dengan perempuan cantik tu still duduk depan pintu sampai hampir subuh.

Masa ni, Pajo ade kenal sorang ustaz. Dia yang bantu Pajo untuk buang semua yang ada pada Pajo. Ustaz ni bagitahu, nenek kebayan yang Pajo jumpa tu bidan paling tinggi. Dia nak bagi ilmu dia pada Pajo.

Kalau Pajo terima ilmu nenek tu, Pajo boleh urut orang bersalin, urut bayi songsang dalam perut, boleh sambut bayi, boleh urut orang dengan hujung jari tanpa guna tenaga.

Ustaz kata kalau terima memang akan famous. Boleh kaya. Hahahaha syukurlah Pajo bukan mata berlian bak kata suami. Pajo ni mata syiling saja. Jadi tak ambil port sangat pasal kekayaan yang nenek tu tawarkan.

Ustaz ajar cara bantu diri sendiri untuk elakkan diorang senang-senang datang jumpa Pajo.

1) Banyakkan istighfar.

2) Selawat.

3) Kalimah tauhid.

Pajo tambah sendiri dengan buat solat sunat taubat setiap hari sebelum tidur. Setiap kali rasa tak sedap badan dan mula nampak-nampak, Pajo lebihkan sikit solat taubat tu. Memang berkesan sangat.

Yelah kan, kita ni hari-hari buat dosa tapi malas nak solat sunat taubat.. salam takziah pada hati yang telah mati.

Pajo kawen umur 24, first time nampak kat dapur rumah mertua masa nak bangun tahajud, besar memang terkejut.

Rupanya mak mertua Pajo kata tu nenek moyang punya. Datuk datuk dulu tukang ubat. Ohh no wonder lah. Tapi lepas tu dah tak nampak dah. Pajo anggap saja tu “salam perkenalan” buat orang baru dalam rumah ni.

Suami Pajo banyak bantu Pajo hilangkan rasa takut bila hilang semangat. Setiap kali rasa tak sedap badan, dia yang akan bacakan surah lazim kat telinga sampai Pajo tertidur.

Alhamdulillah dah tak nampak lagi. Cuma sejak cerita pasal pengalaman lembaga hitam dari part I ni, “benda” tu muncul balik.

Malam tadi saja dia terapung atas badan ni haaa dengan rambut dia haihh. Alahai lahhh. Sebab tu suami dah tak kasi cerita episod panjang panjang lagi. Habiskan sekali terus supaya pembaca tak tertanya tanya.

Pasal putera puteri tu memang part tu saja Pajo jumpa selama 2 tahun berturut tu memang hari hari diorang akan kejut Pajo pukul 2 pagi. Macam mana Pajo tahu pukul 2 pagi? Sebab keluar bilik memang nampak jam terus kat dinding ruang tamu.

Lepastu dia bawak Pajo naik atas, diorang akan gerakkan Pajo untuk buka tingkap nako tu, bertenggek atas kerusi sambil tengok diorang turun dari langit buat show menari sampai pukul 4 pagi.

Pakaian diorang cantik. Ade effect shining and flowy. Diorang memang takde jejak tanah dan takkan pernah jejak tanah.

Ape lagi ek nak cerita yang best. Haaaaaa satu lagi… Suami Pajo kerja hospital. Pajo rajin ikut. Ade satu hari tu Pajo nampak budak kecik main kat syiling atas. Terbalik. Macam juon tu. Tapi Pajo buat tak nampak saja sebab tak nak nanti dia ajak Pajo main.

Pernah jugak suami video call, Pajo nampak kat hospital tu ade perempuan rambut panjang merangkak kat syiling atas dalam keadaan terbalik. Muka dia biru pucat. Rupanya memang ada kes kat aras tu.

Takpelah diorang pun makhluk Allah jugak. Cuma nasihat Pajo jangan pernah bercakap dengan diorang sebab diorang akan rasa korang concern pasal diorang. Nanti nak lepaskan diri dari diorang susah sangat.

Allah, lupa lagi satu part. Pajo ade cakap kan yang benda ni jadi dari Pajo bayi? Ustaz bagitahu, yang selama ni Pajo boleh tengok boleh nampak semua tu sebab jeng jeng jeng. Hahahahaha jangan serius sangat baca tu. Senyum sikit. Ngeeeeee…

Ustaz ada tanya ibu Pajo masa Pajo pertama kali berubat dengan ustaz tu. Dia tanya ape yang ibu Pajo buat masa Pajo masih bayi.

Ibu cakap takde buat apa-apa pon pada Pajo. Ibu cuma cerita masa bayi Pajo kuat nangis. Jadi ibu Pajo bawak Pajo jumpa sorang atuk ni kat sebelah rumah opah.

Atuk ni cakap, lepasni kalau Pajo nangis, sebut saja nama atuk tu. Yes memang betul, setiap kali Pajo nangis masa bayi, bila ibu Pajo sebut saja nama atuk tu, Pajo akan berhenti nangis.

Ustaz tu suruh jumpa balik atuk tu minta atuk tu ambil balik apa yang dia bagi kat Pajo. Tapi tak boleh buat ape sebab atuk tu dah meninggal masa Pajo umur 4 tahun tak silap.

Jadi rasanya dah terjawab kot semua soalan pembaca. Mohon maaf ye kalau ada terkurang atau tersilap dari Pajo dalam penulisan ni.

Kalau ada soalan di komen mungkin Pajo akan cerita lagi cuma untuk sekadar jawab dan bukan tambah cerita pengalaman hantu yang baru.

Mohon doa para pembaca juga untuk doakan Pajo dan suami diberikan rezeki zuriat yg sempurna tubuh badan, akal dan fikiran. Soleh dan solehah. Mana tahu ada doa dari kalian yang Allah kabulkan doa nya.

Pajo doakan kalian diberikan kesihatan yang baik dan bahagia sehingga ke syurga.

Terima kasih sudi baca cerita pengalaman Pajo.

Salam sayang..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Pajo (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia