“Maafkan Kami Mak, Kami Tak Nak Jadi anak Derhaka” Suka bandingkan anak2, bila sakit dia canang satu kampung yang kita tak nak jaga

Foto sekadar hiasan. 

Dari dulu hingga sekarang, mesti ada kisah tular mengenai anak derhaka yang tidak pedulikan ibu bapa yang sering kita dengar. lebih-lebih lagi di zaman sekarang yang hidup netizen kebanyakkan masa dihabiskan di akaun media-media sosial mereka. Saban hari mesti ada kisah-kisah viral yang buat netizen memberikan pandangan mereka tersendiri.

Walau apapun, adalah satu Dosa besar jika kita buat mak sedih hingga jatuhkan air matanya. Jom baca mengenai perkongsian ini.

Tapi tak semua orang bertuah punya mak yang baik, yang akan selalu mendoakan kebahagiaan anak-anaknya. Jika orang tengok keluarga kami pada dasarnya, semuanya indah. Aku tetap bersyukur lahir dalam keluarga ini. Ada abah dan mak yang bertanggungjawab, yang bela dan sediakan keperluan kami secukupnya.

Abah aku seorang kakitangan kerajaan manakala mak jual nasi lemak bagi membantu abah. Aku pula anak ke 3 dari 4 orang adik beradik. Kami berempat membesar dengan pendidikan yang sempurna, mendapat pekerjaan dan sudah berkahwin. Abah mennggal semasa umurku 23tahun.

Dari kecil memang dah cukup masak dengan sikap mak. Seorang yang tegas, garang dan tidak ada seorang pon yang boleh tegur kesilapan dia. Selalu juga gaduh dengan jiran-jiran. Puncanya suka bawa mulut cerita orang. Namun masa kecil, tak ambil pusing sangat hal-hal orang tua.

Dari kecil mak suka bandingkan anak-anak. Anak yang pandai, mak akan cakap anak mak. Yang kurang pandai macam aku selalu jadi anak abah. Mak paling sayang kakak sebab masa kecil kakak pandai dan comel. Aku yang agak gempal ni selalu saja makan hati.

Mak pula seorang yang suka bercakap tanpa pedulikan hati sesiapa. Dan mak juga tidak suka komunikasi dua hala. Maksudnya, mak takkan mahu ambil tahu apa perasaan kita. Yang mak selalu pesan, anak-anak kena jaga hati mak sebab mak yang lahirkan anak.

Setelah kem4tian abah, mak jaga anak-anak aku dan berhenti jual nasi lemak. Sikap mak yang kurang enak sebelum ni aku tak ambil pusing sangat sebab masih ada sikap mak yang baik. Selama jaga anak-anak aku, semuanya terurus dari segi makan dan pakai macam kami kecil-kecil juga.

Cuma dari segi emosi, memang stress sebab mak bandingkan pula dengan anak-anak kakak aku. Katanya anak aku tak comel la. Tak pandai la. Macam-macam lagi la. Kadang-kadang suami pon naik geram dengan apa yang mak cakap.

Rezeki aku dan suami, dapat naik pangkat setelah anak ke 3. Allah buka pintu rezeki dan kedudukan kewangan kami lebih baik dari kakak. Mak tak puas hati bila tengok aku lagi senang dari kakak. Suami aku pula lebih rajin dan penyayang dari suami kakak. Mak suka benar bandingkan kami.

Bagaimanapun, aku dan kakak tak pernah ada masalah. Tak pula kami irihati sesama kami. Satu hari mak jatuh sakit (lumpuh). Kami ber4 bergilir-gilir jaga mak. Menantu pon, alhamdulillah semua ikhlas jaga mak. Tapi, sikap mak makin menjadi-jadi. Mak macam langsung tak redho dengan sakit yang menimpanya.

Macam-macam yang kami kena hadap masa jaga mak. Asyik meng4muk, semua tak kena dimatanya. Sampai dia salahkan Tuhan sebab bagi dia lumpuh. Hari-hari nak bvnvh diri. Nauzubillah. Bukannya tak pandai agama, tapi entahlah mungkin tertekan masa tu. Aku dan kakak yang banyak jaga mak masa sakit.

Bila mak dah mula boleh jalan, kami ingat mak akan berubah. Namun mak tetap sama. Suka bercakap yang kurang enak dengan anak menantu, dengan jiran dan dengan siapa saja. Bila cakap hanya dia saja yang betul. Mak juga suka bangga dengan duit yang dia ada. Amat ketara selepas sakit.

Padahal duit yang ada adalah dari pencen abah. Segala harta yang abah tinggal semuanya kami pindah ke nama mak. Kalau tak, bising dibuatnya. Cuma duit insurans abah saja mak bagi kami. Sekarang ni mak selalu fikir kami anak-anak tak sayang dia.

Mak set dalam fikiran dia, anak-anak tak mahu bela dia sebab dia s4kit. Dia buat pula macam dalam drama-drama anak derh4ka. Mak tinggal sorang dirumahnya. Bila kami ajak tinggal dengan kami, dia taknak. Bila bawa makanan dia taknak makan.

Sangat cerewet, sudahla taknak makan, complaint pula macam-macam. Semuanya tak kena. Lepas tu cerita pula pada jiran-jiran yang kami tak ambil kisah hal dia. Mak lansung tak pernah hargai apa yang anak-anak buat untuknya. Terima kasih jauh sekali.

Namun sampai saat ini, anak-anak semua masih sayangkan mak. Katalah apapun, kami tetap balik jenguk mak. Call je minta apapun, kami tetap akan usahakan. M4ki lah apapun, kami tetap sayang mak. Sehingga kini mak masih macam tu. Tersilap cakap, sentap dan mula doa yang tak elok untuk kami.

Buat para ibu yang membaca coretan ini, janganla status ibu itu buat kita jauh dari anak-anak. Hormatlah perasaan anak-anak, hargailah mereka. Selagi anak-anak hidup berlandaskan agama maka bersyukurlah.

Terimalah teguran dari sesiapapun kerana selagi ada yang tegur, maka kita dapat betulkan apa yang salah pada diri kita. Sentiasalah doa yang terbaik buat anak-anak kita. Jika kita mahu disayangi maka kita perlu menyayangi semua orang. 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Melati (Bukan nama sebenar) via arenagempak