“Macam2 Adik Adu Tentang Abah, Kerana Cemburu Tergamak Adik” Lepas dia luahkan segalanya, cepat2 aku blok

 

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berikan nama Mariam untuk mewakili diri saya, kerana saya sangat sukakan perwatakkan mariam ibu Nabi Isa.

Semestinya nama samaran bagi mengelakkan diri dikenali oleh kenalan yang membaca luahan ini.

Saya anak sulung, ibu abah berkahwin awal, ibu bersalinkan saya ketika usia 18 tahun, menjadi anak sulung kepada ibu abah yang berdrah muda bukan senang.

Masih saya ingat abah merendam muka saya didalam penuh nya baldi air berkali kali, ibu yang kerap memaki hamun dengan perkataan bdoh.

Jarak umur saya dan adik saya adalah 10 tahun. Semasa sekolah rendah kawan kawan kerap mengejek dan mengatakan saya anak emas.

Apabila saya berusia 10tahun, ibu disahkan mengandung, saya manusia paling gembira. Semasa ibu dalam pantang, sayalah yang bertungkus lumus membantu ibu kerana rasa berterima kasih memberikan saya adik.

Tapi, sejak memiliki adik, kemarahan ibu abah semakin teruk. Saya menjadi mngsa makian setiap hari. Dan adik ditatang penuh oleh ibu abah.

Apapun jadi, saya tidak pernah menyimpan dendam pada ibu abah. Saya sedar, ibu abah masih muda semasa menerima saya. Dan apabila hadirnya adik, ibu abah sudah matang, semestinya segala kemarahan ibu abah akan lempar kepada saya bukannya adik.

Selepas SPM, (saya 18 tahun, adik 8 tahun) saya buang niat untuk sambung belajar walaupun memiliki keputusan yang baik, saya terus bekerja dikedai runcit dikampung, untuk membantu ibu abah.

Saya kesiankan mereka, bil air dan elektrik sentiasa tertunggak. Pengutip hutang perabut pun selalu mengejar mereka. Saya bekorban untuk keluarga. Ibu abah tak membantah kerana keluarga kami memang memiliki masalah duit.

Usia saya 23 tahun, adik 13 tahun, gaji saya RM900, adik diasrama swasta di negeri sama dengan rumah kami. Walaupun ada masalah kewangan, ibu abah sanggup masukkan adik ke sekolah swasta demi nak adik berjaya.

Mata saya menyaksikan betapa susahnya ibu abah setiap kali perlu menyelesaikan yuran dan keperluan asrama swasta. Saya sangat stress kerana merasakan diri tak berguna tidak mampu membantu apa apa.

Dikusutkan pula dengan adik yang remaja, minta kami lawat setiap minggu dan dibawakan makanan untuk dia. Walhal duit isi minyak kereta pun saya tak ada ketika itu, apatah lagi ingin membawa makanan setiap minggu.

Usia saya 27 tahun adik 17 tahun, saya berkahwin, ikut suami merantau, meninggalkan keluarga setelah 27 tahun bersama mereka. Allhamdulillah hasil pengalaman bekerja dikedai runcit, saya mempunyai skill dalam bidang perniagaan yang luas. Saya gunakan pengalaman sehabis baik.

Perniagaan saya berkembang. Saya berangan untuk membiayai pembelajaran adik, tapi kecewa melihat keputusan SPM adik. Walhal saya pernah berpesan,

“Tugas kau belajar betul betul, kakak cari duit”.

Selepas SPM adik dirumah, setelah bertahun diasrama, memandangkan saya punyai income yang lumayan, saya berikan kepada ibu abah, saya berikan macam macam termasuk biayai percutian.

Saya nak keluarga saya rasa apa yang tak pernah mereka rasa, seperti tengok wayang, handphone canggih, baju berjenama, saya limpahkan segalanya.

2019 ; Tragedi berlaku bila abah dapat keluarkan KWSP. Abah habiskan duit KWSP dalam masa sehari untuk kereta.

Saya cukup marah, otak saya terkenang kembali kesusahan kami untuk memiliki duit, dan kenapa abah sanggup habiskan duit dalam masa sehari. Saya sangat kecewa kerana ibu abah langsung tidak memiliki simpanan.

Adik mesej mengadu, kereta baru abah dah mula rosak walaupun baru beli seminggu. Adik kata ibu abah minta dirahsiakan dari saya kerana saya masuk campur urusan kewangan mereka. Remuknya hati saya, panjang mesej saya taip untuk ibu abah tapi mereka tidak membalas.

Hari berganti hari, macam macam mesej dari adik saya terima mengadukan perihal ibu abah yang menyakitkan hati saya. Tapi walaupun saya geram dengan ibu abah, setiap minggu pasti saya melawat mereka dikampung.

Yang aneh, kalau saya pulang ke kampung, adik mesti tiada, dia balik pukul 1 pagi. Anehnya saya rasa bila ibu abah langsung tak memarahi adik.

Teringat semasa saya bekerja dikedai runcit, pulang lewat, abah mematikan semua lampu rumah tanda marahkan saya. Tetapi bila dengan adik, abah bebaskan sebab abah kata abah dah tua nak menegur.

Saya mula berasakan sesuatu yang tak sedap pada adik. Dia gemar mengadukan pelbagai perkara buruk tentang ibu abah kepada saya tetapi melalui Facebook.

Dia paling manja berpeluk dengan ibu abah, bila saya pulang ke kampung, kereta KWSP abah yang dikutuk kutuk itu digunakan untuk kemana mana.

Suatu hari, saya bergaduh lagi dengan ibu didalam group whatsapp keluarga. Saya baru membeli rumah baru, saya ajak ibu untuk datang. Disebabkan ibu merajuk, ibu mesej adik yang ibu tak nak datang, adik forward mesej kepada saya.

Saya left group, saya bukan left group kerana marah ibu merajuk dengan saya. Tetapi saya mula aneh, kenapa perkara seperti itu ibu perlu mesej kepada adik dan adik forward kepada saya, kenapa tak direct kepada saya?

Kesan left group, adik saya mengamuk, (yang bergaduhnya saya dan ibu, tetapi dia yang mengamuk) adik luah kata saya mengada dan macam macam perkara diungkit termasuk sekecil kecil perkara kalau saya balik ke kampung mengadu panas (Walhal saya mengadu panas ketika berpantang, wajar untuk saya mengeluh), adik ungkit tentang kereta pemberian saya kepada dia (walhal saya bahagia dapat membantu dia).

Adik luah segala galanya termasuk adik kata tersiksa duduk rumah bersama ibu abah dan katakan saya tak memahami kerana saya diperantauan.

Allahuakbar, adik baru 3 tahun duduk dirumah sebab selama ini diasrama. Mula mempertikaikan saya duduk diperantauan, terlupakah adik bahawa saya 27 tahun disisi ibu abah selama ni?.

Selepas menerimakan mesej luahan adik, saya diam dan blok adik. 3 bulan selepas blok, adik bertunang.

Sebenarnya semasa hubungan kami baik. Saya pesan pada adik untuk usaha mencari duit dahulu baru memikirkan pertunangan atau perkahwinan, sebab apabila bertunang tanpa ada simpanan, diri akan stress.

Rupanya, dibelakang saya, ibu minta adik merahsiakan dari saya tentang adik dirisik. Apabila waktu bertunang sudah diketahui, baru saya tahu.

Kecewanya saya ketika itu, busybody betul ke saya ni sampaikan ibu abah minta dirahsiakan dari saya. Saya risaukan adik, adik baru 19 tahun. Majlis pertunangan adik, saya hadir dan sponser kek untuk adik, berborak dengan adik seperti biasa walaupun hati bagai dihiris hiris.

Sehingga kini, antara kami berdua, saya yang memulakan perbualan dahulu. Dihari raya, saya yang mesej memohon maaf dahulu, ruangan FB dan IG saya tidak blok lagi, tapi saya tidak cuba untuk add adik. Adik pula langsung tidak memulakan apa apa usaha untuk berbaik dengan saya.

Saya tahu, adik cemburu dengan saya. Semasa saya dalam kesusahan berjuang membina kehidupan, adik diasrama, adik kembali duduk dirumah setelah habis SPM.

Ketika itu saya sudah mula berjaya, dari apa yang saya limpahkan untuk keluarga, adik cemburu, sebab itu adik lagakan saya kepada ibuabah, adik rasa rendah diri atas apa yang dia ada.

Sekarang, keluarga kami, tiada lagi group whatsapp kerana sejujurnya ia memecah belahkan. Selama ini segala kejayaan yang saya share kepada keluarga, saya ingatkan ia akan membanggakan keluarga kerana mereka drah daging. Rupanya, tidak… Ibu abah mungkin berbangga, tetapi bukan adik beradik.

Saya menyesal masuk campur hal kewangan ibu abah, saya menyesal melimpahkan pelbagai benda kepada adik kerana limpahan itu saya dituduh menunjuk.

Kakak sulung menyesal..

Reaksi warganet

Afifah Sumayyah –

Buat baik berpada pada. Ada orang iri hati padahal bila susah kakak ni lah yang menolong. Jaga hati sendiri je lah lepas ni. Buat hal sendiri je lebih baik. Semua dah besar dah ada kehidupan sendiri kan.

Noradila Ismail –

Sebab tu saya tak suka share apa apa dalam group famili. Baik famili sendiri atau famili in law. Bukan sombong. Tapi saya jaga hati. Hati sendiri dan hati orang. Takut saya terbit rasa bangga.

Kalau keluarga saya, saya tau kemampuan keluarga saya, jadi saya rasa tak manis berkongsi kenikmatan di situ. Tapi di luar saya selalu bantu semampu mungkin selagi saya mampu.

Kalau group keluarga mertua saya lebih suka mencelah apabila perlu, hal hal gurauan sahaja. Hal penting biasa saya direct kol/bersua dengan mentua. Paling penting mentua tau. Itu dah cukup. Lain lain malas nak kisah.

Shaheera Balkish –

Lantakkan jelah adik kau kaklong. Dah besar panjang dah boleh beranak dah pun.

Buat baik biasa jelah kat ibu ayah. Tu jelah. Nak beli kereta ke, nak terlungkup ke adik tu tanggungjawab kau dah habis dah. Kau dah sekolahkan dia dah elok .

Block je sosial media orang yang tak bantu sangat kita ni. Buat sakit mata dia dan risau hati kita je. So kita jangan amek tahu.

Cukup makan pakai mak ayah sudah. Adik tu pandai la dia fikir nak menyesal ke apa Z.

Anou Ni Mous –

Untuk confessor, u r great sister n a good daughter even mak ayah awak layan awak camne sekalipun awak matang. Dan Allah tetap limpahi segala ganjaran dan nikmat pada awak sehinggalah awak kongsi nikmat tersebut dengan keluarga awak.

Apa yang kite kecapi tak perlu kite cter hatta adik bradik sendri unlless die bertanya sebab ternmpk barulah bagitau. Risau ade hati yang tersakiti, ade hati yang iri lalu terjadilh sifat dengki yang merosakkn tali sillaturrahim.

Untuk adik awak, memadai awak tolong seadanya sebagai kakak agar adik awak belajar untuk matang dan belajar dari pengalaman. Jika kita tak tersaduh manakan pula diri ini belajar tentang sesuatu.

Just guide die dah cukup, tak perlu beri dan suap segalanya. Dia dah cukup dewasa. Jatuh dan bangun dia, biarlah itu pilihan dia asalkan awak dah beri nasihat dan tunjuk ajar dah memadai. Yang penting fokus pada suami awak dan anak awak..

Sorayariz Kina –

Sorry sis. Kalau dah berjaya apa apa yang sis ada tu sorokkan jelah.. Tak payah share.. Hatta keluarga sekalipun. Kita pernah tahu hati manusia sis.

Kalau adik beradik boleh dengan ikhlas tengok salah seorang berjaya mengapa nabi yusuf dibuang ke dalam sumur. Jadi sis buat biasa je..

I know u want to change ur family life, want to show that u r succeed, tapi niat baik boleh diterima buruk dari orang lain.

Bantu boleh sis, tapi jangan melampau. Sebab yang namanya melampau akan memakan diri sendiri. Apa pun saya senang sis dah berjaya.

Be wise ya sis.. Tak semua orang senang tengok kita senang. Sebab itu lah namanya manusia..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.Terima Kasih

Sumber – MARIAM (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia