“Mak Cik Tu Baru Jer Keluar Wad 2 Hari Lepas, Doktor Datang Ajar Mengucap” 6 jam lepas tu, nyawanya ditarik
Foto sekadar hiasan
Dua minggu di Jabatan Kecemasan di sebuah hospital di Lembah Klang.
Penat emosi, tenaga dan mental.
3 hari berturut turut ada patient LO (meninggal dunia). Umur baya baya mak dekat kampung yang dah berbulan bulan tak jumpa. Huhuhu.
Pesakit pertama,
Masuk kecemasan jam 1 pagi, masih dalam sedar, masih boleh bercerita.
Cuma bacaan 0xygen kurang cukup. Hanya 78%. Terpaksa pakai bantuan topeng 0xygen. Masuk branula pun masih boleh responds.
Makcik 70an muallaf, baru discharge daripada ward pembedahan dua hari lepas. Knser usus dan dah ada stoma bag. Datang sebab susah nak bernafas.
Bacaan drah makin teruk.
Bacaan vitals dah mula drop.
Team bahagian pembedahan sudah diinform. Suami dan ahli keluarga pesakit sudah di jelaskan keadaan pesakit.
Hanya kuasa Allah yang mampu mengubah.
Pagi tu, team bahagian pembedahan, Dr H datang sambil ajar patient mengucap.
Nasib menyebelahi sebab patient tengah tak ramai. Ada masa untuk berada di sebelah pesakit.
Ada masa ED tengah pecah, tak termampu untuk melihat pesakit setiap saat.
6 jam selepas tu, nyawa ditarik.
6 jam tempoh yang sekejap. Menyaksikan progression patient sampai ke nafas terakhir. Cukup sekejap. Baru aku berbual dengan dia tapi sekarang dah terbujur kaku.
Pesakit kedua,
Makcik 70-an berkain batik, dibawa masuk sudah tidak sedarkan diri. Pertama kali menyaksikan kes Brought in Dead (BID), CPR dimulakan namun peluang sangat tipis.
Akhirnya kematian menjemput.
Bila ditanya history dari waris, rupanya beliau pesakit C19 yang tengah home quarantine. Bacaan 0xygen dah mula rendah dari semalam.
Dah call ambulance semalam tapi setelah diasses 0xygen masih stabil. Hari ni 0xygen drop trus sampai 20%.
Pesakit ketiga,
Time tu shift oncall. Patient 80an – upgrade dari zon kuning ke zon merah.
Banyak c0morbidities dan bukan calon sesuai untuk diintubate (ditidurkan). Issue Death in Line dan Non active Resuscitation (DILNAR) dah dipersutujui oleh keluarga atas nasihat pakar.
Hanya menunggu masa, Patient tu C19, tiada keluarga yang dapat menemani.
Sebelum aku balik pagi tu, tengok makcik tengah tercungap cungap. Sedih dalam hati. Pergi dekat telinga ajar makcik mngucap sambil doakan kematian yang terbaik.
Trace dari member yang kerja shift pagi, patient meninggal tengahari tu tapi sempat buat video call dengan anak anak.
Apakah perasaan anak anak waktu itu?
Kematian sangat dekat, Tapi apa bekalku yang dah dibuat?
Dulu masa kecik, aku pernah pikir. Takpelah nanti time aku nak meninggal aku ucaplah shahadah. Nanti boleh masuk syurga terus. Kanak kanak betul pemikiran.
Sebab at the end kemampuan bersyahadah itu bukan pilihan kita.
Hidup kan diri dengan syahadah kerana ia bukan sekadar perkataan tapi adalah satu kesaksian yang dibuktikan dengan amal perbuatan.
Moga Allah memberi kan kematian terbaik untuk kita semua.
Moga Allah menjaga mak ayah di kampung sana.
Moga Allah sentiasa memberi peluang membuktikan syahadah kita.
Moga kematian kita kematian yang menghidupkan.
Muhasabah di Hari Asyura. Ayyash
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Ayyash (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia