“Mak Dipandang Hina Org Kampung, Ayah Pula Keluar Masuk Sebab Dadah” Sekarang semua berubah sampaikan makcik datang pinjam duit kat mak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih jika confession ni disiarkan. Tergerak hati nak tulis juga lepas baca kisah nurul yang baru disiarkan. Masa kecik2 dulu kami juga dihina kerana kemiskinan. Masa kami kecil, mak selalu dihina kerana keluarga kami sangat miskin. Yang membuatkan mak semakin dihina bila ayah kami jadi penagih ddah.
Orang kampung bila berselisih dengan kami pun jeling je. Mak sangat sabar dan diam je bila orang mengata walaupun orang tu mengata depan mak. Aku selalu tanya kenapa mak diam bila orang hina kita, hina ayah, tapi mak cakap biarlah sebab apa yang orang kata tu betul.
Ayah aku selalu keluar masuk pusat pemulihan, selalu ditangkap polis, selalu dipukul orang kampung kalau ada barang hilang dan macam2 lagi. Ayah rajin kerja tapi duit tu tak nampak sebab beli ddah. Kalau duit dah habis dia akan paksa mak bagi dia duit. Adik beradik kami 4orang sahaja, sekarang tinggal 3 sebab abang meninggal kena langgar lari.
Masa kami kecik, mak selalu tak dijemput ke kenduri, kalaupun dijemput mesti mak akan makan jauh sikit dari orang sebab orang akan jeling2 mak. Kalau nenek buat kenduri dirumah,mak selalu dikerah buat macam2 kerja sebab pakcik dan makcik anggap mak ni hanya orang gaji di rumah nenek.
Nenek memang orang yang berduit tapi nenek sangat kedekut. Mak kerja amik upah cuci rumah orang dan jadi pembantu kedai makan. Duit tu mak besarkan kami dan beli barang2 dapur rumah nenek. kalau tak ada lauk hari tu nenek akan ke rumah pakcik dan makcik yang lain untuk makan. Pakcik dan makcik lain tak pernah hulur duit pada nenek alasan nanti mak akan ambil duit tu dan habiskan duit tu untuk kami sekeluarga.
Sedangkan nenek tak pernah keluarkan duit selepas kami menumpang rumah nya. Ubat2 nenek juga mak beli dengan duit mak. Setiap hari kesekolah kami adik beradik tak pernah bawa duit belanja. Mak buat macam2 kerja tambahan untuk cari duit. Mak ambil upah menebas, kutip getah, mengecat rumah dan macam2 lagi. Mak selalu bawa aku sekali. Sedih sangat bila tengok tangan dan kaki mak pecah2 buat kerja.
Masa hari raya pun sama bila mak hidang apa2 diorang tak jamah sebab geli, pernah sekali aku terdengar makcik aku larang anak dia makan biskut yang mak buat sebab katanya suami mak aku kan penagih ddah. Takut nanti ada aids ke apa.
Ayah meninggal kemalangan masa aku nak masuk kesekolah menengah. Aku tak menangis pun sebab ayah ada ke tak ada sama je hidup kami. Masa tu beberapa kerat je orang kampung datang uruskan jenazah. Kenduri tahlil pun tak ramai yang datang.
Sebelum nenek meninggal, dia sempat wasiatkan rumah tu pada mak. Pakcik dan makcik lain dapat tanah dan harta lain yang nilainya lebih banyak dari apa yang mak dapat. Mak cuma dapat rumah pusaka itu saja. Tapi mak diam shaja dan selalu nasihatkan kami supaya bersyukur. Selepas nenek meninggal, makcik2 dan pakcik2 terus tak datang rumah walaupun ketika hari raya.
Kehidupan kami sekarang taklah kaya mana tapi alhamdulillah cukup makan dan pakai. Rumah nenek juga kami dah roboh dan ganti dengan rumah baru yang selesa untuk mak. Orang2 kampung yang mengata mak juga makin rapat dengan mak. Setiap kali ramadhan mak akan bagi sekampit beras dan beberapa barang dapur untuk orang2 miskin sebagai sedekah.
Menariknya, salah satu orang kampung yang selalu hina mak dulu sebab jadi isteri penagih ddah, rupanya hidupnya sekarang sangat susah. Suaminya pula jadi penagih ddah dan anak2 lelaki nya juga terlibat dgn pil kuda. Makcik tu datang dalam keadaan tak terurus nak pinjam duit.
Mak tak bagi dia duit tapi mak selalu bagi bantuan berbentuk makanan dan barang2 dapur. Mak tak dendam sikit pun. Makcik2 dan pakcik2 pun sekarang selalu singgah ke rumah dengan alasan lama tak jumpa mak. Ada yang datang nak berhutang. Makcik yg dulu tak bagi anak dia makan makanan yang mak buat tu pun kerap singgah. Kadang2 sampai tidur kat rumah.
Rupa rupanya beliau nak pinjam barang2 kemas mak nak pakai masa kenduri anak perempuan dia bulan lepas. Pakcik yang dulunya tak pernah pandang kami pun bila jumpa sampai nak peluk2 pula. Ada juga yang siap minta kami sponsor mereka ke tanah suci. Sepupu2 yang dulu tak pernah bercakap dengan kami pun bila ternampak adik post dia media sosial hadiahkan mak barang2 kemas sempena ulang tahun kelahiran mak terus mengaku saudara.
Mak, setiap kali kami buka cerita pasal hidup susah masa kecil selalu ingatkan kami, jangan benci sesiapa pun yang hina kita dulu. Biarlah sebab kita tak ada hak untuk balas perbuatan dorang. Bila kita senang juga kita jangan hina orang. Kita juga tak tahu smpai bila kita senang.
Sekarang saya ulang2 benda yang sama pada anak saya supaya dia juga sentiasa bersyukur dan rajin berusaha. Tak ada orang yang boleh ubah nasib kita dan keluarkan kita dari kepompong kemiskinan kecuali diri kita sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa komen Dan Sharev Ya. Terima Kasih
Sumber: e-kesah