“Mak Kau Ni Memang Bodoh, Dah Tau Ada Anak Kecik Bawaklah Pampers Kalau Nak Berjalan” Aku ingat lagi ayat nenek, sumpah aku ingat ayat tu

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cerita ni kisah yang aku alami sendiri. Aku rasa kisah ni terlalu lama menggangu hidup aku. Aku harap lepas aku luah di sini, aku mampu melupakan kisah ni. Tak banyak, sikit pon takpe.

Sedikit latar belakang keluarga aku. Aku anak pertama dari 3 beradik. Papa dan mama aku cikgu bersara. Papa lepasan maktab, berjumpa mama masa dia mula mula posting.

Mama jadi cikgu ganti dekat sekolah tu. Keluarga papa boleh dikatakan agak kaya. Mama pulak hanya gadis kampung biasa. Perkahwinan mereka tidak berapa direstui nenek sebab nenek asalnya nak jodohkan papa dengan anak saudara dia.

Adik beradik papa 6 orang. Sorang ambik sikap berkecuali, yang lain memang tak sokong papa kahwin dengan mama.

Lepas kahwin, papa dan mama tinggal dengan atuk, nenek, seorang makcik dan 2 pakcik aku di rumah nenek. Masa tu makcik dan pakcik pakcik aku tak kahwin lagi. Aku lahir lepas setahun papa dan mama kahwin.

Masa aku kecik (dalam umur 5/6 tahun), kadang kadang aku tengok mama aku menangis dalam bilik. Aku tak faham kenapa mama nangis. Aku cuma teman je mama masa mama menangis tu.

Kami tinggal dekat rumah nenek sampai aku 10 tahun dan aku ada 2 lagi adik. Sepanjang 10 tahun, dah beberapa kali mama ajak papa pindah duduk sendiri. Tapi atuk tak benarkan.

Atuk marah bila papa suarakan hasrat nak pindah. Mungkin papa terlalu mengikut kata atuk, papa tak perasan perasaan kami ni.

Tapi, akhirnya kami berjaya pindah. Itu pun selepas mama berkeras taknak dok rumah nenek lagi. Ada beberapa kejadian yang buat mama berkeras nak pindah. Semuanya melibatkan aku. Huhu.

1. Pakcik aku panggil aku bahalol. Masa tu aku 6 tahun kalu tak silap. Aku nak tidur dekat bilik atuk (aku memang rapat dengan atuk), pakcik aku tengah tengok tv.

Dalam bilik atuk takde bantal, so atuk suruh aku mintak dengan pakcik aku tu. Bila aku mintak, pakcik aku cakap, “serabut lah! aku nak tengok tv la bahalol!”. Memang dia jerit marah giila. Satu rumah dengar.

Aku tak faham bahalol tu ape. Tapi aku menangis sebab aku takot tengok dia marah. Lepas tu mama panggil masuk bilik dan mama cakap malam tu tidur dengan mama je.

Esoknya aku dengar mama cakap dengan papa sambil menangis. Mama kata kalau nak marah pun, tak payah la sampai panggil aku bahalol. Demi Allah, aku sampai sekarang terngiang ngiang ayat pakcik aku tu.

2. Makcik aku ketuk kepala aku dengan senduk sebab aku nak makan nasi. Masa tu aku darjah 1. Aku nak makan tengah hari. Dah cakap dekat mama tapi mama nak solat dulu.

Mama suruh aku tunggu tapi yela, budak, mana nak dengar cakap. So aku ke dapur, nak ambik nasi sendiri kononnya.

Makcik aku ada kat dapur masa tu. Masa aku nak ambik senduk nasi, dia rampas dan ketuk kepala aku dengan senduk tu. Siap cakap, “ko kalau nak makan tunggu aku siap makan dulu!”..

Aku baru 7 tahun tapi aku ingat. Terus aku simpan pinggan. Masuk bilik nangis bagitau mama. Lapar tapi aku sedih kena ketuk kepala gitu. Mama pon nangis sama. Sehari tu aku tak makan. Punyalah terasa hati kena ketuk kepala.

3. Yang ni aku taktau kerja siapa. Tapi dekat satu wall kat rumah atuk (wall batu) ada tulisan “zura giila”. Ada kesan macam cuba dipadam tapi tulisan tu takleh padam.

Dan sampai sekarang tulisan tu ada. Aku, bila pergi rumah atuk, aku takkan lalu dekat wall tu. Sebab aku rasa sakit. Aku rasa nak nangis. Aku malu dekat orang yang baca.

Husband aku pon pernah tanya dan aku tak tau nak jawab apa. Aku diam je dan lepas tu dia tak tanya dah. Faham sendiri kot. Huhu.

Lepas pindah rumah, aku tengok mama lebih banyak senyum.

Papa? Boleh kata setiap petang akan bawak kami or papa sorang sorg pergi rumah atuk. Sebab rumah atuk dekat je dengan rumah kami menyewa tu. Aku tau, papa cuma nak jadi anak yang baik.

Ada lagi kenangan pahit aku masa kecik ni. Ni lepas dah pindah. Masa tu aku darjah 5. Satu hari tu aku ikot papa pergi rumah atuk.

Papa kata kejap je. Aku bawak adik bongsu yang masa tu umur setahun gitu. Sampai rumah atuk, papa pergi rumah nenek sedara aku. Tinggal kami 2 beradik. Then adik aku berak. Tak bawak pampers sebab papa kata nak pergi kejap je. Nenek aku marah giila.

“Bdoh la mak ko ni. Dah tau ada anak kecik, nak berjalan bawak la bekal pampers”. Aku ingat. Sumpah aku ingat ayat tu. Aku lawan cakap nenek aku. “Bukan salah mama! Papa tu kata nak datang kejap j. Tup tup berjam”.

Nenek aku kata aku biadap. Kebetulan papa balik, aku tengah menangis. Nenek aku ngadu dekat papa cakap aku biadap lawan cakap dia.

Papa tak cakap apa terus ajak aku balik. Dalam kereta, papa tanya apa jadi dan aku cerita dekat papa. Papa kata, jangan bagitau mama nenek cakap gitu. Nanti mama sedih. Sedihnya Ya Allah. Kenapa nenek aku benci sangat mama aku?

Aku memang tak bagitau mama. Aku pendam sampai sekarang tapi aku sedih sangat kalau ingat pasal ni.

Mama pernah cerita. Masa tu aku sekolah menengah. Mungkin mama rasa aku dah besar untuk faham. Mungkin mama dah tak tahan tanggung sorang sorang.

Masa mama pergi rumah nenek. Tolong jemur baju. Dan mungkin Allah nak tunjuk. Nenek mengumpat pasal mama dekat kakak dia. Mama kata, nenek cakap mama kahwin dengan papa sebab nak duit papa. Nenek memang tak setuju. Dah la miskin, pemalas.

Nenek tak sedar mama dengar semua tu. Mama kata mama menangis masa tengah jemur baju tu. Tapi mama tak bagitau papa takot papa fikir bukan bukan pasal nenek. Mama taknak papa gaduh dengan nenek.

Aku rasa, mama sangat penyabar. Mama kata mama sedar mama dari keluarga miskin. Tapi mama sayang papa sungguh sungguh bukan sebab harta. Mama pernah mintak berpisah dengan papa tapi papa cakap sampai mti pon papa takkan lepaskan mama. They really love each other.

Papa selalu cakap dekat aku, walau apa orang buat kat kita, kita kena hormat orang lebih tua. Tak boleh lawan. Tak baik. Berdosa. Kita kena jaga hubungan keluarga ni jangan sampai putus tali saudara.

Mungkin sebab papa tengok aku keras sangat kot.

Tapi maaf pa. Kakak tengok mama nangis dari kakak kecik lagi. Kakak tak boleh pendam, kakak tak boleh tahan kalau orang cakap bukan bukan pasal mama.

Dan memang, antara cucu cucu atuk nenek aku, antara anak anak sedara makcik pakcik aku, akulah yang paling lantang. Kalau aku tak suka, aku sound je. Pakcik makcik atuk nenek sume aku sound. Dari aku kecik dah perangai gini. Especially bab mama.

Kalau dorang kutuk mama, aku dapat tau, memang siap la dorang. Boleh bernanah telinga aku pergi tanya depan depan. Tergagap gagap terus tak ngaku dorang cakap bukan bukan pasal mama.

Aku bukan nak bangga aku garang or aku berani sound orang lebih tua. Ya. Aku tau tak baik. Mungkin setengah orang akan fikir aku biadap.

Tapi korang takkan buat apa aku buat ni if korang tak rasa apa aku rasa.

Sakit tu.. pedih tu.. sampai aku dah nak masuk umor 40 ni pon masih terasa. Sumpah. Sakit sangat wei. Pahit sangat aku rasa.

Mama cakap, “mama dah maafkan semua orang. Tu semua kisah lama. Mama dah tua tak nak ingat yang buruk buruk. Kakak pon patut maafkan dorang”.

“Ya ma. Kakak boleh maafkan. Tapi kakak tak boleh lupa. I can forgive but i cannot forget ma. Luka boleh hilang. Parut tetap akan kekal ma”.

Tiap kali teringat kisah zaman kecik aku ni, aku mesti sebak. Sekarang dorang semua dah tua. Aku pon dah dewasa. Dah ada anak pon. Kalau jumpa, aku boleh je sembang, boleh je gelak dengan dorang.

Tapi itulah. There is one part in my heart, yang rasa sakit tak hilang.

Tolong lah korang.

Jangan buat gini dekat anak cucu korang. Korang akan tinggalkan lifetime effect pada dorang.

Jangan pilih kasih. Jangan ada anak cucu kesayangan. Jangan benci anak menantu tak memasal.

Aku tau soal hati, soal sayang tak boleh pilih dan tak boleh paksa. Tapi.. kalau pon kau tak suka, tak perlu tunjuk depan depan, lagi lagi pada budak kecik yang tak faham apa apa. Kesian budak tak bersalah jadi mngsa.

Mohon korang doakan aku boleh lupa kisah silam pahit aku ni. Doakan aku boleh memaafkan dorang dengan iklas. Doakan aku jadi penyabar macam mama aku. Dan doakan papa mama aku sentiasa sihat, sentiasa sayang menyayangi hingga ke jannah. Aamiin.

Ini kisah betol. Kisah pahit hidup aku. Bukan kisah rekaan nak dapat like ke apa.

Terima kasih sudi baca kisah hitam hidup aku. Maaf aku tulis tak formal dan ada short form. Ni first time aku menulis panjang lepas habis SPM dulu. Haha.

Untuk kata kata semangat korang bagi, thanks a lot. Untuk kata kata kecaman, takpelah. Aku faham korang tak faham sebab korang tak melaluinya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Zura (aku yang ingin melupakan) (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia