“Malam Pertama, Aku Takut Sangat Aib Terbuka” Terpacul kata2 ini kepada suami, ampunkan aku

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Nama aku Ayu. Umur 30 an sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Aku nak berkongsi kisah hidup aku dahulu yang penuh dengan d0sa.

Ayah aku seorang yang kuat agamanya rajin ke surau. Tapi aku anaknya tak seperti dia. Aku malas belajar, tak pernah solat, puasa pun tak.

Aku dahulu suka pakai pakaian yang menjolok mata. Seluar ketat, baju lengan pendek tetapi bertudung. Ayah selalu memarahi aku dan aku melawan lalu alhamdulillah kena penyepak ayahku.

Aku dulu ramai teman lelaki. Bertukar tukar kekasih ibarat menukar baju. Hidup aku dulu serabut tak pernah temui ketenangan.

Semenjak aku dikecewakan semasa cinta pertama sewaktu sekolah dahulu. Aku berdendam dengan semua lelaki. Bagi aku lelaki semua jahat, mempermainkan hati perempuan.

Oleh kerana kecewa dengan lelaki tu, aku melukakan hati lelaki lain. Di mulai dengan seorang lelaki berbangsa cina, aku g0da dan menghabiskan duit dia. Termasuk ramai lelaki lagi.

Tak sanggup rasa nak cerita panjang panjang pasal lelaki. Hidup bergelumbang d0sa. Kawan kawan ayah ramai yang nampak aku bersama lelaki bermesra sana sini. Allahuakhbar aku anak yang tak guna sebab pernah memalukan ayah dan mak.

Akibat perangai aku yang asyik tak tetap hubungan dengan mana mana lelaki. Ayah menjodohkan aku dengan seorang lelaki bernama Muhamad. Baik orangnya dan tua 10 tahun dari aku. Yang peliknya aku tak banyak soal hanya menurut.

Sudah jodoh aku bersamanya bertapa mudah urusan kami untuk berkahwin. Tak pernah kenal dan berhubung walaupun melalui handphone. Pertama kali bercakap semasa hari nikah.

Takut. Memang sangat takut. Perempuan penuh d0sa ini takut di saat suami nak bersama dengannya. Aku dah tak suci. Apakah suami akan tahu dan membenci serta mencerraikanku. Takut sehinggakan aku berkata, “sorry abang, saya tengah period”. Ya Allah ampunkan d0saku.

Sehingga ke hari ni dia tak pernah tahu siapakah aku dahulu dan aku masih suci ke tidak. Tak pernah aku ceritakan apa apa pada dia. Dan tak pernah aku dengar apa apa rungutan yang keluar dari mulut dia. Alhamdulillah. selang berapa bulan aku mengandung. Suami sangat sangat happy.

Semenjak aku kahwin aku masih on off solat dan puasa. Kejap puasa kejap tak. Kejap solat kejap malas. Jarang solat berjemaah. Suami suruh solat aku pura oura solat kat dalam bilik tutup pintu tapi sebenarnya aku tidur.

Aku kerap bergaduh dengan suami aku. Sampai aku melampaui batas memukul mukul dia. Dia bersabar dengan karenah aku. Ada sekali kesabarannya tergugat, dia menyepak kaki aku macam bola habis lebam kaki aku. Padan dengan muka aku.

Hidup aku masih tak menemui ketenangan. Bergaduh hampir setiap hari. Di tambah lagi dengan masalah kewangan. Rasa tak bahagia.

Sehinggalah penghujung tahun 2018. Aku scroll handphone terbaca berita kematian beberapa orang ahli bomba akibat lemas. Hati aku tersentak. Aku takut fikirkan pasal kematian. Bagaimanakah kematian aku nanti. Jantung aku berdegup laju. Rasa macam aku dah nak mati.

Dengan pantas aku bangun menuju ke bilik air dan mengambil wudhuk. Aku solat sunat taubat. Solat sambil mengigil gigil badan aku menahan ketakutan seperti merasakan malaikat maut sedang menghampiri.

Aku berdoa kepada Allah ampunkan d0sa aku yang terdahulu sekarang, juga akan datang.

Usai solat. Hati aku masih tak tenang, masih rasa takut. Aku mengambil tasbih dan berzikir sebanyak mungkin sehinggalah aku terlelap.

Bermula dari hari itu lah aku berubah. Mula pergi ke masjid. Haid aku normal tiap tiap bulan pasti akan datang. Tetapi kuasa Allah.

Sejak aku mula ke masjid. Haid aku tak datang selama 4 bulan berturut turut. Aku ingatkan aku pregnant. Tetapi bukan. Selama 4 bulan tu, tiap2 hari aku ke masjid bawa anak anak aku sekali bersama suami. Siang kalau tak kerja pun ke masjid malam pun ke masjid.

Aku temui ketenangan. Aku mula ikhlas untuk solat, belajar solat sunat. Mula mengaji. Bertemu dengan orang2 masjid yang baik2 selalu memberikan senyuman yang manis padaku.

Tetapi perangai aku yang kerap marah2 dan tak mudah sabar dengan dugaan masih sukar untuk aku bendung. Aku selalu memarahi suami. Menengking suami.

Sewaktu sedang marah memang aku tak fikir apa. Selepas tu aku tersedar aku minta maaf pada suami dan suami memaafkan aku. Aku menyesal dengan corak kehidupan aku yang lalu. Teramat menyesal.

Kalau aku boleh putarkan masa. Aku nak jadi baik. Nak belajar agama. Nak belajar mengaji. Tetapi tak boleh. Apa yang boleh sekarang aku terus berjalan ke hadapan dan melakukan kebaikan dan apa yang Allah suruh. Aku teringin sangat nak pakai niqab. Tetapi layakkah aku..?

Kepada anda yang sudi membaca kisah aku yang tak seberapa ni, tolong doakan semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk aku mengqado solat2 aku, puasa2 aku yang pernah aku tinggalkan dulu.

Dan doakan semoga aku dimurahkan rezeki agar aku dapat membayar fidyah akibat aku tak pernah puasa dulu. Dan terakhir tolong doakan aku menjadi isteri solehah buat suamiku. Semoga yang baik2 juga untuk kalian.

Terima kasih. Assalamualaikum.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Ayu (Bukan nama sebenar) via IIUMC via news.allmhi