“Mama….Tolong Mama, Cepat2 Aku Masuk Sumpah Suami” Dia terkedu, kesihankan anak. Aku nekad

Foto sekadar hiasan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku Jia. Nama samaran. Baru baru ni aku ada baca tentang anak depr3ssion sebab parent baran.

Yang aku nak cerita di sini tentang anak aku yang sulung. Aku terpaksa hide hide sikit sebab tak nak orang tahu aku. Story aku agak panjang, kalau tak baca boleh tutup ya.

Aku ada anak 3 orang, semua lelaki. 8, 5 dan 1 tahun setengah. Mungkin seiring dengan umur dan pertambahan bilangan anak, baran suami aku makin menjadi jadi. Anak pulak memang melasak dan asyik bergaduh berwrestling semua. Lelaki semua kan..

Kami suami isteri kerja dari rumah, jual barang online. Aku yang banyak incharge bisnes dari pagi sampai malam layan whatsapp (cecah ratus mesej), memasak, buat order.

Suami aku lebih kepada jaga anak, main main, mandi, tukar pampers, hantar ambik sekolah dan pack barang untuk pos. Tapi aku pun ade juga mandi dan tukarkan pampers, suap anak makan. Bukan tak buat. Kerja rumah pun aku buat.

Rutin hidup melayan anak dan work from home buatkan suami stress ditambah pulak dia tak suka rumah bersepah.

So anak macam tak boleh nak main toys, tak boleh berlari dan bising. Aku cakap biar lah sepah nanti malam saja kemas sekali. Tak perlu sekejap kemas sekejap kemas.

Suami aku memang pengemas. Aku cakap biarlah anak nak main atau bising pun. Takkan nak terbaring saja. Dia tak habis habis cakap yang dia masa kecil kena pkul dengan kayu semata mata rumah bersepah atau pinggan ada sebiji dalam sinki.

Mak dia akan baling pinggan tu dekat diorang adik beradik tanpa fikir risiko badan koyak kena kaca. Badan suami aku pun ade parut dalam sebab kena baling benda tajam.

Kalau buat benda pun mak dia nak perfect. Sebab tu suami cakap diorang kecil kecil dah pandai buat kerja dan tak salah. Sebab tu dia boleh marah teruk kalau anak aku buat kerja dan salah.

Aku cakap it’s normal salah dan tak perfect sebab budak. So anak jadi takut nak try buat benda baru.

Ye, mak suami aku masa kecil garang, psik0 sebab dia sangat pembersih dan tak suka bising. Suami aku cakap momen dia masa kecil kena marah saja. Dia cakap cara mak layan dia tak sama macam aku dengan anak anak.

Aku jenis lembut dengan anak, tak bebel dan aku boleh jadi macam budak budak. Macam main sorok sorok, dancing dengan anak anak. Tapi mak dia tak, bebel dan marah aje 24 jam. Ayah dia okey, jenis lembut hati tapi jenis diam tak backup anak.

Lama lama perangai suami aku ni buat rumah kami macam panas. Dia panas dengan anak sulung kami. Dia bangun tidur saja kerja ngamuk, maki maki, sampai aku cakap biarlah dia tidur terus.

Sebab aku dengan anak anak enjoy bila dia tidur. Anak boleh nak buat apa especially anak sulung aku.

Anak sulung aku (Umar) start dari ayah dia bangun tidur memang akan kena marah. Bdoh, babi, sial, pergi mampus.. Adik dia yang buat salah, dia yang kena.

Aku dah slow talk dengan dia dan bagitau efek pada anak kalau asyik kena marah. Dan siasat dulu salah siapa bukan semua salah anak sulung. Elok seminggu tapi lepas tu marah balik.

Last last aku rasa aku dah start stress bila aku asyik menangis dalam toilet, tak boleh tidur, otak aku asyik berfikir bukan bukan, aku dah janggal nak gurau dengan suami aku, aku pendiam dan aku rasa nak bnuh dia.

Dan sehinggalah suatu hari suami aku mengamuk besar. Tengking tengking, carut maki anak aku dan tiba tiba telinga aku jadi berdesing dan aku jadi shaking. Aku rasa minda aku tiba tiba macam melayang.

Anak aku pulak jadi mental, lepas dia kena maki dia akan kurung diri dalam bilik dan akan hantuk kepala dia ke dinding. Gedegung! Gedegung!

Baru usia 8 tahun dah tahu hentak kepala ke dinding! Nasib aku tak duduk rumah tinggi. Kalau aku duduk rumah tinggi maybe dia masuk bilik dan terjun ke bawah agaknya.

Aku cakap dekat suami yang anak aku depr3ss. Suami aku cakap dia mengada ngada dan biar dia hantuk sampai mampus. Anak aku 8 tahun jadi low esteem, asyik menangis, takut nak buat apa apa sampai dia tak pandai nak belajar buat apa apa sebab takut salah, dekat sekolah asyik menangis.

Sebab aku pun sama asyik menangis, rasa panas otak dan asyik berdebar debar. So aku tahu aku dan anak aku tengah depr3ssion.

Hinggalah satu hari suami aku mintak anak cari remote kipas tapi tak jumpa. Suami aku macam orang giila tengking cakap, ‘Cari cepat. Kalau aku jumpa, aku pecah dekat kepala ko’.

Anak aku menangis menggigil cakap, ‘mama tolong mama’. Dengan aku sekali menggigil. So start dari tu aku cakap aku need to protect my son.

Aku ajar anak aku cakap perkara baik baik, cakap sopan jangan mencarut, solat mengaji tapi end up anak aku kena hadap ayat ayat carut macam tu tiap hari. Aku tak nak anak aku jadi kuat mencarut dan kasar macam ayah dia.

Suami aku cakap dia masa kecil pun kena maki dan carut jugak, okey saja. Aku cakap dia tak okey. Orang normal bukan asyik sumpah seranah. Aku nak sumpah b4bi pun setahun boleh bilang dengan jari. Tak normal kalau asyik menyumpah.

Paklang pernah cakap pada aku, tadi kemas spender ke kat depan, paklang nampak macam warna merah. Diikuti dengan senyuman gatal dia. Macam manalah aku suka nak balik kampung, kalau ruang privacy langsung takde.

Ok lah cerita pakteh dan paksu pulak. Dorang berdua ni pernah kantoi mengendap anak dara orang mandi. Yang tangkapnya ayah perempuan tu sendiri sebab kebetulan dia nak ambil daun pisang ke kebun.

Macam yang aku jangka, datuk nenek back up habis habisan anak lelaki dorang tu. Alih alih ayah perempuan tu pulak kena marah sebab kononnya buat cerita sebab dengki pakcik aku tak nak dekat anak dia.

Aku selalu berdoa cepatlah aku habis sekolah sebab aku nak sambung belajar dan cari kerja, jadi aku ada alasan untuk tak balik kampung.

Dan ye, aku memang berjaya untuk tak bermalam di rumah nenek sebab aku akan beri macam macam alasan. Lagipun aku ada atau takde apa bezanya. Biasanya aku dan Siti akan plan apa alasan kami untuk balik hari saja.

Masa berlalu, aku bertemu jodoh dan berkahwin. Aku dapat anak sulung lelaki. Nenek asyik tanya bila nak balik sebab dia seronok la kan dapat cicit lelaki.

Of course lah aku akan mengelak, sebab anak aku susu badan. Macam mana aku nak susukan anak aku kalau takde ruang privacy untuk aku?

Last last kami sewa homestay je, 10min dari rumah nenek. Aku bersyukur sebab suami memahami dan aku dah ceritakan semua pada dia.

Paklang aku? Masih ada lagi merenyam dia walaupun aku dah kahwin. Dia pernah cakap pada aku masa aku sorang di dapur nak ambil air, “anak susu badan ke, banyak ke susu tu, rugi tak pam, orang lain boleh merasa”.

Disebabkan aku dah lama tahan marah, aku cakap kuat kuat pada dia, “nak kena masuk penjara ke sebab buat gangguan s3ksual, suami saya boleh uruskan kalau teringin nak masuk penjara”.

Paklang aku terus berubah muka dan blah cepat cepat dari dapur. Mungkin dia terkejut sebab selama ni aku tak pernah melawan dan diam je. Aku dapat keberanian nak jerkah paklang macam tu lepas baca sharing dari FB yang pemngsa perlu tahu yang kita tak suka keadaan tu.

Sejak kejadian tu, paklang tak pernah berani tegur aku dah. Sejak kes c0vid, aku tak pernah balik kampung dah. Yelah alasan lagi kukuh kan tak boleh jumpa. Even masa boleh merentas negeri pun aku tak balik. Lagipun pakteh paksu ada lagi di rumah nenek.

Tak kerja tak buat apa. Umur dah 36tahun masih lagi minta duit pada datuk nenek aku. Mujurlah dua dua tak kahwin lagi, kang aniaya anak bini pulak. Disebabkan sayang sangat takut anak lelaki keluar rumah, datuk nenek turutkan je permintaan anak kesayangan tu.

Bagi aku, biarlah aku berjauhan macam ni lebih selesa. Terlalu banyak persekitaran t0ksik pada aku. Datuk nenek yang merajakan anak lelaki, anak lelaki yang tak berfungsi pada keluarga, suami makcik yang gatal.

Biarlah aku bahagia cara aku. Dan bila orang sekeliling judge konon aku diva sebab sewa homestay, ketahuilah kalian ada sebab kenapa aku buat macamtu.

Sorrylah kalau cerita aku berterabur ye. Terima kasih sudi membaca.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Jia (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia