“Masa Berpantang Di Rumah Mertua, Mak Mertua Senyap2 Bagi Ubat Batuk Pada Anak Aku” Terkejut bila tengok anak jadi macam ni
Foto sekadar hiasan
Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Saya dah 10 tahun berkahwin dan dikurniakan 3 anak. Suami kerja penjawat awam.
Saya pula suri rumah sepenuh masa selepas bersalin anak sulung. Di sini saya nak share pengalaman saya masa berpantang dengan mak mertua. Bukan kehendak saya yang nak berpantang dengan mak mertua.
Tapi dipujuk suami dan mak saya sendiri kerana atas alasan anak saya cucu pertama dalam keluarga mak mertua.
Jadi saya mengalah dan mak saya juga mengalah walaupun dia susah hati sebab sudah sedia maklum, mak meertua manusia yang memang berpura pura. Azab nya berpantang dengan mak mertua hanya tuhan sahaja yang tahu.
Tak sampai sejam saya dapat kebenaran keluar hspital, mak mertua terus memaksa suami untuk bawa saya balik kampung dengan perjalanan 8 jam.
Kami bertolak 9 malam dan sampai disana lebih kurang 5 pagi. Semua atas kehendak mak mertua yang suami tak berani membantah.
Dalam pantang saya tak dibenarkan untuk baring. Saya tak diberi makanan berpantang. Saya juga tak diberi mandi air panas atau suam atau air daun. Saya juga tak di urut, tak dipakai bengkung dan tak ditungku.
Dengan alasan mandi air daun, badan berkutu. Urut. Tiada orang boleh urut. Bengkung tak perlu pakai susah nak menyusu. Tungku takde batu. Walhal sebelum bersalin suami dah beli dan siapkan semua ni.
Makanan saya sama macam makanan orang lain. Ikan bawal sambal, Ayam kari, Telur. Bila saya tak menjamah apa mak mertua masak, mak mertua akan perli saya dan tinggikan suara cakap, dia anak 5 berpantang makan semua tu elok je sampai sekarang.
Dan dalam pantang jangan jaga makan. Nanti susu tak ade zat kata mak mertua. Jadi nak tak nak saya menjamah sikit dan akibatnya, seperti sedia maklum saya pun bentan. Luuka pernah tak baik, bernanah.
Suami? Suami hanya diamkan diri. Saya tak salahkan suami. Sebab tau mak mertua dah ‘cuvi otak’ suami konon apa dia buat itu betol. Dan suami percaya bulat bulat sebab ini pengalaman dia buat kali pertama.
Mak mertua tak bagi saya jaga makan dengan alasan susu takde zat. Tapi bila masuk seminggu hari berpantang, mak mertua bawa balik botol susu dan susu tepung.
Terus bancuh dan tanpa banyak cakap bagi pada anak. Atas alasan, susu saya tak elok dan cair. Tapi saya tetap teruskan menyusu anak.
Di usia anak saya dua minggu, depan mata saya, adik ipar saya boleh bersin depan muka baby. Bila saya tegur mak mertua dengar, dia cakap,
“Alah baru sorang memang macam tu la jaga sangat konon”.
Dan tak lama selepas tu anak saya btuk dan juga selsema. Keesokan hari nya pula, saya kena pergi ke klinik untuk follow up luuka di bawah.
Saya pergi dengan suami sahaja, dan anak kami tinggalkan sekejap dengan mak mertua di rumah, sebab tengah tidur dan dalam keadaan anak tak sihat. Saya tak berani bawa anak keluar takut lagi memudaratkan kesihatannya pula nanti.
Bila balik saya pelik anak saya tidur dengan nyenyak sehingga malam tak ada pun minta susu. Bila mak mertua perasan saya usik usik anak suruh bangun hisap susu, mak mertua cakap,
“Jangan di kacau budak tu mak bagi dia ubt bat0k pagi tadi tu sebab tu dia tidur je”
Allah berderau badan saya dengar. Saya menangis sepanjang malam cuba kejut anak dan berdoa moga anak saya takde ape. Sebab saya ada terbaca bby tak boleh di bagi sembarangan ubt. Dan ubt yang mak mertua bagi pula adalah ubt btuk untuk dewasa.
Alhamdulillah, Allah dengar doa saya. Saya bersyukur tiada apa apa yang buruk terjadi pada anak dan sejak tu saya tak bagi lagi mak mertua untuk pegang anak.
Dan dari menantu yang lembut hanya menurut saya telah menjadi kurang ajar sehingga bertekak dengan mak mertua dan minta berpisah dengan suami jika tak bawa saya balik rumah keluarga dengan segera.
Suami menurut kehendak saya. Dirumah keluarga saya cerita apa yang terjadi. Dan di sana baru lah suami buka mata. Apa yang mak dia buat tu salah.
Sejak itu baru lah suami banyak google dan mencari ilmu tentang penjagaan dalam berpantang. Anak no 2 dan 3 saya berpantang sendiri dengan suami sendiri yang menjaga makan minum saya dan anak anak.
Jauh lebih sempurna dari mak mertua jaga. Dan sampailah sekarang hubungan saya dan mak mertua tak berapa baik. Saya maafkan apa mak mertua buat pada saya. Tapi saya tak dapat maafkan kejadian mak mertua semasa bagi anak saya ub4t sebarangan.
Saya menanti selama 4 tahun untuk mendapatkan zuriat pertama. Selama 3 tahun saya dihiina dituduh bela hantu raya. Di cacii mandul dan sebagainya. Tapi bila saya dah bersalin. Saya sangat sedih dan terkilan bila mak mertua bagi anak saya ub4t sebarangan.
Alhamdulillah saya bersyukur Allah masih melindungi anak saya. Harta dunia dan akhirat bagi saya. Buat mak mertua, semoga pintu hati mak terbuka untuk menjadi seorang umat yang mentaati kepadaNYA.
Namun , ambillah pengajaran dari kisah itu. Harus di ingat, memandangkan ubt batok dan selsema mudah diperolehi di farmasi, kedai menjual produk kesihatan mahupun kedai-kedai runcit, ibu bapa dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya memberi ub4t-ub4tan ini kepada bayi.
Terutamanya untuk bayi yang berusia bawah 2 tahun kerana sistem tubuh mereka amat sensitif. Selain bayi, kanak-kanak di bawah 6 tahun juga tidak disyorkan untuk diberi ub4t batok dan selsema melainkan disarankan oleh doktor sahaja.
Yang baik itu kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Apa pula kata anda. Kongsikan, moga ianya bermanfaat kepada semua.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: IIUM via news.allmhi