“Masa Dia Mengandung Aku Langsung Tak Ambil Berat, Sebab Mak Suruh Isteri Aku Berdikari” Isteri nak bersalin aku buat xtahu je terus tidur

Foto sekadar hiasan. 

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini.

Assalam semua pembaca. aku hairi, kisah yang aku nak cerita ni kisah yang baru jadi kat diri aku.Aku baru je bercrai dengan isteri aku atas eg0 dan silap aku sndiri.Aku harap bekas isteri aku dapat maafkan aku dan beri aku peluang untuk jadi suami yang baik untuk dia.Aku dan dia dah berumah tangga 2 tahun dan dikurniakan seorang puteri.

Aku pjj dengan dia di sebabkan kerja.,aku di kl dan dia guru dia utara. aku duduk dengan fqmily aku. dia duduk dengan family dia kat utara.

Aku ada je nak pindah duduk kerja sana dengan dia tapi mak aku tak bagi. macam2 dia ug0t aku.

Aku pun bod0h ikut je. sampaikan hati isteri aku sendiri aku abaikan.Masa dia mengandung aku langsung tak ambil tahu sebab aku terlalu ikut semua cakap mak aku biarkan bini berdikari. nafkah pun aku bagi rm200 je sebulan.Barang baby satu pun aku tak pernah beli. one day aku dpat tau wife aku dah melahirkan.

Dia ada bagu tau malam sebelum dia mlahirkan dia rasa macam nak bersalin tapi aku buat tak tahu dan terus tidur.

Isteri aku selamat melahirkan puteri kami jam 6 pagi dan aku sampai sana jam 5 petang.

Betapa keljam nya aku tak ade masa dia perluukan aku. aku tau dia terasa tapi aku buat tak nampak tanpa ada kata maaf.Bod0hnya aku, tiap2 bulan kami bergduh hanya sebab nafkah yang aku bagi pada dia.Dia cakap aku lepaskan tanggung jawab semua pada dia.. mase ada anak aku hanya bagi rm150 pada dia.

Aku terlalu ikut kan apa mak aku cakap sebab mak aku cakap wife aku bekerja dan duit tu boleh bagi kat mak aku untuk beli barang lain. bod0hnya aku waktu tu.

Lama kelamaan wife aku stop wasap aku kol aku. tapi aku anggap bende biasa sampai la satu hari mak aku kol kata ada surat dari mahkamah.

Wife aku minta crai, masa tu aku rasa marah, aku pergi jumpa dia dan minta explain.Satu je dia cakap aku tak adil. aku lebihkan mak aku dan aku ketepikan hak dia. dan masa tu juga aku terus craikan dia, bod0hnya aku waktu itu.

Aku terlalu eg0. 2 minggu lepas kejadian tu aku mula rasa rindu dengan dia. aku rindu dia kol aku, aku rindu dia merajuk dengan aku.Aku rindu semua tentang dia, masa tu baru aku sedar yang aku dah hiilang orang terima aku seadanya.

Untuk pengetahuan korang aku ni kerja kilang je. masa kami kenal aku tak ada kereta.Dia masih terima aku. dia kata dia nak susah senang dengan aku.

Zalimnya aku, dia blikan aku kereta secondhand untuk senang aku blik jenguk dia dan anak.

Tapi aku gunakan kereta tu untuk kesenangan mak aku pergi shopping. sekarang ni aku tak tau dia dah pindah mana.

Aku cuma nak mnta maaf dengan dia. aku tau korang akan kecam aku tapi niat aku cuma aku nak mnta maaf.

Aku tau kat hati dia takde ruang untuk aku kmbali walau macam mana aku pujuk pon.

Aku tau dia boleh dapat lelaki yang lebih baik dr aku, untuk bekas isteri aku Erina..

Abang tau awak ada dalam grup ni. maafkan abang atas kekilafan abang masa abang jadi suami awak.

Kalau ada jodoh diantara kita lagi abang bersyukur tapi kalau tiada abag redha sebab ini semua salah abang. pada lelaki di luar sana.

Hargailah isteri korang. jangan kerana eg0 dan kejar syurga seorang ibu korang hiilang orang yang ikhlas bersama korang.

Aku harap kisah aku menjadi tauladan buat lelaki2 di luar sana.

Jangan jadi macam aku disebabkan eg dan dsebabkan aku rasa apa yang mak aku cakap selama ni betul aku kehiilangan dia. Assalamualaikum.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

First of all, thanks admin kalau approve. Dan saya mohon sangat-sangat bila baca confession saya ni, jangan keam mak saya.

Mak saya sebenarnya baik sangat2. Anak menantu susah ke apa, mesti mak saya yang tolong dulu terutamanya harta benda dan kewangan memandangkan mak saya dari keturunan hartawan.

Apa yang saya nak cerita ni mungkin kedengaran macam KRT dan sepatutnya saya post confession ni di sana.

Tapi saya tak nak sebab nak elak komen-komen negaatif yang keterlaluan.

Cerita saya ini, saya tak salahkan mak saya seratus peratus sebab semua ni berpunca dari didikan kebanyakan orang dulu-dulu. Mak saya pun dah berumur 60an.

Apa yang saya nak confess di sini ialah sikap mak atau mertua dan bagaimana kita sebagai anak dan sebagai menantu, berperanan dan harus pandai bawak diri.

Pertama tentang sikap mak saya ialah, dia tak suka anak menantu bangun lambat. Jadi bila abang berkahwin, saya dah risau bila ada waktunya kakak ipar bangun lambat.

Biasanya saya dan adik beradik perempuan memang bangun awal sebelum Subuh. Lepas subuh terus masak buat sarapan pagi.

Saya takda masalah pun kalau kakak-kakak ipar tak tolong kat dapur.

Mak pun sama kalau anak-anak balik, dia tak kisah pun menantunya tak ke dapur sebab anak-anak yang sediakan semua sebab kami tak suka nak biar kakak ipar sorang-sorang masuk dapur.

Tapi mak memang tak suka anak menantu bangun lambat atau bergolek dalam bilik time orang lain sibuk kat dapur.

Tunjuk muka saja, buat teman borak2 pun takpa dah, asalkan jangan kat tempat tido.

Melainkan kalau tak sihat mak tak kisah kalau nak berbaring. Jadi bila dapat salah seorang kakak ipar macam ni, mula la mak tarik muka.

Bab ni kami adik beradik tak boleh nak back up kakak ipar.

Yang kedua, mak tak suka anak menantu duduk mengendeng-ngendeng dengan pasngan, mesra-mesra, pluk-pluk depan dia.

Nanti tak pasal-pasal dilabel dengan gelaran yang tak sedap didengar. Aduh mak..

Yang ni saya pun puas cakap kat mak, adat la mak suami isteri. Nak manja-manja.

Tapi mak masih tak boleh terima. Kata mak orang dulu-dulu walaupun suami isteri, tahu batas.

Tak pernah nak manja-manja depan orang lain, depan mertua. Tak ada nak tunjuk romantik.

Mak kata nak buat semua tu dalam bilik. Nak tergolek sampai katil ptah pun takda sapa peduli.

Yang ketiga, mak selalu pertikai bila abang nak keluar mana-mana, kakak ipar nak ikut sekali.

Mak suka samakan dengan zaman dulu-dulu. Katanya orang dulu-dulu suami ja keluar rumah.

Isteri tak perlu ikut sekali. Isu ni saya dah terangkan pada mak. Zaman dah berubah.

Dulu isteri tak ikut sebab takda pengangkutan selesa. Zaman sekarang naik kereta, naik motor. Kakak ipar pun nak jalan-jalan tengok dunia.

Dan mak suka bagi contoh saya dan kakak-kakak yang lain. Sebab kami memang jenis jarang ikut suami ke mana-mana.

Kalau ada kenduri, nak pergi jalan-jalan bawa anak-anak, makan luar, baru ikut.

Kalau ada urusan dengan kawan-kawan suami, buat aktiviti dia orang memang kami tak ikut.

Akhirnya mak cuma diam. Tapi lama-lama nanti bila dia nampak lagi kakak ipar saya nak ikut abang saya ke mana-mana mesti dia bunyi lagi.

Sebenarnya banyak isu lain yang mak saya selalu bangkitkan pasal menantu-menantunya.

Dulu ada kakak ipar sorang ni dia memang tak masuk dapur. Mak pun selalu buat muka.

Kami adik beradik jadi tak seronok sebab mak buat muka dengan kakak ipar.

Sampai la satu hari tu, ayah panggil abang, nasihatkan abang suruh abang tegur kakak ipar rajin-rajin la tengok dapur waktu orang lain kat dapur.

Alhamdulillah, berubah jugak kakak ipar ni.

Walaupun tak banyak dia tolong tapi ok lah dia tak memerap dalam bilik atau baring-baring masa orang lain sibuk buat kerja dalam rumah.

Point utama saya nak sampaikan dalam confession ni ialah bila kita masuk dalam keluarga mertua, pandai-pandailah bawak diri.

Ada orang kata dia tak nak hipokrit. Jadi macam mana dia kat rumah sendiri, rumah mak dia, macam tu la dia akan buat kat rumah mertua.

Tapi apalah salahnya kalau demi mengeratkan hubungan kita berkorban sikit.

Kalau kita asyik nak tunjuk sisi buruk dan kepala angin kita dengan mertua, sampai bila kita nak bina hubungan baik dengan keluarga mertua kan?

Dan juga saya nak sampaikan peranan kita sebagai ipar-ipar kepada menantu mak kita.

Maksudnya jika mak kita selalu merungut pasal menantu, kita tolong la jangan panaskan lagi hati mak kita dengan menyokong apa saja ketidakpuasan hati mak pada kakak, abang atau adik ipar kita.

Jangan la kita mengadu domba pasal ipar-ipar kita pada mak ayah kita.

Selalu lah kita bersikap neutral, selalu sabarkan mak kita, pujuk mak kita. Dan saya jugak adik beradik lain,

Alhamdulillah, sesama kami selalu menangkan kakak-kakak ipar kalau mak membebel apa-apa, walaupun hakikatnya bebelan mak tu ada benarnya tentang sikap kakak ipar.

Antara yang saya selalu cakap dengan mak sehingga mak terdiam, kalau mak nak anak-anak mak dilayan baik dalam keluarga orang lain, mak pun kena layan baik-baik anak orang yang masuk dalam keluarga kita.

Sebenarnya saya dan adik beradik lain bukanlah terlalu baik dengan ipar-ipar hinggakan apa yang ipar-ipar buat hingga mak tersinggung, kami masih nak pertahankan.

Tapi percayalah, saya dan adik beradik lain cuma nak mak hidup secara harmoni.

Tak nak ada pertelagahan antara menantu dengan mertua yang pada akhirnya anak-anak mak sendiri yang rasa tersepit.

Saya sendiri pun sebenarnya ada pengalaman buruk dengan bekas mertua.

Walaupun dah cuba jadi menantu yang baik, pengakhirannya buruk jugak yang saya dapat bila bekas suami buat hal. Saya menyesal buat baik dengan keluarga mertua? Tidak sama sekali.

Sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu.

Saya berharap jika umur saya panjang, dapat bergelar mertua, saya nak hargai menantu-menantu saya dan saya tak nak apa yang saya rasa, dilalui semula oleh menantu-menantu saya..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: pop.airnws.com