“Masa Hari Jadi, Tunang Konon Nak Bagi Surprise Delivery Kt Tunang Dia” Tapi akhirnya dia yang terkejut
Foto sekadar hiasan.
Assalamualaikum… Namaku Alin dan aku berusia 35 tahun. Kisah ni berlaku beberapa tahun lepas. Masa tu aku dah bertunang. Tunang aku Nik Faris bekerja di Kuala Lumpur sebagai seorang guru manakala aku pula di Kelantan. Aku juga seorang guru seperti dia.
Masa tu kami dah bertunang hampir 3 tahun. Bila aku ajukan saja soal kahwin padanya, ada saja alasan yang aku terima. Alasan paling kerap aku terima, nak tunggu adik ke 3 dia habis sambung degree. Sebab nak tolong parents dia biaya adik belajar
Aku bukannya tak berhati perut atau jahat tak nak dia bantu family, tapi bagi aku alasan tu agak tidak logik memandangkan ayahnya seorang pesara kerajaan berjawatan agak tinggi sebelum pencen. Adik dia pun ada dapat tajaan biasiswa.
Adik beradiknya cuma 4 orang. Tapi aku tak nak persoalkan, sebab aku bimbang aku dicop nak kontrol hidup dia even belum ada apa-apa ikatan yang sah. So aku ikutkan walaupun aku malu dengan family aku. Memandangkan kami bekerja di negeri yang berbeza. Kami jarang berjumpa. Kalau jumpa pun biasanya masa cuti sekolah dan dia balik jumpa family di Kelanntan.
Itu pun aku agak pelik, dia balik selalunya paling lama dua hari. Cepat-cepat nak balik ke KL semula. Cuti akhir tahun pun dia cuma balik tiga hari. Pelik kan? Tahun ketiga usia pertunangan kami, aku mula perasan yang dia dah mula cuba jauhkan diri dari aku. Aku whatsapp paling banyak dibalas dua patah. Itupun selepas 3 jam. Kadang-kadang langsung tak dibalasnya. Apetah lagi call. Kalau dulu hari-hari dia call aku.
Aku sebenarnya sedih kadang-kadang sampai tak lalu makan. Macam dah digantung tak bertali. Naluri aku dapat rasa yang aku bakal ditinggalkan. Tapi aku tak nak berfikiran negatif memandangkan kata-kata juga satu doa. Bila aku tanya dia dah tak sayang aku lagi ke? Dia marah cakap aku tak padan dengan usia 30an tapi nak clingy macam budak-budak.
One day tu aku otw balik dari rumah kawan aku, aku terfikir nak singgah rumah family dia. Saja nak jumpa bakal in laws. Yang ada masa tu parents dia jela. Bila sampai sana, aku turun nak salam ibu dia, tapi ibu dia macam nak tak nak je layan aku. Tapi aku tak nak salah anggap. Mungkin perasaan aku je. Tapi agak obvious dia langsung tak pelawa aku masuk rumah.
Aku pun tak lama-lama aku minta izin nak balik. Sedih Tuhan je tau. Sudah la anaknya buat aku macam terhegeh-hegeh. Ibunya pun sama macam bennci kat aku. Padahal dulu dia ok je dengan aku. Aku hari-hari nangis doa dengan Tuhan mintak ditunjukkan kat mana silap hubungan aku ni. Aku nak petunjuk kalau aku yang salah sampai aku dibennci. Dilayan macam bertunang paksa. Padahal atas dasar cinta.
So nak dijadikan cerita, that day was his birthday. Aku ni walau dilayan macam kain buruk sekali pun, aku tetap ingat hari jadi dia. Walau dia dah tak mesej aku dah berminggu, aku tetap nak buat dia happy. So kebetulan kawan aku di KL ada buat servis suprise untuk birthday or hari-hari special untuk yang tersayang. Tanpa pengetahuan Nik, aku mintak kawan aku buat surprise delivery cake and chocolate kat rumah dia. Tak sabar aku nak tengok muka terharu dia. Kesian jadi aku, naif betul.
Aku pun tertunggu-tunggu mesej kawan aku, nak tengok macam mana reaksi Nik bila terima surprise dari aku. Tapi rupanya aku yang terkejot. Tiba-tiba kawan aku call aku, “Lin, aku tak sanggup nak bagitau ni kat kau, tapi aku tak sampai hati. Kau sabar tau Alin…”
Masa tu aku blur lagi.. kawan aku sambung lagi. “Alin, aku tak jadi bagi kek dengan coklat tu kat Nik, masa aku pergi rumah dia tadi. Nik keluar, tapi bila aku bagi kek dengan coklat tu dia tak nak ambik and suruh aku cepat-cepat balik. Alin, dalam rumah dia ada perempuan Lin, aku rasa dia dah kahwin…” Masa tu aku rasa nak pitam.
Aku call dia banyak kali, berkali-kali dia reject. Dan last sekali dia off phone. Aku call mak dia, aku tanya betul ke apa aku dengar. Siapa perempuan tinggal dengan Nik tu? Korang tau apa jawapan aku dapat, “Macam ni jela.. malas dah nak buat panjang cerita, mak cik bagitahu jela kat awak, Nik dah kahwin tiga bulan lepas dengan orang KL. Dia dah suka, kami tak boleh nak buat apa la… dia sebenarnya dah lama nak cakap dia dah hilang perasaan kat awak, tapi kesian kat awak.
Tapi memandangkan awak dah tau, elok la terus terang…” Aku terus terjelepuk atas lantai meraung macam orang tak betul. Family aku semua tenangkan aku. Aku mnangis macam orang tak waras. Tersedu sedan aku cerita apa berlaku. Abang aku dan naik hantu nak pergi serbu family Nik, tapi ayah aku larang. Esoknya family aku sendiri ke rumah Nik untuk putuskan pertunangan kami.
Tak cukup dengan tu, malam lepas pertunangan kami diputuskan secara rasmi, Nik ada mesej aku, “Harap awak faham, hati dan perasaan tak boleh dipaksa, dan saya rasa ini jalan terbaik yang Allah tetapkan untuk kita.” Weh aku yang baru lepas berhenti menangis, terus meraung lagi. Tak sangka aku berpuluh-puluh mesej aku hantar itu balasan yang aku dapat. Seumpama selama ini kami bertunang bukan atas dasar cinta. Betapa hati manusia cepat berubah. Lupa pada janji.
Lepas putus tunang, yang banyak tenangkan aku selain family aku adalah kawan aku. Kitaorang tinggal di daerah yang sama tapi berlainan kampung. Aku selalu ke rumah dia sebab aku tak nak berseorangan, aku tak nak teringat kat Nik. Teruk jugak aku patah hati. Kat rumah tu selain kawan aku Lisa.
Parents dia pun selalu bagi kata-kata semangat kat aku. Diaorang pun tau kisah aku yang putus tunang. Dah jadi macam parents aku sendiri pulak. Dari aku panggil Mak Nah, dah panggil Mama, dari Pak Latiff dah tukar jadi Abah.
One day tu, lepas balik sekolah, aku ke rumah Lisa sebab aku dengar dia MC sebab demam. Sampai kat sana, aku bagi salam, tapi yang keluar bukan mama atau abah. Tapi seorang lelaki muda lebih kurang sebaya aku. Yes, dia abang si Lisa.
Abang Ariff. Yang aku tau dia doktor di Terengganu. Itu baru kali kedua aku bertemu abang Ariff. Dia jemput aku masuk. Lisa ada je tercongok depan tv. Katanya demam dah elok. Mama pulak ajak aku makan kat rumah dulu sebelum balik. Masa makan, baru aku tau Abang Ariff rupanya seorang yang kelakar. Banyak cakap pulak tu. Terhibur juga hati aku.
Seminggu lepas pertemuan aku dengan Abang Ariff kat rumah Lisa, malam tu tiba-tiba aku terima satu mesej dari nombor yang tak dikenali “Assalamualaikum… cikgu tidur dah ke tu?” Aku pun balas “Waalaikumussalam… belum, siapa ni ya?” Tapi sampai ke sudah takde reply. Tertidur ke apa. Entah siapa la yang mesej. So aku buat tak tau jela. Bukan penting pun. Aku pun teruskan buat kerja aku, marking kertas exam.
Selang setengah jam kemudian, aku terima mesej dari Lisa “Alin, esoķ mama dengan abah cakap nak pergi rumah kau… boleh ke? aku pun nak ikut sekali.. mungkin petang sikit..” Mesti la aku suka mama dengan abah nak datang, walaupun rumah dalam daerah yang sama, that was their first time nak datang rumah aku. Aku cepat-cepat bagitau mak aku.
Esoknya, hajat hati aku nak mintak mak aku masak sedap sikit sebab yela tetamu nak datang. Selalu aku je makan sedap-sedap rumah mama dengan abah. Tapi terkejut juga aku balik dari sekolah tengok mak aku bukan main lagi dengan nasi minyak dia.
Eh excited betul. Tu kawan aku ke kawan dia? Dalam pukul 4.00 petang macam tu keluarga Lisa sampai. Eh terkejut lagi aku, Abang Ariff pun ada. Aku jemput family Lisa masuk, parents dia bukan main baik lagi dengan parents aku. Macam kawan la pulak.
So kat ruang tamu masa tengah bersembang, terjadi la peristiwa yang buat jantung aku rasa nak meletup sebab terkejut bila Abah Lisa cakap, “Alin, abah dengan mama datang ni, sebenarnya ada hajat lain jugak. Jangan terkejut, kami tak paksa, kami dah bincang dulu dengan mak ayah Alin sebelum datang. Macam Alin sedia maklum, abah dengan mama tau apa yang jadi kat Alin sebelum ni. Tau lukanya hati Alin.
Abah dengan mama nak minta izin Alin, nak jadikan Alin menantu, sekali lagi abah ulang abah tak paksa. Kami bagi Alin masa untuk fikir, Alin budak baik, InsyaaAllah Ariff tak kan sia-siakan Alin. Kalau dia buat jugak, abah sendiri yang akan tibai dia.”
Orang lain semua gelak, paling kuat si Lisa. Aku je yang terkedu sambil pandang Abang Ariff yang tengah senyum. Masa tu aku tak boleh buat keputusan, aku mintak dengan family Lisa untuk bagi aku masa untuk fikir. Sekali lagi malam tu aku terima mesej dari nombor yang sama pernah mesej aku tapi tak berbalas dulu.
“Assalamualaikum… Alin, abang ni… abang harap Alin tak strss tiba-tiba kena lamar, tiba-tiba nak kena terima orang Alin tak cinta, tapi kalau Alin bagi abang peluang, InsyaaAllah abang tak akan sia-siakan sebab abang tak nak kena tibai dengan abah… yela menantu pilihan”
Entah kenapa lepas dapat mesej tu hati aku macam sedikit terbuka hati. Aku buat keputusan nak istikharah, sebab aku takut risiko kahwin dengan orang yang aku baru kenal. Aku agak travma, sedangkan yang dah bercinta lama pun aku masih tak boleh nilai hati budinya.
Lepas buat istikharah selama dua minggu, akhirnya aku ambik keputusan untuk terima abang Ariff. Kami tak bertunang, sebab aku tak nak. Kami terus kahwin je lepas beberapa bulan. Alhamdulillah, aku bahagia sangat-sangat dengan suami aku. Yang paling buat aku syukur atas nikmat Allah ialah Tuhan bagi aku hilang lelaki tak setia, tapi dia ganti lelaki yang baik pakej sekali dengan mentua yang baik dan adik ipar yang baik. Yang sayang aku dan terima aku seadanya.
Rupanya si Lisa dengan mama yang punya plan nak jodohkan kami. Ternyata di luh mahfuz sana, jodoh aku bukan dengan Nik Faris… tapi dengan Nik Mohd Ariff. Dan aku sangat-sangat bahagia dengan takdir Allah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Alin (Bukan nama sebenar) via IIUMC via hits.allhmt.com