“Masa Saya Cabar Dia, Dia Bangun Peluk Kaki Saya Cakap Sorry” Padahal masa tu dia dah lafaz cerai
Foto Sekadar Hiasan
Assalamualaikum semua. Saya Amy. 32 tahun. Narcissistic Personality Dis0rder (NPD) ni belum ada awareness lagi dalam masyarakat kita. NPD ni sebenarnya satu spectrum dalam personality dis0rder.
Character typical seorang narcissist ialah excessive self entitlement, self importance, self admiration dan lack of empathy.
Mereka yang menghidapi penyakit ini merasakan mereka tidak perlu meminta maaf untuk benda benda normal yang kita rasa salah dari segi moral.
Secara tipikal, mereka menghadapi kesukaran untuk memahami jika kita tersinggung dengan perbuatan mereka.
Di dalam fikiran mereka, apa yang mereka buat dekat kita tu, dia akan spin untuk “justify” perbuatan dia dekat kita.
Kisah saya hidup dengan pesakit NPD ni, bermula sejak saya berusia 17 tahun. Kahwin muda, 19 tahun. Dia first love lah, kiranya.
Mungkin saya juga menghadapi abandonment issues, menyebabkan saya sendiri sangat codependent dengan dia.
Pada mulanya, saya bahagia. Ketika itu, saya amat naif, saya anggap cara dia mengawal tindak tanduk saya adalah sebab dia terlalu sayangkan saya.
Saya juga memang sejenis introvert, jadi bagi saya arrangement kami tak terlalu mengganggu saya ketika awal perhubungan kami.
Sepanjang saya berkahwin dengan dia, saya telah terbiasa apabila berlaku sesuatu masalah, walaupun masalah itu berpunca dari dia, dia akan salahkan saya dalam semua hal.
Dari hal sekecil saya tersilap cara membancuh air, sehingga lah sebesar besar saya bukak handphone dia, terbaca mesej dia dan kawan kawan dia yang merancang nak melanggan ‘ayam’, reaksi dia memang “over the top”.
Dia akan menengking saya, ambik atau rosakkan handphone saya, ataupun kalau teruk sangat kena belasah la.
Entah la, ego saya agaknya, saya masih bertahan. Walaupun ketika lepas bersalin anak ketiga dia tinggalkan saya macam tu sahaja dekat rumah mak ayah saya.
Padahal kami berjanji nak pergi daftar sijil lahir anak saya ketika itu hanya kerana kami bertengkar pasal perkara yang kecil.
Lepas 2 minggu, saya balik jumpa dia dekat daerah lain tu (masa tu kami bekerja dekat daerah yang jauh dari kampung halaman), bawak anak saya yang baru berusia 2 minggu.
Katanya saya siksa dia sebab nak bersalin dekat kampung, dan biarkan dia keseorangan.
Kalau nak diingatkan, banyak sangat perkara buruk berlaku dalam perkahwinan kami. Kena pukul sampai perlu berjahit di bahagian muka pun saya pernah kena. Alasan nya, saya cabar dia.
Time tu dia peluk kaki saya mintak maaf menangis nangis. Padahal time tu dia dah lafazkan taklik atas saya.
Yang saya langgar atas takutkan keselamatan diri sebab sebelum saya larikan diri, dia ugut nak baling saya dengan batu lesung.
For 14 years, I have been living in fear, walking on eggshells because I was afraid that I will offend him. Kemarahan dia sangat menakutkan.
Pernah juga saya bertindak balas tumbuk kepala dia balik. Tapi lepas saya melawan, dia akan meminta maaf. Cakap dia sayangkan saya.
Sepanjang hidup saya dengan dia, saya akan mengalami panic attack kalau saya rasa saya dah lakukan kesalahan. Ketakutan tu, Allah saja tau, dengan hyperventilating lagi.
Februari lepas, saya dilepaskan secara taklik sekali lagi sebab dia nak saya berhenti kerja.
Sebenarnya, saya jumpa bukti yang dia curang di belakang saya. Saya terjumpa kad akses bilik hotel dalam wallet dia.
Saya ambik dan simpan masa tu, sebab saya tau dia takkan berani nak tanya saya kerana dia baru saja kantoi Disember lepas curang dengan wanita lain semasa kami PJJ sebentar ketika saya dapat offer kerja dekat bandar lain.
For info, kami PJJ tak sampai setahun pun. Lepas tu kami dapat bersama balik sebab dapat kerja dekat bandar yang sama.
Lafaz taklik kali ke 2 ni adalah balasan di atas saya buat penyiasatan sendiri, sampai saya jumpa budak perempuan yang jadi skandal dia tu.
Muda lagi, baru habis praktikal dekat tempat kerja Ex husband saya. Bila saya confront dia pasal perkara ni, dia terus lafazkan taklik.
Saya terkilan sebab saya dah book appointment dengan pejabat agama dengan niat nak baiki hubungan kami yang turun naik selama dua bulan setelah kantoi kes curang kali pertama.
Tak sempat nak jumpa di pejabat agama, kami terus proceed ke mahkamah syariah saja la. Tu pun saya yang tunggang langgang uruskan sendiri.
Di sini saya nak tekankan, dia ada pattern untuk perangai pesakit NPD ni (i.e. red flags):
1. Control and Isolation – Dia akan kawal pergerakan fizikal atau secara kawal kewangan, agar kita kekal dependent dengan dia.
Isolation tu, melalui putuskan hubungan kita dengan ahli keluarga terdekat, walaupun mak ayah sendiri sekalipun.
Dia akan lebihkan event sebelah family dia, dan elakkan kita berjumpa dengan mak ayah atau ahli keluarga sebelah kita.
2. Manipulation – Ni melalui dia spin cerita, kalau nyata dia salah, dia akan spin sampai kita pulak rasa bersalah. Saya dah tertipu bertahun tahun. Setiap kali dia buat kesalahan, dia akan spin sampai saya rasa tu jadi salah saya.
Ketika itu umurku 21 tahun. Di kilang tempatku berkerja, ada seorang senior yang suka mengusikku.
Aku tanpa banyak berfikir, bertanya sekiranya dia suka pada aku. Dan jika suka, aku minta dia masuk meminang terus.
Dan dalam beberapa bulan selepas itu, aku pun menjadi isteri kepada M.
Terkejut ayah aku bila aku cakap aku nak kahwin, ayah minta aku fikir sehabis baik, dan apa yang aku fikir yang terbaik adalah keluar dari rumah ayah. Itu yang ada di fikiran aku.
Segalanya berjalan lancar selepas berkahwin. M sudah ada rumah sendiri dan aku terus berpindah ke rumah M.
Namun langit tak sentiasa cerah, selepas melahirkan anak ke tiga dalam usia perkahwinan 6 tahun, M mempunyai perempuan lain di belakangku.
Terimbau memori tentang ibu dan ayah. Anak anak menjadi mngsa. Sungguh aku takut anak anak aku akan jadi seperti itu.
Aku minta M berubah. Sama ada lupakan perempuan itu atau aku akan bawa anak anak jauh dari M.
M yang sangat sayang anak anaknya berjanji takkan menghubungi perempuan itu lagi. Namun makin lama, M makin kurang bertanggungjawab pada kami.
M bekerja sendiri, manakala aku sudah dinaikkan pangkat di tempat kerja lama ku. Oleh kerana pendapatanku lebih banyak, jadi semua belanja dapur dan anak anak, aku yang uruskan. M hanya bayarkan bayaran bulanan rumah dan bil-bil.
Tahun demi tahun, hubungan ku dengan M semakin hambar. Seolah perkahwinan kami hanya bertahan kerana anak anak.
Hingga hari ini, aku masih bertahan. Mungkin selamanya begini. Asalkan ada anak anak aku.
Ibuku dan adik adik aku yang tinggal di utara, selalu saja aku dan anak anak pergi melawat apabila cuti sekolah.
Aku cemburu lihat adik adik aku yang sangat manja dengan ibu. Tapi bila aku cuba untuk bermanja, aku sendiri terasa kekok.
Aku selalu berkata kalaulah malam itu aku ikut ibu dan adik adikku pulang ke kampung, mungkin keadaan ku lebih baik.
Mungkin aku tak perlu kahwin seawal umur 21 hanya kerana nak keluar dari rumah ayah. Mungkin aku dapat sambung belajar.
Bukanlah aku tidak menerima takdir, cuma terkadang perkara ni terlintas dalam fikiran.
Maaf sekiranya luahan aku terlalu panjang. Terima kasih sudi membaca.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: ekisah.com