“Masa Tengah Pantang, Aku Serahkan Bayi Pada Kak Zu” Keluarga tentang habis habisan, aku nekad. Akhirnya aku menyesal
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum semua…
Kisah 1
Aku disahkan mengandung anak ke 7. Aku terlintas nak bagi anak dalam kandungan ini pada keluarga angkat tetapi bersyarat. Masa tu usia kandungan aku hampir 15 minggu.
Dalam masa tu aku berbincang dengan suami, alasan aku, “kita bagi peluang untuk orang yang takde anak jadi ibubapa pula”.
Biar mereka rasa seronok dan pelbagai lagi niat baik kami untuk bakal keluarga angkat, sekaligus untuk kesempurnaan hidup anak kami itu juga.
Sebelum tu kami bukan la naif sangat sampai tak mampu nak memelihara anak kami, jangan salah faham. Oh ye, sebelum tu suami aku ni berkerja ya bukan tak berkerja. Ok sambung…..
Kisah 2
Dapat bakal keluarga angkat yang baik, berpendidikkan, bersopan santun, ekonomi kukuh, serta telah berkahwin atas 10 tahun.
Kami berjumpa, berkenalan. Pada pandangan aku, mereka suami isteri adalah orang yang baik baik je. Aku namakan si isterinya Kak Zu dan suaminya abang kamal.
Masa ni Kak Zu intro la dia datang dari family yang baik baik laa. Kiranya anak ustaz dan adik beradik dia semua baik baik.
Bermula rutin check up klinik kadang ada juga Kak Zu ni hulur duit untuk buat belanja. Dia hantar makanan dekat rumah walau aku tak ada minta minta. Banyak jugak kebaikkan dorang ni buat.
Kisah 3
Aku suarakan pada keluarga aku untuk bagi anak dalam kandungan aku ni dekat orang. Tapi keluarga aku tentang dan marah. Emak ayah adik beradik aku semua tak bagi tapi aku tetap nak bagi.
Mungkin aku rasa mereka dah banyak tolong aku, seterusnya aku rasa TERHUTANG BUDI. Kakzu juga ada berjanji dengan aku untuk tidak putuskan hubungan aku dengan anak aku nanti. Itu membuatkan aku yakin dengan dia.
Kisah 4
Aku semakin hari semakin sarat. Bertambah tertekan bila family aku agak renggang dengan aku. Tapi Kak Zu selalu bagi kata kata semangat.
Kak Zu selalu share kat aku ayat ayat yang boleh diamalkan waktu mengandung, belikan vitamin dan macam macam lah. Aku semakin terhutang budi.
Kisah 5
Panjang sikit kisah 5 ni… Bulan berganti bulan tiba la waktu aku melahirkan. Waktu ni Kak Zu asyik wasap share doa, katanya buatkan solat hajat untuk aku. Nampak tak kebaikkan dia?
Aku lahirkan seorang anak lelaki yang comel, berkulit putih, bibir merah dan rambut lebat. Bayi aku dan aku tak ada apa masalah dan kami boleh balik.
Esoknya tu Kak Zu nak datang dan dia wasap aku untuk ambil terus baby ni untuk dibawa balik. Dekat sini aku nampakla ketamakkan dia sikit.
Tapi aku tak bagi lagi dan suruh dia bersabar, katanya dia tak boleh tunggu lama sebab makan ubat hasilkan susu ada risiko pada dia! Hasilkan susu untuk mahramkan baby. Checkup baby macam biasa sebabnya baby ada kuning cuma tak tinggi dan tak kena tahan wad pun.
Aku pun takde masalah apa bila nurse datang dekat rumah. Sepanjang dalam jagaan aku dan suami, baby kami ni ok je. Kemas, wangi bau baby, bau minyak telon, baju, bedung semua kemas dan rapi.
Sampai family terdekat yang tengok baby banyak kata, “comel sangat sayangnya nak bagi orang jaga”.
Hampir tak jadi tapi tetap aku berpegang pada janji. Sebab janji. Dalam masa 2 minggu tiba la waktu untuk aku dan suami tunai janji. Kami dibawa ke balai polis buat surat untuk serahkan baby. Dalam hati ni sayu sangat, teringat lagi langit pun turut menangis…
Penyerahan pun berlaku… Ada Kak Zu dan suaminya bagi aku saguhati juga.
Kakzu wasap aku hantar gamba baby. Pujuk pujuk aku dan bagi kata kata semangat dan yakinkan aku yang anak aku dalam jagaan yang baik.
Tapi cuma sementara je. Dekat sebulan baby duduk dengan keluarga angkat, dah jarang jarang Kakzu update pasal baby. Ada juga Kakzu wasap tapi sembang pasal lain. Bila aku tanya pasal baby, kadang lambat lambat dia balas dan adakalanya tak balas langsung.
Takut benar ya dia bila seorang emak tanyakan anak dia. Oh ye tadi aku ada sebutkan masa dengan aku anak aku dalam jagaan yang rapi tapi berbeza bila dia duduk dengan Kak Zu baju agak selekeh, baju lain seluar lain.
Ini berdasarkan gambar yang dihantar dekat aku. Takde gamba yang elok sikit la, gamba dalam keadaan gerak la, terkilan sangat. Tapi aku masih diam lagi tanpa luahkan dekat sesiapa.
Kali terakhir aku jumpa baby aku waktu nak buat surat beranak dan pengangkatan anak angkat, Takde bau baby langsung!. Kalau tak berbedung aku faham sebab budak sekarang bukan nak bedung sangat pun. Tapi sekurangnya berbalut la sikit baby masih dalam pantang waktu tu.
Aku sedih waktu jumpa baby ni tapi tak bole nangis depan orang. Cuma pandang baby aku sambil aku cakap dalam hati, “SUNGGUH MAMA RINDU”.
Bila balik tuuu bertambah aku tak ok, asyik menangis je. Adalah jugak aku luahkan dekat Kak Zu tentang kesedihan aku tapi dia just cakap, “ala biasa la tu masih baru lagi”. Tapi lupa ke kau Kak Zu apa silaturahim aku dengan baby dalam pelukkan kau sekarang.
Dia da tak updates langsung pasal baby sekarang. Bukan aku suruh update sentiasa tapi sekurangnya sesekali hantar la gamba. Semua orang tahu kan RINDU SEORANG EMAK PADA ANAKNYA…. TAK BERKETEPIAN…
Kisah terakhir
Kak Zu bagi tahu anak aku ada masalah kaki ke dalam setelah sebulan dengan Kak Zu. Dan dia cakap punca masa duduk dalam rahim aku, aku lagi yang disalahkan.
Anak aku ada masalah kuman dalam drah dibawah jagaan dia. Itu pun dia macam nak salahkan aku, tanya aku ada masalah jangkitan kuman ke masa mengandung,
AKU TAK ADA APA APA MASALAH LANGSUNG WAKTU MENGANDUNG. Tapi masa sepanjang anak aku dekat wad memang dia updates walaupun tak memuaskan hati aku sebab ada yang dia ignore saja soalan aku. Katanya dia penat stress jaga anak dekat wad. Okla aku faham.
Semakin hari aku nampak ketamakkan dia untuk menjatuhkan aku sebagai emak kandung. Cuma aku tertanya sampai bila dia sanggup nak menipu diri sendiri. Aku betul betul menyesal bagi anak pada dia bila tahu sifat tamak dia macamni.
Aku ada suarakan aku nak ambil anak aku semula dan Kakzu tegaskan dia dah daftarkan dekat JKM. Kalau nak ambil kena melalui JKM dan mahkamah dan kena bayar balik yang dia dah berhabis tu cash!
Aku cakap aku bayar bulanan dan aku ok saja ikut procedure yang ditetapkan! Dia wasap lagi, “sebenarnya kami disuruh untuk takpayah berbaik baik dengan family baby ni”.
Pada aku, Kak Zu da ada sifat tamak dia. Aku sedih, betul betul menyesal. Mana hilangnya Kak Zu yang aku kenal dulu? Aku betul betul rindukan anak aku.
Aku harap doa dari semua orang agar Allah lembutkan hati Kakzu dan suami serah balik pada aku anak tu. Tempat selayaknya seorang anak adalah disisi ibunya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : Cik Mama (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia